You are on page 1of 1

Kamunting pada asalnya ialah bekas perlombongan bijh timah yang termasyur suatu ketika dahulu.

Ia merupakan antara kawasan perlombongan bijih timah yang penting kepada golongan penjajah. Pada suatu ketika dahulu, Long Jaafar telah membawa buruh-buruh Cina masuk ke tempat ini bagi melakukan kegiatan perlombongan. Fenomena ini menyebabkan penduduk di tempat ini berbilang kaum yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Kawasan ini terlatak 30 km ke utara Kuala Kangsar. Selain itu, jarak mutlak dari kawasan kajian ini ke bandar yang berhampiran iaitu bandar Taiping ialah 7 km dan mengambil masa 10 minit untuk ke sana. Keluasan kawasan kajian ini ialah lebih kurang 5 km persegi. Bentuk muka buminya adalah tanah pamah. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti masjid, perpustakaan, desa, kuil, tandas awam, dan sebagainya.