You are on page 1of 15

PENGENALAN

Malaria adalah penyakit berjangkit bawaan parasit protozoa dari jenis sporozoa

iaitu plasmodium yang menjangkiti manusia melalui vector nyamuk tiruk betina

(Anopheles) tertentu. Plasmodium penyebabkan malaria mempunyai 4 jenis utama iaitu

plasmodium falciparum, plasmodium vivax, plasmodium ovale, dan plasmodium

malariae.

Penyakit malaria ini adalah boleh diubati (Cureable) dengan menggunakan

beberapa ubatan anti-malaria seperti Chloroquinine Phosphate, Doxycycline,

Mefloquinine, Prima Quinine Phosphate, Quinine Sulphate, Quinine Dihydrochloride dan

kombinasi ubatan seperti Fansidar.

Menurut World Healthy Organization (WHO), plasmodium falciparum

merupakan agen malaria yang paling banyak menyebabkan kematian di seluruh dunia.

Simptom awal malaria adalah demam, sakit kepala, rasa sejuk yang mengigil dan

muntah.

Secara epidemiologinya, WHO melaporkan pada tahun 2015 sebanyak 214 juta

kes malaria dikesan di seluruh dunia dan 438 000 kes darinya menyebabkan kematian.

Rantau afrika adalah kawasan yang paling terkesan dengan sebaran penyakit ini dengan

90% dari kematian disebabkan malaria berlaku di rantau afrika.

Sedar dengan bahaya rebakan penyakit berjangkit ini WHO telah mengambil

inisiatif untuk mengurangkan rebakan malaria ini diseluruh dunia dengan menjalankan

program Global Malaria Programme (GPO) adalah program berdasarkan Global

1

Technical Strategy for Malaria 2016 – 2030 (GTS) yang bertindak mengawal rebakan agen malaria iaitu plasmodium serta vektornya nyamuk anopheles betina. plasmodium falciparum dan plasmodium vivax adalah agen malaria utama dengan peratus jangkitan parasite ini adalah 7% dan 8%. kawasan panas atau “Hotspot” bagi malaria adalah disekitar negeri Sabah. secara globalnya sebanyak 37% kes malaria telah menurun malah jumlah kes fatal melibatkan malaria telah menurun sebanyak 60% dari tahun 2000 hingga 2015. Di Malaysia. 2 . Pada tahun 2014. Pahang. sebanyak 3923 kes telah dikesan dengan jumlah kematian adalah berjumlah 9 orang. Hasil dari program ini. Sarawak. Kedah dan Selangor.

Plasmodium Malariae. Terdapat 4 jenis utama Plasmodium didunia yang menjadi etiologi utama kepada Malaria iaitu Plasmodium Falciparum. Plasmodium Vivax. Plasmodium Falciparum dan Plasmodium Vivax adalah agen Malaria paling biasa di temui 3 .KANDUNGAN ETIOLOGI Penyebab bagi Penyakit Malaria ini adalah protozoa dari jenis sporozoa iaitu Plasmodium. Plasmodium Ovale.

Anopheles Letifer. Kolam jangkitan bagi Malaria ini adalah manusia dengan masa pengeraman adalah 10 hingga 14 hari tapi setiap agen Malaria mempunyai tempoh pengeraman yang berbeza seperti tempoh pengeraman bagi Plasmodium Falciparum adalah 12 hari. Plasmodium Vivax adalah 14 hari dan Plasmodium Ovale mampu menjangkau 30 hari. Anopheles Donaldi.TRANSMISI Penyakit Malaria adalah penyakit bawaan vektor iaitu nyamuk tiruk (Anopheles) betina. Anopheles Maculatus. dan Anopheles Flavirostris. Anopheles Sundaicus . 4 . Nyamuk Anopheles mempunyai beberapa spesies yang berlainan iaitu sebanyak 24 spesies namun terdapat beberapa spesies yang biasa ditemui dalam mentransmisikan Malaria iaitu Anopheles Balabacensis. Anopheles Campestris.

Sporozoit Plasmodium akan bergerak ke bahagian hepar Di hepar sporozoit akan bertukar kepada merozoit dan akan menginfeksi sel darah merah untuk melakukan replikasi. Plasmodium akan diinjeksi oleh nyamuk Anopheles dalam bentuk sporozoit. semasa menyedut darah pesakit. gametosit Plasmodium akan masuk ke perut nyamuk tersebut. 5 . merozoit akan bertukar kepada tropozoit. Di dalam perut nyamuk Anopheles gametosit akan bertukar semula kepada sporozoit dan akan bergerak ke bahagian kelenjar saliva nyamuk tersebut. Selepas keluar dari sel darah merah.PATOFISIOLOGI Bermula dengan gigitan nyamuk Anopheles yang telah dijangkiti dengan agen Plasmodium. merozoit akan bertukar semula ke gametosit semula dan bergerak ke kapilari dermis. untuk melengkapkan fasa replikasi tropozoit plasmodium bertukar kepada skizont (Schizont) sebelum bertukar semula kepada merozoit dan akan menyebabkan sel darah merah pecah (burst) disebabkan replikasi parasit di dalam sel darah merah. Apabila nyamuk Anopheles betina mengigit pesakit Malaria. Semasa menginfeksi sel darah merah.

6 . peringkat berpeluh di mana pesakit akan mengalami perpeluhan yang banyak dan peringkat demam berselang. bermula dengan peringkat demam yang sejuk. hilang selera makan atau anoreksia dan menyebabkan penyusutan berat badan (Lost of weight) dengan mendadak dan diikuti dengan kerap sakit kepala. Bermula dengan tanda – tanda malaise atau letih lesu. Namun tanda penting bagi Malaria atau “Warning Sign” bagi Malaria adalah demam ataupun disebut sebagai “Malarial Febrile Paroxyms” iaitu demam yang mempunyai 4 peringkat.MANIFESTASI KLINIKAL Manifestasi klinikal bagi malaria bermula secara akut atau kronik adalah berdasarkan jenis agen malaria yang menginfeksi pesakiit. diikuti dengan demam panas.

7 . Ujian darah kultur dan sensitiviti juga akan dilakukan untuk memastikan jenis Plasmodium yang menjangkiti pesakit dan untuk mengenal pasti ubatan yang sesuai untuk merawat pesakit. Full blood Count perlu dilakukan untuk melihat jumlah sel darah merah diinfeksi dan yang belum diinfeksi. Selain itu.INVESTIGASI/INTERPRETASI Untuk mengenalpasti dan mendiagnos penyakit Malaria. terdapat beberapa ujian perlu dilakukan seperti ujian darah untuk kenal pasti parasit Malaria (BF for MP).

malaise dan anoreksia. Meningitis juga mempunyai manifestasi klinikal yang agak sama dengan Malaria seperti sakit kepala. demam dan malaise. 8 . Selain itu. iaitu terdapat bakteria di dalam darah yang menyebabkan pelbagai manifestasi seperti demam. demam yang disebabkan virus seperti virus influenza. Disamping itu adalah septisemia.DIAGNOSIS PERBEZAAN Diagnos perbezaan bagi Malaria adalah Pyrexia of unknown origin iaitu demam yang idiopatik atau tidak diketahui puncanya.

Dalam pada itu. anemia keadaan dimana pesakit akan kekurangan sel darah merah dan akan menyebabkan pesakit boleh mengalami kegagalan organ. Selain itu. 9 .KOMPLIKASI Malaria mampu menyebabkan beberapa komplikasi yang merbahaya seperti Malaria serebral keadaan dimana parasit Malaria boleh didapati di bahagian serebral pesakit. Komplikasi lain yang mampu berlaku adalah septisemia iaitu kehadiran mikroorganisma lain di dalam darah. hepatosplenomegali iaitu pembengkakkan hepar dan limpa dan simptom yang bakal muncul jika ini berlaku adalah jaundis dan boleh sebabkan kegagalan jantung kanan.

10 .  Doxycycline diberikan 200mg pada hari pertama rawatan dan dikurangkan pada hari kedua kepada 100mg. RAWATAN SIMPTOMATIK  Demam – antipiretik (Paracetamol) 1000mg TDS  Muntah – antiemetik [ Stemetil 12.PENGURUSAN/RAWATAN Terdapat 3 rawatan yang dijalankan kepada pesakit Malaria iaitu rawatan spesifik. simptomatik dan antibiotik.  Mefloquine diberikan 15mg/kg pada permulaan dan dikurangkan dos kepada 10mg/kg setiap 8 hingga 24 jam. RAWATAN SPESIFIK Ubatan yang digunakan adalah agen anti Malaria  Chloroquine Phosphate diberikan 300mg bermula dengan setiap 6 jam dan dikurangkan kekerapannya dengan diambil dengan dos yang sama sehari sekali.5 mg TDS ].  Primaquine Phosphate diberikan 15mg setiap hari selama 14 hari.  Vitamin B Complex & C.

Pulse.  Diet lembut dan enak. 11 .  Mengawal infusi intravena.  Penicillin 250 – 500 mg QID.  Penjagaan kebersihan diri. BP.  CRIB. RAWATAN KEJURURAWATAN Penjagaan Kejururawatan diberikan supaya merawat manifestasi klinikal yang timbul oleh penyakit Malaria.  Mengawal I/O chart.RAWATAN ANTIBIOTIK Antibiotik diberikan untuk menghalang jangkitan sekunder. Resp.  Erythromycine 250 – 500 mg QID.  Gentamycine 20 – 40 mg TDS.  Tetracycline 250 – 500 mg QID. (Complete Rest In Bed)  Pemerhatian tanda vital.

12 . Selain itu. Selain itu. Dari segi penerangan tentang kesan penyakit Malaria. ubatan berupa suntikan profiklaksis Malaria harus diambil supaya tubuh mempunyai resistensi kepada agen Malaria iaitu Plasmodium. jika seseorang dalam masayarakat berhasrat untuk melancong ke luar negara seharusnya mengambil langkah perlindungan kerana mengikut taburan penyakit. penyakit ini mempunyai kesan yang tidak boleh dibalik (Unreverseable) atau disembuhkan iaitu hepatosplenomegali pembengkakkan pada hepar dan limpa. Salah satu cara untuk mencegah penyakit ini adalah dengan penggunaan kelambu biarpun kelihatan remeh tetapi kelambu mampu menghalang jangkitan Malaria dengan menghalang kontak dan gigitan nyamuk anopheles.PENDIDIKAN KESIHATAN/NASIHAT Pendidikan kesihatan yang harus diberikan kepada masyarakat adalah lebih kepada cara mencegah dari jangkitan dan penerangan tentang kesan yang mampu dibawa oleh penyakit Malaria ini. walaupun jangkitan Malaria sudah disembuhkan tetapi pembengkakkan pada hepar dan limpa ini akan kekal seumur hidup menyebabkan dengan komplikasinya sekali seperti jaundis. hampir setiap negara didunia mempunyai laporan jangkitan Malaria. kesan yang sangat merbahaya adalah Malaria serebral yang mampu menyebabkan kematian dalam tempoh yang singkat.

PROGNOSIS Baik jika dikesan awal tanpa komplikasi dan ikut rawatan yang diberikan . 13 . Tidak baik jika dikesan lewat. Salah satu komplikasi Malaria iaitu Malaria serebral boleh membawa maut.

beri nasihat kepada pesakit atau masyarakat tentant cara mencegah Malaria.PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN Dari segi pengendalian kes seorang penolong pegawai perubatan berperana untuk melakukan pemeriksaan kepada suspek malaria hasil dari pemeriksaan ini diagnosis harus dibuat sama ada positif malaria atau tidak. Selain itu. memberi penerangan dan ceramah tentang penyakit. memberikan edaran abate iaitu ubat membunuh nyamuk. Jika positif malaria maka penolong pegawai perubatan seharusnya merawat pesakit malaria serta merujuk kes kepada pegawai perubatan dan membuat notifikasi kepada jabatan kesihatan yang terdekat. Memberikan ubat profilaksis untuk perlindungan kepada jangkitan Malaria 14 . Dari segi pencegahan jangkitan pula.

Malaria: Causes. Global Malaria Programme (GMP). (2016). http://www. (2016).php 15 .html Peter Lam.com/articles/150670.RUJUKAN World Health Organization. http://www.int/entity/malaria/about_us/en/index. Malaria. http://www.who. (2016).html World Health Organization. Malaria. Global Health Observatory:malaria statistics.medicalnewstoday. Symptoms and Treatments.who.int/entity/gho/malaria/en/index.