PENDAHULUAN

Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu program wajib bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Sekolah Rendah) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini dilaksanakan bagi setiap semester sehingga semester empat. Program itu bertujuan untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru.

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelatih dapat memahami pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid untuk menyatupadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sesebuah sekolah tersebut.

Pernyataan professional/ kontrak tugasan merujuk kepada harapan/ tugasan yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan tugasan tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus tugasan hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

Tujuan penyataan profesional adalah : Menyatakan halatuju fokus tugasan yang hendak dilaksanakan dengan jelas. Membantu pelajar merancang strategi perlaksanaan aktiviti yang

difokuskan dengan sistematik. Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan. Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat

penambahbaikan / tindakan susulan.

OBJEKTIF
Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) pelajar dapat : Memahami budaya sekolah Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah Membina kemahiran inkuiri penemuandan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal Membina sikap positif terhadap profesion keguruan Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru Mendokumentasikan semasa sesi refleksi pengalaman yang dilalui untuk perbincangan

2.1 PERNYATAAN SEBELUM PBS

PENYATAAN SEBELUM PBS y y y y kenal pasti fokus utama tugasan tujuan tugasan merancang strategi pelaksanaan instrumen penilaian Fokus utama tugasan

Peranan Panitia BM dan setiausaha peperiksaan.

Pengurusan bilik darjah

Tujuan tugasan

Peranan dan tanggungjawab panitia

Justifikasi Soalan Ujian (JSU)

Soalan-soalan contoh Jenis peperiksaan ± Sumatif dan Formatif

Karangan contoh

SEBELUM PBS
Sebelum kami menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kami telah menerima taklimat berkaitan dengan pbs daripada En. Fazli selaku pensyarah penyelaras PBS iaitu pengalaman berasaskan sekolah. Taklimat kami diadakan di Dewan Besar IPGTAA. Ini merupakan kali kedua kami guru pelatih semester 2 menjalankan PBS. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dan juga memahami perspektif seorang guru.

Menerusi program ini, kami dapat melihat

melalui pemerhatian, penelitian

dokumen, refleksi tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan juga pengurusan bilik darjah di sekolah, guru pelatih akan dapat memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah untuk melaksanakan secara teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara ringkasnya, dengan menjalani program PBS, guru pelatih akan dapat memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid

belajar dan juga bagaimana pengurusan sekolah mentadbir sekolah.

Selain itu, antara fokus utama tugasan PBS adalah memberi kefahaman kepada pelajar tentang budaya sekolah, melatih pelajar untuk menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah. Selain itu, PBS juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran. Secara tidak langsung, pengalaman kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah juga merupakan salah satu di antara objektif PBS.

Menerusi PBS juga guru pelatih dapat membina kemahiran mengumpul maklumat tentang peranan dan tanggungjawab Panitia Bahasa Melayu dan setiausaha peperiksaan. . Selepas mendengar taklimat daripada pensyarah. Di akhir tugasan. tidak menjadi masalah jika saya ditempatkan untuk mengajar di kawasan bandar mahupun di kawasan pedalaman. soalan-soalan contoh serta maklumat yang berkaitan dan pengurusan bilik darjah. saya dikehendaki membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru dan mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi nanti. Saya memilih untuk menjalankan PBS di kampung halaman. Ini adalah untuk membiasakan saya jika ditempatkan untuk mengajar pada suatu hari nanti. Pada semester ini. Selain mengenali budaya sekolah sewaktu menjalankan PBS. kami juga dikehendaki mencari bahan untuk tugasan bagi kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3103) dan tugasan PBS. barulah kami memahami serba sedikit tentang PBS ini. kami dikehendaki membuat PBS selama seminggu dan diberi peluang untuk menjalankan PBS mengikut tempat pilihan kami sendiri dan majoriti antara kami menjalankan PBS di kampung halaman masing-masing. sekolah yang menjadi pilihan saya ialah Sekolah KebangsaanTengku Ampuan Mariam. kami dikehendaki membahagikan masa yang ada selama seminggu untuk mengkaji dan mendapatkan semua bahan bagi kesemua tugasan tersebut. Tidak menjadi masalah untuk saya menjalankan PBS ini walaupun ini kali pertama saya ke sekolah tersebut. Oleh itu. Menerusi kesemua tugasan yang kami perolehi. PBS membolehkan guru pelatih membina sikap positif terhadap profesion keguruan. disamping dapat membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal.

Soalan tersebut mengkehendaki saya melihat bagaimana perhatian murid dibina dan dikekalkan sepanjang proses pengajaran pembelajaran. Saya harap saya dapat menjalankannya dengan sebaik mungkin. bagaimanakah guru menangani masalah tingkahlaku murid dalam proses P&P. bagaimana guru menangani gangguan luar jangkaan semasa proses P&P sedang berjalan.2010 sehingga 02. adakah aktiviti berkumpulan dijalankan? Jika ada.Selain itu. Sebelum menjalankan PBS. bagaimana cara guru memberikan arahan yang jelas kepada murid. saya juga dikehendaki menyelesaikan sembilan soalan tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak institut. bagaimanakah murid digerakkan untuk melaksanakan aktiviti secara berkesan.10. saya telah mengetahui terlebih dahulu tentang jumlah murid dan juga hari persekolahan bagi sekolah tersebut. Saya telah menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam Kuala Terengganu bermula dari 29.2010. . bagaimana murid dilibatkan dalam aktiviti perbincangan. bagaimana pengukuhan terhadap setiap isi pelajaran dilaksanakan.09. bagaimanakah aktiviti kumpulan diurus dan dijalankan dan bagaimana sesi P&P ditamatkan.

melalui pemerhatian saya di kelas tersebut. Saya telah melakukan kajian mengenai pengurusan sekolah. kerana guru-guru di sekolah tersebut memberikan kerjasama yang baik bagi saya menyelesaikan tugasan tersebut. masih terdapat pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran 3M walaupun sekolah tersebut merupakan sekolah yang berada di tengah bandar. Jawatan-jawatan penting seperti Guru Besar.Penolong Kanan 1. Selain itu. dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah saya dapat memasuki kelas 4 Mariam yakni kelas pertama dari empat buah kelas yang terdapat dalam tahun tersebut. Melalui pemerhatian tersebut. guru yang mengajar pelajar terbabit merupakan seorang guru yang sangat tabah dan cekal dalam mendidik anak bangsa agar mereka dapat bersaing dengan pelajar lain di masa depan. Semasa menjalani PBS ini. saya turut memasuki kelas pemulihan bagi mengisi masa terluang. . Akan tetapi.Penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum dipegang oleh guru lelaki serta seorang guru perempuan. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga majoritinya adalah guru wanita. Bagi menyiapkan keseluruhan tugasan ini.saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai pengurusan bilik darjah. semasa PBS juga saya turut melakukan tugasan BMM3103.SEMASA PBS Semasa sedang menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. nasib saya sangat baik. Sekolah ini diuruskan oleh 4 orang lelaki yang berkarisma dan berwibawa dalam memastikan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. saya dapat menyelesaikan sebahagian soalan yang berkaitan dengan tugasan PBS. tugasan ini mengkehendaki saya melakukan ujian kepada murid tahap dua. saya turut menemubual guru kelas tahap dua serta guru penanda kertas peperiksaan UPSR bagi menjawab soalan yang terdapat dalam tugasan tersebut. saya telah melakukan beberapa pemerhatian mengenai sekolah yang telah saya pilih. Semasa menjalani PBS.

Teknik bercakap dan bertanya yang baik perlu dalam melakukan sesebuah temubual. . Saya telah diingatkan oleh Penolong Kanan untuk bercakap secara bersopan dan berhemah apabila melakukan sesi temuramah bersama-sama guru-guru mahupun staf-staf sokongan. Selain itu. Teknik yang baik akan merangsang hasil sesi temubual yang baik.Saya juga belajar mengenai teknik berkomunikasi yang baik serta betul apabila bercakap dengan orang yang lebih berkuasa dan berpengalaman dari diri sendiri. Beliau juga turut menekankan agar melakukan setiap tugasan yang diberikan dengan komited agar hasil yang diperoleh dapat juga digunakan oleh individu lain. Guru Besar turut memberi nasihat mengenai kerjaya seorang guru sangat mulia disisi agama kerana ilmu yang kita curahkan akan digunakan sampai bila-bila walaupun jasad telah dimamah bumi.

Berdasarkan teknik bertanya yang telah saya perolehi ini. jadikanlah ia sebagai satu ibadah kita sesama manusia. janganlah menganggap semua itu sebagai beban. Nasihat beliau. beliau turut mengingatkan saya. Selain itu. saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa dengan Guru Besar. Di samping itu. banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal menerajui negara kelak. maka kita akan mendapat penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya. saya telah mengumpul dan mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. . saya dapat simpulkan bahawa apabila kita menghormati seorang manusia dengan baik. Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya untuk memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah. walau ditempatkan di bandar mahupun pedalaman. beliau turut mengingatkan saya agar sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. seorang yang sangat rugi sebenarnya. Saya turut menjumpai beberapa ilmu pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakannya di masa hadapan kelak. Saya telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak. Tambahan lagi. seorang yang kedekut ilmu.SELEPAS PBS Selepas menjalani Pengalaman Berasakan Sekolah.

Tambahan lagi. Rohani. Murid-murid akan merasa tertarik untuk hadir ke sekolah dan seterusnya terdorong untuk belajar. Emosi mahupun Intelek. Intelek. saya juga dapat membuat analisis bahawa persekitaran sekolah serta pengurusan bilik darjah memainkan peranan yang penting dalam membina perkembangan murid-murid sama ada dari segi Jasmani. Kemudahan yang mencukupi juga adalah perlu bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.Selain itu. . ruang pembelajaran yang sempit dan tidak terurus akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan. Guru-guru yang masuk ke kelas juga akan merasa tidak selesa kerana terpaksa bergerak di dalam ruang yang kecil serta terpaksa mengawasi murid-murid yang ramai. Keadaan kelas yang mempunyai bilangan murid-murid yang ramai serta saiz kelas yang kecil akan menimbulkan keadaan tidak selesa kepada murid-murid. Kemudahan yang tidak mencukupi akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah. Persekitaran sekolah dan pengurusan bilik darjah yang menarik dapat mendorong perasaan ingin belajar kepada murid-murid.

11 pagi. .45 pagi. Perasaan berdebar-debar menyelubungi sanubari kerana ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah ini. Selain itu.2. Selepas itu.08. saya dapati pelajar begitu tekun mendengar setiap bait kata-kata yang dituturkan oleh wakil pelajar tersebut. Melalui hal ini. seorang wakil pelajar akan membacakan beberapa perkataan di dalam Bahasa Inggeris. Semasa ketibaan kami di sekolah tersebut. Pada pemerhatian saya. mereka akan ditahan oleh beberapa orang pengawas sekolah dan mereka akan mencatit nama pelajar yang datang lewat di dalam buku rekod kehadiran lewat. dapat juga saya perhatikan terdapat segelintir pelajar yang datang lewat ke sekolah yakni melebihi pukul 7. dapat saya simpulkan bahawa dasar baharu kerajaan yang ingin Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris dapat dijalankan di semua sekolah tidak kira sekolah bandar mahupun sekolah di pedalaman. Semuanya bermain di benak sanubari tentang penerimaan pihak sekolah terhadap saya dan rakan-rakan.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS HARI PERTAMA (29. kami diperdengarkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran sebagai halwa telinga.2010) Saya sampai di sekolah yang kami pilih iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II tepat pukul 7. Malah usaha ini akan lebih berjaya sekiranya semua pihak melihat dasar itu sebagai satu landasan untuk memajukan anak bangsa.

Program itu melibatkan 18 buah sekolah di sekitar bandar Kuala Terengganu. Guru Penolong Kanan iaitu. Semua guru dan pelajar dikehendaki memenuhkan ruang di dalam dewan sekolah. beliau dan keluarga ditimpa kemalangan jalan raya. ini termasuklah dengan hari lahir guru besar sekolah tersebut. beliau menyampaikan teguran mengenai adab sopan iaitu sikap pelajar yang gemar makan sambil berjalan dan pelajar yang suka membuang sampah sarap di merata tempat. lagu Negeri Terengganu dan lagu sekolah. pemeriksaan kesihatan bagi pelajar tahun 1 hingga 6 pada 20 hingga 24 April 2010 dan setiap guru kelas perlu menyenaraikan pelajar yang tercicir. Sebelum berakhirnya perhimpunan. Selepas itu. Acara ini akan dijalankan pada hari Khamis bersamaan 25.30 pagi. murid-murid membaca ikrar pelajar. setiap pelajar dikehendaki membantu guru untuk mengemaskini markah mereka. akan tetapi guru besar tidak dapat bersama-sama para guru dan pelajar dalam perhimpunan tersebut kerana isteri beliau terpaksa dikejarkan ke hospital. Cikgu Jaya Karso Bin Jumadi pula memberitahu pelajar bahawa salah seorang guru di sekolah tersebut ditimpa musibah. Di samping itu. akan diadakan perhimpunan. . Guru yang pertama memberi ucapan ialah Ustaz Che Ku Suhaimi.2010. Pada perhimpunan itu juga terdapat pembahagian hadiah kepada para guru yang lahir pada bulan Mac. Antara agenda lain yang turut diumumkan ialah Mesyuarat Agung PIBG pada 26 Mac 2010. Cikgu tersebut ialah Cikgu Yamani yakni cikgu matematik. Para guru yang berkenaan mengambil kesempatan untuk menyampaikan pesanan dan ingatan kepada pelajar. semua guru dan pelajar tahun 6 diwajibkan hadir. Sebelum para guru menyampaikan pesanan.03. Cikgu tersebut turut mengumumkan bahawa sekolah tersebut akan menjadi tuan rumah bagi Program Tadarus Al-Quran peringkat PKG. para guru dan pelajar diminta menyanyikan beberapa buah lagu iaitu lagu Negaraku.Setiap hari Ahad. Cikgu Wan Musa Bin Wan Muhammad memberitahu tentang program menganalisis markah peperiksaan pelajar. GPK turut mengumumkan bahawa kem UPSR akan diadakan pada 25 hingga 27 Mac. Perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa dan tamat pada pukul 8.

Kami bersama-sama melaporkan diri dan menemubual GPK 1. Selepas itu. Selepas berehat sebentar. Kami selesai membuat tinjauan tepat pada pukul 12. . Antara soalan yang diutarakan kepada Cikgu Wan Musa ialah mengenai isu pemansuhan PPSMI dan peranan beliau dalam mencapai hasrat kerajaan bagi pembentukan JERI pelajar. kami berkenalan dengan seorang pelajar dari IPGM Kampus Dato¶ Razali iaitu Nuha binti Rosli. Kami melihat sekolah ini dari pelbagai aspek yang boleh membantu kami menyiapkan folio ini. Semasa perbincangan bersama GPK 1.30 tengah hari.Selesai perhimpunan. Banyak yang dapat kami belajar apabila melihat keadaan sekolah ini. Sesi temubual tamat pada pukul 11. Guru Besar yakni Tuan Haji Ahmad Bin Muda tiba dan kami meneruskan agenda dengan menyoal beliau mengenai struktur pentadbiran dan organisasi sekolah.30 pagi. kami menuju ke perpustakaan untuk mengadakan perbincangan kumpulan. kami pergi meninjau keadaan kawasan sekeliling sekolah tersebut dan mengambil beberapa keping gambar sebagai lampiran untuk folio PBS.

HARI KEDUA (22 MAC 2010) Hari ini.25 pagi. kami telah meminta kebenaran oleh guru pelajar terbabit. kami ke padang sekolah bagi menyelesaikan tugasan PKK iaitu mengukur perkembangan fizikal kanak-kanak. Perbincangan antara guru besar . Bagi mengukur perkembangan kognitif kanakkanak. terdapat murid yang menjamu selera di kantin kerana mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT).45 pagi. Malah beliau tidak lokek untuk memberitahu kami faktor penyebab masalah ini berlarutan. Tugas beliau juga amat penting kerana beliau dan guru besar akan mengawal setiap aktiviti yang akan dijalankan. sebelum meminta kanak-kanak tersebut membantu kami. Para guru di sekolah tersebut banyak memberi bantuan untuk kami menyiapkan tugasan ini. Sebelum masuk ke bilik guru. debaran di dada tidak terlalu kencang kerana telah mengenali lebih sedikit dengan warga di sekolah ini. Pada pukul 8 pagi. Selepas selesai menjalankan kajian. kami pergi ke bilik GPK HEM bagi menemubual beliau mengenai bidang tugas yang dijalankan dan masalah disiplin yang dihadapi oleh sekolah SSII. kami meminta 3 orang kanak-kanak bagi setiap peringkat umur untuk membantu kajian.30 pagi. kami memerhatikan gelagat pelajar. Apa yang dibincangkan dengan GPK HEM ialah peranan beliau dalam merealisasikan FPK. Saya dan Iffa-izzati tiba di sekolah tersebut tepat pukul 7. aktiviti ini kami jalankan di dalam bilik darjah. Selepas bacaan doa pada pukul 7. Guru besar banyak memberi input kepada kami mengenai alam pendidikan dan menyelesaikan tugasan kami. Pada pukul 9. menu yang disediakan amat berkhasiat untuk peringkat umur pelajar di sekolah rendah. Beliau turut menjelaskan mengenai masalah-masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar. kami terus ke bilik guru besar untuk menyambung perbincangan yang tidak dapat diselesaikan pada hari semalam. Semasa di padang. pelajar diminta untuk masuk ke kelas masing-masing bagi memulakan aktiviti pembelajaran.

kedatangan kami di sambut baik oleh beliau. iaitu bagi tugasan PBS. Kami selesai melakukan kajian pada pukul 11. Beliau banyak menolong kami menyelesaikan tugasan dengan memberikan bahan-bahan yang berkaitan dengan aktiviti sukan. kami meminta tandatangan para guru yang terlibat untuk mengisi tempat kosong dalam lampiran 3 sebagai pengesahan . beliau ialah Cikgu Norlida. kami terlebih dahulu mengisi perut yang telah lama mendendangkan lagu keroncong. Pada pukul 11.45 pagi. Beliau menyambut kami dengan begitu ramah sekali. Sebelum melakukan tugasan yang seterusnya. . antara topik yang menjadi perbualan kami ialah tindakan beliau bagi menangani murid yang bermasalah di dalam kelas dan beberapa soalan lain yang melibatkan bidang tugas beliau. kami berkesempatan untuk menemuramah ketua panitia pendidikan jasmani dan juga selaku guru kelas.15 tengah hari. Tepat pukul 12. Beliau turut menyuruh kami melihat sendiri aktiviti unit beruniform yang akan diadakan pada keesokan hari di sebelah petang bagi menambahbaikan input yang kami peroleh.tamat pada pukul 10. unit beruniform dan kelab serta senarai nama pelajar mengikut tahun.02 pagi. Selepas itu. kami berjumpa pula dengan GPK KO-KURIKULUM.30 pagi.

Tidak dinafikan jika tugasan yang diberikan kali ini sememangnya mencabar dan ketahuilah saya bahawa ingin menjadi seorang guru yang mempunyai segulung ijazah bukanlah senang untuk dapatkannya tanpa setitik peluh. saya membuat catatan dan beberapa refleksi tentang maklumat-maklumat atau tugasan. Sungguh memenatkan tetapi saya menganggapnya sebagai dugaan dan ujian dari Allah sebagai adab menimba ilmu pengetahuan.tugasan yang diberikan supaya tersusun rapi dan mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan lampiran folio. Aktiviti saya pada hari ini tidaklah padat seperti semalam kerana saya perlu mengemaskini tugasan. . Melihat guru segak dan cantik beruniform teringat pula saya ingin meninjau kegiatan kokurikulum pada petangnya.tugasan yang belum dilaksanakan. para guru di sekolah ini sangat berketrampilan apabila kesemua guru memakai baju unit beruniform masing-masing bahkan guru besar turut memakai pakaian unit beruniform.25 pagi. Saya dan rakan-rakan masuk ke bilik guru untuk membuat perbincangan mengenai aktiviti yang bakal kami laksanakan pada hari ini. namun saya pasti akan dapat memperoleh hasil yang baik jika dibuat secara bersungguh. saya dan rakan-rakan sepakat untuk meninjau sekali lagi kawasan sekolah bagi menambahkan bahan untuk membuat tugasan. Walaupun merasa susah pada saat ini. Kebetulan pula pada hari tersebut merupakan hari unit beruniform. Pada pemerhatian saya.sungguh. Selesai membuat kemaskini setiap maklumat. Setelah itu.HARI KETIGA (23 MAC 2010) Hari ini kami tiba pada pukul 7.

cara untuk mengikat tali. pelajar dapat mengaplikasikan aktiviti tersebut dalam kehidupan seharian malah dapat mengcungkil bakat mereka. Terdapat sesetengah ibu bapa menghantar bekalan makanan dan menemani anak-anak mereka makan.Kegiatan kokurikulum ini bermula pada pukul 2 hingga 4 petang. Para pelajar disini mengambil inisiatif untuk tidak pulang dan duduk di sekolah sahaja kerana faktor rumah yang jauh dari sekolah. aktiviti kokurikulum ini berlangsung di dalam kelas sahaja memandangkan cuaca tidak elok. pelbagai perkara dapat saya lihat.dan sebagainya. Para pelajar di ajar cara untuk membuat rawatan kecemasan. Melalui aktiviti sebegini. . sungguh syahdu rasanya. kawad kaki. kita perlulah mengimbangi aktiviti yang kita akan ajarkan kepada pelajar dengan kegiatan yang berfaedah dan bermanfaat agar perkembangan murid-murid berkembang dengan baik dan teratur. Apa yang dapat saya simpulkan disini. memasak. Suasana ini mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang telah lama ditinggalkan. Seperti waktu saya bersekolah dulu. Apabila saya meninjau setiap unit beruniform.

rakan-rakan lain tetap meneruskan tugasan dengan mencari beberapa maklumat untuk ditambah ke dalam tugasan. saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah kerana mengalami keracunan makan dan telah mendapat sijil cuti sakit.HARI KEEMPAT (24 MAC 2010) Pada hari ini. . Akan tetapi.

Hari ini merupakan hari terakhir saya menjalani PBS. Di sini saya dapat lihat kesungguhan para pelajar untuk menjuarai pertandingan tersebut. saya dan rakan tiba di sekolah pada pukul 7. Kami ke dewan untuk melihat sesi pendaftaran dan para peserta.30 pagi. saya beransur sihat dan dapat meneruskan PBS. kami perlu berjumpa dengan guru besar bagi mengambil kembali borang penilaian. antaranya ialah bacaan Yassin dan melakukan solat hajat setiap hari sebelum memulakan pembelajaran. Tempoh berada di sekolah ini saya rasakan amat singkat. banyak lagi perkara belum saya terokai dengan lebih mendalam. saya dapati sekolah ini amat menitikberatkan keseimbangan dalam diri setiap pelajarnya. saya dapat melihat gelagat beberapa orang pengawas sedang mengambil nama pelajar yang datang lewat. Selepas semuanya siap. Tidak hairanlah sekolah ini memperoleh anugerah kerana peratusan pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR sangat tinggi dan menjadi sekolah pertama di Terengganu yang memperoleh banyak A dalam UPSR baru-baru ini. Seterusnya kami pergi melihat pula pertandingan hafazan yang di adakan di surau sekolah. apa yang boleh saya katakan mengenai sekolah ini.09. Semasa perjalanan ke dewan. setiap peserta mempunyai kebolehan masing-masing. Pihak pentadbir menyediakan pelbagai program dan aktiviti bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.HARI KELIMA (02. Saya dan rakan mengambil kesempatan ini untuk melihat sendiri bagaimana para guru mengendalikan program sebegini agar dapat dimanfaatkan kelak. Tepat . Syukur ke Hadrat Ilahi kerana semuanya berjalan dengan lancar.40 pagi. untuk dijadikan bukti bagi tugasan kami. terasa tidak mahu meninggalkan sekolah ini. Kami tergerak haati untuk mengambil beberapa keping gambar pelajar yang hadir lewat ke sekolah.2010) Alhamdullilah. Hafazan dan Bercerita Kisah Para Anbia Peringkat PKG. kami mengambil keputusan untuk melihat pertandingan bercerita yang diadakan di perpustakaan. Pada hari ini. Bahkan pada masa yang sama kami turut berbual dengan beberapa orang guru mengenai program ini. Tuntasnya. Hari ini merupakan hari berlangsungnya Pertandingan Tadarus. Pada pukul 8.

namun apabila saya menghadiahkannya coklat. . namun keadaan di dalam kelas masih dapat di kawal. Mereka amat gembira apabila saya menghadiahkan mereka coklat.35 pagi. Selesai membuat kerja tersebut. kami berempat pergi ke bilik guru bagi memohon kemaafan andai tersalah kata mahupun perbuatan semasa berada di sekolah ini.jam 10. dia dapat mengeluarkan katakata terima kasih dan mengukir senyuman yang amat manis bagi saya. Kelas tersebut merupakan kelas yang paling tercorot. saya mengambil keputusan untuk masuk ke kelas Ibnu Khaldun untuk melihat gelagat mereka. Selepas itu. Sebelum pulang.30 petang. saya dan rakan kemudiannya makan di kantin bagi mengisi perut yang kosong. Wajah mereka terpancar cahaya kegembiraan yang tidak diselubungi walau sedikit pun masalah. saya dan rakan menuju ke bilik guru untuk menyemak setiap maklumat yang telah dikumpulkan selama empat hari berada di sekolah ini. terasa sayang untuk meninggalkan sekolah ini. Di dalam kelas tersebut terdapat seorang pelajar yang boleh dikategorikan sebagai pelajar yang agak lemah. Kami pulang pada pukul 1.

Namun apa yang penting ialah saya perlu menanam di dalam hati untuk menjadi seorang guru yang baik dan berbudi pekerti kelak. namun semangat mereka untuk menolong saya begitu menakjubkan sekali. para guru. Apabila menjalani PBS ini. dengan susunan meja dan kerusi yang masih tidak tersusun seperti keadaan asal. saya juga dapat lihat pelbagai ragam manusia dari segi ibu bapa. PBS yang telah saya jalani di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam. Walaupun pada masa itu semua pelajar telah selesai menghadapi peperiksaan. komunikasi serta perhubungan kita dengan semua warga sekolah. saya mula didedahkan dengan kaedah kontektual serta interaksi. Dalam aktiviti pemerolehan dan analisis data. saya dapat merasai sendiri suasana persekolahan berbanding dengan teori-teori yang telah saya pelajari di dalam kelas. banyak memberi pengalaman dan input yang sangat berguna kepada saya.2. Malah saya juga perlu mempunyai daya tahan mental dan fizikal baik dalam menghadapi pelbagai suasana di sekolah pada suatu hari nanti. Kita sebagai seorang bakal pendidik perlulah sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diberikan kepada kita. pentadbir. Dalam persekitaran sekolah. kakitangan sekolah serta pelajar telah memberikan kerjasama dan input yang sangat membantu bagi saya menyiapkan tugasan yang diberikan.3 PENILAIAN DAN LAPORAN Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah. pelajar bahkan para gelagat para guru dan individu yang memainkan peranan di dalam sekolah tersebut. . Melalui PBS ini.

Namun. layanan mereka terhadap saya sangat baik. Walaupun mempunyai tugas yang banyak.Melalui objektif kajian yang ingin dicapai. Nasihat dan pandangan mereka akan saya gunakaan sebaik mungkin bagi menjadi seorang guru yang penuh berketerampilan seterusnya dapat mendidik anak bangsa kita sejajar dengan dasardasar yang telah dicetuskan oleh pihak kerajaan agar dapat melahirkan tampuk pemerintahan yang begitu unggul di mata dunia. semua warga di sekolah ini. . Mereka sanggup meluangkan masa bagi melayani saya dalam proses memperoleh maklumat. Kesimpulannya. Perbincangan serta perkongsian pengalaman dengan guru-guru disitu banyak membantu saya dalam mencapai objektif tersebut. merupakan individu yang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman dan nasihat mereka kepada saya kerana mereka terlebih dahulu makan garam dari saya. objektif tidak dapat dicapai sepenuhnya. ojektif utama iaitu menyediakan saya dengan suasana sekolah dan melatih interaksi serta pemupukan sikap positif dalam diri dapat dilakukan kerana ia merupakan tugasan penting bagi menyiapkan projek yang ingin dicapai. pihak pentadbir dan para guru tidak jemu untuk membantu saya memperoleh maklumat. saya dapat memahami hampir keseluruhan isi objektif kerana memandangkan ini adalah pengalaman kedua saya serta masa yang singkat iaitu seminggu untuk menjalani PBS ini.

Malah saya turut membuat pemerhatian terhadap prasarana yang terdapat di sekolah tersebut seperti kantin. Saya telah melakukan pemerhatian terhadap fungsi dan kepentingan pihak pengurusan sekolah terhadap pentadbiran sekolah tersebut. Gambar diambil sebagai bukti saya menjalankan pemerhatian di sekolah.INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN 3. Melalui pemerhatian ini. Saya juga telah melakukan pemerhatian terhadap hubungan antara guru dengan guru. saya dapat memperolehi jawapan untuk beberapa soalan yang berkait rapat dengan tugasan saya. intelek dan juga sosial murid-murid tersebut. dewan dan sebagainya. rohani. Pelaksanaan kurikulum dijalankan berjalan lancar atau tidak? . Melalui pemerhatian juga . kelemahan serta cadangan penambahbaikkan yang ada. sekolah ini terpaksa berkongsi padang dengan sekolah sebelah yakni SSI. emosi. murid dengan murid dan juga murid dengan guru. Aspek lain yang telah saya lakukan pemerhatian ialah kesan persekitaran sekolah yang baik terhadap perkembangan jasmani.1 PEMERHATIAN Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) saya telah melakukan pemerhatian terhadap beberapa aspek. padang. makmal komputer. Selain itu. Antaranya seperti : Apakah aktiviti yang sedang berlaku di sekolah tersebut? Menyatakan apakah kekuatan yang ada. kesan kemudahan sekolah yang lengkap terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. pusat sumber. saya dapat lihat bahawa sekolah ini tidak mempunyai padang yang luas kerana tapak padang telah dibina sebuah dewan sekolah yang baharu. Perkembangan tahap pembelajaran dan kaitkan dengan tahap perkembangan murid-murid. Oleh yang demikian.

Semasa perhimpunan yang diadakan. Apakah aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di bilik darjah ? Bagaimanakah penglibatan murid dalam kelas? Adakah mereka aktif atau kurang berminat ? Bagaimana guru menguruskan golongan pelajar yang lemah dengan pandai ? Apakah cara yang digunakan oleh guru untuk membahagikan murid dalam kumpulan? Apakah bahan dan sumber pengajaran yang dapat menarik minat murid-murid tersebut? Bagaimana bahan dan sumber pengajaran dipamerkan di bilik darjah ? Apakah bahan dan sumber yang mudah digunakan oleh murid ? Apakah teknik yang digunakan dalam proses pengajaran seorang guru untuk memastikan semua murid melibatkan diri dalam proses p&p? . adakah murid mempunyai norma-norma atau adab yang betul ketika dalam majlis perhimpunan.

Senarai semak amat berguna kerana ia merupakan skop kajian yang hendak dibuat serta dapat merancang apa yang hendak dibuat dan dapat membahagikan kerja mengikut kriteria. bagi senarai semak prasarana. gambar yang diambil adalah mengikut apa yang telah disenaraikan dan juga ada gambar tambahan. Pembahagian tajuk juga dibuat berdasarkan tugasan yang diberikan.Melalui senarai semak yang telah diberikan ole pensyarah saya telah membuat senarai semak saya sendiri mengikut jadual aktiviti yang telah saya buat sebelum melakukan PBS.2 SENARAI SEMAK Di dalam kertas tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah diberikan oleh pensyarah terdapat senarai semak yang mengandungi beberapa aspek yang perlu dititikberatkan semasa saya menjalani PBS. . Senarai semak ini memberikan sedikit sebanyak penjelasan dan panduan kepada saya mengenai perkara-perkara yang perlu saya lakukan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Senarai semak ini penting bagi memastikan tiada perkara penting tertinggal untuk dimuatkan dalam portfolio nanti. Sedikit kecuaian akan menjejaskan hasil tugasan yang bakal disiapkan dan kemungkinan tugasan tidak tersusun dengan baik. saya memberi tumpuan pada senarai semak penyediaan portfolio untuk menyemak maklumat yang sudah dicari dengan tajuk yang hendak dicari sepanjang PBS. Turut bertindak sebagai lampiran untuk tugas semakan.3. senarai semak menjadi satu panduan kepada saya untuk memulakan portfolio.

Semasa saya menjalankan PBS saya telah menjalankan sesi temu bual bersama Guru Besar.saya telah menemu bual beberapa staf sokongan sekolah mengenai kepentingan tugas mereka kepada sistem pengurusan sekolah tersebut. saya turut melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan pihak pengurusan kantin berkaitan dengan penetapan harga makanan dan juga carta aliran kendiri kantin sekolah.3 TEMU BUAL Temubual yang dibuat amat penting bagi mendapatkan ilmu dan pengetahuan baru bagi meyiapkan tugasan yang hendak dibuat. Malah. Terdapat beberapa kriteria yang diambil kira dalam laporan ini. Ini kerana pihak pengurusan kantin akan membuat laporan harian pemeriksaan kendiri kantin. Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Kanan Kokurikulum mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah. Tambahan lagi. Guru Besar Guru Penolong Kanan 1 Guru Penolong Hal Ehwal Murid Guru Penyelaras Kokurikulum Guru Panitia Kakitangan Sekolah Murid-murid . Berikut adalah perancangan temubual yang hendak dilakukan dan dengan siapa temubual hendak dijalankan. terdapat tambahan kepada apa yang telah disenaraikan. Saya turut menemuramah pihak pengurusan kantin mengenai RMT. Namun. Penolong Kanan 1. saya juga bertanya mengenai teknik pengajaran berkesan yang boleh dilakukan semasa sedang melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut subjek-subjek tertentu.3. Di samping itu. Temubual dilaksanakan mengikut kehendak soalan yang telah diberikan. Saya juga telah melakukan sesi temu bual bersama-sama dengan para guru bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan murid-murid dan keperluan mereka dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

penemuduga itu perlulah mengetahui . oleh itu. Soal selidik ini mempunyai skop soalan yang luas kerana ia boleh menjadi pelbagai yang berkaitan dengan: Latar belakang orang yang ditemuduga Berkaitan dengan soal P&P dalam kelas Peranan yang dimainkan oleh guru dan murid Berkaitan dengan bagaimana sekolah merealisasikan falsafah pendidikan di sekolah. Maklumat tentang sekolah Pembelajaran dalam kelas bagi murid-murid dari sudut bahan bantu mengajar dan juga penglibatan murid-murid. Skop-skop tugasan guru Tindakan yang perlu dilakukan oleh guru. . Kesukanan dijalankan ataupun tidak mempunyai padang. Penglibatan murid-murid dengan aktiviti di luar bilik darjah kerana sekolah tersebut tidak Soal selidik penting kerana terdapat tatacara untuk menemuduga seseorang.4 SOAL SELIDIK Soal selidik ialah persoalan yang akan dikemukakan pada guru-guru yang terdapat dalam senarai temubual diatas.3. Tempat temuduga yang hendak dijalankan adalah bersesuaian. Siapa yang ditanya? Kerana apa? Bagaimana untuk melakukan temuduga? Bilakah waktu yang sesuai? Mengapa orang berkenaan yang dipilh Persoalan yang berkaitan dengan orang yang dipilih. Malah saya turut merangka beberapa bentuk soalan untuk dikemukakan kepada pelajar.

Adakah anda memberi salam setiap kali bertemu dengan guru? 3. Adakah anda mengucapkan terima kasih setelah membeli makanan? 4. Siapakah Perdana Menteri Malaysia sekarang? 8. Adakah anda seronok belajar dalam kumpulan? 5. Adakah anda memulakan kelas dengan membaca doa? 6. Apakah lagu kebangsaan Negara kita? 7. Bilakah tahun kemerdekaan Negara kita? .Antara soalan yang ditanya kepada pelajar: 1. Adakah anda bersalaman dengan ibu bapa sebelum ke sekolah? 2.

pelajar di sekolah ini bijak dalam menguruskan soal kebersihan. ini membuatkan pelajar sangat berminat untuk belajar malah lembaran kerja yang diberikan mengikut tahap kemampuan pelajar agar tidak menjadi bebanan kepada mereka. Guru-gurunya sangat menitikberatkan unsur penerapan nilai murni dalam kalaangan pelajar melalui budaya memberi salam apabila berjumpa dengan guru mahupun individu yang melawat sekolah mereka. Maklumat yang ditampal dapat ditanggalkan dan diganti dengan maklumat yang terkini agar para pelajar tidak ketinggalan dengan perkembangan semasa. Selain itu. Murid-murid juga tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan sebarang maklumat berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari.ILMU/ PENGETAHUAN BARU 5. saya dapat simpulkan bahawa penggunaan papan kenyataan di belakang kelas sangat penting kerana pelajar akan mencari maklumat berkaitan topik yang diajar. Malah penggunaan papan kenyataan ini adalah bersifat tetap dan boleh digunakan secara berulang kali. Pada pandangan mata kasar saya ini. . Disamping itu.Murid-murid hanya perlu pergi ke kawasan belakang kelas untuk membuat rujukan terus tanpa perlu membuang masa di tempat lain.1 PEMERHATIAN Melalui pemerhatian saya. Mereka juga turut diterapkan dengan unsur kerohanian dengan membaca doa sebelum dan selepas memasuki tandas dan bacaan zikir pada awal pagi menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah. mereka sangat kreatif dalam penggunaan bahan bantu mengajar (BBM). mereka tidak membuang sampah di merata tempat dan meletakkan bekas makanan yang telah kotor ke tempat yang telah disediakan. SSII merupakan sebuah sekolah yang indah dan bersih. saya juga dapat lihat guru sangat bijak mengawal pelajar di dalam kelas walaupun mengajar kelas paling tercorot. Tambahan lagi.

guruguru di sekolah ini sangat menepati masa. pelajar tidak sempat untuk bermain atau membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. melalui langkah ini. mereka jadual waktu. Disamping itu. Malah papan kenyataan dipastikan mempunyai bahan-bahan ilmiah. pelajar dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka dalam Bahasa Arab. contohnya perkataan dalam Bahasa Melayu diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. para guru turut menampal perkataanperkataan ilmiah di dinding sekitar laluan pelajar. guru telah mengambil inisiatif dengan menampal bahanbahan ilmiah dengan kertas yang berwarna. Selain itu. Oleh itu. . kerana pada tahap ini pelajar tahun satu sangat gemarkan sesuatu yang berwarna-warni. Guru di sekolah ini sangat bijak menceriakan kelas lebih-lebih lagi guru kelas tahun satu. Malah disini saya dapat lihat sahsiah guru di sekolah ini sangat tinggi. jadual tugasan dengan rekaan yang unik dan sebagainya.Guru juga memainkan peranan yang sangat penting untuk mewujudkan emosi pelajar.

2 SENARAI SEMAK Senarai semak merupakan perkara paling penting yang harus ada semasa program Pengalaman Berasaskan Sekolah dijalankan. Tertinggal sesuatu perkara akan menjejaskan laporan atau tugasan yang perlu di hantar selepas PBS dilaksanakan. Kemahiran ini boleh saya gunakan di masa hadapan kelak tambahan pula bakal guru pada suatu hari nanti. Antara tujuan penyediaan senarai semak: Untuk menyenaraikan perkara yang perlu dilaksanakan Membuat perancangan yang rapi Memudahkan untuk melakukan rujukan Lebih sistematik Selamat dan tersusun .Saya juga telah belajar caracara untuk membuat senarai semak yang tersendiri untuk tugasan PKK dan juga FPM.Senarai semak mengelakkan saya daripada tertinggal atau terlupa mengenai perkara penting yang harus saya laksanakan semasa berada di sekolah.5. Malah penggunaan senarai semak dan fail boleh diaplikasikan di sekolah agar latihan dan kerja rumah yang telah diberikan dapat dikumpul dan berada dalam keadaan yang tersusun. Saya telah mempelajari mengenai kepentingan senarai semak semasa melakukan sesuatu perkara.Senarai semak ini menyenaraikan segala perkara atau aspek yang perlu saya ketahui serta lakukan sepanjang berada di sekolah.

Teknik pertanyaan yang tidak baik akan membuahkan hasil yang tidak baik manakala teknik yang baik dan berkesan akan memberikan hasil yang memuaskan hati kedua belah pihak.3 TEMUBUAL Semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah saya telah mempelajari pelbagai teknik pertanyaan yang baik dan berkesan. Disamping itu. Saya telah diajar oleh guru panitia Bahasa Melayu bagaimana untuk berinteraksi dengan orang yang lebih tinggi pangkat daripada kita. beliau turut menceritakan tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh seseorang ketua panitia. para guru. Guru Penolong Kanan 1. Guru Kokurikulum. Malah beliau turut menunjukkan langkah-langkah untuk menyediakan kertas kerja. Sebagai guru panitia Bahasa Melayu beliau lebih menekankan kepada subjek tersebut malah beliau turut berminat untuk mengajar subjek lain bagi mengembangkan lagi ilmunya. Melalui temu bual. Selain itu. beliau juga memberi tunjuk ajar mengenai cara mengendalikan mesyuarat dan juga membuat minit mesyuarat. saya telah berjaya memperolehi banyak maklumat yang berguna dan penting untuk menyiapkan tugasan yang ditelah diberikan oleh pensyarah. saya telah menemubual Guru Besar. Saya juga telah mengetahui mengenai kesan sesebuah teknik pertanyaan terhadap hasil yang diperolehi.5. Penggunaan bahasa semasa menemuramah mereka sangat berlainan. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. staf sokongan dan murid-murid. Semasa menjalani PBS. .

Melalui tinjauan dan temubual. Selain itu. . saya dapat mengetahui cara penggunaan BBM yang berkesan untuk menarik minat pelajar.4 PENGURUSAN BILIK DARJAH Dengan mengkaji bilik darjah.5. Pengalaman Berasaskan Sekolah mengajar banyak pengalaman di bilik darjah dan saya dapat merasai keadaan sebenar bilik darjah. saya dapat menyesuaikan diri di sekolah dan bilik darjah sebagai seorang guru. Bilik darjah yang kondusif dan lengkap ialah bilik darjah yang mempunyai kemudahan yang lengkap. Saya juga memahami tentang pengurusan pengajaraan dan pembelajaran serta strategi-strategi yang dilaksanakan untuk pelajar. Saya juga turut mengkaji susun atur meja dan ruang belajar yang paling berkesan. suasana dan iklim bilik darjah yang bersih dan selesa merupakan antara aspek terpenting agar proses P&P dapat berjalan dengan baik.

SOALAN 1 ± .

SOALAN 2 ± .

SOALAN 3 - .

SOALAN 4 ± .

SOALAN 5 ± SOALAN 6 ± SOALAN 7 ± SOALAN 8 ± SOALAN 9 ± .

PBS banyak mengajar saya berubah ke arah pemikiran dan pengurusan emosi yang positif.Terengganu. Semasa melaksanakan PBS. . Sekolah yang saya buat PBS ialah Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman II. komunikasi dan pengurusan sama ada dengan pihak sekolah. bukan dengan cara memberi tekanan kepada perasaan. Sekolah ini dipilih kerana berhampiran dengan tempat tinggal saya dan memudahkan saya untuk berulang alik ke sekolah.0 LAPORAN AKHIR Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang wajib dilakukan selama seminggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia ini. Dalam membuat refleksi kendiri. saya telah mempelajari banyak perkara baru berkenaan suasana dan realiti sebenar keadaan seorang guru semasa mengajar dan suasana serta iklim kelas itu sendiri. PBS ini meminta untuk saya ke sekolah bagi menjalani tugasan yang diberikan. sepanjang saya berada di sekolah. PBS merupakan pengalaman pertama bagi saya selaku pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 1 unit Bahasa Melayu. pergaulan. saya dapati pada diri saya berlaku perubahan dalam menyediakan keperluan untuk menjadi seorang guru antaranya dari aspek penampilan.Kuala Terengganu. para guru dan murid-murid. Emosi yang negatif membawa keburukan kepada diri kita.7. Mereka dikehendaki menjalankan PBS di sekolah-sekolah kerajaan dalam Negara. Kawalan emosi sangat penting. kerana emosi merupakan segala tunjang perbuatan yang bakal kita lakukan. Apa yang boleh saya nyatakan di sini adalah tentang kesedaran emosi saya semasa melakukan PBS. Namun tujuan utama saya untuk ke sekolah itu kerana ingin mengetahui lebih mendalam lagi tentang sekolah tersebut.

staf sekolah dan murid-murid serta berkongsi pemikiran untuk mencapai kesefahaman. Pengalaman yang ditimba akan terpaku dalam sanubari dan akan digunakan sebaikanya sebagai bekalan mengajar kelak. . saya dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan meyakinkan orang ramai dengan mewujudkan dasar ketebukaan dan telus dalm pergaulan. pendekatan dan maklumat yang baru diterima. Tambahan lagi. Melalui PBS juga.Melaui PBS juga dapat memupuk keyakinan diri saya dalam melakukan sesuatu perkara. barulah saya sedar bahawa saya perlu pandai menjangka sesuatu perkara. susun atur kelas. sudut carta dan bacaan semuanya banyak memberi gambaran bagi saya bahawa menyediakan sebuah kelas yang lengkap dari segi kemudahan dan informasi bukanlah perkara yang mudah bagi seseorang guru untuk mengendalikannya di samping kerjasama yang perlu di kalangan pelajar. PBS juga banyak mengajar saya tentang menyedari keperluan orang lain terutamanya murid-murid yang untuk mereka membangun dan meningkatkan potensi diri sendiri. Di samping itu. Amat sayang untuk meninggalkan sekolah tersebut kerana warga sekolah itu sangat mengalu-alukan kedatangan guru-guru pelatih ke sekolah ini. saya dapat memupuk kepercayaan di antara satu sama lain. ia juga menambahkan semangat saya untuk menimba ilmu pengetahuan. Semasa menjalani PBS. PBS juga membolehkan saya menjadi bijak dalam berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai. mengenal pasti dan memenuhi keperluan orang lain. Selain itu. Malah saya juga dapat menyesuaikan diri dengan idea-idea. Selain itu. saya juga dapat melihat suasana dan iklim bilik darjah di sekolah tersebut. rasa hormat di kalangan para guru. Ia mengajar saya untuk lebih berketerampilan dan berkeupayaan untuk bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling terutamanya ketika berhadapan dengan murid-murid. Saya berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjalankan PBS ini walaupun hanya sempat menghadirkan diri ke sekolah selama empat hari kerana sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful