You are on page 1of 8

PENGENALAN

Ganguan mental atau lebih dikenali sebagai kurang siuman oleh sesetengah rakyat

Malaysia merupakan salah satu masalah psikolgi. Penyakit mental merupakan pola

psikologis atau perilaku yang ada hubungkait dengan tekanan yang dihadapi mahupun

kelainan mental yang tidak dianggap sebagai sebahagian daripada perkembangan

manusia normal. Gangguan tersebut didefinisikan sebagai kombinasi efektif, perilaku,

komponen kognitif atau persepsi yang ada hubungan dengan fungsi tertentu pada

bahagian otak atau system saraf yang menjalankan fungsi sosial manusia.

Penemuan dan pengetahuan tentang keadaan kesihatan mental kini berbeza dengan

perubahan masa dan pandangan, dan sehingga kini masih terdapat perbezaan

mengenai definisi, penilaian dan klasifikasi, mengenai gangguan mental. Lebih satu

per tiga daripada manusia di sebahagian besar penduduk di sesebuah negara

dilaporkan mempunyai masalah dalam hidup mereka yang memenuhi ciri ciri umum

masalah gangguan mental. Masalah ini berlaku akibat daripada pelbagai sebab yang

tertentu dan kadangkala tidak begitu jelas. Oleh itu, sebagai sebahagian daripada

anggota masyarakat seharusnya kita membantu mereka yang mengalami gangguan

mental untuk mengurangkan terjadinya masalah ini supaya keadaan komuniti dan

persekitaraan berada dalam keadaan optimum.

Page 1
OBJEKTIF

Tujuan mempelajari sains tingkahlaku adalah untuk memahami konsep tingkahlaku

dan member pendedahan tentang pembentukan tingkahlaku kesihatan kepada pelatih.

Selain itu, pelatih juga dapat mempelajari komponen komponen utama dalam

pelajaran sains tingkahlaku seperti gangguan mental. Seterusnya, pelatih juga dapat

menjelaskan secara terperinci perspektif gangguan mental serta mengenal tugas

Penolong Pegawai Perubatan dalam merawat penyakit ini.

Page 2
KANDUNGAN

Gangguan mental berlaku apabila seseorang itu menunjukkan tingkah laku yang lain

dari kebiasaannya (abnornal). Abnormal boleh didefinisikan kepada beberapa jenis

iaitu berlainan dari kebiasaan statistik dan sosial, tingkahlaku ‘maladaptive’ dan juga

‘personal distress’. Kelainan dari kebiasaan statistik dan sosial juga bermaksud jauh

dari norma sepatutnya. Dalam sesebuah masyarakat, kita mempunyai garis panduan

sebagai seorang manusia normal. Hal ini tidak kiralah dari segi bangsa ataupun agama,

sebagai manusia kita perlu mengikut garis panduan sama seperti yang diamalkan oleh

semua lapisan masyarakat. Apabila adanya golongan yang tidak mempunyai

tingkahlaku yang normal, pastinya, mereka akan dipandang pelik atau dipinggirkan

dari sesebuah masyarakat. Ciri ciri seperti tinggi, berat dan kecerdasan ialah sebuah

nilai yang boleh diukur berdasarkan kekerapan statistik manakala tingkahlaku

abnormal itu berbeza atau berlainan dari kebiasaannya. Namun begitu, pandangan

mengenai normal dan adnormal dalam sesebuah masyarat berbeza antara satu sama

lain.

Selain itu,‘maladaptive’ juga patut ditekankan. Ia terbahagi kepada dua kategori iaitu

maladaptive kepada diri sendiri dan maladaptive kepada masyarakat. Maladaptive

kepada diri sendiri seperti tidak mampu mencapai matlamat hidup serta tidak dapat

memenuhi kehendak dalam kehidupan. Manakala maladaptive terhadap masyarakat

pula ialah gangguan fungsi dalam masyarakat sosial. Tingkahlaku maladaptive ini

memberi kesan bukan sahaja kepada individu malah masyarakat di sekeliling.

‘Personal distress’ juga merupakan salah satu faktor berlakunya keadaan abnormal.

‘Personal distress’ lebih kepada tekanan individu yang subjektif jika dibandingkan

dengan tingkahlaku. Jika sekiranya manusia berpuas hati terhadap kehidupannya

Page 3
sendiri, maka mereka cenderung untuk mengabaikan aspek kesihatan mental. Namun,

apabila terdapat ‘distress’ dalam kehidupan seseorang individu mereka lebih

cenderung kepada aktiviti yang abnormal yang membawa kepada masalah ganguan

mental.

Mengikut definisi keadaan normal atau keadaan yang biasa, ramai psikologis yang

berpendapat nomaliti ini sebagai ‘emotional well being’. Apabila emosi seseorang itu

stabil dia tidak cenderung untuk melakukan sesuatu yang abnormal. Antara kriteria

normaliti bagi individu biasa adalah mempunyai persepsi yang betul terhadap realiti,

mengenali diri sendiri (self-knowladge), kemampuan mengawal tingkahlaku, harga

diri, keinginan untuk mempunyai hubungan yang bermakna,dan mementingkan

produktiviti. Mempunyai persepsi yang betul terhadap realiti adalah kemampuan

untuk berinteraksi dan interpretasi persepsi dengan betul terhadap alam sekitar. ‘Self-

knowledge’ pula ialah sedar dan memahami motif diri sendiri. Sebagai contoh,

seseorang individu tahu apa yang mampu dan tidak mampu dilakukan olehnya.

Kemampuan mengawal tingkahlaku juga penting kerana seseorang itu perlu

memahami diri sendiri dan mampu mengawal tingkahlaku sendiri. Sebagai contoh,

seseorang individu itu, mampu mengawal perilaku agresif dan seksual melampau dan

hanya melepaskannya bila perlu sahaja. Seterusnya, setiap individu itu perlu

mempunyai harga diri disamping selesa dengan diri dan individu disekitar diri sendiri.

Seharusnya tiada rasa ‘alienation’ atau rasa tidak berguna dan rasa tidak diterima oleh

masyarakat. Hubungan yang rapat dan memuaskan hati serta sensitif terhadap individu

lain merupakan kemampuan untuk mempunyai hubungan yang bermakna.

Page 4
Akhir sekali, keadaan normal itu boleh dikenal pasti apabila seseorang individu itu

mampu untuk menyalurkan kemampuan diri serta menghasilkan produktiviti dalam

kehidupannya selain positif tentang hidup dan masa depan.

Terdapat beberapa klasifikasi kelakuan abnormal antaranya, ‘Anxiety Disorder’,

‘Mood Disorders’, ‘Schizophrenia’ dan ‘Personality Disorder’. ‘Anxiety Disorder’

ialah kegagalan untuk menghadapi situasi yang mudah lalu menyebabkan tekanan.

Sebagai contoh, ‘Generalized Anxiety Disorder’ (GAD) atau ‘Panic Disorder’,

‘Phobias’ dan ‘Obsessive Compulsive Disorder’ (OCD). Manakala, ‘Mood Disorders’

pula individu mungkin ‘severely depressed’ atau ‘manic’. Mood Disorder boleh

dibahagiakan kepada dua iaitu ‘Depression’ dan ‘Bipolar Mood Disorders’.

‘Schizophrenia’ pula meliputi kumpulan ‘disorders’ yang bercirikan kepada gangguan

dalam pertuturan, ganguan ‘mood’ dan kesan, gangguan pemikiran, gangguan

persepsi, keluar dari kenyataan dan kemerosotan kefungsian diri. Akhir sekali,

‘Personality Disorders’ berlaku apabila personaliti tidak lagi fleksibel atau

‘maladaptive’ serta gangguan kefungsian diri (personality disorder). Antara contoh

Personality Disorders ialah ‘Narcissistic Personality Disorder’, ‘Dependent

‘Personality Disorder’ dan ‘Anti-social Personality Disorder’.

Page 5
Oleh itu, setelah memahami keadaan abnormal dan normal ini, kita boleh simpulkan

bahawa perspektif gangguan mental atau lebih dikenali sebagai ‘mental disorder’ atau

‘mental illness’ ini merupakan gangguan fisiologikal dan psikologikal yang mana

menyebabkan perubahan kepada mental, emosi, tingkahlaku dan persepsi seseorang

individu. Justeru itu, bagi menangani berlakunya gangguan mental seseorang itu perlu

sentiasa dalam keadaan normal.

Page 6
PENUTUP
Kesimpulannya, Penolong Pegawai Perubatan berperanan besar dalam menangani

masalah mental ini. Ia amat penting bagi mengurangkan kadar pesakit yang

menghidapi masalah mental. Banyak langkah yang boleh diambil, antara perkara yang

boleh dilakukan adalah dengan memberi pendidikan awal terhadap masyarakat.

Kesedaran mengenai kepentingan menangani stress sedikit sebanyak dapat membantu

memberi kesedaran kepada masyarakat kerana ia akan menwujudkan suasana harmoni

dan sihat dari segala aspek.

Page 7
RUJUKAN

1. Ma’rof Redzuan, Haslinda Abdullah (2008). Psikologi. Penerbit McGraw-Hill


(Malaysia) Sdn. Bhd

2. http://www.dosh.gov.my/index.php/en/
3. Ashari, Hapriza and Mohd Nor, Roshazlizawati (2004) Strategi Perundangan Untuk
Mengurus Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja. Project Report. Universiti
Teknologi Malaysia.
4. David MacCollum (2006). Construction Safety Engineering Principles: Designing and
Managing Safer Job Sites. McGraw-Hill Professional.
5. Nota Sains Tingkahlaku MABS 1112 KPPS

Page 8