You are on page 1of 4

PK 06 Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH KUALITI


SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI
WILAYAH PERSEKUTUAN

PROSEDUR KUALITI

PK 06
PENGURUSAN
SEMAKAN HASIL
KERJA MURID

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan


1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan Muka Surat| 1/4
PK 06 Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid

1. OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan untuk memastikan:


1.1 100 peratus hasil kerja murid disemak oleh guru mata pelajaran.
1.2 Pihak pentadbir memantau semakan hasil kerja murid minimum dua kali
setahun.

2. SKOP

Prosedur ini digunakan oleh:


2.1 Semua guru untuk menyemak hasil kerja murid
2.2 Pihak pentadbir untuk memantau penyemakan hasil kerja murid.

3. RUJUKAN

3.1 Manual Kualiti


3.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987
3.3 Standard Kualiti Pelajaran Malaysia (SKPM) 2010
3.4 PK 15 Pengurusan Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur

4. DEFINISI

4.1 Pentadbir : Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan / Guru Kanan Mata
Pelajaran
4.2 GC : Guru Cemerlang
4.3 KP : Ketua Panitia
4.4 GMP : Guru Mata Pelajaran
4.5 BPM : Buku Persediaan Mengajar
4.6 HKM : Hasil Kerja Murid merupakan tugasan yang diberi oleh guru
selepas P&P sebagai peneguhan kefahaman murid.
4.7 LB : Latihan Bertulis merupakan tugasan bertulis yang diberi oleh
guru selepas P&P sebagai peneguhan kefahaman murid
4.8 BLM : Buku Latihan Murid merupakan buku tulis yang digunakan oleh
murid untuk membuat latihan bertulis yang diberikan guru
sebagai peneguhan kefahaman murid

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan


1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan Muka Surat| 2/4
PK 06 Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid

5. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN RUJUKAN

A SEMAKAN HASIL KERJA MURID OLEH


GURU

Pentadbir 5.1 Memaklumkan kepada semua guru tentang Minit Mesyuarat


semakan hasil kerja murid.

GMP 5.2 Hasil kerja murid yang betul ditanda √ dan yang BLM
tidak betul ditanda dengan simbol yang sesuai
menggunakan pen berdakwat merah.

5.3 Memberi ulasan yang membina terhadap hasil BLM


kerja murid jika perlu.

5.4 Guru meminta murid membuat pembetulan bagi BLM


latihan bertulis yang salah.

B PEMANTAUAN HASIL KERJA MURID OLEH


PENTADBIR

Pentadbir 5.5 Menyediakan jadual pemantauan hasil kerja Jadual Pemantauan


murid yang disahkan oleh Pengetua/Guru Besar Hasil Kerja Murid
diedarkan kepada semua guru. Takwim

GMP Pentadbir/GC 5.6 Mengumpul sekurang-kurangnya 5 buah buku BLM


latihan murid setiap kelas secara rawak, dan
diserahkan kepada pentadbir mengikut jadual
yang ditetapkan.

Pentadbir/ GC/GMP 5.7 Pengesahan pemantauan oleh pentadbir Laporan Semakan Buku
sekolah dalam tempoh 14 hari bekerja Nota/ BLM
mengikut jadual yang disediakan.

5.8 Buku latihan dipulangkan kepada murid selepas BLM Disahkan


Pentadbir pengesahan pemantauan. Pentadbir

C TINDAKAN SUSULAN
Pentadbir
5.9 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Analisis HKM
semakan Hasil Kerja Murid oleh guru.

5.10 Membentangkan dan melaksanakan tindakan Minit Mesyuarat


penambahbaikan.

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan


1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan Muka Surat| 3/4
PK 06 Pengurusan Semakan Hasil Kerja Murid

KP 5.11 Memfailkan dokumen dan rekod semakan Hasil Fail Panitia Fail
Kerja Murid. Pemantauan
Semakan HKM

5.11 Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak


mematuhi spesifikasi, ambil tindakan
pembetulan merujuk kepada PK 15 Pengurusan
Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur.

6. REKOD KUALITI

BIL. JENIS REKOD TEMPOH LOKASI


1. Jadual Pemantauan Hasil Kerja Murid 2 tahun Pejabat sekolah

2. Rekod Semakan Hasil Kerja Murid 2 tahun Pejabat sekolah

Semakan Penghantaran Hasil kerja Murid oleh


3. 2 tahun Pejabat sekolah
Guru

4. Rekod Semakan Hasil Kerja Murid oleh Pentadbir 2 tahun Pejabat sekolah

Hak Cipta © Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan


1 Mei 2012 – Keluaran 01 | Pindaan Muka Surat| 4/4