You are on page 1of 2

Pesan Seorang Maulana

Teringat saya pernah dapat nasihat darpada seorang maulana. Bagus untuk parenting. Namanya
Maulana Jamal. Masa tu first time jumpa dengan Maulana Jamal di majlis kahwin Ustaz Khann Da'ie
... Saya tau beliau ni adalah guru kepada isteri saya masa di madrasah. Maulana Jamal ajar isteri saya
kitab Bukhori.

Masa saya kahwin dengan isteri saya hari pertama. Isteri saya minta satu permintaan, "Boleh saya
minta sesuatu ngan awak?" Saya terdetik dalam hati, "Aik ... baru je kahwin dah nak permintaan?"

Maklumlah kami tak pernah kenal.. Hehe saya kata apa dia? "Saya minta awak buat hubungan baik
dengan semua ustaz-ustaz saya. Sebab saya sayang ustaz-ustaz yang pernah ajar saya agama sampai
jadi alimah."

Allahu ... Saya ingat nak minta apa tadi.. Saya kata InsyaAllah. MasyaALlah dalam hati saya kalaulah
semua pelajar Malaysia ada sifat dengan guru macam ni. Buat hubungan dengan cikgu-cikgu yang
pernah ajar kita dulu. Berkatnya hidup.

Saya sapa ustaz, "Assalamualaikum Ustaz ... Ustaz Jamal kan? Saya suami kepada anak Hj Aris Bangi.
Boleh saya duduk makan sekali dengan ustaz?" Ustaz kata owhh MasyaAllah silakan .. "Anta
motivator pelajar ya?" Aik.. Saya terperanjat macamana ustaz tau. Saya kata, "sikit-sikit la ustaz
belajar-belajar cakap depan pelajar. Doakan saya ustaz."

Ustaz Jamal terus bagitau saya, "kalau anta bagi ceramah dengan mak ayah.. Boleh anta bagitau
mereka benda penting ni? Sangat penting!"

Saya kata "MasyaAllah ustaz ... boleh. Apa ek ustaz?"

Ustaz Jamal kata,Teringat "bagitau semua bapa.. Buat amalan ni.. Setiap kali keluar rumah tolong
bagi sedekah.. Kat masjid ke atau kat madrasah secara sembunyi. Masa masukkan duit ke dalam
tabung RM1 ke RM10 ke. Masa tu niat dalam hati, "Ya Allah. Pecahkanlah batil-batil (kejahatan)
dalam diri aku, isteri aku, dan dalam diri anak-anak aku.. Ya Allah.. Pecahkanlah batil-batil yang ada
di sekeliling aku, sekeliling isteri aku, dan sekeliling anak-anak aku." Sebab apa? Sebab begitu banyak
batil-batil, kejahatan-kejahatan yang ada, yang kita susah nak kawal di zaman ni. Hanya Allah yang
boleh bantu. Sebab apa masa sedekah? Sebab masa sedekah secara sembunyi dalam hadith sebut,
masa tu dapat memadamkan kemurkaan Allah.. Masa tu kita niat, InsyaAllah niat kita dimakbulkan."
Saya tak terfikir.. Bila ustaz jamal cakap macam tu.. Sya baru terfikir.. Begitu banyaknye sekarang ni
batil2 yg berlaku di keliling kita.. Anak2 dengan terdedah dengan website2 yg x elok.. Wifi dan
sebagainya.. Suami pulak terdedah dengan perkara2 yg menjadi sebab maksiat.. Isteri hari ni berapa
ramai yg dikelilingi kebatilan.. Bermesra dengan suami orang.. Bergelak ketawa di office.. Suami
terdedah boleh bergalak dengan isteri orang.. Benda2 ni semua kita xleh nak kawal.. Susah nak
kawal.. Hanya denagn amalan shj minta Allah pecahkan..,YaAllah.. Ampuni dosa kami..

Ustaz Jamal bagitau lagi, "Amalan ibu pula.. Setiap lepas solat fardhu... Doa benda yang sama, " Ya
Allah. Pecahkanlah batil-batil (kejahatan) dalam diri aku, suami aku, dan dalam diri anak-anak aku..
Ya Allah. Pecahkanlah batil-batil yang ada di sekeliling aku, sekeliling suami aku, dan sekeliling anak-
anak aku. Sebab doa ibu ni sangat makbul dan doa pula lepas solat fardhu. Hadith Nabi SAW sebut
doa sangat makbul lepas solat fardhu."

Ya Allah. Saya rasa nasihat ni sangat penting dan berguna untuk saya dan isteri saya dan semua
orang. Lepas makan saya terus ambik buku nota dan terus salin apa yang Ustaz Jamal bagitau saya.
Setiap kali saya ceramah parenting di sekolah, saya tak pernah lupa untuk bagitau perkara ni kepada
ibu bapa.

Ya Allah. Jagalah anak-anak kami untuk kami. Jauhkanlah anak-anak kami, isteri/suami kami daripada
maksiat dan dosa. Kami tak mampu ya Allah. Kami lemah, kami dhoif.. Ampunilah kami... Amiiiin ya
Rabbal 'Aalamiin.

Sila tag share untuk suami atau isteri kita. Terus buat amalan ni.

You might also like