You are on page 1of 1

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

The Scouts Association Of Malaysia Perak State


Wisma Pengakap No. 20 Medan Istana 7, Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel/Fax: +605-242 0379/ 019-559 5822
Website: www.ppmperak.net Email : ppmperak@yahoo.com
________________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami: Bil.PPMPk/NOT/(18-01)
Tarikh : 9 Mac 2018

NOTIS
Dengan ini, dimaklumkan bahawa Kursus Pertolongan Cemas Peringkat Negeri Perak akan diadakan
seperti maklumat berikut:
Program : Kursus Pertolongan Cemas Peringkat Negeri
Penganjur : Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kuala Kangsar
Tempat : Sekolah Kebangsaan Lasah, Kuala Kangsar, Perak
Tarikh : 27 April 2018 hingga 29 April 2018
Masa Lapor Diri : 1500 hingga 1800 (27 April 2018)
Masa Bersurai : 1400 (29 April 2018)
Penyertaan : Pengakap Kelana, Remaja, Muda, Pemimpin/Guru Pengakap.
Bil. Peserta : 50 orang

OBJEKTIF
Meningkatkan tahap kemahiran pertolongan cemas pemimpin pengakap, kelana dan pengakap remaja /
muda terhadap tindakan kecemasan semasa aktiviti pengakap. Terutamanya kegiatan luar ataupun
berkhemah. Juga melahirkan ahli pertolongan cemas yang kompeten dalam pergerakan pengakap.

SASARAN
1) Dihadkan 50 peserta sahaja.
2) Untuk Pemimpin Pengakap, Pengakap Kelana dan Pengakap Remaja / Muda sahaja.
3) Dibuka untuk ahli pengakap negeri Perak sahaja

SYARAT PENYERTAAN
1) Berdaftar sebagai ahli pengakap PPM dan sihat tubuh badan; tiada penyakit.
2) Yuran: RM 85.00
(Termasuk minum petang dan malam, Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari dan Makan Malam,
penginapan di sekolah, alatan / kelengakapan pertolongan cemas, sijil asas pertolongan cemas
sah laku 3 tahun, kos ujian dan buku pertolongan cemas)

MAKLUMAT AWAL
1) Kursus dan Ujian dikendalikan oleh jurulatih pertolongan cemas St.John Ambulans Malaysia.
2) Sijil Kelulusan Asas Pertolongan Cemas dikeluarkan oleh Ibu Pejabat St. John Ambulans
Malaysia.
3) Sijil Kelulusan Asas Pertolongan Cemas ini sah laku untuk 3 tahun dan sesiapa yang lulus adalah
diiktiraf sebagai ahli pertolongan cemas asas yang kompeten.
4) Sukatan perlajaran kursus ini adalah berdasarkan Buku Panduan Pertolongan Cemas Piawai
SJA/SAA yang di selaraskan oleh badan gabungan Ambulans dan Perubatan Sedunia.
5) 27 April 2018 dan 28 April 2018 : Kursus Teori dan Praktikal.
29 April 2018: Ujian Bertulis dan Ujian Praktikal.
6) Sila hubungi En. Voon Yeow Hong (016-5201680) atau En. Wong Boon Pin (016-9275908) untuk
daftarkan nama peserta. Perlu dapat kebenaran Pesuryhjaya Daerah masing-masing dan daftar di
bawah sekolah atau PPM daerah masing-masing.
7) Tarikh tutup daftarkan nama peserta : 20 April 2018