You are on page 1of 2

Selamat sejahtera, Salam pandu puteri dan Salam 1 Malaysia saya ucapkan

kepada Y.Berbhg Dato’ Yeoh Soo Keng Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia,
Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Yang Berusaha Puan Cik Norizam bt
Abdullah Guru Besar SK Seri Bintang Utara, Yang dihormati Puan Lily Rashimah bt
Abdul Rasool, GPK Tadbir , Para pesuruhjaya, guru-guru serta ahli pandu puteri tunas.

Selamat datang ke Upacara Terbang Naik Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan
WPKL tahun 2015

Selaku Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan WPKL saya ingin
mengucapakan ribuan terima kasih kepada Guru Besar Sek Keb Seri Bintang Utara
kerana sudi membenarkan kami menggunakan kawasan sekolah kami bagi
menyempurnakan upacara terbang naik tahun 2015.

Upacara Terbang Naik ini merupakan penganugerahan tertinggi peringkat cawangan.
Lencana Terbang Naik akan disematkan setelah ahli pandu puteri tunas lulus Ujian Calit
Emas serta Ujian Tangga & Tangan Emas. Setelah memeroleh lencana 9 lencana
kecekapan barulah seorang ahli pandu puteri tunas layak memeroleh lencana ini. Ahli
juga mesti berada di tahun 6 semasa menerima anugerah ini.

Banyak aktiviti dan program telah dirancang dan dijalankan sepanjang tahun bagi ahli-
ahli pandu puteri tunas. Pembelanjaran luar bilik darjah ini akan membentuk jatidiri yang
tinggi dan melahirkan insan kerana anak-anak masa kini merupakan bakal tunjang negara
masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ahli –ahli Tunas yang bakal melangkah
ke remaja bakal mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan
negara kita. ,Insan yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa.

Kecemerlangan dari segi akademik merupakan salah satu elemen yang penting untuk
mewujudkan remaja yang berkualiti. Intelek merupakan faktor perdana untuk
menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Pada masa yang sama penglibatan dalam
aktiviti kokurikulum sebegini dapat melahirkan insan yang menyeluruh dan proaktif

Hadirin sekalian, izinkan saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun

Gunung nan tinggi di balik awan,
Bagai terlihat bintang bertamu,
Sampai sini tuan dan puan,
Ada hayat kita bertemu.

Sekian terima kasih