You are on page 1of 1

PENGUMUMAN KEPADA SEMUA PELAJAR RPJJ

PENDAFTARAN KURSUS SECARA e-DAFTAR


SIDANG AKADEMIK 2015/2016

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan penuh peperiksaan akhir


Sidang Akademik 2014/2015 akan diumumkan pada 3 Ogos 2015.

Untuk makluman semua pelajar, pendaftaran kursus secara


e-Daftar bagi Sidang Akademik 2015/2016 akan bermula pada
4 Ogos 2015 dan berakhir pada 31 Ogos 2015. Pendaftaran
kursus secara e-Daftar melibatkan semua pelajar yang berstatus
aktif dan pelajar yang telah menangguh pengajian pada sidang
akademik 2014/2015. Pendaftaran secara e-Daftar melalui e-portal
ini bukan untuk pelajar baharu kemasukan SA 2015/2016.

Sila ambil perhatian, maklumat berkaitan panduan pendaftaran


kursus secara e-Daftar mengikut bidang boleh dirujuk melalui portal
pembelajaran RPJJ iaitu: http://elearning.usm.my/pppjj
Pelajar perlu mendaftar kursus mengikut panduan yang disediakan
dalam portal.

Pendaftaran kursus secara e-Daftar perlu dibuat melalui laman


http://campusonline.usm.my. Semua pelajar diminta untuk
merujuk maklumat pendaftaran kursus melalui portal pembelajaran
RPJJ terlebih dahulu dan memahami sepenuhnya maklumat
tersebut agar proses pendaftaran kursus secara e-Daftar dapat
berjalan dengan lancar.

Tatacara Pendaftaran Kursus:

No. Proses Laman Http


1 Dapatkan Portal
maklumat Panduan Pembelajaran http://elearning.usm.my/pppjj
Pendaftaran Kursus RPJJ
secara e-Daftar
2 Daftar Kursus Campus Online
(SMUP) http://campusonline.usm.my

____________________
Timbalan Dekan (Akademik)
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh

You might also like