You are on page 1of 4

ASPEK TATABAHASA TAHUN 4

Standard Kandungan 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata


dengan betul mengikut konteks.

Standard Pembelajaran 5.1.5 Memahami dan menggunakan kata adjektif


dan kata penguat mengikut konteks.

Penjelasan 1. Kata adjektif merujuk kepada perkataan


yang menunjukkan atau menerangkan sifat
bagi sesuatu perkara.
2. Jenis kata adjektif :
 Sifatan atau keadaan
 Warna
 Ukuran
 Bentuk
 Waktu
 Jarak
 Cara
 Perasaan
 Pancaindera
3. Kata penguat ialah perkataan yang
mendahului atau mengikuti kata adjektif.
4. Jenis kata penguat:
 Penguat hadapan : terlalu,
paling,agak
 Penguat belakang: sekali,benar,nian
 Penguat bebas: amat,
sungguh,sangat
Aktiviti
1. Guru menayangkan video tentang kata
adjektif dan kata penguat kepada murid.
https://youtu.be/EPx_4RAy6vM
https://youtu.be/YZG0K-wnZxE

2. Murid diminta untuk memberi contoh lain


kata adjektif dan kata penguat.
3. Guru menjalankan aktiviti ‘Bingit’ kepada
murid.
4. Beberapa biji belon yang mengandungi kata
adjektif dan kata kata penguat diletakkan di
sekeliling kelas.
5. Setiap murid dalam kumpulan dikehendaki
untuk memecahkan belon
6. Setiap kumpulan akan mendapat kata
adjektif dan kata penguat.
7. Setiap kumpulan dikehendaki membina satu
cerita pendek yang sesuai dengan
menyertakan kata adjektif dan kata penguat
masing-masing.
8. Murid akan mempersembahkan cerita
pendek di hadapan kelas.
bongkak sangat

bangga cantik

kurus
CERITA PENDEK

Di sebuah hutan, terdapat seekor rusa yang bongkak. Rusa itu sangat suka pergi ke tepi
kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.
Namun demikian, rusa itu tidak suka melihat kakinya yang kurus.