You are on page 1of 32

BUKU LOG

SKIM LENCANA ANTI DADAH

(SLAD 2.0)
SEKOLAH MENENGAH

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

SEKOLAH BEBAS DADAH

NAMA :_______________________________________________

PASUKAN :_______________________________________________

NAMA SEKOLAH :_______________________________________________

TAHUN :______________________________________________
Yang Berbahagia Dato’ Hajah Azuyah Hassan
Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

KATA ALU-ALUAN

Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) terdiri daripada ahli pasukan pakaian seragam sekolah
menengah dalam merealisasikan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia membanteras
penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah. Matlamat utama memastikan murid bakal menjadi
agen penyampai mesej antidadah kepada rakan-rakan yang lain. Dengan itu, visi “Sekolah
Bebas Dadah” mampu terlaksana dengan jayanya.

Aktiviti-aktiviti SLAD memerlukan penglibatan aktif pasukan pakaian seragam untuk

melayakkan mereka diiktiraf dan dianugerahkan sijil dan lencana antidadah peringkat
kebangsaan. Semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini berupaya menyampaikan
mesej rasa benci seterusnya menjauhi diri daripada dadah.

Justeru, saya suka mencadangkan agar proses pemurnian kurikulum dan kaedah yang terdapat
dalam buku ini dapat dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa. Sesungguhnya,usaha
yang berterusan dapat meningkatkan kualiti dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Matlamat
akhir melahirkan generasi muda yang mempunyai jati diri yang mantap dalam menghadapi
pelbagai cabaran globalisasi pasti tercapai.

Akhir kalam, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada murid yang menyertai Skim
Lencana Anti Dadah. Penglibatan aktif mereka bermanfaat dalam usaha membanteras masalah
dadah dalam kalangan rakan sebaya, masyarakat dan negara.
Haji Mohammed Rafed bin Haji Ismail
Ketua Sektor
Pembangunan dan Kemanusiaan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Bismillahirrahmanirahim,
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan
ruang untuk saya menulis sepatah dua kata dalam buku panduan dan log aktiviti SLAD 2.0.

Tahniah dan syabas atas permurnian buku panduan dan log SLAD 2.0 yang telah dilaksanakan oleh Unit
Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pendidika Negeri Selangor. Hal ini adah selaras dan bertepatan
dengan situasi masa ini . Saya amat bersetuju dengan penjenamaan SLAD 2.0 yang membuka ruang
kepada ahli-ahli SLAD untuk menggunakan teknologi ICT sebagai medium meningkatkani pengetahuan,
kemahiran dan peranan mereka di semua peringkat.

Penjenamaan baru ini diharapkan dapat menarik minat generasi Y untuk bersama-sama dalam usaha
membanteras dadah. Program atau aktiviti SLAD berorientasikan sekolah dan memberi penekanan
terhadap peranan ahli SLAD sebagai agen penyampai mesej anti dadah dalam kalangan rakan sebaya,
keluarga dan masyarakat memang amat bertepatan dengan hasrat negara. Melalui program SLAD yang
dilaksanakan ini juga diharapkan ahli-ahli SLAD akan mendapat pendedahan tentang pengetahuan dan
kemahiran dalam melaksanakan Pendidikan Pencegahan Dadah.

Di samping itu, saya amat mengharapkan ahli-ahli SLAD ini akan dapat mengukuhkan kemahiran
sosialisasi dan dapat memupuk sifat kesukarelawan dalam diri mereka melalui pelbagai aktiviti yang
dilaksanakan dalam SLAD 2.0.

Akhir kata saya mengucapkan selamat melaksanakan SLAD 2.0 dengan penuh dedikasi kepada semua
pihak yang terlibat. Syabas dan tahniah kepada semua murid yang menyertai SLAD. Semoga penglibatan
mereka dapat merialisasikan hasrat negara ke arah negara bebas dadah.
PANEL PENULIS

SENARAI PANEL PENULIS

i. Haji Amran Bin Zakaria JPN Kedah

ii. En Ariff Bin Ariffin JPN Kedah
iii. En Suhaimi Bin Othman JPN Kedah
iv. Haji Mohamad Habali Bin Bakar PPD Baling Sik
v. Mohammad Amran Bin Ismail PPD Kuala Muda Yan
vi. En Mohamad Shamil Bin Othman PPD Kulim Bandar Baharu
vii. En Rohaizam Bin Othman PPD Kota Setar
viii. En Suhaimi Bin Abdullah PPD Pendang
ix. En Wira Vutt a/l Som Pong PPD Padang Terap
x. En zul Bin Rahman PPD Langkawi
xi. Haji Anuar Zamani Bin Abd Rahman PPD Kubang Pasu
ISI KANDUNGAN

Kata Alu-aluan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Kata Alu-aluan Ketua Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan

Senarai Panel Penulis

Surat Siaran Pelaksanaan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) di Sekolah-sekolah Negeri
Kedah.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1988 :

BAHAGIAN 1: Panduan Pelaksanaan

Pengenalan

Konsep

Objektif

Syarat Penyertaan

Tempoh Pelaksanaan

Carta Gantt

Jawatankuasa Pelaksana

Kurikulum

Kaedah Penghantaran

Penilaian

Pensijilan

Pengukuhan

Harapan

BAHAGIAN 2 : Buku Log

LAMPIRAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH
KOMPLEKS PENDIDIKAN,JALAN STADIUM,
05604 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN, Tel : 04-7404000
MALAYSIA Faks: 04-7404342
Laman Web : www.kedah.edu.my
______________________________________________________________________________

Pegawai Pendidikan Daerah Ruj. Kami :

Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Kedah. Tarikh :

Tuan,

Surat Siaran Pelaksanaan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) di Sekolah-sekolah Negeri
Kedah.

Segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk Surat Pekeliling bilangan 3/1988 yang bertarikh 3 Februari 1988, semua sekolah
dikehendaki memperkasakan pelaksanaan aktiviti Skim Lencana Aktiviti Dadah (SLAD) secara
serius dan berkesan. Pelaksanaan adalah berdasarkan sukatan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
yang telah ditetapkan.

3. Bersama-sama ini disertakan sesalinan Surat Pekeliling Bilangan 3/1988 yang bertarikh
3 Februari 1988 untuk perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Mohon panjangkan surat
yang berkenaan ke sekolah di bawah seliaan tuan.

4. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan amat diharapkan bagi membantu meningkatkan
usaha dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang menurut perintah,

Dato’ Hajah Azuyah Hassan

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
BAHAGIAN SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA, Telefon : 2556900
50604 KUALA LUMPUR. Kawat : ‘PENDIDIKAN’

KP(BS)8591/Jld.III/(3)

3 Februari 1988

Semua Pengarah Pendidikan Negeri,

Y.B. Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.3/1988 :

Program Skim Lencana Anti Dadah

Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD)

Sebagaimana Y.B. Datuk/Tuan/Puan sedia maklum Kerajaan memandang serius terhadap

ancaman dadah ke atas golongan belia di negara ini. Kementerian Pendidikan, sebagai sebuah
agensi Kerajaan yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum
merupakan satu bidang yang boleh digunakan bagi menanam perasaan benci, jijik dan jelek
dalam jiwa generasi muda terhadap dadah.

2. Untuk tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan telah melancarkan program Skim

Lencana Anti dadah ini merupakan satu daripada program pendidikan pencegahan dadah yang
telah diperakukan dalam Rancangan Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Murid-
murid sekolah yang menjadi anggota pasukan seragam seperti Pengakap, Pandu Puteri,
Pergerakan Puteri Islam, St. John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah menjadi sasaran
program ini. Mereka dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah,
peraduan melukis poster, menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh
murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log yang akan diberi secara percuma oleh Kementerian
Pendidikan. Guru penasihat/guru pemimpin persatuan berkenaan akan menyimpan buku log
tersebut. Penyertaan murid-murid dalam aktiviti anti dadah akan diberi markah tertentu seperti
yang disyaratkan dalam Buku Log SLAD, mereka akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah.
Lencana ini memberi pengertian bahawa murid itu telah bergiat dengan aktif dan berkesan dalam
aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah.

3. Sehingga ini 104 buah sekolah telah menyertai program ini. Seramai 336 orang guru
penasihat/guru pemimpin persatuan Pasukan Seragam telah diberi latihan untuk persatuan
menjalankan program ini di sekolah masing-masing. Pihak Kementerian Pendidikan telah
menyediakan Buku Log dan Lencana untuk diedarkan ke sekolah-sekolah. Buku Log yang akan
dibekalkan kepada kepada peserta hendaklah disimpan oleh guru penasihat/guru pemimpin
persatuan. Buku ini hanya akan diserahkan kepada murid-murid apabila mereka hendak
mencatatkan aktiviti yang telah mereka sertai. Program ini akan diteruskan dan diperluaskan
sehingga meliputi semua sekolah di seluruh negara. Untuk makluman, bagi sekolah-sekolah yang
belum menjalankan program ini, guru-guru penasihat/pemimpin persatuan akan diberi latihan
secukupnya.

4. Sehubungan dengan itu, sekolah-sekolah yang sedang dan akan dilaksanakan program ini
adalah diarah untuk memperkemas dan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti seperti yang dirancang
dalam Kurikulum Skim Lencana Anti Dadah. Bagi sekolah-sekolah yang menyertai program ini
sejak tahun 1986, penganugerahan Lencana di jangka akan dibuat seawal-awalnya pada akhir
Mac 1988. Dalam hal ini guru penasihat/pemimpin persatuan hendaklah menentukan segala
pengurusan dan pelaksanaan aktiviti dijalankan dengan rapi dan sempurna. Sekolah-sekolah
yang telah menghantar guru penasihat/guru pemimpin persatuan menyertai latihan untuk
program ini dalam tahun 1986 tetapi masih belum melaksanakan digesa menggerakkan program
ini secara secepat mungkin. Bagi sekolah-sekolah yang memulakan program ini dalam tahun
1988 guru penasihat/guru pemimpin persatuan hendaklah merancang aktiviti Skim Lencana ini
dari awal penggal persekolah lagi.

5. Dengan ini jasa baik Y.B. Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk memaklumkan isi
kandungan Pekeliling ini kepada semua Pengetua sekolah di negeri Y.B.Datuk/Tuan/Puan.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

tt
(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR)
Bahagian Sekolah
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan.

s.k. 1. Setiausaha Sulit Kepada

Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia.

2. Setiausaha Sulit kepada

Y.B. Dr. Leo Michael Toyad,
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

3. Setiausaha Sulit Kepada

Y.B. Encik Woon See Chin,
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia.

4. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
SKIM LENCANA ANTIDADAH

1. PENGENALAN
1.1 DEFINISI SLAD
Skim Lencana Anti Dadah (SLAD 2.0) adalah satu usaha terancang untuk
melibatkan ahli-ahli unit badan berunifom sekolah menengah dalam aktiviti
pendidikan pencegahan dadah di sekolah.

1.2 PELAKSANAAN SLAD

Aktiviti skim ini adalah sebahagian daripada aktiviti pendidikan pencegahan
dadah untuk ahli Unit badan beruniform di sekolah. Di samping menjalankan
aktiviti unit badan beruniform, ahli SLAD perlu mengikuti aktiviti pendidikan
pencegahan dadah yang telah ditetapkan dalam Kurikulum SLAD. Ahli-ahli SLAD
yang menyertai skim ini secara berterusan akan dianugerahi sijil dan Lencana
SLAD selepas diadakan penilaian.

1.3 TEMPOH PELAKSANAAN

Ahli-ahli unit badan berunifom yang menyertai skim ini dikehendaki menyertai
secara berterusan dalam tempoh satu setengah hingga dua tahun barulah
dianugerahi sijil dan lencana.

1.4 KELEBIHAN MENJADI AHLI SLAD

Dengan menyertai skim ini, ahli telah memberikan sumbangan dalam usaha
mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah. Selain itu, ahli yang aktif boleh
dilantik menjadi pengawas PPDa sebagai penggerak program PPDa di sekolah.
Ahli SLAD yang berjaya menamatkan kurikulum SLAD akan dianugerahi sijil dan
lencana SLAD peringkat Kebangsaan. Hasilnya, ahli SLAD akan dilengkapi
dengan ilmu tentang bahaya dadah dan cara-cara menghindari diri dan rakan-
rakan dari penyalahgunaan dadah.
2. KONSEP SLAD

SLAD 2.0 ialah program Skim Lencana Anti Dadah yang diberi penjenamaan baru
yang lebih menarik dan efektif bersesuaian dengan generasi Y masa kini. Program
tersebut dilaksanakan berorientasikan sekolah dan memberi penekanan terhadap
peranan ahli SLAD sebagai agen penyampai mesej anti dadah dalam kalangan rakan
sebaya, keluarga dan masyarakat. Ahli-ahli diberi pendedahan mengenai pengetahuan
dan kemahiran dalam Pendidikan Pencegahan Dadah. Di samping itu, ahli-ahli SLAD
juga diberi latihan pendidikan kesukarelawan dengan harapan mereka mampu
memberi sumbangan kepada agama, pembangunan masyarakat dan negara pada
masa depan. SLAD 2.0 juga menggunakan teknologi ICT sebagai medium untuk ahli
ahli SLAD meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran dan peranan mereka di semua
peringkat.

3. OBJEKTIF SKIM LENCANA ANTI DADAH

Pada akhir skim ini, murid-murid akan dapat:
3.1 Pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan mesej antidadah
3.2 Membentuk peribadi murid sebagai orang yang berpengaruh dalam
menyampaikan mesej antidadah di kalangan rakan sebaya, ahli keluarga
dan masyarakat
3.3 Menghayati aktiviti pencegahan dadah melalui amali penyampaian mesej
3.4 Membantu rakan-rakan sebaya yang berisiko tinggi supaya mendapatkan
bantuan daripada Guru Kaunseling.
3.5 Berkhidmat secara sukarela dalam aktiviti antidadah apabila tamat
persekolahan
3.6 Menjadi mata dan telinga kepada pihak sekolah untuk mengenalpasti kes
salah laku Dadah, Alkohol, Rokok, Inhalan dan HIV/AIDS
4. SYARAT PENYERTAAN

 30-40 orang satu sesi

 Tingkatan 2 dan tingkatan 4 ( Untuk pengambilan ahli )

5. TEMPOH PELAKSANAAN

 1 ½ - 2 tahun
 Masa pelaksanaan ditentukan oleh pihak sekolah.

6. CARTA GANTT

CARTA GANTT SLAD TAHUN PERTAMA

BIL
Bulan/ perkara JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT

1 Pengambilan ahli
Taklimat dan
2 penubuhan JK Slad
Murid
Aktiviti
pengetahuan
3
Cth: Ceramah,
Bengkel, Taklimat
Kemahiran soft
skill dalam PPDa
4
Cth: Jambori,
Karnival
Aktiviti
5 kesukarelawanan /
seranta
Aktiviti Bilik
6 Sumber / Laluan
PPDa sekolah
CARTA GANTT SLAD TAHUN KEDUA

BI
Bulan/ perkara JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGO SEP OKT
L
Aktiviti Bilik
1 Sumber / Laluan
PPDa sekolah
Workshop e-PPDa
/Buku skrap:
2 penghasilan,
persembahan dan
penilaian
Penghantaran e-
3 Log / buku log
SLAD
Pengiktirafan dan
4
pensijilan

7. JAWATANKUASA PELAKSANA SLAD SEKOLAH

8.0 KURIKULUM SLAD 2.0

KURIKULUM SLAD ISI KANDUNGAN KAEDAH/AKTIVITII CATATAN

PPDa -Definisi -Buku Skrap Aktiviti/maklumat
- Dadah -Jenis -Ceramah tersebut melibatkan
- Arak -Kesan -Penulisan kelima-lima item
- Rokok -Sudut pandangan -Pidato
- Inhalan agama -5 Minit Antidadah - Dadah
- HIV/AIDS -Rawatan & Pemulihan -Melukis poster - Arak
-Akta, undang-undang -Kuiz - Rokok
dan peraturan -Drama sebabak - Inhalan
-Karnival PPDa - HIV/AIDS
-Lawatan
-Seranta
-Penglibatan dalam
Gaya Hidup Sihat -Perubahan masalah aktiviti di bilik
remaja dan sumber/laluan PPDa.
penyelesaian
-Hubungan remaja
dengan kemahiran
berkomunikasi
-Tekanan hidup kesan
dan cara mengatasi.

Kemahiran -Interpersonal -5 Minit Antidadah

-Komunikasi -Intrapersonal

-Kepimpinan -Menyertai Kem dalam -Jambori -anjuran sekolah/

dan luar sekolah -Perkhemahan daerah/negeri/
NGO

ICT -membina/mencipta Media sosial seperti: Bagi ahli SLAD yang

-menyebarluaskan -Laman blog tidak mempunyai
aktiiviti yang disertai. -Instagram kemudahan ICT,
-Facebook boleh menggunakan
brosur/bahan cetakan
- e-book yang lain.
- e-buku skrap
Kesukarelawanan Kerja amal -Khidmat -Dilaksanakan secara
-di sekolah bantuan/lawatan berpasukan
-dalam komuniti setempat -ke rumah orang tua
-ke rumah anak yatim
-masjid/surau
-sekolah (mural)
-Gotong-royong.

9. KAEDAH PENGHANTARAN BUKU SKRAP DAN BUKU LOG

a) BUKU SKRAP

Pilihan 1

e-Buku Skrap
- Dalam bentuk powerpoint / ms word/ ms excel.
- Maksimum slaid 25-30 muka surat.
- Pengisian

 Muka hadapan
 Biodata
 Isi Kandungan
 Penghargaan
 Maklumat berkaitan (D.A.R.I.H.)
 Maklumat berkaitan Gaya Hidup Sihat
 Sumber rujukan
- Dilaksanakan secara berkumpulan (2-4 orang)
- Soft copy perlu dihantar kepada guru SLAD / guru penilai

Pilihan 2:

Buku Skrap (Manual)

- Dalam bentuk kertas A4.

- Maksimum 25-30 muka surat.
- Pengisian
 Muka hadapan
 Biodata
 Isi Kandungan
 Penghargaan
 Maklumat berkaitan (D.A.R.I.H.)
 Maklumat berkaitan Gaya Hidup Sihat
 Sumber rujukan
 Dilaksanakan secara berkumpulan (2-4 orang)
 Hard copy perlu dihantar kepada guru SLAD / guru penilai

b) BUKU LOG

Pilihan 1

e-Log SLAD
o Catatan aktiviti yang disertai.
 Berpandukan kurikulum SLAD 2.0
 Diisi secara online atau offline
 Format yang diselaraskan seperti buku log

o Pembentangan dan penilaian

 Soft copy perlu dihantar kepada guru SLAD / guru penilai

Pilihan 2

Buku Log SLAD (Manual)

o Catatan aktiviti yang disertai.

 Berpandukan kurikulum SLAD 2.0
 Diisi dalam buku log

o Pembentangan dan penilaian

 Buku log perlu dihantar kepada guru SLAD / guru penilai.
10. PENILAIAN

Bil Instrumen Penilaian Syarat Minimum Wajaran %

i Kehadiran 12 kali 10
ii Kurikulum SLAD
- Menghadiri Ceramah 4 kali 20
- Menyertai Lawatan 4 kali
- Menyertai Pertandingan 2 kali
iii Soft Skills (Kemahiran Insaniah)
- Menyampaikan mesej dadah 10 kali 20
- Aktiviti Seranta 5 kali
iv e-Buku Skrap/ Buku Skrap 25 muka surat/ slaid 25

v Amali Kesukarelawan
- Khidmat masyarakat di sekolah / komuniti setempat 2 kali 15
vi Bonus Dan Sumbangan 10
JUMLAH MARKAH YANG DINILAI 100

11. PENSIJILAN

 Penganugerahan sijil dan lencana SLAD = 90% ke atas

(cemerlang diperingkat kebangsaan)
 Penganugerahan sijil sahaja = 75% - 89%
 Bawah 75% - Ahli SLAD GAGAL dianugerahkan sijil dan lencana dan dikehendaki
melengkapkan aktiviti yang tertinggal pada tahun berikutnya.

12. PENGUKUHAN SLAD 2.0

Jika ahli SLAD berjaya memperoleh Lencana dan Pingat SLAD di Jambori Kebangsaan, murid ini akan
menjadi (Pembimbing Rakan SLAD) dan masih kekal dalam SLAD melalui program Alumni SLAD.

13. HARAPAN

Dengan pelaksanaan program ini akan dapat membentuk serta membina jati diri murid melalui modul yang
dirangka. Program ini merupakan satu usaha yang sangat penting bagi memberi kesedaran tentang
bahaya dadah serta mampu mengelakkan diri dari pengaruh masalah sosial yang lain. Diharapkan
program ini dapat menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia “ 1 MALAYSIA MEMBANTERAS
DADAH “.
BAHAGIAN 2:

BUKU LOG
BIODATA DIRI

Gambar

DAFTAR KEAHLIAN:____________________________

NAMA :_______________________________________________________

NO. K/P :_______________________________________________________

TINGKATAN :_______________________________________________________

ALAMAT :_______________________________________________________

TARIKH LAHIR :______________________________________________________

NO. TELEFON :_______________________________________________________

E MAIL :_______________________________________________________

TARIKH MENYERTAI SLAD :________________________________________________

UNIT UNIFORM :________________________________________________________

JAWATAN DALAM UNIT UNIFORM:_________________________________________

____________________ _________________________

TANDATANGAN PESERTA TANDATANGAN GURU PENASIHAT

UNIT UNIFORM

_____________________________ ________________________

TANDATANGAN PENYELARAS SLAD TANDATANGAN PENGETUA

REKOD KEHADIRAN

BIL
TARIKH AKTIVITI SLAD PENGESAHAN
1

10

11

12

Markah : / 10
REKOD CERAMAH

Dalam rekod ceramah perlu dicatatkan tarikh sebenar, tajuk dan nama penuh penceramah
serta jawatannya. Ringkasan ceramah hendaklah menekankan kepada fakta-fakta atau pun
mesej-mesej penting sahaja. Peserta diwajibkan untuk mendapatkan tandatangan daripada
guru pensihat/pasukan bagi tujuan pengesahan penyertaan.

TARIKH TAJUK CERAMAH RINGKASAN CERAMAH PENGESAHAN

Markah : /8

REKOD LAWATAN

Lawatan-lawatan yang dicatatkan dalam ruangan ini adalah lawatan peserta ke lokasi yang
berkaitan dengan pendidikan pencegahan dadah. Tandatangan pengesahan guru
penasihat/pasukan adalah diwajibkan.

TARIKH TEMPAT LAWATAN TUJUAN LAWATAN PENGESAHAN

Markah : /8
REKOD PENYERTAAN DI DALAM PERTANDINGAN/PERADUAN ANTIDADAH

Peserta dikehendaki mengisikan maklumat-maklumat tentang pertandingan/peraduan

yang disertai, meskipun peserta-peserta tidak memenangi sebarang kejohanan/hadiah.
Rujuk contoh berikut:

TARIKH KATEGORI, JENIS, PENCAPAIAN ANJURAN

Markah : /4

PENYAMPAIAN MAKLUMAT ANTIDADAH KEPADA ORANG AWAM

Penyampaian maklumat yang direkod oleh peserta ada ceraian ini adalah aktiviti penerangan
yang disampaikan oleh peserta sama ada dalam kegiatan berkelompok mahu pun secara
persendirian. Senarai nama 10 orang sahaja individu yang telah mendengar penyampai
maklumat perlu dicatatkan. Aktivti ini wajib disahkan oleh guru penasihat / pengurusan pasukan.

DISAHKAN
NAMA-NAMA 10 DISAHKAN OLEH
TARIKH TAJUK OLEH GURU
INDIVIDU YANG TERLIBAT YANG TERLIBAT
PENASIHAT

Markah : / 10
REKOD PENGLIBATAN AKTIVITI SERANTA ANTIDADAH (Outreach)

Peserta dikehendaki menyenaraikan setiap penglibatan aktiviti seranta sepanjang peserta

menyertai program SLAD. Pada ruangan tempat peserta hendaklah menyatakan di mana
poster dipamer atau ditampalkan.

TARIKH AKTIVITI SERANTA TEMPAT PENGESAHAN

Markah : /10
REKOD PENILAIAN GURU PENASIHAT

Bil Instrumen Penilaian Syarat Wajaran % Markah

Minimum

i Kehadiran 12 kali 10
ii Kurikulum SLAD
- Menghadiri Ceramah 4 kali 20
- Menyertai Lawatan 4 kali
- Menyertai Pertandingan 2 kali
iii Soft Skills (Kemahiran Insaniah)
- Menyampaikan mesej dadah 10 kali 20
- Aktiviti Seranta 4 kali
- Koleksi maklumat media / akhbar 1 jilid
iv e-Buku Skrap/ Buku Skrap 25 muka 25
surat/ slaid

v Amali Kesukarelawan
- Khidmat masyarakat di sekolah / komuniti 2 kali 15
setempat
vi Bonus Dan Sumbangan 10
JUMLAH MARKAH YANG DINILAI 100

Tandatangan Pengetua,

___________________________
GAMBAR AKTIVITI KESUKARELAWAN 1

Gambar tersebut hendaklah jelas dan ada menampakkan peserta di dalamnya. Sebaik-baik gambar aktiviti
hendaklah berwarna. Gambar-gambar yang diplih hendaklah memaparkan aktiviti gerak kerja amali yang
berlainan.

AKTIVITI :

TARIKH :

TEMPAT :

MAKLUMAT AKTIVITI :
GAMBAR AKTIVITI KESUKARELAWAN 2

Gambar tersebut hendaklah jelas dan ada menampakkan peserta di dalamnya. Sebaik-baik gambar aktiviti
hendaklah berwarna. Gambar-gambar yang diplih hendaklah memaparkan aktiviti gerak kerja amali yang
berlainan.

AKTIVITI :

TARIKH :

TEMPAT :

MAKLUMAT AKTIVITI :
BAHAGIAN C:
LAMPIRAN
KOLEKSI MAKLUMAT MEDIA

(Penjilidan koleksi keratan/ suntingan akhbar /majalah / e-ppda yang ada mesej antidadah
mengikut tahun)

TARIKH
BIL SUMBER BAHAN JENIS MEDIA
PENGUMPULAN
REKOD RAKAN SAYA

Dalam tajuk ini peserta perlulah menyenaraikan teman-teman rapat sama ada dari sekolah yang sama, dari
sekolah-sekolah lain atau pun jiran-jiran tetangga.

BIL. NAMA ALAMAT HOBI NO. TELEFON

LAPORAN KES PENAGIHAN/PENGEDARAN DADAH SELURUH NEGARA

Peta Malaysia

Catatan

Membuat tanda pada peta Malaysia tentangan kejadian penagihan/pengedaran dadah yang didapati
dari akhbar tempatan

 Merah - kes penagihan

 Kuning - pengawalan
 Hitam - pengedaran
 Hijau - pendidikan pencegahan antidadah

STATISTIK---
LAPORAN KES PENAGIHAN/PENGEDARAN DADAH SELURUH DUNIA

Peta Dunia

Catatan

Membuat tanda pada peta dunia tentangan kejadian penagihan/pengedaran dadah yang didapati dari
akhbar tempatan

 Merah - kes penagihan

 Kuning - pengawalan
 Hitam - pengedaran
 Hijau - pendidikan pencegahan antidadah
KAJIAN KES PENAGIHAN/PENGEDARAN DADAH

1. Rumusan tentang kes penagihan/pengedaran dadah yang dipetik dari majalah/akhbar

_____________________________________________________________________________________

SUMBER :

TARIKH :

Muka Surat:

2. Rumusan mengenai kes penggunaan DARIH dalam kalangan pelajar yang diketahui di sekolah
(hanya dengan kebenaran pelajar berkenaan dan guru bimbingan – nama samaran sahaja
digunakan)

REFLEKSI DIRI UNTUK MASA HADAPAN

(Refleksi mengenai usaha pembaikan diri terhadap aktiviti, sikap dan lain-lain yang menyentuh diri
pelajar)

Tahun hadapan saya akan _______________________________________________________________

You might also like