You are on page 1of 42

1.

0 PENGENALAN

Bidang semantik merupakan bidang yang memberikan perhatian kepada aspek makna
dalam bahasa. Dalam kajian semantik kita perlu memahami beberapa istilah penting
terutama sekali istilah semantik dan makna. Kata semantik berasal daripada kata adjektif
bahasa Yunani semantickos yang bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’. Kata ‘bererti’ membawa
maksud ‘makna’ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan,
1985:9). Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna
perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Menurut Ferdinand de Saussure,
semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky
berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan
dan konteks apabila ayat digunakan. Namun, semantik bukan sahaja merujuk kepada
makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M.Breal,
1893). Makna boleh diberikan dengan bermacam-macam-macam pengertian lain. Ogden
dan Richard (1956) memberikan 16 pengertian makna; antaranya ialah sesuatu yang
intrinsik, pokok, kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan bahawa makna
mempunyai makna yang ruwet. Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian
daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai
sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya.
Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi,
makna dalam konteks, hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan
bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.

1

2.0 PENGURUSAN GRAFIK

2.1 SEMANTIK

2.1.1 Definisi Semantik

Definisi merupakan kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau
makna sesuatu kata. ( rujukan kamus dewan)

(Abdul Chaer,
1994).
Semantik
Kamus Dewan
merupakan bidang
Semantik pengkajian (J.W.M. Verhar,
bermaksud kajian linguistik yang 1996)
tentang makna objek Semantik ialah
perkataan dan penelitiannya cabang linguistik
penambahan makna bahasa yang akan
makna sesuatu membahas erti
kata atau makna

Akmajian et al. (Tarigan, 1985 : 7)
(1995: 222),
DEFINISI
Semantik menelaah
SEMANTIK lambang-lambang atau
tanda-tanda yang
Semantik menyatakan makna,
bermaksud hubungan makna yang
kajian tentang satu dengan yang
makna dan
bahasa. lain, dan pengaruhnya
terhadap manusia dan
masyarakat.

Stalnaker (1972: 383),
Siti Hajar Abdul Aziz (2009),
Sintaksis mengkaji ayat,
manakala semantik Semantik ialah bidang kajian
mengkaji preposisi. Beliau tentang aspek makna dalam
menjelaskan bahawa bidang ilmu linguistik dan
semantik memperjelas sebahagian daripada bidang
peraturan untuk kajian tatabahasa secara
menyesuaikan ayat dalam khusus, iaitu merujuk kepada
bahasa dengan preposisi kajian yang melibatkan struktur
yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa seperti
juga aspek kajian fonologi,
morfologi dan sintaksis

2

2.1.2 Konsep Semantik

Konsep merupakan pengertian am atau idea yg mendasari sesuatu ( rujukan kamus
dewan)

Ferdinand de Saussure;-
Semantik merupakan bahasa yang
diucapkan untuk menyampaikan makna

Choamsky
Semantik merujuk makna ayat
ditentukan oleh struktur permukaan dan
konteks apabila ayat digunakan.

KONSEP SEMANTIK M.Breal, 1893
Semantik bukan sahaja merujuk kepada
makna tetapi juga kepada
perkembangannya yang disebut
“semantik sejarah”

Ogden dan Richard (1956)
Semantik memberikan 16 pengertian
makna; antaranya ialah sesuatu yang
intrinsik, pokok, kemahuan dan pelbagai
lagi yang dapat menjelaskan bahawa
makna mempunyai makna yang rumit.
2.1.3 Takrif Semantik

Semantik ditakrifkan sebagai kajian makna istilah. Perkataan
Takrif ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang
Semantik membawa maksud "erti yang penting". Terdapat perbezaan
antara "semantik" dengan "sintaksis". Dalam keadaan
tersebut, "semantik" merujuk kepada makna perkataan
manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola
yang formal bagi penyataannya. Kata semantik juga diertikan
sebagain”ilmu tentang makna atau erti”.

3

2.2. MAKNA LEKSIKAL

2.2.1 Definisi Makna Leksikal

Definisi Makna Leksikal

Chikita Nawaristika
Wirasatriaji Makna leksikal adalah
Darwis Harahap makna dasar sebuah kata
Makna leksikal adalah makna yang sesuai dengan kamus.
Makna leksikal bermaksud
suatu kata sebelum Makna dasar ini melekat
makna yang terdapat dalam
mengalami proses perubahan pada kata dasar sebuah
kamus atau makna
bentuk ataupun belum kata. Makna leksikal juga
perkataan yang terlepas
digunakan dalam kalimat. disebut makna asli sebah
daripada hubungannya
Makna leksikal adalah makna kata yang mengalami proses
dengan perkataan lain
yang berdasarkan kamus. penambahan imbuhan.
dalam ayat. Untuk mengetahui makna Makna leksikal didefinisikan
sebagai makna kamus.

2.2.2. Konsep Makna Leksikal

Chaer (2009:60)
Konsep makna Makna Leksikal adalah bentuk perkataan yang
leksikal diturunkan dari leksikon iaitu kosa kata dan
perbendaharaan kata. Satuan dari leksikon adalah
laksem, iaitu satuan bentuk bahasa yang bermakna.”

2.2.3. Takrif Makna Leksikal

Takrif Makna Leksikal

Makna leksikal adalah makna yang tetap tidak
berubah-ubah sesuai dengan makna yang ada di
kamus.

4

Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan Definisi Makna Ayat . Bahasa ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. ada bercincin ada tidak.Misalnya kita mengabai ataupun tidak dalam ayat Adik ke kedai . makna dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca terselindung dan makna tersirat.3 MAKNA AYAT 2. Makna Tersirat Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan.3.1 Definisi Makna Ayat Makna tersurat Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. 5 . Makna perbuatan adik ialah ‘pergi’ walaupun ayat dibahagikan kepada tiga sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia iaitu makna tersurat. misalnya dalam kiasan Umpama jari di tangan. tetapi pendengar memahami beberapa perkataan.Makna ayat didefinisikan Makna terselindung pendengar atau penulis Makna terselindung ialah makna yang memahami makna yang ingin terselindung dalam sesuatu ayat kerana di sampaikan sehinggakan perkataannya tidak dihadirkan.2. Kata pergi tidak menyebut atau menulis dihadirkan.

Makna ayat merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini.3.2 Konsep Makna Ayat Konsep Makna Ayat •Makna ayat merupakan perkataan atau ayat yang mempunyai maksud untuk disampaikan.3. maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis 2.2.3 Takrif Makna Ayat Takrif makna ayat Makna ayat ditakrifkan sebagai perkataan yang disusun untuk mendapatkan makna perkataan yang terdapat dalam ayat tersebut. 6 .

7 .2. atau sifat yang khas dalam bidang tertentu.3 Takrif peristilahan Takrif peristilahan Takrif peristilahan adalah kata atau gabungan kata yang dengan cermat mengungkapkan suatu makna.4 PERISTILAHAN 2. konsep proses. Kata mempunyai pelbagai makna bergantung kepada konteks penggunaannya.4. gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen.4. istilah ialah kata. Terdapat dua jenis peristilahan iaitu peristilahan khusus dan perisitilahan umum.4. Peristilahan mempunyai makna khusus dan tidak berubah maknanya walaupun digunakan dalam konteks yang berlainan. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya 2.1 Definisi Peristilahan Definisi Peristilahan Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591).2 Konsep Peristilahan Konsep Peristilahan Peristilahan dan kata dapat dibezakan melalui kekhususan sesuatu makna. 2. keadaan.

5.3 Takrif Tataistilah Takrif Tataistilah Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Misalnya. Buku Bahasa Melayu Tinggi 2. tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu.2 Konsep Tataistilah Konsep Tataistilah ialah kata atau tataistilah gabungan kata yang menerangkan makna.5.5 TATAISTILAH 2. proses. konsep. 8 .5.1 Definisi tataistilah Definisi Tataistilah Menurut Pedoman umum Kamus Dewan Edisi Ketiga Pembentukan Istilah Bahasa Melayu tataistilah dedefinisikan sebagai (1992: 1-3) perkataan atau rangkai kata yang Tataistilah ialah kumpulan peraturan mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu untuk membentuk istilah ( termasuklah bidang ilmu pengetahuan (pekerjaan kumpulan istilah yang dihasilkannya) atau kesenian) 2.2.

6. Misalnya: Natrium klorida.1 Definisi tatanama Definisi tatanama Tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya).3 Takrif tatanama Takrif Tatanama adalah alat peraturan penamaan dalam tatanama bidang ilmu tertentu. nukleus. beserta kumpulan nama yang dihasilkannya. seperti kimia dan biologi.2. biologi. 9 . karbon dioksida. 2. ribosom. fizik dan sebagainya. ( modul BMM3111) 2.6.2 Konsep tatanama Konsep Tatanama Tatanama ialah sistem mengenai pemberian dan penentuan pemakaian nama-nama istilah dan sebagainya berdasarkan kaedah atau asas-asas tertentu seperti tatanama kimia.6.6.TATANAMA 2.

keluar Proses transformasi pengguguran frasa nama sebagai subjek yang terdiri daripada kata ganti nama diri oranng kedua boleh diterangkan secara berikut. Menurut Nik Safiah Karim et al. iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.1 Pengguguran Proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu dalam binaan ayat dan mengakibatkan unsur yang digugurkan itu tidak wujud pada peringkat srtuktur permukaan Terdapat tiga jenis pengguguran utama: i. (2008:538).3. Pengguguran frasa nama sebagai subjek ii.0 KERANGKA GENERATIF CHOMSKY Teori transformasi generatif telah dikemukakan oleh Noam Chomsky. Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif i. menambah unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata. Dalam bahasa Melayu. proses penyusunan semula dan proses peluasan. 3. Rumus transformasi berkuasa untuk menggugurkan unsur kata. pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada kecekapan berbahasa dan pengetahuan penutur asli yang memungkinkannya membentuk serta memahami ayat-ayat. 10 . proses penerbitan ayat melibatkan proses pengguguran. Menurut teori ini. Pengguguran frasa predikat iii. Pengguguran frasa nama sebagai subjek: a. Contohnya. penerbitan sesuatu ayat dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis. kamu keluar --.

Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar Dia sangat pandai kerana rajin belajar A A¹ KH A² S P S P FN FA FN FA dia sangat pandai Kerana dia rajin belajar 11 . Oleh itu. subjek nama yang serupa boleh digugurkan seperti berikut. Pengguguran subjek nama yang serupa dalam ayat majmuk Terdapat beberapa frasa nama sebagai subjek yang sama atau beridentiti sama. A A S P S P FN FK FN FK KN KK KN KK Kamu keluar Ѳ keluar b.

i) Pengguguran frasa kerja yang serupa Abu belajar di luar negara. A A¹ KH A² S P S P FN FA FN FA dia sangat pandai Kerana Ѳ rajin belajar ii. Pengguguran frasa predikat Seluruh frasa predikat . atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan seperti berikut. a. Siti belajar di luar negara Abu dan Siti belajar di luar negara. iii) Pengguguran frasa adjektif yang serupa Murni rajin belajar Kamal rajin belajar Murni dan Kamal rajin belajar . iv) Pengguguran frasa sendi nama yang serupa Dia masih di kampung 12 . ii) Pengguguran frasa nama yang serupa Kereta Proton kereta Malaysia Kereta kembara kereta Malaysia Kereta Proton dan Kereta Kembara kereta Malaysia. maka kesemua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan. Pengguguran seluruh frasa predikat Terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan.

orang tua itu bapa saya. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif Apabila dua ayat digabungkan. A S P bapa saya FN A¹ orang tua itu orang tua itu memakai serban A S P FN bapa saya Rel yang memakai serban itu 13 . frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif boleh digugurkan. dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif. contohnya . Adiknya masih di kampung Dia dan adiknya masih di kampung. iii. Orang itu memakai serban orang tua yang memakai serban itu bapa saya yang memakai serban itu bapa saya rajah pohonnya ialah .

i.3. terdapat tiga jenis proses penyusunan semula. penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Di dalam bahasa Melayu.Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek Ali membeli buku itu Buku itu dibeli oleh Ali.2 Penyusunan Semula Penyusunan semula merupakan bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat ayang gramatis yang baharu. Proses ini biasanya boleh mengakibatkan berlakunya perubahan atau pengguguran kata-kata tertentu. iaitu . A S P FN FK KK FN Ali mem beli buku itu A S P FN FK KK FS Buku itu SN FN di beli oleh Ali 14 . Proses penyusunan semula tidak membawa perubahan makna.

keterangan musabab dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila keterangan itu hendak difokuskan. keterangan masa. Penyusunan semula melalui ayat songsang Ayat yang mengandungi keterangan tempat.Penyusunan semula frasa nama sebagai objek Emak menghadiahi kakak sebentuk cincin Emak menghadiahkan sebentuk cincin kepada kakak A S P FN FK KK FN² FN³ Emak menghadiahi kakak sebentuk cincin A S P FN¹ FK FK FN² FS Emak KS FN³ menghadiahi sebentuk cincin kepada kakak iii. Anak muda itu berhijrah ke bandar Berhijrah ke bandar anak muda itu 15 .ii. keterangan syarat. Contohnya.

3 Peluasan Perluasan merupakan proses menambahkan unsur dalam ayat yang baharu. Budak itu adik saya Budak itu membaca buku Budak yang membaca buku itu adik saya A S P FN A¹ FN budak itu adik saya S P FN¹ FK budak itu membaca buku A S P FN FN budak yang membaca buku itu adik saya 16 .3. Peluasan frasa nama sebagai subjek Subjek diluaskan dengan proses relativisasi (iaitu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan). i. Terdapat empat jenis perluasan iaitu.

Peluasan dengan kata hubung Adik sedang tidur Abang sedang membaca buku Adik sedang tidur tetapi abang sedang membaca buku. 17 .ii. Peluasan frasa predikat Ali membakar sampah itu Sampah itu banyak bertaburan Ali membakar sampah yang banyak bertaburan itu A S P FN FK KN KK FN² FN A² Ali mengusik budak itu¹ budak itu² cantik A S P FN KN FK FN² Ali KK mengusik budak yang cantik itu iii.

iv. Peluasan melalui proses komplementasi Dia melaporkan sesuatu Ali sakit tenat Dia melaporkan bahawa bahawa Ali sakit tenat A S P FN¹ FK KN KK FN² A Komp Dia melaporkan K Komp A¹ Ali sakit tenat 18 .

1 Tajuk Artikel : Jenayah salah langkah semakin parah 19 .4.0 ANALISIS ARTIKEL 4.

Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Dari segi teorinya pula. kata hidrogren. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya.1 Pengenalan Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591). Vienna. alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.2 Analisis Istilah Bahasa Melayu 4. bahasa lisan/tulisan. tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara. Eugen Wuster. Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. alofon. iaitu lambang. neonatal. Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah (termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Manakala teori yang lebih khusus. kata umum boleh menjadi istilah. Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. fonem. nitrogen. Contohnya. iaitu mempunyai teori yang tersendiri. bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain. simbol dan objek. gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. 20 . Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu.2. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep. istilah ialah kata. Misalnya.4. dan objek. Tataistilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada. makna. Namun demikian.

dan tulang rusuk (bidang biologi). Namun.2 Analisis Kata Umum Bahasa Melayu Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu. proses. Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. dipilih fisiologi iii) kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial. konsep.4. dipilih hospital Fisiologi dan kaji tugas organ. darab (bidang matematik). tenaga atom (bidang fizik). bagi membentuk sesuatu istilah menggunakan kata umum bahasa Melayu hendaklah memenuhi syarat yang berikut. Namun demikian kata umum boleh menjadi istilah dan kata umum termasuklah kata dari bahasa lama atau dialek. i) kata berkenaan tepat memberi makna. keadaan atau ciri yang dimaksudkan. Contoh: Hospital dan rumah sakit. Dialek merujuk kepada kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu.2. Contoh isitilah yang menggunakan bahasa umum ialah belanjawan (bidang ekonomi). Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat. 21 . ii) kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).

bunuh 26/ 1 9. rumah tangga 1/3 3.Kata Umum Bilangan Perkataan Perenggan/ Baris 1. rasuah 28 / 3 13. hukuman 1/6 Bidang Perundangan 2. mencuri 28 / 3 12. rakyat 1/3 Bidang Sosial 2. rompak 26 / 1 11. rotan 1/9 4. rogol 26 / 1 10. pemimpin 1/4 22 . perintah 5/4 7. tertib 15 / 3 8. undang-undang 1/7 3. jenayah 2/2 6. Penguatkuasaan 29 / 3 1. tindakan 1 / 13 5.

air 18 / 4 1. moral 37 / 4 1. api 18 / 3 7. penyakit 17 / 1 4. sosial 37 / 3 7. ubat 17 / 3 5. jantung 16 / 5 3. anak-anak 1/3 6. baik 32 / 7 11. Allah 31 / 3 10. kadar 17 / 7 Bidang Matematik 23 . 4. sumbang mahram 37 / 3 1. doktor 17 / 4 6. bertuhan 31 / 5 9. buah pinggang 16 / 5 Bidang Sains 2. diharamkan 10 / 6 Bidang Keagamaan 8. ibu bapa 1/5 5. jahat 32 / 7 12.

sistem nilai 25 / 4 3. 2. pandangan alam 30 / 5 24 . pandangan hidup (mind set) 25 / 4 Bidang Psikologi 2. sistem keyakinan 30 / 2 4. tempoh masa 17 / 7 1.

i) gambut (daripada bahasa Banjar) – peat ii) nyeri (daripada bahasa Sunda) – pai iii) engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut iv) dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf v) dening (daripada bahasa bangsa Pattani) – yoke 25 .Kata Bahasa Serumpun Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu umum. Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. dan persekitarannya sejak melebihi 1. Indonesia.000 tahun lalu. Contoh istilah yang dibentuk berdasarkan kata umum bahasa serumpun ialah seperti berikut. Bahasa serumpun ialah bahasa di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia.

ironinya 36 / 1 6. Kata Serumpun Bilangan Perkataan Perenggan/ Baris 1. wajar 20 / 5 4. sukar 34 / 5 5. bisa 36 / 2 26 . tuntas 3/4 Bahasa Indonesia 2. yakni 6/3 3.

fisiology. bakti. i) Sesuai maknanya. ilmu (bidang pendidikan) . Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. mursyi. Contohnya . manusia (bidang agama) 27 . ii) Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayu. iii) Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan. professional. bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris.Kata Bahasa Asing Bahasa asing juga boleh diambil untuk membentuk istilah jika tiada dalam bahasa Melayu umum dan bahasa serumpun. Untuk tujuan keseragaman. sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim. photography (bidang sains) Istilah Bahasa Arab . Istilah Bahasa Inggeris . syarikat (bidang perniagaan) Istilah Bahasa Sanskrit . calory. kamus. murid. neraka. station. Agama. syurga. Metro. reactive. dosa. Istilah asing boleh dipinjam atas dasar. psychology.

Keluarga. paderi (bidang agama) . ekonomis. kelasi (bidang perkapalan) Istilah Bahasa Portugis . peluru (bidang ketenteraan) Istilah Bahasa Hindi . raja (bidang sosial) Istilah Bahasa Parsi . nol (bidang matematik) 28 . rector. meriam. gereja. Nakhoda. marmar. kubus. beta. invalide. neraca (bidang sains) . . debitur. (bidang Istilah Bahasa Belanda ekonomi) .

muhajirin 11 / 3 13.Quran 11 / 1 12. surah 9/6 10. akhlak 7/5 8. manusiawi (imbuhan pinjaman) 5/3 4. Al. islam 1 /10 Bahasa Arab 2. hasad 21 / 2 29 . ansar 11 / 3 14. akidah 7/4 9. Hijriah 14 / 6 15.Kata Asing Bilangan Perkataan Perenggan/ Baris 1. solat 4 /3 3. masyarakat 10 / 4 11. syumul 6/3 6. syariat 7/5 7. hudud 6/1 5.

total 10 / 6 7. relevan 3/5 Bahasa Inggeris 2. proses 6/5 5. sistem 25 / 4 11. beriman 31 / 5 1. ibadah 31 / 6 22. optimum 8/3 6. batin 29 / 4 20. faktor 23 / 2 9. efektif 4/7 4. signifikan 3/5 3. lahiriah (imbuhan pinjaman) 25 / 2 18. zahir 29 / 4 19. Mazmumah 22 / 5 17. psikologi 30 / 1 30 . Produk 25 / 1 10. doktor 17 / 4 8. 16. tauhid 31 / 4 21.

tata susuila 7/5 Bahasa Sanskrit 2. paradigma 31 / 1 13. persepsi 31 / 2 14. formal 35 / 5 16. informal 35 / 5 17. proaktif 38 / 7 1. dosa 9/4 31 . fokus 36 / 5 18. 12. agensi 38 / 3 19. positif 35 / 4 15.

Selain itu. 2001). memahami dan juga menyatakan buah fikiran. sebenarnya merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik kerana bahasa tidak akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Tanpa konsep juga tidak akan wujud makna denotatif ataupun dalam erti kata lain makna sebenar. membuat ujaran dan sebagainya. ringkasnya semantik juga ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa (Nik Safiah Karim. Tidak cukup sekiranya kita hanya tahu menulis. Sekiranya konsep tidak dapat difahami ianya tidak akan wujud. dimana ianya mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa serta juga masalah dalam kajian psikologi. Seharusnya kita perlu mengetahui makna apa sahaja yang kita baca. Bidang semantik juga sangat penting kepada manusia untuk mentakrif. Bahasa menurut R. kita tulis. Firth (1994) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam sesuatu kajian bahasa.5. Robbins (1952) adalah menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Secara keseluruhan jelas menunjukkan bahawa beberapa tokoh bahasa cuba memperlihatkan satu perkara yang sama iaitu kepentingan makna dalam sesuatu bahasa. maka tidak sempurnalah. Harus diingat juga bahawa makna konotatif pula ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif. bidang makna ataupun semantik. 32 .0 PENUTUP Rumusannya. Berdasarkan pernyataan bagi ketiga-tiga tokoh diatas. sekiranya kita membaca sesuatu ayat ataupun menulis ayat tetapi kita tidak mengetahui maknanya.H. Tanpa makna. ia tidak lengkap. mentakrif. makna merupakan perkara yang sangat penting. membaca sahaja tetapi tidak mampu mengetahui apa makna disebalik apa yang kita tulis dan juga apa yang kita baca. Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang sangat luas. Selain itu ada lagi tokoh- tokoh yang mengemukakan pendapat yang lain. falsafah dan antropologi. Makna memainkan peranan penting untuk mentafsir.

Kami bersama-sama mencari maklumat tersebut di Perpustakaan Kampus Perempuan Melayu Melaka ini. teori generatif dan istilah bahasa Melayu.1 SITI AISHAH BINTI MOHD OZIB (911003-05-5208) Saya Siti Aishah Binti Mohd Ozib dan NurulHidayah Binti Mohd Sawal telah diberi tugasan projek mata pelajaran Bahasa Melayu (BMM 3111) yang perlu dilaksanakan secara berpasangan. pengguguran dan peyusunan dalam teori generatif berdasarkan analisis ayat melalui rajah pohon. Md.6. Hj. definisi. Hal ini meningkatkan kefahaman serta menjelaskan prinsip teori tersebut dengan lebih baik. Selain itu. melalui dapatan maklumat juga saya dapat meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai istilah bahasa Melayu iaitu berdasarkan maklumat definisi dan konsep istilah yang diperoleh. saya dapat mengetahui mengenai proses dan prinsip peluasan. Kami telah diberi tugasan untuk mengkaji mengenai elemen yang terdapat dalam bidang semantik iaitu dari segi konsep. Seterusnya. Kami mempunyai cabaran yang paling rumit iaitu kekangan masa. dapatan kajian dan hasil tunjuk ajar pensyarah pembimbing ke dalam tugasan ini. Zakaria Bin Hj. disebabkan masalah kekangan masa itulah saya dapat belajar mengenai disiplin diri yang tinggi dan cara mengurus masa dengan baik.0 REFLEKSI 6. Syukur kepada illahi melalui proses ini saya mendapat banyak pengetahuan baru mengenai bidang semantik. kami mula memuatkan maklumat. Bersyukur kepada tuhan. sepanjang proses melaksanakan tugasan ini kami menghadapi pelbagai cabaran dan kesukaran yang banyak memberi pengajaran serta kesedaran kepada kami. Bagi menghadapi masalah ini saya telah mengambil langkah untuk melaksanakan semua tugasan secara sistematik supaya dapat menghasilkan 33 . Proses awal menghasilkan tugasan ini ialah kami perlu mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber. Selain itu. Amin yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kepada kami bagaimana hendak menghasilkan tugasan dengan baik. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing kami iaitu En. saya juga telah mencari alternatif lain untuk mencari lebih banyak maklumat dengan cara pergi ke perpustakaan berhampiran rumah saya iaitu Perpustakaan Awam Bandar Seri Jempol. Antaranya ialah. Namun. Namun begitu. akhirnya dengan usaha keras kami bersama dan berkat daripada-Nya kami dapat menghantar tugasan pada tarikh yang ditetapkan.

kefahaman dalam teori ini secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan saya mengenai ayat tunggal dan ayat majmuk yang kadangkala terkeliru sesuatu ayat itu terdiri daripada dua predikat atau satu predikat. penulisan dan sastera untuk diajarkan kepada para pelajar. meningkatkan kemahiran dalam membina ayat iaitu memastikan sesuatu perkataan itu menggunakan istilah yang sesuai mengikut bidang yang tertentu bagi menghasilkan satu penulisan yang berkualiti khususnya dalam bidang sastera yang sebati dengan guru bahasa Melayu. saya mula sedar bahawa tugasan tersebut tersebut sebenarnya banyak membantu kami untuk proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Kami mengalami sedikit kesukaran apabila kami perlu mengkaji mengenai teori generatif dengan membuat huraian dan menerangkan proses peluasan. kata serapan dan kata serumpun. Melalui proses ini juga saya mendapat perkataan baru. pengguguran dan penyusunan semula melalui rajah pohon. Berdasarkan tugasan ini juga. Saya telah membuat jadual waktu supaya saya dapat menyiapkan semua tugasan dan menghantarnya pada tarikh yang telah ditetapkan. kami telah berbincang dan saling membantu dalam menghasilkan tugasan ini. melalui proses ini saya dapat meningkatkan kefahaman mengenai struktur binaan ayat dan sangat berguna di sekolah kelak iaitu contohnya melalui pengajaran ayat tunggal dan ayat majmuk yang sangat berkait rapat dengan proses ini. kami perlu sentiasa bersama- sama berusaha untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti. Malah. Kami juga perlu menganalisis aspek perkataan yang berhubung dengan istilah bahasa Melayu dalam sebuah artikel. Hal ini memerlukan kefahaman yang tinggi mengenai proses dalam teori taransformasi generatif ini. Kami telah menjadikan Buku Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4 sebagai rujukan utama untuk mengetahui makna sesuatu perkataan. Oleh itu. Hal ini kerana. saya juga dapat membezakan istilah mengikut bidang tertentu serta membezakan antara istilah kata pinjaman asing. mengetahui pelbagai maksud dalam sesuatu perkataan. Oleh itu. contonhnya dengan kehadiran perkataan “dengan” dalam ayat yang berfungsi sebagai kata hubung atau kata tugas. melalui proses menganalisis artikel saya juga lebih memahami mengenai istilah pinjaman dan serapan dalam bahasa asing.tugasan yang berkualiti. Namun. Oleh 34 . Selain itu. sebagai bakal guru Bahasa Melayu saya perlu mempersiapkan diri saya dengan pelbagai ilmu dalam bidang Bahasa Melayu seperti bidang tatabahasa. Sesara tidak langsung juga saya dapat mengetahui mengenai prinsip dan proses pembentukan istilah bahasa Melayu. Saya menganggapnya sebagai satu pendedahan berguna kepada saya.

sebagai salah seorang bakal guru Bahasa Melayu saya sedar bahawa perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa mengenai pelbagai bidang. pelajar sekolah rendah tidak akan belajar mengenai perkara tersebut seperti mana kami mengkajinya namun secara umumnya mereka sebenarnya belajar perkara tersebut dalam aspek tatabahasa. Contohnya. dengan adanya pengetahuan. Hal ini kerana. sebagai bakal guru dengan adanya pendedahan dan pengetahuan yang luas mengenai perkara-perkara ini dapatlah kami sampaikan kepada para pelajar yakni generasi akan datang kelak. Akhir sekali. mereka perlu menghasilkan sajak maka secara tidak langsung sebenarnya mereka telah belajar mengenai semantik iaitu melahirkan idea dalam bentuk ayat yang boleh difahami oleh orang lain dan menggunakan istilah sastera. saya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan generasi masa hadapan mempuyai pengetahuan mengenai Bahasa Melayu dalam pelbagai aspek. Sebagai bakal guru. Seperti yang kita semua sedia maklum. maklumat dan pendedahan baru yang telah saya peroleh melalui tugasan ini sudah pasti dapat membantu saya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak. Hal ini kerana. untuk menghasilkan sesuatu karangan yang baik ialah kita dapat memilih perkataan-perkataan yang tepat dalam sesuatu ayat supaya semantiknya dapat disampaikan dengan jelas. Melalui kerja kursus ini jugalah kami mengetahui betapa pentingnya semangat kerjasama 35 . Selain itu. Insyaallah. Hal tersebut penting kerana jika saya ditugaskan untuk membimbing pelajar dalam menghasilkan sesuatu karangan yang berkualiti saya telah pun mempunyai pelbagai pengetahuan yang berguna untuk di sampaikan kepada mereka contohnya mengenai bagaimana ingin meluaskan sesuatu ayat dengan cara yang gramatis (Teori Generatif) dan semantik iaitu penggunaan isitilah dan perkataan tepat dalam menghasilkan sesuatu karangan yang berkualiti. Selain itu juga. kami sebagai salah seorang bakal guru Bahasa Melayu haruslah sentiasa berusaha meningkatkan ilmu berkaitan dengan subjek Bahasa Melayu ini tidak kiralah daripada segi tatabahasa. kesusasteraan mahupun daripada segi penulisan. penulisan dan sastera. Melalui kerja kursus ini banyak menyedarkan saya betapa pentingnya mengkaji bahasa dalam pelbagai segi kerana daripada situlah kita dapat mendalami Bahasa Melayu.itu. Kami bakal guru Bahasa Melayu kelak mempunyai tanggungjawab besar dalam memartabatkan Bahasa Melayu yakni bahasa ibunda kita. dengan adanya tugasan seperti ini dapat memastikan generasi masa hadapan mengetahui secara mendalam mengenai bidang semantik.

kerja kursus ini bukan sahaja memberi manfaat kepada saya pada masa kini malah kerja kursus ini juga memberi manfaat kepada saya pada masa akan datang dan mungkin juga jika saya mampu mengaplikasikannya. ilmu yang saya peroleh ini akan memberi manfaat pada saya di dunia dan akhirat. 36 .dalam menjalankan tugasan secara berkumpulan. Secara ringkasnya. Insya’Allah.

Seterusnya. Saya juga sering berbincang dengan pensyarah pembimbing iaitu Haji Zakaria bin Haji Md Amin bagi 37 . kata serumpun dan kata pinjaman. Setelah mendapat beberapa informasi berkaitan tugasan ini iaitu berkaitan dengan Sematik . Saya Nurulhidayah Binti Mohd Sawal bersama rakan saya iaitu Siti Aishah Binti Mohd Ozib. Oleh itu. kami diminta untuk menganalisis artikel bagi mencari kata umum. Akhirnya saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus ini tepat pada masanya seperti yang telah dirangkakan sebelum ini. saya lanjutkan kesyukuran ini ke hadrat-Nya di atas segala nikmat dan rahmat yang telah diberikan selama ini. Salah satunya ialah mencari maklumat berkaitan dengan semantik. Saya dapati bahawa banyak maklumat boleh diperolehi di internet dan buku.6. kami juga perlu mengkaji ayat terbitan serta proses-prosesnya iaitu melibatkan. makna leksikal. Selain itu. pristilahan . pengguguran. Kami juga turut meminjam beberapa buku daripada perpustakaan IPG Kampus Perempuan Melayu dan juga mencari beberapa buku yang sesuai untuk dibuat rujukan.2 Nurul Hidayah Binti Mohd Sawal (910904-01-6818) Alhamdulillah. Saya tanpa berlengah mula memulakan tugas ini. saya telah berbincang dengan rakan bahawa apa yang perlu dipersiapkan untuk membuat tugasan kerja kursus ini. telah menerima suatu tugasan bagi subjek Semantik dalam Bahasa Melayu (BMM3111) Setelah mendapat tugasan kerja kursus ini. Tugasan ini merangkumi beberapa bahagian utama iaitu pertama sekali mencari beberapa definisi. perluasan dan penyusunan semula. saya cuba mendapatkan maklumat sebanyak mungkin di perpustakaan dan juga di rumah. Kami juga perlu mengkaji tatabahasa dewan iaitu tentang teori Transformasi Generatif supaya kami dapat menterjemahkan dalam penulisan ilmiah dan pengurusan grafik. Saya turut bertanya pada pensyarah berkaitan kerja kursus ini.tataistilah dan tanama. Terdapat kekangan yang saya lalui sepanjang menyiapkan tugasan ini iaitu salah satunya memastikan maklumat kami berkualiti untuk bidang kajian Semantik. Segala maklum balas yang diberikan oleh pensyarah membuka ruang kepada saya dan rakan saya untuk menjalankan tugasan kerja kursus ini dengan lebih tersusun dan memudahkan kami dalam proses pengumpulan maklumat. konsep dan takrif makna ayat.

menyedarkan saya bahawa dalam kerjaya guru ini menuntut saya supaya 38 . Hasil daripada menyiapkan tugasan ini. Pada mulanya. Justeru. sedikit demi sedikit nilai insaf terbit dalam diri bahawa tugas guru bukanlah semudah yang disangkakan kerana memerlukan pengorbanan yang besar iaitu memastikan ilmu berkaitan Bahasa Melayu cukup supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Justeru. kerjasama dari rakan-rakan yang membantu telah memberi peluang untuk kami lebih faham apa yang diperlukan dalam tugasan ini. Seterusnya. Setiap komen yang diberi kami ambil dan membuat pembaikan. Guru perlu mempunyai ilmu supaya murid dapat menguasai makna dalam Bahasa Melayu. saya juga turut mendalami apakah yang sebenar terkandung dalam Semantik. Alhamdulillah. Misalnya. Saya berupaya untuk memperolehi ilmu dalam memastikan murid dapat menguasai bidang makna serta membina ayat dengan gramatis seterusnya menjadi ikon apabila menjadi guru kelak. mengetahui bidang Semantik merupakan tanggungjawab seorang guru Bahasa Melayu. Sebagai seorang bakal guru. Selain itu. Hal ini kerana. saya ingin memastikan setiap kerja saya tersusun memandangkan saya mempunyai kekangan masa kerana dalam masa yang sama perlu menyiapkan keseluruhan tugasan yang lain. beliau memberi bimbingan tentang bagaimana menghasilkan tugasan kerja dengan baik dan teratur. adalah diharapkan ilmu-ilmu yang saya pelajari ini dapat saya mempertingkatkan diri apabila bergelar guru kelak. kami sedikit tersalah faham dalam menyiapkan analisis artikel namun kolaborasi bersama pensyarah sedikit sebanyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Setelah mendapat pendedahan kepada beberapa pengenalan tentang Semantik. Hal ini kerana. Justeru. Dengan adanya ilmu di dada boleh menjadikan murid minat untuk meneroka serta mengetahui ilmu-ilmu baharu. saya wajib mendalami apa itu semantik dengan lebih jelas lagi. terdapat sedikit salah faham kami berkaitan pengurusan grafik iaitu dalam memastikan maklumat tersebut berdasarkan fakta yang betul. Oleh itu. Guru yang serba boleh ialah guru yang serba tahu dalam bidangnya dan berupaya menyampaikan ilmu bahasa dengan baik.memastikan perjalanan tugasan kerja kursus ini berjalan lancar. Pensyarah kami iaitu Encik Zakaria Bin Haji Md Amin banyak memberi bimbingan selama tugasan kerja kursus ini dijalankan. komitmen yang tinggi akhirnya berjaya juga menyiapkan tugasan kerja kursus ini. tugasan ini mengajar saya tentang ilmu yang perlu diperolehi oleh seorang guru bahasa Melayu yang menjadi ikon pada pelajar.

Apa yang kurang. Akhir sekali. sedikit sebanyak maklumat yang diperoleh. apa yang ingin saya katakan ialah perbincangan serta kesungguhan amat diperlukan dalam menyiapkan sesuatu tugasan kerana ianya akan memudahkan proses pembelajaran secara berkumpulan mahupun individu bagi mendapatkan hasil kerja yang bermutu selain dapat meningkatkan hubungan baik antara satu sama lain. ditambah dan apa yang salah diperbetulkan sebelum tugasan ini dihantar. 39 . Di sini. saya kumpulkan dan rujuk kepada pensyarah.mendalami serta mengaplikasikan Semantik kepada murid dengan lebih baik serta memerlukan saya untuk sentiasa memberi perhatian yang serius kerana Semantik merupakan bidang kajian asas untuk membentuk murid yang boleh memahami serta mendalami ayat-ayat penulisan Bahasa Melayu.

kami mempunyai masalah iaitu mendapatkan maklumat yang sahih dan tidak mendatangkan kecelaruan serta tidak bercanggah dengan tatabahasa dewan. Kami perlu mencari maklumat mengenaisemantik. Hal ini kerana kami perlu menyiapkan tugasan ini sewaktu kami 40 .kami mengalami pelbagai dugaan dan cabaran untuk menghasilkan satu tugasan yang berkualiti. Oleh itu. kekangan yang paling utama sewaktu menyiapkan tugasan ini ialah kekangan masa. Proses awal dalam menghasilkan tugasan ini ialah . peristilahan. Seterusnya. Bersyukur kepada tuhan. Alhamdulillah. saya juga telah pergi ke perpustakaan berhampiran rumah saya iaitu Perpustakaan Awam Bandar Seri Jempol untuk mengumpul lebih banyak maklumat . akhirnya dengan usaha keras kami bersama dan berkat daripada- Nya kami dapat menghantar tugasan pada tarikh yang ditetapkan. Namun tidak semua maklumat yang kami peroleh kami muatkan dalam tugasan ini.Hal ini kerana . Hj. Kami bersama-sama mencari maklumat tersebut di Perpeustakaan Kampus Perempuan Melayu Melaka ini. Dalam menyiapkan tugasan ini. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing kami iaitu En.kami perlu mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber. dan Teori Transformasi Generatif. berkat usaha kami bertanya dengan rakan dan pensyarah memudahkan proses pencarian maklumat serta kami juga turut bertukar-tukar buku dan nota untuk memastikan maklumat yang dicari menepati kehendak tugasan. dalam proses untuk memindahkan makluimat ke dalam penulisan ilmiah.6.3 Berkumpulan Saya Siti Aishah Binti Mohd Ozib dan NurulHidayah Binti Mohd Sawal telah diberi tugasan projek mata pelajaran Bahasa Melayu (BMM3111) yang perlu dilaksanakan secara berkumpulan.kami tidak mahu masalah lambakan maklumat berlaku. Zakaria Bin Hj. Namun begitu. Amin yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar kepada kami bagaimana hendak menghasilkan tugasan dengan baik. kami perlu memastikan segala maklumat yang telah kami kumpul menepati kehendak soalan serta dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Selain itu. disepanjang proses melaksanakan tugasan ini tidak semuanya manis. Md. Selain itu. kami telah memilih bahan-bahan yang benar-benar berkualiti sahaja untuk dimasukkan dalam kerja kursus ini. Setelah itu kami menyusun semua maklumat itu dengan teratur dan tertib.

kami juga dapat meningkatkan pengetahuan mengenai tatabahasa serta pembinaan ayat yang betul dari segi strukturnya iaitu berdasarkan pengetahuan daripada Teori Transformasi Generatif. perkara yang paling penting ialah kami telah menjalankan peranan masing-masing dalam memastikan kerja kursus ini dapat disiapkan dan berharap agar tugasan ini merupakan satu tugasan yang berkualiti. kami telah berjaya atasinya dengan usaha yang tidak putus serta kolaborasi bersama rakan serta kami juga telah menyediakan jadual kerja supaya dapat menyiapkan tugasan dengan sistematik. Selain itu.bertolak ansur dan menyelesaikan sesuatu perkara dengan cara berbincang. makna ayat. Kami juga telah berjaya mencari kata umum. Kami perlu berdepan dengan situasi menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) . Rumusnya. melalui proses menyiapkan tugasan ini. Hal tersebut penting untuk membimbing pelajar menggunakan ayat yang gramatis dan penggunaan istilah yang tepat dalam sesuatu ujaran dan penulisan. Seterusnya. Kami juga telah mendapat pendedahan tentang peristilahan.berpraktikum. Kami bakal menjadi guru kelak mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan generasi masa hadapan mempuyai pengetahuan mengenai bahasa Melayu. Walaubagaimanapun. kata serumpun dan kata pinjaman yang membentuk istilah Bahasa Melayu. sebagai salah seorang bakal guru Bahasa Melayu kita haruslah sentiasa meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa mengenai pelbagai bidang. menyediakan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) dan dalam masa yang sama perlu menumpukan tugasan ini serta tugasan subjek yang lain. Sesungguhnya pengalaman menyiapkan tugasan ini amat berharga serta menambah ilmu pengetahuan kami. 41 . kami telah dapat menambah ilmu pengetahuan tentang subjek ini iaitu semantik serta bidang kajian yang terdapat dalam subjek ini. makna leksikal. tataistilah dan tatanama. Akhir sekali. Melalui kerja kursus ini jugalah kami mengetahui betapa pentingnya semangat kerjasama .

42 .