You are on page 1of 1

Soalan : Adakah identity anda mempengaruhi kehidupan saya dalam

a) Kelompok etnik yang sama


b) Kumpulan etnik yang berlainan

Kongsi pengalaman harian anda.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa identiti saya tidak mempengaruhi kehidupan saya
dalam kelompok etnik yang sama. Hal ini demikian kerana dalam kelompok etnik yang sama,
pemupukan nilai – nilai sosial dan kebudayaan yang sama telah disebarkan oleh ibubapa sejak kecil
lagi. Secara tidak langsung, pengamalan tatasusila dan pertuturan yang sama telah membolehkan saya
dapat menyesuaikan diri dalam kelompok tersebut. Contohnya, saya dapat bertutur dengan
menggunakan bahasa cina iaitu bahasa ibunda saya dalam pergaulan harian saya dan makan bersama-
sama di mana-mana satu kedai makanan. Oleh itu, pergaulan dengan kelompok yang sama
membolehkan kita menjalinkan hubungan lebih rapat melalui perbualan yang sama berkaitan dengan
politik, agama,pendidikan dan ekonomi negara.

Bagi kumpulan etnik yang berlainan, identiti saya telah mempengaruhi kehidupan saya dalam
kumpulan tersebut. Hal ini disebabkan kerana kumpulan etnik tersebut mempunyai kebudayaan serta
adat resam yang tersendiri. Oleh itu, saya mestilah memahami dan tersedar dengan budaya dan adat
resam mereka ketika bergaul dengan mereka. Buktinya, saya perlu senantiasa mengelakkan diri
daripada pergi ke kedai makanan yang tidak halal dan bertutur mengandungi perkataan yang haram
ketika saya bergaul dengan kumpulan berbangsa Melayu. Selain itu, saya perlu bertutur dengan
bahasa inggeris bukannya bahasa ibunda saya supaya tidak berasa tersingkir daripada kumpulan
tersebut. Konklusinya, kehidupan saya dalam kumpulan etnik yang berlainan banyak dipengaruhi oleh
identiti saya yang berbangsa Cina.