You are on page 1of 10

Ketidaksetaraan ekonomi merupakan masalah yang wujud sejak sekian lama dalam mana

– mana peradaban – baik di Timur mahupun Barat. Dunia sering dibahagikan kepada
Negara yang maju dan yang tidak. Malah hal ini semakin ketara selepas Perang Dunia Ke-
2, wujudnya istilah Negara Selatan, Negara membangun dan sebagainya. Tidak dinafikan
banyak Negara mengalami pertubuhan pesat sehingga mencapai tujuh peratus setahun,
namun tidak wujud titisan ke bawah. Persoalannya sekarang adakah kemelaratan ekonomi
masyarakat kelas rendah ini disebabkan takdir Tuhan? Apakah kemiskinan adalah hal yang
tidak terelak dalam komuniti? Dan tidakah jalan bagi membebaskan masyarakat tertindas
ini? Esei ini akan berkisar pada persoalan – persoalan ini dan akan cuba memberi jawapan
terhadapnya melalui pendekatan neo- Marxis.

Beberapa konsep asas

Bagi memudahkan kefahaman, eloklah dimulakan perbincangan ini dengan beberapa


konsep penting yang menjadi teras esei ini. Pertamanya, hendaklah dihuraikan dahulu hal
yang dimaksudkan dengan kemiskinan itu. Umumnya kemiskinan dirujuk kepada tingkat
pendapatan mutlak rendah, iaitu dibawah paras yang dianggap sebagai mencukupi bagi
menampung keperluan hidup minimum sesebuah isi rumah (Hassan Ali, 2003). Tingkat
pendapatan mutlak juga dikenali sebagai tingkat Pendapatan garis Kemiskinan (PGK).
Namun hal ini sering menjadi masalah dalam menentukan PGK sesebuah Negara.
Selanjutnya, terdapat juga kecencerungan untuk mengklasifikasikan ekonomi sesebuah
Negara itu menurut pendapatan per kapitanya. Tetapi Negara yang mempunyai pendapatan
per kapita yang tinggi tidak semestinya bilangan penduduk yang miskin adalah rendah. Hal
ini sudah tentu kerana agihan kekayaan yang tidak adil. Contohnya Taiwan dan Guatemala
mempunyai tingkat pendapatan per kapita yang hampir sama pada tahun 1975 namun
nisbah penduduk miskin di Guatemala dua kali lebih tinggi berbanding Taiwan.
Ketidakadilan dalam agihan kekayaan ini pula boleh dilihat antara kawasan Bandar dan
luar Bandar, mengapakah hal ini terjadi? Hal ini akan dibincangkan lanjut pada bahagian
berikut esei ini.

Dalam membicarakan kemajuan ekonomi sesebuah Negara kita harus juga memahami
konsep pembangunan. Meskipun banyak negara membangun mencapai pertumbuhan
ekonomi yang tinggi dalam tahun 1950-an dan 1960-an,namun masalah pengangguran,
kemiskinan dan agihan ekonomi yang tidak adil masih berterusan.

Menurut Syed Husin Ali (1976) dalam bukunya ‘Apa Erti Pembangunan?’ telah
menghuraikan bagaimana seharusnya pembangunan difahami. Pembangunan mestilah
meliputi taraf ekonomi Negara secara keseluruhannya, dan untuk mencapai keadaan ini
perlulah dirungkai punca – punca yang menyebabkan kemunduran di samping menegakkan
usaha – usaha pembangunan. Jurang ekonomi antara kaum dan kelas haruslah dirapatkan,
begitu juga dengan perbezaan ekonomi mengikut geografi. Jika hanya kawasan Bandar
sahaja yang maju, ia tidak melambangkan pembangunan yang holistic. Bagi memastikan
semua perkara ini dicapai Syed Husin menyatakan pentingnya anak watan memiliki dan
menguruskan sendiri sumber kekayaan bumi mereka. Mereka juga harus berupaya
menguasai perjalanan ekonomi domestic dan dapat mengawal daripada wujudnya
monopoli asing dalam ekonomi Negara.

Keadaan ini jugalah yang mendesak para pengkaji dan pembuat dasar untuk bukan sahaja
mencari kerangka teori yang sesuai untuk menangani dilema dalam usaha pembangunan
ini, malah konsep pembangunan itu sendiri turut dikaji semula. Hasilnya, dari segi teori
sejak penghujung tahun 1960-an, muncullah pelbagai pendekatan/teori pembangunan baru
– antaranya pendekatan keterbergantungan dan teori sistem dunia.

Memahami kemiskinan melalui teori pergantungan

Pada penghujung 1970-an, setelah ekonomi perindustrian Barat mengalami kemerosotan


dan masalah inflasi yang buruk mulai penghujung 1960-an, berlaku perubahan asas dalam
dasar ekonomi di negara Barat. Perubahan radikal dasar ekonomi ini kemudiannya
merebak ke Negara- negara membangun. Apa yang berlaku adalah pengecilan peranan
negara dan sebaliknya peningkatan peranan swasta dan kuasa pasaran serta keterbukaan
ekonomi dan peningkatan pengintegrasian ekonomi nasional ke dalam ekonomi global.
Semboyan utama yang dilaungkan adalah liberalisasi, deregulasi dan penswastaan. Para
pendukung dasar ini mendakwa bahawa perubahan dasar tersebut diperlukan bukan sahaja
untuk mencapai matlamat kestabilan makroekonomi, tetapi untuk mempercepat
pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup penduduk. Herotan harga yang
dikatakan berpunca daripada campur tangan negara, serta penentangan terhadap
keterbukaan ekonomi, diandaikan faktor utama kadar pertumbuhan ekonomi menjadi
rendah, semakin tidak saksama agihan pendapatan dan bertambah buruknya masalah
kemiskinan. Usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui penyertaan yang aktif
dalam ekonomi global dipercayai dapat membolehkan negara membangun bukan sahaja
mengatasi masalah kemiskinan bahkan memungkinnya merapatkan jurang dengan negara
perindustrian maju.

Akibatnya, negara menjadi semakin tunduk kepada apa yang dikenali kini sebagai
fundamentalis pasaran dan imbangan kuasa semakin memihak kepada kuasa pasaran
(khususnya syarikat-syarikat gergasi transnasional (TNC)). Proses perubahan yang
dikenali juga sebagai proses globalisasi dianggap oleh sesetengah pihak menandakan satu
titik perubahan penting untuk melemahkan struktur ekonomi, politik dan sosial dunia yang
lama dan munculnya struktur yang baru (Cox 1994). Penulis akan membawakan keadaan
bagaimana interaksi ekonomi antara Negara maju dan miskin ini akan mewujudkan
kebergantungan dan malah menjadikan masalah ketidakadilan agihan kekayaan yang
semakin parah.

Jika pandangan di atas dapat diringkaskan, dapatlah difahami bahawa pendekatan neo –
liberal melihat punca negara miskin ini kerana ekonomi mereka lewat berkembang dan
kelak, semakin pantas mereka mempelajari teknik – teknik ekonomi moden, semakin
pantas mereka dapat keluar daripada kitaran kemiskianan. Namun hal ini disanggah oleh
para pemikir ekonomi yang menggunakan pendekatan neo- Marxis. Andre Gunder Frank,
antara yang terawal mempelopori teori kebergantungan, dengan jelas menyatakan bahawa
hubungan kebergantungan ini yang membawa kepada masalah kemiskinan didalangi oleh
kapitalis antarabangsa, menurutnya;

…historical research demonstrates that contemporary underdevelopment is in large part


the historical product of past and continuing eonomic and other relations between the
satellite underdeveloped and the now developed metropolitan countries. Furthermore,
these relations are an essential part of the capitalist system on a world scale as a whole.[1]

“Development of underdevelopment” berlaku di dalam sistem dunia kapitalis yang


dicirikan dengan struktur metropolis-satelit. Metropolis mengeksploitasi negara satelit
membolehkan keuntungan hanya dinikmati oleh metropolis. Setelit pula terus miskin dan
disingkirkan daripada dana pelaburan supaya pertumbuhannya menjadi begitu perlahan.
Lebih penting, potensi satelit dikurangkan sehingga hanya menjadi negara yang
bergantung yang mana berperanan tidak lebih sebagai pembekal bahan mentah dan buruh
murah. Hal ini kerana kapitalis antarabangsa yang dijelmakan dalam bentuk negara maju
bukan sahaja hadir bersama – sama modal mereka tetapi turut membawa teknologi yang
tidak dimiliki oleh negara membangun. Industry yang berorentasikan modal dan teknologi
ini pastinya tidak mewujudkan persaingan yang adil. Maka pada akhirnya yang
menentukan bagaimana pasaran harus bertindak balas adalah mereka yang menguasainya.
Huraian mudahnya, walaupun negara metropolis memerlukan Negara setelit untuk untuk
memasarkan produk mereka, namun yang menguasai perdagangan adalah Negara
metropolis, jika Negara setelis tidak berpuas hati dengan perjanjian perdagangan tersebut,
Negara metropolis boleh sahaja memasarkan produk mereka di Negara lain, namun
berbeza dengan Negara setelit yang mana pilihannya adalah terhad, hal ini kerana mereka
tidak mampu mengeluarkan produk mereka sendiri, maka mereka pada akhirnya terpaksa
akur dengan kehendak kapitalis.

Beberapa pandangan dalam memahami hubungan ekonomi antrabangsa

Hoselitz (1953) mengemukakan teorinya di bawah tajuk ‘Social Structure and Economic
Growth” dengan menekankan perbezaan di antara peranan social dan tabiat yang terdapat
dalam masyarakat maju kalau di bandingkan dengan masyarakat mundur. Hujahnya,
Negara – Negara maju menunjukkan pola universalisme, askriptif dan kesamaran fungsi.
Hoselitsz mengesyorkan negara kurang membangun agar menghapuskan pembolehubah
berpola kurang membangun dan menggantikannya dengan pembolehubah berpola
membangun.

A.G Frank telah mengkritik Hoselitz mengenai perbandingan antara negara maju dan
mundur, umpamanya dari segi universalisme yang dihujahkan oleh Hoselitz. Frank
menegaskan bahawa di negara maju, terdapat keadaan yang bertentangan dengan apa yang
yang disarankan oleh Hoselitz; misalnya kepentingan persendirian yang amat berpengaruh
dalam masyarakat, dan terdapat juga kepalsuan dalam cogan kata yang dilaungkan oleh
negara maju mengenai kebebasan, demokrasi, pasaran bebas, liberialisme, dan
individualisme. Begitu juga dalam kesusasteraan dan perlakuan sosiologikal yang mana
menunjukkan banyak terdapat partikularisme di Negara maju. Contoh yang dikemukakan
oleh Frank adalah Eropah secara umumnya dan Jepun. Sebaliknya terdapat ciri – ciri
universalisme tulen dalam masyarakat mundur tertentu, umpamanya penentangan terhadap
penjajah, ideology pendidikan dan nasionalisme (Jomo).

Hoselitsz juga menyimpang jauh apabila menyatakan bahawa peranan social, ekonomi dan
politik di Negara kurang membangun hampir secara eksklusif diagihkan berdasarkan
norma – norma askriptif. Hoselitsz menggunakan contoh kepimpinan politik kebangsaan
yang dihasilkan melalui rampasan kuasa tentera di Amerika Latin dan melalui kemunculan
borjuis nasional di Africa sebagai bukti empirikalnya. Hoselitsz melihat kuasa politik
Amerika Latin berada dalam tangan beberapa orang tuan tanah dan bersifat oligarki feudal.

Bagi Frank, Hoselitsz gagal memahami bahawa di kesemua Negara – Negara kurang
membangun kapitalis, kuasa disebalik takhta terletak pada kelas yang memegang peranan
atasan dalam organisasi ekonomi, khususnya mereka yang mempunyai ikatan perniagaan
dengan Negara metropolis maju. Hal ini menunjukkan betapa cekapnya kapitalis
menyelinap masuk dalam Negara kurang membangun, mengintegrasikan mereka dengan
ekonomi kapitalis dunia dan secara keseluruhannya mengaplikasikan organisasi sosialnya
ke atas mereka yang Frantz Fanon gelar sebagai mereka yang terkutuk di dunia (Frank).

Raul Prebisch pula telah mengemukakan analisa yang agak menyeluruh mengenai kesan
buruk dari perdagangan antarabangsa. Pada pandangannya, halangan utama terhadap
pertumbuhan ekonomi Negara mundur adalah kedudukan yang tidak memihak kepad
mereka dalam perdagangan antarabangsa. Prebisch telah menunjukkan bahawa Negara
mundur telah membangun di ‘pinggir system ekonomi dunia’. Negara mundur hanya
berperanan sebagai pembekal bahan mentah, dan makanan kepada Negara ‘core’.

Prebisch menyangkal hujah bahawa pembahagian kerja dan pembahagian antarabangsa


dapat memberi faedah kepada Negara mundur (Jomo). Menurutnya Negara mundur tidak
mendapat faedah bandingan (comprative advantage). Menurutnya, barangan mentah yang
dieksport oleh Negara miskin kepada Negara maju akan mengalami peningkatan nilai
melalui proses pengilangan dan penjenamaan semula produk. Oleh hal yang demikian
Negara miskin sentiasa berada di kedudukan yang tidak menguntungkan dalam
perdagangan antarabangsa kerana terpaksa membayar lebih untuk barangan siap dikilang.

Singer juga menunjukkan kesan buruk pelaburan asing yang mewujudkan sector terpencil
yang terpisah dari struktur ekonomi dalam negara mundur. Pelaburan asing yang
disalurkan untuk mengeluarkan bahan mentah untuk dieksport ke negara industry memberi
kesan buruk kerana;

1. Hasil pelaburan tersebut mengalir ke negara pelabur sahaja

2. Negara mundur hanya tertumpu pada kegiatan berteknologi rendah sebaliknya negara
pengeksport modal mendapat faedah berganda melalui;

a. Peluang untuk mengeksport barangan pembuatan

b. Menikmati kemajuan ekonomi hasil dari perkembangan industry pembuatan


c. Menikmati lain – lain kemajuan teknologi (Singer 1964)

Bagaimana pun Singer berpendapat bahawa pergantungan berat sebelah yang terhadap
perdagangan antarabangsa dan ketidakstabilan ekonomi ini berpunca daripada tingkat
pendapatan negara rendah dan bukannya berpunca dari system sosioekonomi (Jomo).

Selain itu, hal yang tidak kurang pentingnya dalam memahami hubungan antara metropolis
dan setelit adalah hubungan ini telah membentuk satu kelas pemerintah tempatan yang
khusus dan mempunyai kepentingan untuk terus menjayakan agenda underdevelopment
iaitu “lumpenbourgeoisie” yang menurut sahaja polisi-polisi underdevelopment atau
dilabel oleh Frank sebagai “lumpendevelopment”. Hal ini dihuraikan oleh Frank sebagai
pemerintah yang sudah terhisap dalam system kapitali dan hanya menurut sahaja kehendak
negara maju sebagaimana yang dihujahkan oleh Karl Marx bahawa kerajaan dan kapitalis
ini sentiasa saling membantu memperkukuhkan kedudukan masing – masing. Sebagai
contoh banyak Negara – Negara membangun yang mengamalkan polisi yang mereka
istilahkan sebagai mesra pelabur. Bagi menarik kemasukan pelabur lansung asing (FDI)
kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif, Malaysia contohnya menyediakan galakan
pelaburan di bawah Ordinan Taraf Perintis (1958), diikuti dengan Akta Galakan Pelaburan
(1968), dan Akta Penyelarasan Pelaburan (1975). Umumnya FDI boleh didefinisikan
sebagai pergerakan modal dari sebuah Negara ke Negara yang lain. Dunning (1970)
menyenaraikan criteria FDI sebagai pemindahan modal kewangan, teknologi dan
kepakaran. Organisasi yang terlibat juga mempunyai kuasa dalam membuat keputusan
dalam urusan pentadbiran berdasarkan pemilikan ekuiti. Sebahagian besar aktiviti FDI ini
dilakukan oleh firma besar yang biasa disebut sebagai Multinasional Corporation atau
Transnasional Corporation.

Pendapat ini ditentang oleh dependencia school yang menekankan bahawa aktiviti MNCs
mendatangkan risiko kepada proses pembangunan Negara membangun. Santos (1973)
mengatakan bahawa masalah yang dihadapi oleh kebanyakan Negara membangun
perpunca daripada bagaimana mereka diintegrasikan dalam system ekonomi antarabangsa.
Muller (1973) berpendapat bahawa aktiviti MNCs di negara membangun menyebabkab
penganguran, monopoli modal berbanding suntikan modal baharu, dan kemusnahan
syarikat tempatan. Kemasukan modal asing yang tiada had ini sudah tentu menyebabkan
industry tempatan gagal bersaing dan pada akhirnya Negara itu akan terus bergantung
kepada modal asing kerana kegagalan mereka membina ekonomi domestic yang kukuh.
Contoh yang jelas adalah waktu krisis kewangan Asia pada 1997/98 yang melihatkan
kerapuhan ekonomi tempatan apabila modal – modal asing ini ditarikkeluar daripada
Negara membangun. Hal ini seterusnya memburukkan lagi imbangan pembayaran
sesebuah Negara membangun itu.

Sumbangan Frank di dalam teori ini adalah satu rantaian hubungan metropolis-satelit yang
digambarkan seperti berikut yang terkandung di dalam bukunya “Capitalism and
Underdevelopment in Latin America”:

“The monopoly capitalist structure and the surplus expropriation/appropriation


contradiction run through the entire Chilean economy, past and present. Indeed, it is this
exploitative relation which in chain like fashion extends the capitalist link between the
capitalist world and national metropolises to the regional centres (part of whose surplus
they appropriate) and from these to local centres and so on to large landholders or
merchants who expropriate surplus from small peasants ot tenants, and sometimes even
from these latter to landless labourers exploited by them in turn. At each step along the
way the relatively few capitalists above exercise monopoly power over the many below,
expropriating some or all of their economic surplus, and to the extent that they are not
expropriated in turn by the still fewer above, appropriating it for their own use. Thus at
each point, the international, national and local capitalist system generates economic
development for the few and underdevelopment for the many.” [2]

Menurut Frank rantaian hubungan metropolis-satelit ini telah wujud sejak abad ke-16 dan
perubahan hanya dari segi bentuk eksploitasi dan penguasaan terhadap negara satelit. Ini
dinamakan sebagai satu prinsip kesinambungan di dalam perubahan atau “continuity in
change”. Selain itu, Frank turut menyentuh mengenai kesan-kesan politik iaitu kelas
memerintah di negara-negara yang mengalami underdevelop menempatkan diri mereka di
dalam rantaian hubungan itu yang berlaku di luar bandar sehingga ke negara metropolis
dan mereka mempunyai kepentingan untuk mengekalkan kedudukan tersebut.

“This colonial and class structure establishes very well defined class interests for the
dominant sector of the bourgeoisie. Using government cabinets and other instruments of
the states, the bourgeoisie produces a policy of underdevelopment in the economic, social
and political life of the “nation” and the people of Latin America.”

. Ringkasnya, “lumpenbourgeoisie” ini mencipta “lumpenstate” yang menyebabkan


kemerdekaan yang sebenar tidak dapat dicapai tetapi menjadi instrumen berkesan dalam
meneruskan underdevelopment. Oleh itu, polisi negara adalah elemen paling kritikal dan
penting dalam pembangunan ekonomi.

Teori Sistem Dunia Wallerstein

Dalam membincangkan teori pergantungan, penting sekali teori sistem dunia oleh
Wallerstein disentuh kerana pendapat bahawa mana-mana sistem sosial perlu dilihat secara
menyeluruh dan negara bangsa di dalam dunia moden juga tidak boleh dikaji secara
tersendiri kerana ia bukan satu sistem tertutup. Wallerstein menyatakan sistem dunia
moden adalah kapitalis kerana ia adalah sistem ekonomi.

“Capitalism and a world economy (that is, a single division of labour but multiple polities)
are obverse sides of the same coin. One does not cause the other. We are merely defining
the same indivisible phenomenon by the different characterisitics.”

Mengikut Wallerstein, sistem dunia kapitalis dibahagikan kepada tiga jenis negara iaitu
negara core atau teras, semi-periferi dan negara periferi. Perbezaan bagi ketiga-tiga jenis
negara ini adalah jentera negara di dalam bidang-bidang yang berlainan dan ini sebagi
timbal balas, membawa kepada pemindahan modal dari periferi ke negara teras yang
kemudian menguatkan lagi negara tersebut. Kuasa negara adalah mekanisme utama
memandangkan aktor-aktor di dalam pasaran cuba untuk mengelakkan operasi normal
pasaran yang tidak memberi keuntungan maksima jika berpaling kepada negara negara
untuk mengubah syarat-syarat perdagangan. Pada asalnya, pembahagian core-periphery
diterangkan oleh faktor teknologi.

Eropah Barat mengkhusus di dalam pengeluaran dan penternakan haiwan yang mana
aktiviti-aktiviti ini memerlukan kemahiran yang tinggi dan dilakukan oleh buruh-buruh
yang dibayar gaji agak lumayan. Struktur sosial adalah asas kepada negara kuat secara
relatif dan membolehkan mereka menguasai pasaran untuk kelebihan mereka. (Rahardjo)

Manakala, Hispanik Amerika hanya menjalankan aktiviti perlombongan dan Baltik di


timur Eropah mengkhusus di dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran rendah, maka
kapitalis Eropah tersebut akan memilih melalui campur tangan negara, buruh paksaan dan
mewujudkan kepentingan berbeza antara pengeluar dan kepentingan eksport produk utama.
Hasilnya, negara menjadi lemah dan sedia untuk dikuasai oleh negara teras. Mereka
kemudian menjadi periferi.(Rahardjo)

Apabila divisyen negara tersebut wujud, core-periphery dikekalkan dengan kebolehan


negara-negara teras untuk memanipulasikan perjalanan sistem secara menyeluruh bagi
menyesuaikan dengan keperluan mereka iaitu negara teras. Mereka dengan sengaja
melemahkan negara periferi atau menghapuskannya dengan penaklukan serta mengubah
cara pasaran berfungsi melalui sekatan, monopoli, melindungi industri mereka sendiri dan
menghalang periferi mengadakan halangan tertentu. (Rahardjo)

Semi-periferi pula disifatkan sebagai negara aristokrasi buruh dan menjadi pusat kepada
perubahan kerana negara semi-periferi ini boleh berubah menjadi negara teras dan negara
teras yang semakin lemah akan berubah menjadi semi-periferi. Wallerstein menganggap
buruh sebagai komoditi. Idea Wallerstein ini mencadangkan supaya sistem dunia dari
semua segi perlu dilihat secara menyeluruh dan pelaksanaan sistem dunia ini menghasilkan
cara-cara kawalan terhadap buruh yang penting kepada sistem pengeluaran negara teras.
Apabila kedua-dua aliran teori pergantungan ini menyentuh mengenai sistem dunia dan
dikaitkan pula dengan kapitalisme, maka timbul satu persoalan umum adakah ianya masih
lagi relevan memandangkan evolusi yang dialami oleh kapitalisme pada era ini dengan
tersebarnya globalisasi ke seluruh pelusuk dunia dan pergerakan modal serta peranan
syarikat-syarikat multi nasional, MNC.

Dengan perkembangan demokrasi juga telah meningkatkan pengaruh liberalisme dan neo-
liberalisme yang membenarkan kebebasan individu mencari keuntungan maksimum,
ideologi yang membenarkan pencarian harta kekayaan melalui apa cara sekali pun dan
andaian bahawa apabila pengeluaran meningkat maka permintaan untuk peluang pekerjaan
turut meningkat. Persoalan kekurangan modal di negara-negara miskin untuk memulakan
program yang dapat membebaskan diri daripada pergantungan juga dijadikan hujah bagi
membalas teori strukturalis. Hal ini kerana negara miskin terlalu bergantung kepada satu
atau dua produk utama, kekurangan tenaga mahir dan kelemahan dari segi kewangan
mencukupi, komunikasi dan infratruktur pengangkutan misalnya. Kekurangan negara-
negara miskin kemudian diisi oleh kelengkapan teknologi dan peralatan melalui pelaburan
negara-negara kaya. Dengan andaian-andaian tersebut, esei ini akan membuat penilaian
sama ada teori pergantungan masih relevan atau pun tidak dengan evolusi yang dilakukan
oleh kapitalisme. Jika teori pergantungan oleh Gunder Frank menekankan kepada
penggunaan sumber yang aktif tetapi hanya memberi keuntungan kepada negara kaya dan
bukan negara pemilik sumber tersebut yang terdiri daripada negara miskin, pada era
globalisasi dan sistem perdagangan dunia yang telah berubah, maka peranan modal yang
dipandu oleh MNC telah mengubah senario ini.

Hal ini bermakna, hubungan antara negara kaya dan miskin bukan lagi berasaskan
penyediaan sumber seperti komoditi melalui eksport dan import barangan siap oleh negara
miskin tetapi telah mengalami perubahan dengan adanya peranan modal atau disebut
Foreign Direct Investment, FDI. Melalui FDI, negara yang menerima pelaburan asing
menyediakan tenaga buruh yang murah, sumber dan persekitaran yang kondusif untuk
pelaburan. Seperti yang dijelaskan Eichengreen (2003) menyatakan bahawa pergerakan
modal sebagai penjana pembangunan dengan menyalurkan sumber, teknologi,
pengetahuan berorganisasi dan pemangkin kepada perubahan institusi. Tugas polisi atau
dasar pula untuk menggalakkan pengaliran modal dari negara pemodal yang kaya ke dalam
negara-negara yang miskin ekonominya. Hasil daripada FDI yang membawa bersama
teknologi dan kepakaran, sebahagian negara-negara miskin, kurang membangun dan
negara-negara dunia ketiga kini telah banyak berubah menjadi apa yang dinamakan negara
sedang membangun dan negara industri baru.

Jika menggunakan model penggantungan Frank, mungkin sukar untuk menjawab


mengenai kemunculan Negara ekonomi perindustrian baharu Asia seperti Korea Selatan,
Taiwan, Hong Kong, dan Singapura. Namun, pemahaman terhadap fenomena ini telah
dihuraikan oleh Wallerstein. Negara – Negara ini adalah Negara Semi-periferi yang
mengeksploitasi Negara periferi. Terlebih dahulu hendaklah difahami dengan jelas tentang
ciri – ciri Negara ekonomi baru Asia ini. Umumnya, terdapat beberapa sifat sepunya yang
dapat dilihat pada Negara – Negara ini, iaitu;

1. Ekonomi yang sangat terbuka ( sangat tinggi peratusan nisbah eksport atau import
kepada KNK) yang mengalami perindustrian serta pertumbuhan pesat sejak 1960-an.
Ekonomi mereka dipacu oleh pertumbuhan eksport yang besar terutamanya dengan
sebahagian besar jumlah eksport yang terdiri daripada barangan pembuatan.

2. Kejayaan perindustrian pacuan eksport barangan pembuatan ini adalah hasil


perlaksanaan strategi pembangunan berorentasikan eksport.

3. Pertumbuhan ekonomi yang dicapai disertai pertumbuhan dalam pertunjuk


sosioekonomi seperti pengurangan ketaksetaraan pengagihan pendapatan dab peningkatan
taraf hidup rakyat.

4. Tidak mempunyai sumber asli

5. Masyarakat yang homogen


Terdapat dua teori ekonomi yang utama dalam membahaskan fenomena ini. pertamanya
neo – liberal yang menyatakan bahawa kejayaan Negara ekonomi baharu Asia ini
disebabkan oleh polisi liberalisasi ekonomi mereka. Liberalisasi juga bermaksud
mengehadkan campur tangan kerajaan dalam pasaran. Namun, ekonomi perindustrian
bahru ini sehingga akhir 1980-an mewakili dua ekstrim dengan Korea Selatan yang paling
authoritarian dalam pemerintahannya diikuti oleh Singapura. Manakala Hong kong pula
adalah saki baki ekonomi Laissez faire abad ke 19. Taiwan adalah diantaranya. Selain itu
jika diteliti, negara – negara ini berorentasikan perdagangan interport, di mana barangan
mentah yang mereka import (hal ini kerana mereka tidak memiliki sumber asli) dari negara
periferi dikilangkan dan dijenamakan semula sebelum dijual kepada negara core.
Pandangan struktruralis mempunyai pelbagai kecenderungan, namun umumnya penekanan
diberikan dalam menganalisa struktur ekonomi;

1. Kepentingan relative berbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, industry dan


perkhimatan

2. Hubungan ekonomi domestic dengan ekonomi dunia

3. Tingkat produktiviti dalam setiap kegiatan

4. Jenis dan skala perusahaan

Maka, aliran strukturalis melihat kejayaan ekonomi perindustrian baharu ini adalah
disebabkan oleh kejayaan pemerintah yang berjaya mendisplinkan pasaran. Campur tangan
kerajaan adalah untuk memastikan kegagalan penyelarasan pasaran tidak berlaku
khususnya diperingkat awal pembangunan. Hal ini dapat dibuktikan apabila Korea Selatan
hanya membuka pelaburan kepada firma yang syarat kerajaan.

Perkembangan globalisasi yang mendorong dunia tanpa sempadan bagi pengaliran modal,
buruh dan perdagangan dunia mungkin memerlukan pengubahsuaian semula teori
pergantungan oleh Gunder Frank. Bagaimanapun, aspek pelebaran kuasa kapitalisme juga
tidak dinafikan terus kukuh di dalam sistem dunia berikutan perkembangan-perkembangan
baru ini kerana modal, FDI dan teknologi masih berasal dari negara-negara kapitalis kaya
yang pada akhirnya mereka yang akan menguasai dan memonopoli pasaran negara lain.
Hal ini berlaku kerana:

1. Pasaran domestik negara-negara miskin tidak cukup besar bagi menyokong ekonomi
berskala yang digunakan negara-negara kaya bagi mengekalkan harga yang lebih murah.

2. Isu kedua adalah membabitkan aspirasi politik negara-negara miskin sama ada
penukaran daripada menjadi pengeluar komoditi kepada barangan perkilangan boleh
dilakukan atau tidak.

3. Isu terakhir adalah melibatkan sejauh mana negara-negara miskin sebenarnya


mempunyai kawalan terhadap produk utama mereka khususnya bagi penjualan barangan
tersebut ke pasaran antarabangsa.
RUJUKAN** Harisz http://diskopi.wordpress.com/2008/09/11/memahami-kemiskinan-dunia-
ketiga/

You might also like