You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELAMA

09810 SERDANG
KEDAH DARUL AMAN
Tel.: 05-8394700
Fax: 05-8394700
Email:smkselama.kbb@gmail.com.my

Ruj. Kami :
Tarikh : 5/02/2018

Pengarah
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim,
Lot 635, Jalan Mahang,
09700 Karangan, Kulim Kedah.

MEMOHON KEMUDAHAN PENGINAPAN DI ASRAMA DAN MENGGUNA


GELANGGANG FUTSAL DAN PADANG UNTUK LATIHAN PUSAT KONTINJEN BOLA
BALING MSSK DAERAH KULIM BANDAR BAHARU 2018

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Pihak Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan Bola Baling Daerah


Kulim Bandar Baharu telah bersepakat untuk mengadakan Latihan Pusat Kontinjen Bola Baling
Daerah Kulim Bandar Baharu di ADTEC Mahang kerana fasiliti yang sesuai untuk tujuan berkenaan.

3. Program tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut :


a) Latihan Pusat Fasa 1
Tarikh : 13-15 Februari 2018
Hari : Selasa hingga Khamis
Daftar Masuk : 2.30 petang
Penginapan : Asrama ADTEC

b) Latihan Pusat Fasa 2


Tarikh : 20 – 24 Februari 2018
Hari : Selasa hingga Sabtu
Daftar Masuk : 2.30 petang
Penginapan : Asrama ADTEC

Bil Pegawai Dan Guru Yang Terlibat Jumlah


1. Pasukan Lelaki Bawah 18 Tahun 14 orang
2. Pasukan Perempuan Bawah 18 Tahun 14 orang
3. Pasukan Lelaki Bawah 12 Tahun 14 orang
4. Pasukan Perempuan Bawah 12 Tahun 14 orang
5. Pegawai Lelaki Merangkap Warden Penginapan 8 orang
6. Pegawai Perempuan Merangkap Warden Penginapan 4 orang
Jumlah 68 orang
4. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap permohonan ini dipertimbangkan sewajarnya
bagi menjayakan dan meningkatkan mutu permainan bola baling kontinjen Kulim Bandar Baharu.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Hamidah bt Ghazali Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Selama, Kedah di talian 017-5641367 atau Encik Ahmad Syah Rani bin Md Isa, Pengerusi
Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Baling DKBB di talian 013-4889898.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“KBB SMART 2016-2020”


“MUAFAKAT KEDAH”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………
(HAMIDAH BINTI GHAZALI )
Pengelola Kejohanan Bola Baling DKBB 2018
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Selama, Kedah