You are on page 1of 2

Kes Aminah

Pendahuluan
Kaunseling merujuk kepada hubungan profesional antara kaunselor
dan klien. Krumboltz (1965) mendifinisikan kaunseling sebagai
hubungan beretika yang dilakukan oleh kunselor dalam usaha
membantu klien mengatasi masalahnya. Sebagai guru, penguasaan
terhadap kemahiran-kemahiran kaunseling merupakan satu
kelebihan untuk membantu murid mengatasi pelbagai masalah yang
dihadapi. Dalam kes Aminah, usaha membantu Aminah mengatasi
masalahnya dapat dilakukan sekiranya guru dapat menggunakan
kemahiran-kemahiran kaunseling.

Kemahiran utama yang perlu ada pada seorang kaunselor/guru


dalam proses menolong ialah kemahiran membina hubungan.
Kemahiran ini dilihat sebagai asas untuk membolehkan proses
menolong Aminah dapat dilaksanakan dan ini dilihat sebagai fasa
pertama dalam kaunseling individu. Kegagalan membina hubungan
akan menjadi penyumbang kepada kegagalan proses menolong.
Aminah sebagai klien mungkin tidak akan memberi kerjasama dan
enggan berkongsi masalah sekirannya keunselor gagal membina
hubungan. Dalam membina hubungan, Rogers (1998) menjelaskan
bahawa kaunselor perlu mengkomunikasikan elemen-elemen mesra,
penerimaan tanpa syarat, prihatin, tulen, konkrit, empati dan
mengambil kira jarak dan kedekatan. Klien perlu merasai bahawa
dirinya diterima sebelum bersedia untuk menceritakan masalah yang
dihadapi. Sekiranya kaunselor dari gender yang sama, elemen
sentuhan boleh digunakan dalam proses membina hubungan.
Kemahiran-kemahiran non-verbal lain seperti kontaks mata dan
ekspresi muka juga menyumbnag kepada kemahiran membina
hubungan. Kemahiran membina hubungan dapat mewujudkan
suasana yang menggalakkan interaksi dan membina kepercayaan
antara klien (Aminah) dengan kaunselor. Berdasarkan huraikan di
atas jelas kemahiran membina hubungan dilihat sebagai tunjang
untuk membolehkan hubungan menolong/proses kaunseling dapat
digerakkan kepada fasa seterusnya
Kemahiran lain yang perlu dikuasai oleh kaunselorialah kemahiran
menyoal. Kemahiran menyoal penting kerana proses penerokaan
masalah klien/Aminah bertitiktolak daripada keupoayaaan
mengemukakan solan-solan,.
Kemahiran menyoal terbahagi kepada dua iaitu soalan tertutup
dan soalan terbuka.

You might also like