You are on page 1of 3

KISAH NABI ADAM DI SYURGA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukran Jazilan ya Pengerusi Hakim yang bijaksana, hadirin hadirat semua Kisah Nabi Adam di syurga tajuk bicara Haraplah mendengar isi ceritanya

Kawan – kawan, Nabi Adam as adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah dari tanah. Malah, ia juga adalah nabi pertama yang diutuskanNya.

Allah SWT telah memerintahkan Adam tinggal di syurga… ..

Indahnya syurga bukan kepalang, Sungai mengalir sejuk dan tenang Makanan terbayang terus terhidang Nikmatnya Allah tiada terbilang

Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Sebagaimana firman Allah dalam surah At- Tin ayat 4:

KISAH NABI ADAM DI SYURGA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Syukran Jazilan ya Pengerusi Hakim yang bijaksana, hadirin

Maksudnya: ‘’ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik baiknya.

Namun dunia hari ini perlihatkan kejadian pembuangan dan pemerdagangan bayi semakin menjadi jadi dikalangan manuisa sendiri.

Sahabat sekalian,

Perkhabaran Allah untuk mencipta khalifah dibumi menimbulkan kebimbangan para malaikat. Lalu mereka bertanya:

“ Mengapa engkau hendak menjadikan khalifah dibumi,orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan menyucikan Engkau.’’

Lalu Allah berfirman,

KISAH NABI ADAM DI SYURGA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Syukran Jazilan ya Pengerusi Hakim yang bijaksana, hadirin

Maksudnya : “Tuhan berfirman: “Sesungguhya Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya’’.

Al – Baqarah:ayat 30

Adam dicipta ditiup rohnya Perintah Allah sujud padanya Malaikat mengikut membantah tiada Iblis membangkang membangga dirinya Lalu ia diusir dari syurga Berjanji akan sesatkan manusia –sepohon kayu

Begitulah kawan –kawan janganlah kita bersikap takabbur dengan kelebihan yang kita ada.

Sahabat semua,

Adam telah diberi pengetahuan oleh Allah nama nama benda yang ada dimuka bumi. Kemudian Allah menguji pengetahuan yang ada pada Adam.Kebijaksanaan Adam dikagumi oleh para malaikat.

“Maha suci Engkau, sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan apa –apa melainkan apa yang Engkau ajarkan kepada kami.Sesugguhnya Engkaulah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.”

Lalu Allah berfirman :

Adam dicipta ditiup rohnya Perintah Allah sujud padanya Malaikat mengikut membantah tiada Iblis membangkang membangga dirinya
Adam dicipta ditiup rohnya Perintah Allah sujud padanya Malaikat mengikut membantah tiada Iblis membangkang membangga dirinya

Maksudnya:Bukankah aku telah katakan kepada kamu,bahawasanya aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”.

Al- Baqarah : ayat 33

Dalam hidup ini,kita mestilah bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita.

Wahai sahabat,

Di dalam syurga Adam sebatang kara Sepi di jiwa tiada teman bicara Nikmat di syurga memang tiada taranya

Namun Allah tahu segalanya – Hanya Tuhan Yang Tahu

Ketika sedang melayan jiwa yang lara,Adam tertidur. Lalu Allah menjadikan Hawa dari tulang rusuk Adam di sebelah kiri. Ketika terjaga dilihat ada seseorang berada disisinya.Lalu Malaikat bertanya;

“Wahai Adam, siapakah makhluk yang berada disisimu?’’ Sesuai dengan pengetahuan yang dikurniakan Allah pada Adam,ia menjawab; “Seorang perempuan.” Tanya Malaikat lagi, Siapa namanya?” Jawab Adam, Hawa.” “Untuka apa Allah ciptakan makhluk ini?”Tanya Malaikat lagi “Untuk mendampingiku,membahagiakanku dan memenuhi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah SWT”. Jawab Adam.