You are on page 1of 3

Ruj Kami : PIBG SMAKJ(M)0911/(41)

Tarikh : 1 Februari 2018 bersamaan 15 Jamadilawal 1439

BRIGEDIER JENERAL DATO’ MOHD HASSAN BIN LOMAN

DIMP PAT PKK SDK KAT KMN KSD BSK AMK BCK PNBB

Panglima 7 Briged

Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia

Kem Mahkota

86000 Kluang

Johor Darul Ta’zim

Tuan,

PER : MEMOHON MENGADAKAN PERJUMPAAN BERSAMA UNTUK MEMBINCANGKAN


PERMASALAHAN GANGGUAN MONYET DI KAWASAN SEKITAR KEM DAN SEKOLAH

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Selaku wakil daripada Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor
amat berharap supaya pihak tuan dapat mengambil tindakan bersama bagi mencari penyelesaian
kepada masalah gangguan monyet yang dilihat semakin membimbangkan pihak sekolah dan ibu bapa
pelajar.
3. Masalah ini memberi kesan kepada keselamatan dan kesejahteraan pelajar dan penghuni sekolah
khasnya kerana telah mendatangkan kecederaan dan melibatkan kehilangan harta serta beberapa
barangan kepunyaan pelajar.

4. Sehubungan itu, kami amat berharap jasa baik pihak tuan dapat bersama-sama dalam mencari
dan mengambil beberapa tindakan yang difikirkan wajar bagi mengurangkan sekali gus diharap dapat
menyelesaikan masalah gangguan monyet ini.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

____________________

(HJ HAMIM BIN YUNOS)

Yang diPertua

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor

Jln Hospital 86000 Kluang

Johor

s.k Pengetua SMAKJ