You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN TILAWAH AL-QURAN

Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada Nabi


Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s., ditulis dalam mashaf, dipindahkan
kepada kita secara mutawatir dan membacanya adalah satu ibadat. Susunan al-Quran terdiri
daripada cantuman 28 huruf Hijaiyah yang mana keseluruhan al-Quran mengandungi 323,671
huruf, 77,437 kalimah, 6236 ayat, 114 surah, 30 juzuk, 60 hizib dan 240 maqra’.

Tilawah pula berasal dari kata ( ‫َلاــايَتْلُواــاتا َل َوةا‬


‫ ) ت َ ا‬yang bermakna membaca dan mengikuti.
Contohnya terdapat di dalam surat Al-Baqarah ayat 127:

‫يَتْلُونَهُا َح َّقات َل َوته‬

Maksudnya : Mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya.

Perkataan tilawah ini juga sama dengan perkataan qira’ah ( ‫ ) ق َرا َءةا‬yang berasal dari kata

( ‫قَ َراأ َ اــ ايَ ْق َراأ ُ اــ اق َرا َءةا‬ ) dan bermakna “membaca, menelaah atau mempelajari”. Jadi boleh kita
gunakan ungkapan Tilawatul Quran dan Qiraatul Quran untuk menyatakan maksud membaca Al-
Quran.

Tilawah al-Quran mempunyai disiplin dan syarat yang tersendiri dan seseorang yang ingin
membacanya wajib menepati rukun yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, seseorang yang
ingin membaca al-Quran mesti mempelajari ilmu tentangnya. Oleh itu, para ulama’ telah
menetapkan 3rukun bacaan yang sah. 3‫ا‬rukun ini ialah :

 Kesinambungan sanad dengan bacaan Rasullulah SAW secara musyafahah.


Seseorang yang membaca al-Quran sehingga khatam daripada bimbingan guru-
guru yang muttaqin lagi bijaksana dan bersambung sanad-sanad bacaanya
sehingga kepada bacaan Rasullulah. Terdapat syair arab yang telah disusun oleh
ulama’ tajwid yang bermaksud, “sesiapa yang menerima ilmu daripada guru
secara musyafahah, dia akan terselamat dari terpesong dan diseleweng, dan
sesiapa yang menerima ilmu daripada buku, ilmunya di sisi orang yang berilmu
seperti orang yang jahil”.
 Bacaan bertepatan dengan Bahasa Arab Fushah. Bacaan hendaklah betepatan
dengan salah satu bentuk kaedah nahu bahasa arab samada ia fasih atau lebih
fasih, yang disepakati atau tidak disepakati selama mana sanad bacaan tetap

1
sahih. Dalam bab ini jika dipelajari, terdapat istilah “qiraat syaz, dhaif atau batil”
yang bermaksud bacaan yang ditolak.
 Bacaan mengikut Rasm Uthmani (Mushaf al-imam) atau salah satu daripada
mushaf yang enam. Bacaan yang sering digunakan pada masa kini adalah bacaan
Riwayat Hafs daripada Imam Asim.

Maka sesiapa yang ingin membaca al-Quran hendaklah menepati 3 rukun yang telah
dikemukakan tadi.

2.0 RASM UTHMANI

Rasm Uthmani ialah kaedah penulisan mashaf Al Quran yang digunakan dan dipersetujui
oleh Saidina Uthman r.a untuk menulis kalimah-kalimah Al Quran dan huruf-hurufnya. Kaedah
penulisannya merangkumi tujuh huruf Al Quran, ditulis tanpa mempunyai titik dan baris serta
terdapat dalam semakan terakhir dan tidak dimansuhkan bacaannya, ditulis dan disalin mengikut
ejaan dan sebutan Arab Quraisy yang tepat mengikut bacaan Nabi Muhammad selaku seorang
yang berbangsa Arab Quraisy.

Manakala cara membarisnya pula adalah diambil daripada apa yang telah diakui
kesahihannya oleh para Ulama seperti yang dibandingkan dalam Kitab “At-Tarazu Ala Dhabtil
Kharazi” karangan Imam At-Tanassi dengan mengambil tanda-tanda Al-Khalil bin Ahmad dan
Para pengikut daripada kalangan (Masyariqah) Masyarakat Al-Quran, gantian daripada tanda-
tanda yang disepakati oleh orang Andalusia (di Sepanyol) dan orang-orang Maghribi. Akhirnya
terhasillah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani hasil usaha keras Zaid bin Thabit sebagai ketua,
Abdullah bin Zubair, Said bin Ash dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam. Akhirnya mashaf
Uthmani itu bertebaran ke seluruh dunia yang menjadi panduan umat Islam yang paling utama
hingga hari ini.

2.1 KAEDAH RASM UTHMANI

Berdasarkan mushaf Imam yang ditulis oleh para sahabat pada zaman Saidina
Uthman, kaedah resam Uthmani boleh dibahagikan kepada enam bahagian yang utama
iaitu :

 Kaedah Hazaf (membuang huruf).


 Kaedah Ziadah(menambah) huruf.
 Kedah menuliskan huruf Hamzah.
 Kaedah Ibdal(menukar) huruf.

2
 Kaedah merangkai dan menceraikan huruf.
 Kaedah pada dua Qiraat yang ditulis dalam satu bentuk (atau lebih).

2.2 KELEBIHAN RASM UTHMANI

Rasm Uthmani sudah tentu mempunyai banyak kelebihan sehinggakan menjadi


rukun kepada tilawah. Antara kelebihan Rasm Uthmani ialah :

 Ia mengikut Sunnah Rasulullah iaitu bersifat Tauqifi. Menurut Manna’ al-


Qattan, Tauqifi diertikan dengan segala yang diterima oleh Rasulullah s.a.w.
berupa wahyu dan Baginda menjelaskan kepada para sahabat dengan kata-
katanya sendiri. Firman Allah SWT dalam surah al-Najm ayat 3-4 yang
bermaksud : “dan tidaklah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut
kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang
diwahyukan kepadanya”.
 Ia adalah salah satu daripada rukun bacaan al-Quran. Bacaan yang tidak
menepati rukun dikira syaz atau ditolak. Dengan adanya Rasm Uthmani telah
memudahkan kita untuk membaca al-Quran..
 Mudah mengingati bentuk bacaan. Rasm Uthmani mempunyai tanda waqf dan
juga baris tanwin yang dapat menentukan bentuk bacaan sesuatu hukum
tajwid bagi membezakan cara bacaan kepada pembaca.

Namun begitu, Rasm Uthmani sukar dibaca apabila ditulis tanpa baris kerana
bentuk tulisannya yang agak keliru. Ini menyulitkan pembaca-pembaca yang baru
mengenali Al-Quran untuk membaca dengan tepat.

3.0 ILMU TAJWID

Definisi tajwid dari segi bahasa, berasal daripada kalimah al-tajwid (‫ )التجويد‬merupakan

merupakan masdar atau kata terbitan bagi kalimah jawwada (‫جود‬


ّ ) yang memberi makna
mencantikkan dan mengelokkan. Asal bagi kalimah ini adalah (‫ )جود‬iaitu lawan kepada hodoh
dan buruk.

Dari segi istilah pula, tajwid sepertimana yang difahami daripada al-Muqaddimah al-
Jazariah adalah memberikan huruf haknya daripada sifat-sifatnya yang sedia ada (lazim) dan
sifat-sifatnya yang mendatang, dan huruf-huruf ini dilafazkan secara sempurna tanpa berlebih-
lebihan dan melampau-lampau.

3
Dr. Muhammad Khalid Mansur menyimpulkan definisi tajwid dengan mengatakan bahwa
ia merupakan ilmu berkaitan kaedah dan hukum yang menerangkan cara menyebut kalimah-
kalimah Quran menurut cara yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

3.1 HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Di dalam membahaskan hukum mempelajari ilmu tajwid ini, para ulama'


mengkategorikan hukum tersebut kepada 2 bahagian:

1. Mempelajari ilmu tajwid secara teori :


 Hukum mempelajari hukum-hakam dan kaedah-kaedah ilmu tajwid secara teori,
dan memahaminya hukum-hakam tersebut adalah fardu kifayah. Apabila ada satu
golongan yang mempelajarinya, maka gugurlah tanggungjawab terhadap orang
lain. Ini kerana ilmu ini pasti akan kekal dan dipelihara oleh orang yang
mempelajarinya. Kefardhuan mempelajari ilmu tajwid di dalam konteks ini adalah
seperti kefardhuan mempelajari ilmu-ilmu lain yang diperlukan oleh orang-orang
Islam, dan dianggap sebagai ilmu alat. Dengan mengetahui ilmu ini boleh
membantu pembaca Quran membacanya dengan betul dan tepat.

2. Mempelajari ilmu tajwid secara amali :


 Adapun beramal dengan hukum tajwid di dalam membaca al-Quran, hukumnya
adalah fardu ain ke atas pembaca al-Quran samada lelaki mahupun wanita
dengan kadar kemampuannya, pengetahuan dan keupayaan pembaca. Al-Marsofi
menyatakan bahawa hukum syarak yang terdapat di dalam ilmu tajwid adalah
berkaitan dengan kewajipan secara fardu ain bagi setiap mukallaf muslimin dan
muslimat untuk memelihara hukum tajwid di dalam al-Quran itu keseluruhannya.
Seandainya yang hanya dipelajari itu satu surah sahaja, tidak gugur kefarduannya.
Di antara ulama' yang telah menyatakan mengenai kefarduan beramal dengan
ilmu tajwid ini ialah al-Imam al-Hafiz Ibn al-Jazari, Abu Abdullah Nasr al-Syirazi,
al-Sayuti, al-Qastolani, Makki bin Abi Tolib dan selainnya.

3.2 DALIL WAJIB MEMBACA AL-QURAN SECARA BERTAJWID

Telah dinyatakan terdahulu bahawa hukum ilmu tajwid secara amali itu adalah
fardu ain ke atas setiap individu yang membaca Quran. Terdapat banyak dalil daripada

4
Quran dan Sunnah, serta ijma' ulama' yang menunjukkan kewajipan membaca Quran
secara bertajwid. Di antara dalil penting yang menunjukkan kewajipan ini adalah:

 Dalil daripada al-Quran berdasarkan Firman Allah SWT dalam Surah al-
Muzzammil ayat 4 :
‫َو َرت ّلا ْالقُ ْرآنَ ات َْرتيلا ا‬
Maksudnya : Dan bacalah olehmu (wahai Muhammad) al-Quran itu secara
tartil.

Pendalilan di dalam ayat tersebut merujuk kepada kalimah‫ ورتّل ا‬yang membawa
makna amar (perintah). Kata kerja suruhan (amar) di dalam ayat ini menunjukkan
makna wajib dan tiada nas yang memalingkan perintah wajib tersebut kepada
hukum sunat. Maka sabitlah membaca Quran dengan tajwid itu hukumnya adalah
wajib. Imam al-Tobari menjelaskan di dalam tafsirnya berkaitan kalimah ini,
dengan mengatakan bahawa tartil bermaksud menjelaskan bacaan al-Quran
(dalam menyebut huruf-hurufnya).

 Dalil daripada Sunnah pula ialah :


Hadith yang diriwayatkan oleh al-Tabrani di dalam al-Mu'jam al-Kabir, di mana
diceritakan bahawa Ibn Mas’ud RA menegur seorang lelaki yang diajar olehnya
membaca Quran. Lelaki tersebut membaca lafaz (‫ )للفقراّء‬pada ayat 60 Surah al-
Taubah tanpa mad, maka Ibn Mas'ud menegur lelaki tersebut dengan berkata:
“Bukan begini Rasulullah SAW mengajarkannya kepadaku”. Maka lelaki tersebut
berkata: "Jika begitu, bagaimanakan cara bacaannya wahai Abu Abd Al Rahman?"
maka Ibn Mas'ud pun membaca ayat tadi dengan meletakkan mad pada
bacaannya.
 Adapun dalil ijmak, ianya telah disepakati oleh umat di zaman turunnya al-Quran
sehinggalah zaman ini dengan cara wajib membaca al-Quran bertajwid,
terpelihara dari sebarang kesilapan, bebas dari sebarang penambahan dan
pengurangan dan meraikan apa yang sepatutnya di dalam bacaan Quran dengan
hukum tajwid di dalamnya sehingga tiada khilaf di kalangan orang Islam
mengenainya.

5
4.0 Kaitan dan Rumusan

Rukun tilawah, Rasm Uthmani beserta hukum tajwid adalah bertujuan untuk memastikan
pembaca membaca al-Quran bertepatan dengan kaedah yang telah diajarkan oleh Rasulullah
dengan cara mempelajarinya daripada guru-guru yang mempunyai keahlian dalam bidang ini.
Jika tidak mempelajarinya, nescaya seseorang itu tidak mampu untuk membaca al-Quran.
Dengan mempelajari ilmu al-Quran ini, bacaan kita menepati kaedah nahu Bahasa Arab dan
membuatkan bacaan menepati maksud asalnya. Jika bacaan yang tidak menepati nahu Bahasa
Arab, maka bacaan itu tidak akan menepati maksud ayat itu sendiri.

Tanpa rukun tilawah, bacaan seseorang itu tidak diterima kerana dianggap bacaan yang
salah ataupun syaz. Tanpa ilmu tajwid, seseorang itu tidak mampu membaca al-Quran dengan
sebutan yang betul. Tanpa penulisan Rasm Uthmani pula, seseorang akan mengalami masalah
untuk membaca tulisan al-Quran.

Dengan adanya 3 aspek ini, ia dapat menyatukan bentuk mashaf yang seragam melalui
ejaan dan tulisan, dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf serta dapat
menyelaraskan susunan surah-surah seperti yang dapat kita lihat pada masa sekarang.

Ia juga dapat menyelaraskan cara bacaan al-Quran seluruh umat islam di dunia melalui
kaedah dan peraturan yang telah ditetapkan. Dengan itu, perselisihan faham mengenai bacaan
al-Quran dapat dihindari dan secara tidak langsung ia dapat mengelakkan perpecahan antara
umat islam. Isi kandungan dan kaedah bacaan al-Quran juga akan terpelihara walaupun ada
usaha daripada musuh islam untuk mengubah suai isi kandungan al-Quran.

Maka, dapatlah disimpulkan bahawa ketiga-tiga perkara yang telah dibincangkan sebelum
ini mempunyai kaitan yang cukup kuat di antara satu sama lain kerana setiap perkara mempunyai
peranan tersendiri dalam proses memperelokkan bacaan al-Quran seseorang.

You might also like