You are on page 1of 3

WATAK DAN PERWATAKAN

SUKMA

Dia seorang gadis yang berusia 19 tahun dan pelajar


sebuah pusat pengajian tinggi dalam bidang sains politik.
Dia ialah anak tunggal seorang pemimpin masyarakat ,
iaitu Haji Syaqir. Dia merupakan seorang yang tegas dan
sangat rajin. Dia sangat mudah bersimpati dan penyayang.
Dia memiliki pengetahuan yang sangat tinggi dan
berfikitan matang. Dia juga seorang yang berani untuk
berdepan dengan sesiapa sahaja demi menegakkan
kebenaran . Sukma seorang gadis yang sangat kuat
berpegang kepada budaya timur . Ayahnya memujinya
kerana sifat ketimurannya itu.

RAFIQ

Dia pernah tinggal di luar negara dan kembali ke tanah


air. Dia merupakan seorang pemuda yang berwawasan dan
berperibadi mulia . Rafiq menghormati ayah Sukma ketika
berada di rumah gadis itu. Dia sangat suka membantu.
Rafiq membantu Sukma untuk bertemu dengan abang Aim
untuk menyelesaikan misteri yang menyelubungi hidup
gadis itu. Dia ialah oemuda yang berani. Dia mematahkan
serangan Jerry dan Berjaya membuatkan Jerry berubah.
Dian anak keluarga kaya tetapi tidak dimanjakan dengan
kemewahan. Dia dididik supaya menghargai diri sendiri.
ISKANDAR

Iskandar seorang pemuda yang agresif dan suka


memandang rendah terhadap orang lain. Dia juga sangat
memandang tinggi budaya dan pemikiran barat tentang
kebebasan. Akibatnya dia telah terjebak dengan aktiviti
Kumpulan Ruang Sepi di Kelab WX2. Dia juga suka
menyindir dan gemar bertengkar. Dia akan bertengkar
dengan Sukma setiap kali mereka berjumpa.

PUAN DELIA

Ibu kepad Sukma. Beliau merupakan seorang wanita


yang berpendidikan tinggi dan mendapat pendidikan di
barat. Beliau sangat mengambil berat terhadap anaknya
Sukma. Beliau sering meminta Sukma menyiasat latar
belakang orang yang datang ke rumah mereka. Beliau telah
membantu pihak berkuasa untuk membanteras kegiatan
Kumpulan Ruang Sepi yang memesongkan pemikiran
remaja. Beliau seorang wanita yang berani. Semasa serbuan
dibuat di Kelab WX2 beliau turut berada di situ sehingga
menyebabkan beliau ditembak oleh anggota kumpulan
berkenaan.
Huraikan watak dan perwatakan watak utama
dalam novel Tingkatan 3 yang anda kaji.
Watak utama novel 6:20 ialah Nur Sukma.
Sukma merupakan anak tunggal kepada
pasangan Hj. Shaqir dan Pn.Delia dan berusia
19 tahun. Sukma merupakan penuntut Jurusan
Sains dan Falsafah di sebuah IPTA. Dia menjadi
guru tarian zapin di kawasan perumahannya.
Sukma mudah bersimpati terhadap orang lain.
(Sukma berasa simpati terhadap wanita tua
(nenek) yang berada di luar pagar rumahnya)
Dia juga seorang yang taat kepada perintah
Tuhan.(Sukma tetap menunaikan solat
walaupun dia sibuk) Sukma seorang yang
berani (Sukma berani pergi menyiasat tentang
pergerakan kelab WX2) Dia juga seorang yang
mempunyai sifat setiakawan ( Sukma berusaha
gigih untuk membawa Jerry dan Iskandar ke
pangkal jalan walaupun dia diancam
bahaya)serta gigih berusaha (Sukma berusaha
gigih mencari bukti berkaitan kelab WX2)

You might also like