You are on page 1of 4

NAMA : AIMAN BIN AZHAR

UNIT : PENDIDIKAN KHAS PKB 2

PIRAMID MAKANAN

Definisi

 Piramid makanan ialah panduan yang mudah bagi individu mempelbagaikan


makanan harian mengikut jumlah sajian yang dicadangkan atau sukatan makanan
yang sesuai untuk kita setiap hari.
 Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi
kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh kita.
 Piramid makanan mempunyai gabungan lima kumpulan makanan yang diletakkan
pada empat aras tertentu.
 Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah
sajian yang disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan.

ARAS 1

Aras 1 dalam piramid makanan ini mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan
karbohidrat kompleks dan perlu diambil dalam kuantiti yang paling banyak berbanding
dengan aras lain di mana ianya merupakan sumber tenaga yang utama untuk tubuh kata.
Selain itu, makanan ini juga membekalkan mineral, serat, vitamin dan sedikit protein. Contoh
makanan dalam aras 1 ini ialah nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin serta ubi-ubian dan
sebagainya.

ARAS 2

Aras 2 dalam piramid makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral
dan serat. Makanan dalam aras ini perlu diambil dengan kuantiti yang banyak dan sekurang-
kurangnya lima sajian daripadanya. Contoh makanannya ialah sayur-sayuran hijau dan
buah-buahan.

ARAS 3

Aras 3 dalam piramid makanan pula mengandungi makanan yang kaya dengan protein,
vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Kumpulan makanan ini hendaklah diambil dalam
kuantiti yang sederhana kerana ianya mempunyai kolesterol yang tinggi. Contoh
makanannya ialah ikan, ayam daging dan kacang dan diambil sekurang-kurangnya 2-3
dalam sajian manakala susu, dadih dan keju diambil 1-2 dalam sajian harian kita.

ARAS 4

Lemak, minyak, coklat, gula , garam dan sebagainya merupakan contoh makanan untuk
aras ini dan pengambilannya dalam sajian kita mestilah paling sedikit kerana ianya boleh
menyebabkan kita mendapat penyakit yang berbahaya jika ianya diambil dalam kuantiti
yang banyak.

Kepentinagn Elektrolit

 Ianya merupakan yang pertama akan hilang apabila cecair dikumuhkan melalui
perpeluhan dan pembuangan air kencing.
 Natrium dan klorida merupakan elektrolit utama badan yang hadir di antara sel-sel.
Ianya juga adalah penting untuk pengecutan otot-otot. Kekurangan natrium mungkin
tidak akan berlaku tetapi jika itu terjadi, gejala-gejala seperti loya, pening dan kejang
otot-otot mungkin akan berlaku.
 Peranan utamanya adalah untuk menyeimbangkan cecair yang sewajarnya dan
mengawal pergerakannya (cecair) masuk dan keluar daripada sel-sel. Selain itu juga
ia melaraskan tekanan darah, menghantar impuls saraf serta membantu otot-otot
anda berehat termasuk otot-otot jantung.
 Kalium merupakan elektrolit utama yang wujud di dalam sel-sel badan. Ia juga
berperanan dalam mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit. Tambahan
pula, ia turut membantu memelihara tekanan darah yang normal, menghantar impuls
atau isyarat saraf serta mengecutkan otot-otot. Bagi individu yang sihat, kekurangan
kalium amat jarang kita ditemui. Bagaimanapun, sekiranya berlaku muntah dan cirit-
birit, badan mungkin mengalami kehilangannya dengan banyak. Antara gejala
kekurangan kalium adalah seperti lemah, hilang selera makan, mual dan letih lesu.
 Air mengawal proses badan. Ia membawa nutrien dan lain-lain bahan kimia dalam
tubuh ke sel-sel badan anda serta menyingkirkan bahan-bahan buangan. Selain itu,
ia juga menolong melaraskan suhu badan anda. Bahan utama di dalam minuman
isotonik adalah air. Ia juga mengandungi karbohidrat (glukosa dan sukrosa), natrium,
kalium dan fosfat. Dahaga hilang apabila kita minum cukup cecair bagi melegakan
rasa kering di dalam mulut dan menggantikan cecair yang hilang dalam bentuk
peluh.

Pengiraan Penggunaan Kalori Asas

RMR untuk lelaki= 13.7516w + 5.0033s – 6.775a + 66.473

RMR untuk perempuan = 9.5634w + 1.8496s – 4.6756a + 655.0955

w = berat dalam kilogram

s = tinggi dalam centimeter

a = umur

Contoh jika seorang lelaki berumur 20 tahun dengan berat 70kg dan tinggi 170cm:

13.7516 x 70 + 5.0033 x 170 – 6.775 x 20 + 66.473 = 1611

Kadar metabolisme asasnya ada 1611 kalori. Anggarkan senaman harian memerlukan 1000
kalori jadi untuk sehari anda memerlukan 2611 kalori.

Manakala untuk kira kalori pula adalah dengan menumpukan pada kalori buang lemak. Bagi
seorang yang mempunyai kalori 2611 sehari, kurangkan 10% daripadanya.

2611 /100×70 = 1828

Diet seimbang : 40:40:20, karbohidrat 40: protein 40: lemak 20.

40/100 x 1828 = 731

20/100 x1828 = 366


Kiraannya, anda memerlukan 731 kalori daripada karbohidrat, 731 kalori daripada protein
dan 731 kalori dari lemak. 1g karbohidrat = 4 kalori, 1g protein = 4 kalori manakala 1g lemak
= 9 kalori.

731/4 = 183

366/9 = 41

Jadi, kiraan yang betul pengambilan makanan adalah 183 g karbohidrat, 183 g protein dan
41 g lemak.