You are on page 1of 6

Tempat Pelancongan Di Perak.

Apabila berbicara tentang ‘cuti-cuti’, pasti banyak tempat


pelancongan menarik di tanahair bermain di fikiran anda.Anda pernah sampai ke negeri
Perak?

Apa yang menarik di negeri itu? WOM.my mahu berkongsi keindahan beberapa
desitinasi pelancongan di Perak yang mungkin akan membuatkan anda tidak sabar
untuk bercuti ke sana.

Perak adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Memiliki
budaya menarik, malah negeri seladang ini juga mempunyai pelbagai tempat – tempat
yang menarik yang boleh dilawati. Keluasan negeri ini adalah 21,005 bersamaan
dengan 6.4%.

1. Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort

Dengan kawasan seluas 14 hektar, Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort
menawarkan pengunjung keterujaan melihat gelagat dan aksi orang Utan. Berasal dari
Malaysia dan Indonesia, Orang Utan adalah spesies beruk terancam dan akhirnya akan
dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas. Dengan hanya
menaiki feri selama lebih kurang 10 minit dari Bukit Merah, anda berpeluang melihat
anak-anak Orang Utan dengan pelbagai aksi.

2.Bukit Merah Laketown Waterpark

Dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan berhadapan satu daripada 7,000 ekar tasik air
tawar terbesar di Malaysia, resort ini memakan masa tiga jam dari Kuala Lumpur.
Dengan keluasan 11 ekar, Bukit Merah Laketown Waterpark menawarkan pelbagai
tarikan menarik. Ada macam-macam di situ, sesualilah dipanggil Giant Wet Bubble dan
Boomerang fun – slide di Malaysia. Pilih sahaja anda nak berseronok di mana, sama
ada di “Sandy Beachfront” Wave Pool,Water Flume Rides atau Body Speed Slide.

Selain itu, terdapat juga kawasan permainan khas untuk kanak-kanak seperti Kids
Adventure River dan Perak Mining Pool. Tarikan lain termasuk Chairlift yang terulung
yang menawarkan pemandangan panorama tasik dan seluruh resort, kedai
cenderamata, Surf Shack dan outlet makanan segera, Bubbles Family Restaurant yang
pastinya menjanjikan seribu macam keseronokan buat anda dan keluarga.
3. Lost World of Tambun

Lost World of Tambun, adalah sebuah pengembaraan yang penuh aksi menarik dengan
tunggangan yang paling mendebarkan dan tarikan di Ipoh, Malaysia. Taman tema yang
terletak di bandar bersejarah dari Ipoh, di tengah-tengah koridor Utara-Selatan di Perak,
dan ditetapkan dalam landskap semula jadi Ipoh, dikelilingi oleh ciri-ciri batu kapur yang
menakjubkan indah. Tujuh elemen utama iaitu – Water Park, Amusement Park, Lost
World Hot Springs and Spa, Tiger Valley, Lost World Petting Zoo, Lost World Tin Valley
dan Lost World Team Building Park.

4. Sungai Klah, Hot Spring

Di kelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau, Sungai Klah Hot Springs
menawarkan sesuatu yang cukup unik. Dibuka pada 2003, ia bukan saja menawarkan
keseronokan mandi atau berendam di kolam air panas semula jadi dan air gunung tetapi
pemandangan indah yang cukup menyenangkan.

Baca Juga: Manfaat Mandi Air Panas

5.Zoo Taiping & Night Safari


Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut
(Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri. Zoo
Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara
Semenanjung Malaysia.

Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki.
Berkeluasan lebih 8.5 hektar, Zoo Taiping mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180
spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan,
kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa
hitam dan angsa magpie. Dirasmikan pada 15 Jun 2003, Night Safari antara pertama
seumpamanya di negara ini.

6.Taman Negeri Royal Belum


Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan
simpan terbesar di Semenanjung. Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu,
tapir dan harimau. Royal Belum juga kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20
spesies bunga Rafflesia boleh dijumpai dan kesemua 10 spesies enggang Malaysia
berkampung di situ. Selain keindahan alam semula jadi, Taman Negeri Royal Belum
juga adalah perkampungan Orang Asli iaitu di Sungai Tiang dan Sungai Kejar. Taman
Negeri Royal Belum dikatakan lebih tua berbanding Hutan Amazon.

7. Lumut & Pulau Pangkor


Terletak lebih kurang 84 kilometer (km) dari Ipoh, Lumut cukup terkenal dengan
keindahan koleksi siput dan kraf tangan yang diperbuat daripada batu karang. Ia juga
sering dikunjungi pelancong yang mahu bercuti ke Pulau Pangkor yang hanya
mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri.

Pulau Pangkor kaya dengan bahan sejarah, antaranya Kubu Belanda yang dibina pada
abad ke-17 bagi menyelia industri perdagangan timah di Perak.
‘Pang Ko’ yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi percutian
ideal bagi yang inginkan ketenangan dan lari daripada kesibukan di kota. Jangan
lepaskan peluang melihat proses penghasilan makanan laut segar di Kampung Sungai
Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.

Baca Juga: Percutian Ke 10 Pulau Paling Menarik Di Tanahair

8. Kuala Kangsar Bandar Diraja


Bandar Diraja Kuala Kangsar yang berusia 150 tahun itu adalah antara destinasi wajib
dikunjungi jika melancong ke Perak. Bandar yang hanya mengambil masa selama 30
minit pemanduan dari Ipoh punya pelbagai mercu tanda.
Kuala Kangsar mendapat namanya daripada pokok Kangsar yang tumbuh di tebing
sungai. Ada juga mengatakan nama Kuala Kangsar sempena 99 kuala anak sungai di
Sungai Perak iaitu kurang 100, maka ia diberi jolokan nama ‘Kuala Kurang Sa’.

Anda yang meminati sejarah mungkin boleh melakukan jejak warisan dengan hanya
berjalan kaki menaiki Bukit Chandan. Jangan lupa mengunjungi Masjid Ubudiah, Istana
Iskandariah dan Galeri Sultan Azlan Shah.

Jangan lepaskan peluang melihat bangunan bersejarah yang sudah berusia lebih
kurang 100 tahun iaitu Kolej Melayu dan Clifford School serta melihat sendiri pokok
getah tertua di Jalan Raja Chulan. Selain tarikan sejarahnya, Kuala Kangsar juga adalah
pusat menghasilkan Labu Sayong. Untuk makan, laksan di medan selera Sungai Perak
antara destinasi paling popular.

9. Menara Condong, Teluk Intan

Menara Condong Teluk Intan adalah setaraf dengan Menara Condong Pisa yang
terkenal di Itali. Ia terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak. Menara ini
condong ke arah kiri, sama seperti Menara Pisa. Ia adalah 25.5 meter dan dari luar
kelihatan seperti sebuah bangunan lapan tingkat, walaupun di dalamnya sebenarnya
terbahagi kepada tiga tingkat. Menara ini terletak di tengah-tengah persegi dikelilingi
oleh Jalan Pasar, Jalan Selat, Jalan Bandar dan Jalan Ah Cheong.

10. Istana Kellie

Istana Kellie ataupun Kellie’s Folly terletak berhampiran Batu Gajah, dan kira-kira 20
minit pemanduan dari Ipoh, Perak, Malaysia. Rumah yang belum selesai ini telah dibina
oleh penanam Scottish bernama William Kellie Smith. Istana Kellie kini merupakan
tarikan pelancong popular tempatan dan digunakan sebagai lokasi dalam filem ‘Anna
and the King 199’9 dan filem ‘Skyline Cruisers 2000’.

11. Hutan Paya Bakau Matang

Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang
ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar. Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di
Semenanjung Malaysia. Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang
tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.

Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat
kelip-kelip atau kunang-kunang. Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ
ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat proses menghasilkan arang.

12. Gua Tempurung


Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur di Gopeng. Namanya diambil sempena
bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan
dipercayai wujud sejak 8,000 SM. Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar
yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk
stalagmit dan stalaktit yang berbeza.

Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan
marmar. Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Di samping itu, ia turut menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah
Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960.
Pada satu masa dahulu Gua Tempurung ini juga dijadikan lombong bijih timah dari tahun
1970.

13.Taman Herba Negeri Perak


Taman Herba Negeri Perak seluas 22 hektar terletak di Kampung Kepayang di
sepanjang Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah adalah tempat penanaman pelbagai herba
yang kini dipenuhi lebih 525 spesies pokok herba. Spesies popular yang boleh didapati
di Taman Herba Negeri Perak ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup
bumi rimba.

Baca Juga: Khasiat Misai Kucing & Cara Tanam Serai

Selain itu, spesies seperti emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi,
bunga cengkih turut ditanam di sini. Keindahan kawasan Taman Herba Perak dengan
haruman herba yang pelbagai sememangnya mendamaikan selain dapat
menyenangkan jiwa selain mempelajari pelbagai jenis spesies herba yang ada.

You might also like