You are on page 1of 41

ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 0

KOLEJ KOMUNITI TAWAU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

ASAS PEMASANGAN
SATU FASA

DISUSUN OLEH
MUHAMMAD ARID BIN ABDULAHIM
Dip.Elect/Bsce.Elect/Med.Tech (UTM)

PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK


“LEARNING MADE SIMPLE, TRAINING MADE EASY”
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 1

PENGENALAN

 Sistem pendawaian elektrik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:


 Sistem pendawaian 1 fasa – biasa di kawasan kediaman (residential area) kecil
dan sederhana.
 Sistem pendawaian 3 fasa – kawasan industri dan komersial (industrial dan
commercial area).
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 2

SISTEM PENDAWAIAN

Bekalan ke Rumah

 Bekalan elektrik yang diterima di rumah kediaman (kecil/sederhana) biasanya


ialah AC 1-fasa 240 V, 50 Hz.
 Bekalan ini diperolehi daripada sambungan antara talian (sama ada R, Y atau
B) dan neutral dari sistem 3 fasa 4 dawai (sambungan Y).
 Sumber 3 fasa adalah dari pencawang (substation) yang berhampiran.

Litar Pengguna

 Kabel atau talian yang masuk ke bangunan terus disambung ke satu papan
penyambung (pangkalan perkhidmatan).
 Di papan ini terdapat fius perkhidmatan dan talian neutral. Dua alat ini milik
TNB dan menjadi tanggungjawabnya.
 Selepas pangkalan perkhidmatan, bekalan elektrik akan disambung ke meter
kilowatt jam (Watt hour meter).
 Litar pengguna bermula dengan papan suis utama (main switch board (msb))
atau pengasing berkadar 60, 80 dan 100A.
 Seterusnya ialah pemutus litar ke bumi (ELCB – earth leakage circuit breaker
atau RCCB - residual current circuit breaker).
 Diikuti dengan papan fius agihan atau papan agihan.
 Di papan fius agihan ini terdapat 3 busbar penyambungan iaitu wayar hidup
(live), neutral dan bumi (earth).
 Fius – fius (pemutus litar miniatur @ miniature circuit breaker (MCB)) yang
berkadaran sama ada 5, 15, 30, 45 A atau 6, 16 dan 32 A ini akan disambung
daripada busbar live ke litar akhir yang bersesuaian.
 Bar neutral dan busbar bumi akan disambung terus pada litar akhir – tidak
perlu melalui MCB lagi.
 Litar akhir akan mempunyai 3 dawai iaitu live, neutral dan bumi.
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 3

Sumber Bekalan Pihak Pembekal (SESB/TNB)

Neutral Fius
Link Perkhidmatan

Meter
kilo Watt KWJ
Jam

Fius
Utama

Kotak Pemutus Litar


Agihan Arus Baki
(RCCB)

MCB
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 4

Mengenalpasti Peranti Perlindungan

Suis Utama (Main Suis)

Pengasing litar / Main switch / Molded Case Circuit Breaker (MCCB)

http://www.ck-supplies.com

Berfungsi sebagai alat yang boleh memutuskan bekalan agihan kepada


pengguna dengan membuka sambungan dawai hidup dan neutral
secara serentak jika salah satu kutub bekalan itu tidak dibumikan
dengan menggunakan suis dua kutub berangkai.

Tujuan mengadakan pengasing ialah untuk melindungi pengguna


daripada mendapat renjatan elektrik yang berterusan. Oleh itu
pengasing hendaklah dipasang pada permulaan litar pendawaian bagi
setiap pemasangan sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan
elektrik.

Mengnenalpasti Kadaran Dan Perincian Aksesori

o Terdapat dalam 2 versi iaitu 2 pole dan 4 Pole dengan kadaan arus
antara 43A -100A
o Kadaran voltan ialah 415V
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 5

o Suis utama, RCCB dan MCB mempunyai kadara frekuensi yang sama
iaitu 50Hz
o Tidak mempunyai arus pelantik jika lebihan arus berlaku kemungkinan
aksesori ini akan terbakar.

Pemutus Litar Arus baki (RCCB/RCB)

Juga dikenali sebagai Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) atau


Residual Case Circuit Breaker (RCCB). Berfungsi sebagai perlindungan
kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar. Pemutus litar dibuat dalam
berbagai bentuk dan jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak,
jenis hembusan gas, jenis hembusan udara (angin), jenis vakum dan jenis
miniatur.

Mengnenalpasti Kadaran Dan Perincian Aksesori

o RCCB boleh didapati dalam 2 versi iaitu 2 Pole dan 4 Pole dengan
Kadaaran arus ialah 25A, 40A, 63A and 80A.
o Kepekaan litar lampu adalah 100mA, litar soket adalah 30mA dan
kawasan yang berkemungkinan lantainya basah adalah 10mA.
o Kadaran Voltan ialah 240V / 415V
o Suis utama, RCCB dan MCB mempunyai kadara frekuensi yang sama
iaitu 50Hz
o Kadaran arus pelantik bagi RCCB biasanya tercatat pada bahagian
permukaan suis iaitu untuk sistem satu fasa 10mA, 30mA dan 100mA
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 6

Pemutus Litar Kenit (MCB) / Pemutus Litar Jenis Miniatur

Juga dikenali sebagai


Miniature
Circuit Breaker (MCB).
Berfungsi sama dengan
MCCB tetapi pada
kadaran yang lebih kecil.
Tahan lama dan ia tidak
dipengaruhi oleh suhu
sekitaran untuk beroperasi
dan kadar perlindungan
yang diberikannya adalah
dalam kelas halus.

Mengnenalpasti Kadaran Dan Perincian Aksesori

o Kadaran arus terdapat dari 2-63A bergantung kepada penggunaan.


Untuk litar soket adalah 20A atau 32A manakala litar lampu/kipas adalah
6A.

o Kadaran Voltan ialah 240V / 415V

o Kadaran arus pelantiknya tidak ada, fius akan melebur bergantung


kepada keupayaan. Seperti yang tercatat pada sesuatu MCB.
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 7

Berikut adalah kadaran MCB dan saiz kabel yang biasa digunakan bagi beberapa
jenis litar dan beban yang dikawal.

Saiz Kabel Nilai MCB


Jenis Litar Unit
(mm²) (Ampere)

Litar Lampu/Kipas 13 1.5 6

Penghawa Dingin Dgn Suis DK 1 4 20

Pemanas Air Dengan Suis DK 1 4 20

Soket Alir Keluar 13A (Jejari) 2 2.5 20

Soket Alir Keluar 13A (Jejari) 4 4 32

Soket Alir Keluar 13A (Gelang) 6 2.5/4 32

Kabel Dan Pengalir

Kabel merupakan media yang penting dalam pemasangan elektrik. Ia menjadi


perantara sambungan bagi membekalkan tenaga elektrik kepada peralatan
elektrik. Oleh sebab kadaran arus, kadaran voltan, keadaan alatan dan tempat
berbeza-beza, kabel-kabel dibuat berbagai-bagai jenis dan saiz bagi
menyesusaikannya dengan keperluan tersebut.

Oleh itu pengguna haruslah bijak ketika membuat pilihan supaya pilihan yang
dibuat itu betul dan sesuai sebelum kerja-kerja pemasangan dilakukan.

Sesuautu kabel itu dianggap sempurna apabila mempunyai tiga bahagian atau
sekurang-kurangnya dua bahagian . bahagian-bahagian itu dikenali sebagai
penalir, penebat dan perlindungan mekanikal.

Terdapat banyak jenis kabel dan pengalir yang biasa digunakan dalam
pemasangan elektrik. Berikut beberapa jenis kabel yang kerap kali digunakan
dalam pendawaian elektrik satu fasa.
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 8

Kabel Satu Teras

Kabel satu teras satu pengalir biasanya saiz kabel ini berukurlilit 1.0mm pvc
biasanya digunakan untuk pemasangan litar kawalan motor

Kabel satu teras tiga pengalir biasanya saiz kabel ini berukurlilit 1.25mm/1.5mm pvc
biasanya digunakan untuk pemasangan litar lampu dan kuasa am

Kabel satu teras tujuh pengalir biasanya saiz kabel ini berukurlilit 2.5mm/4.0mm pvc
biasanya digunakan untuk pemasangan litar kuasa, motor elektrik & penghawa
dingin
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 9

Kabel Dua Teras

Kabel dua teras banyak pengalir biasanya kebel jenis digunakan pada peralatan atau
perkakasan elektrik untuk sambungan bekalan kuasa.

Kabel Tiga Teras

Kabel tiga teras banyak pengalir biasanya kebel jenis digunakan pada peralatan atau
perkakasan elektrik untuk sambungan bekalan kuasa. Kabel jenis ini banyak
digunakan untuk membuat penyambungan kabel bagi soket alir keluar mudah alih.
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 10

Alat Tambah

Jenis-Jenis Litar Satu Fasa

Ros Siling

Ros siling ialah tempat penyambungan penamat pendawaian tetap. Dari sisni
disambungkan kord atau kabel boleh lentur untuk sambungan ke beban seperti
lampu, kipas dan sebagainya. Terdapat tiga jenis ros siling iaitu mempunyai 2 plat,
3 plat dan 4 plat. Ros siling biasanya dipasang untuk bekalan 250V

Pemegagan Lampu

Ialah alat tambah yang digunakan untuk memegang lampu dan ia dapat
memudahkan sambungan lampu kebekalan. Terdapat empat jenis pemegang
lampu iaitu jenis pangkal kilas, skru Edison, skru goliath dan pin.

Jenis Skru

Jenis Skru
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 11

Jenis Pangkal Kilas

Suis

Suis ialah alat tambah yang boleh memutuskan dan menyambung litar elektrik
secara mekanik (kawalan tangan) sama ada secara terus atau melalui perantaraan
tali ayau tombol pemetik atau tangkai pada arus normal litar itu. Suis juga
hendaklah mampu menahan keadaan tertentu misalnya arus lebih akibat beban
yang berlebihan atau litar pintas. Terdapat berbagai jenis suis antaranya suis satu
hala, dua hala, perantaraan, dua kutub, pilihan, suis dua hala dan suis tiga kutub.

Suis Satu Hala


ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 12

Soket alur Keluar

Soket alur keluar ialah punca sambungan (sentuhan) betina yang dipasang ke
pemasangan tetap. Soket alur keluar bolrh menerima satu palam untuk
menyambungkan bekalan ke alat-alat mudah alih. Terdapat berbagai saiz, bentuk
dan jenis soket alur keluar di pasaran.

N L

N L

Soket Alur Keluar 13A


ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 13

PENDAWAIAN PERMUKAAN ( SURFACE WIRING )

Terdapat beberapa jenis pendawaian domestik bergantung kepada


kesesuaian premis dan kehendak pengguna Iaitu :-

i. Sistem pendawaian permukaan


ii. Sistem pendawaian pembuluh
 PVC
 Logam
iii. Sistem pendawaian tersembunyi
iv. Sistem pendawaian salur
v. Sistem pendawaian sesalur
 PVC
 Logam

Jenis sistem pendawaian ini bergantung kepada cara bagaimana kabel


pendawaian itu dilakukan.

Dalam perbincangan ini kita akan menekankan hanya pendawaian permukaan


sahaja.

Sistem Pendawaian Permukaan


Sistem pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding dan siling
kayu atau di atas lapik kayu bagi dinding konkrit

Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang mempunyai tebatan berlapis (
PVK/PVK ).- kerana terdedah kepada kerosakkan mekanikal
Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Permukaan

Kebaikan:

1. Kemas & elok dipandang.

2. Sesuai untuk pemasangan kecil ( rumah kediaman )

3. Pemasangan mudah dan cepat disiapkan.

4. Kerja menyelenggara / tambahan mudah dilakukan dan tidak menjejaskan


pendawaian sedia ada.

5. Kos pendawaian yang paling murah.


ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 14

Kelemahan:

1. Terdedah kepada kerosakkan mekanikal (terdedah).

2. Tidak Tahan suhu panas dan lembab.

3. Sesuai hanya di tempat tertentu sahaja.


4. Tempoh ketahanan tidak lama.

Ciri-ciri pemilihan Pendawaian permukaan

a). Bangunan dibuat daripada - kayu / batu.


b). Voltan rendah – fasa tunggal.

c). Bilangan litar akhir – sedikit

d). Kabel yang dipasang – tidak begitu banyak.


e). Kurang risiko berlakunya kerosakkan mekanikal.

f). Kerja pemasangan – dibuat cepat.

g). Beban kuasa yang digunakan – kecil.

h). Kos pemasangan – ekonomi / murah.


Memasang Dua Lampu Secara Siri

Cataan :
Pemasangan Lampu Dan Soket Alur Keluar

1. Cara pemasangan
2. Sambungkan kabel hidup dari DB ke
suis punca (C).
3. Sambungkan kabel lampu dari suis
punca (L) kepemegang lampu bertanda
(L)/ke punca bahagian tengah.
4. Sambungkan kabel Neutral dari DB ke
punca pemegang lampu (N).
5. Sekiranya anda ingin menambah lampu
kedua anda hanya perlu sambungkan
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

kabel-kabel mengikut punca yang telah


dipasang pada pemegang lampu
pertama.
15
Memasag Lampu Secara Siri Guna Dua Suis

Cataan :

1. Cara pemasangan.
2. Sambungkan kabel hidup dari DB ke suis
punca (C) bagi suis 01 dan suis 02.
3. Sambungkan kabel lampu dari suis punca
(L) kepemegang lampu bertanda (L)/ ke
punca bahagian tengah setiap lampu 01
dan 02.
4. Sambungkan kabel Neutral dari DB ke
punca pemegang lampu (N) bagi lampu 01
dan 02.
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL
16
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 17

Memasang Dua Lampu Dua Suis


Memasag Dua Soket Secara Jejari/Siri

Cataan :

1. Cara pemasangan.
2. Sambungkan kabel hidup dari DB ke
soket punca (L).
3. Sambungkan kabel Neutral dari DB ke
soket punca (N).
4. Sambungkan kabel Bumi dari DB ke
soket punca (E).
5. Sekiranya anda ingin menambah soket
ke dua secara jejari/siri anda hanya perlu
membuat sambungan dari soket pertama
ke soket kedua dengan “point” yang
sama.
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL
18
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 19

Memasang Dua Soket Berasingan


ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 20

Memasang Litar Lampu Dan Soket


ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 21

Pengujian Pemasangan

Terdapat beberapa jenis pengujian bagi sesuatu pemasangan elektrik sama ada
pemasangan baharu atau tambahan. Dalam nota ini kita akan sentuh tiga jenis
pengujian. Pengujian yang kita akan pelajari ialah pengujian kekutuban, pengujian
penebatan dan ujian peranti arus baki.

Ujian Kekutuban.

Tujuan utama ujian ini dilakukan bagi memastikan semua alat kawalan satu kutub
seperti fius, suis satu hala-satu kutub, thermostat dan sebagainya berada pada
pengalir hidup. Ujian ini juga untuk memastikan sambungan tepi pemegagan
lampu Edison, bahagian kiri soket alir keluar dan palam pada pengalir neutral.
Ringkasnya ujian ini ialah untuk memastikan sambungan kekutuban pada setiap
alat tambah dan alat elektrik berada pada tempat yang betul.

Ujian Penebatan.

Tujuan ujian ini dilakukan untuk memastikan ketahanan penebatan antara pengalir
dan ketahanan penebat antara pengalir dengan bumi tidak berlaku kebocoran atau
litar pintas. Dengan itu pemasangan akan selamat jika membawa arus sebenar.

Ujian Peranti Arus Baki (RCCB).

Tujuan ujian ini dilakukan untuk memastikan sama ada RCCB boleh terpelantik
ketika berlakunya litar pintas atau kebocoran arus dalam sesuatu pemasangan.
Ujian ini dilakukan dengan memberikan beakalan pada pemasangan yang telah
siap dan kemudian tekan punat tekan uji pada RCCB. Sekiranya operator pada
RCCB terpelantik ini menunjukkan ianya berada dalam keadaan biak dan
pemasagan selamat untuk digunakan.

Berikut adalah contoh pengujian kekutuban dan penebatan pada pemasagan


soket alir keluar.
Ujian Kekutuban

Cataan :

1. Cara menjalankan ujian.


2. Sambungkan “probe” ke
keluaran MCB litar kuasa
dan satu lagi “probe”
kepunca-punca soket alir
keluar pada litar hidup.
3. Lakukan juga terhadap
sambungan netral.
4. Pastikan bacaan
menghampiri kosong / < 1
ohm.
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL
22
Ujian Penebatan

Cataan :

1. Cara menjalankan ujian.


2. Matikan suis utama.
3. Matikan RCCB litar kuasa.
4. Matikan MCB yang mengawal
soket.
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

5. Sambungkan “probe” ke keluaran


MCB litar Kuasa dan kepunca
23

Neutral sele[as itu ke punca Bumi


6. Pastikan bacaan menghampiri
infiniti/ > 1Megaohm.
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 24

Peralatan Tangan

Untuk melakukan sesuatu anda perlu mangetahui peralatan dan bahan diperlukan
mengikut jenis pendawai yang hendak dilaksanakan. Secara asasnya bagi
melakukan sesebuah pendawaian anda perlu mempunyai peralatan-peralatan
asas pendawaian seperti, tukul, pemotong kabel, playar gabungan, pemutar skru
dan pena uji. Berikut adalah contoh peralatan tangan asas yang perlu disediakan
dalam melakukan pemasangan elektrik.

Tukul Pendawaian

Alat yang direka khas untuk memaku


klip atau timah bagi mencengkam
pendawaian. Mempunyai kepala yang
berbeza. Sebelah berbentuk bulat dan
sebelah berbentuk leper melintang.

www.dlsweb.rmit.edu.au

Pemotong Kabel

Terdapat pelbagai jenis pemotong kabel


dipasaran berikut adalah contoh pemotong
kabel yang biasa digunakan dalam kerja-
kerja pendawaian. Ia digunakan bagi
memotong kabel dan juga menanggalkan
pembalut PVC pada sesebuah kabel.

www.digikey.com : www.irwin.com
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 25

Player Gabungan

Terdapat pelbagai jenis player gabungan


dipasaran berikut adalah contoh player
gabungan kabel yang biasa digunakan
dalam kerja-kerja pendawaian. Ia
digunakan bagi memegang, mencengkam,
memotong, membengkok dan membentuk
kabel.

www.stanleytool.co.uk

Pemutar Skru

Terdapat pelbagai jenis pemutar skru. Ia


digunakan untuk memasang dan
menanggalkan skru. Penggunaan pemutar
skru yang betul sama ada kepala Philip
atau plat bergantung kepada bentuk
kepala skru

www.samensshed.org

Pena Ujian

Untuk mengesan kebocoran arus elektrik


atau kabel hidup. Selain itu ia juga
boleh digunakan untuk kerja ringan
seperti mengetat skru kecil. Pena ujian
ini sesuai dan selamat digunakan untuk
mengesan voltan 50 ~ 500V.

www.chinaouci.com
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 26

AMALI
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 27

AMALI 01
PEMASANGAN SUIS SATU HALA DAN
LAMPU
Lukisan Blok : Pemasangan Suis Satu Hala Dan Lampu

20 mm

30 mm

35 mm

25 mm

KFA 45 mm
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL
28

S
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 29

Pemasangan Suis Satu Hala Dan Lampu


ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 30

AMALI 02
PEMASANGAN SOKET SECARA
JEJARI
Lukisan Blok : Pemasangan Soket Jejari

35 mm

25 mm

KFA
45 mm

20 mm
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL
31
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 32

Pemasangan Soket Secara Jejari


ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 33

AMALI 03
PEMASANGAN LAMPU DAN SKOET
Lukisan Blok : Pemasangan Lampu Dan Soket

20 mm

30 mm

35 mm 35 mm

25 mm

KFA
45 mm 45 mm
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL
34

S
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 35

Pemasangan Lampu Dan Soket


ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 36

AMALI 04
PEMASANGAN 2 LAMPU
DAN 2 SKOET
Lukisan Blok : Pemasangan 2 Lampu Dan 2 Soket

L2 L1

20 mm

30 mm

35 mm 35 mm 35 mm

25 mm

KFA
45 mm 45 mm
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL
37

20 mm
S2 S1
Pemasangan 2 Lampu Dan 2 Soket

Pemegang Pemegang
Ros Ros
Lampu & Lampu &
Siling Siling
Lampu Lampu
NE L L EN

L2 L1

E N
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL

C C
E E
38

L L
N LL N LL

Suis 2 Suis 1 Soket Soket


ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 39
ASAS PENDAWAIAN PERMUKAAN FASA TUNGGAL 40

Rujukkan :

 Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman,


Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Edisi 2008.

 Pepasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik, Abd. Samad B. Hj.


Hanif, Dewan Bahasa Dan Pustaka,Cetakan Kedua,2000\

 Teknologi Elektrik, Abd Samad Bin Hj. Hanif, Pustaka Sistem


Pelajaran Sdn. Bhd., 2002

You might also like