You are on page 1of 6

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT


___________________________________________________________________________
SBST1303
ELEMENTARY STATISTICS
JANUARY 2018
___________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS

1. Tugasan ini mengandungi TIGA soalan yang disediakan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris / This assignment contains THREE questions that is set in both Malay and English.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. / Answer in Malay or English.

3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan


sebaliknya. Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format
grafik seperti .jpeg / .gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan. /Learners are to submit
assignment only in MsWord format unless specified otherwise. Please refrain from converting
text/phrases into picture format such as .gif / .jpeg / print screen / etc.

4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada myINSPIRE untuk
penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan
menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. / Download the language
version of the assignment template concerned from the myINSPIRE for preparation and
submission of your assignment. Your assignment should be typed using 12 point Times New
Roman font and 1.5 line spacing.

5. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan
arahan tugasan dalam jawapan anda.Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang
melebihi had patah perkataan yang dibenarkan.Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di
penghujung tugasan anda. / Your assignment should be between 2500 to 3000 words excluding
references. The number of words should be shown at the end of your assignment. Do not copy
the assignment question and instructions to your answer. Only assignment answer developed
within the approximate word limit will be assessed. The number of words should be shown at the
end of your assignment.

6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui myINSPIRE. Sila rujuk kepada
portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara online. Anda
dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. / You must
submit your assignment ONLINE via the myINSPIRE. Refer to the portal for instructions on the
procedures to submit your assignment online. You are advised to keep a copy of your submitted
assignment for personal reference.

7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. / You can submit your
assignment ONCE only in a SINGLE file.
Or
7. Anda hanya boleh menghantar tugas SEKALI sahaja dalam BEBERAPA fail (digalakkan dalam
bentuk zip file). / You can submit your assignment ONCE only in MULTIPLE file (preferable in zip
file)

8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 5hb Mac 2018 hingga 19hb Mac 2018. Serahan
selepas 19hb Mac 2018 TIDAK akan diterima. / Your assignment must be submitted between
5th March 2018 until 19th March 2018. Submission after 19th March 2018 will NOT be accepted.

9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda
juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. /
Your assignment should be prepared individually. You should not copy another person’s
assignment. You should also not plagiarise another person’s work as your own.

10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan
seperti yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrar’s Announcement di
myINSPIRE) / Please take note that PENALTY will be imposed on late submission of assignment as
specified in the Registrar’s Office circular 6/2012 (Refer to Registrar’s Announcement in
myINSPIRE).

11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai
bukti penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan
penghantaran tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar / Please ensure
that you keep the RECEIPT issued upon submisson of your assignment as proof of submission.
Your assignment is considered as NOT submitted if you fail to produce the submission receipt in
any dispute arises concerning assignment submission.

PENILAIAN / EVALUATION
Tugasan ini menyumbang sehingga 60% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai
berdasarkan kepada Skema Jawapan. / This assignment accounts for 60% of the total marks for the
course and shall be assessed based on Answer Scheme .

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula. / You would be given feedback on the assignment before the Final Semester Examination
commences.
ASSIGNMENT QUESTION

PURPOSE/ TUJUAN

The purpose of this assignment is to develop learners’ ability in statistical problems.

Tujuan tugasan ini ialah untuk membentuk keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah
statistik.

REQUIREMENT
Answer all the questions and show your detailed workings clearly and systematically.

Jawab semua soalan dan tunjukkan jalan kerja yang terperinci anda dengan jelas dan sistematik.
QUESTION 1 Marks

Consider pulse rate measurements (in beats per minute) obtained from a random sample
of 40 males and another random sample of 40 females as shown in Table 1.

Table 1 / Jadual 1:
Males / Lelaki
68 64 76 56 84 72 60 56 88 56
64 72 60 64 76 56 68 84 56 60
88 60 96 60 84 68 60 72 64 64
72 88 72 64 88 60 60 84 56 72

Females / Perempuan
76 72 68 68 68 64 76 60 88 95
72 68 68 72 72 80 80 76 80 88
88 80 80 96 64 76 104 72 60 108
60 64 76 72 80 96 88 72 72 64

a) State whether the above data is continuous or discrete.


(2)

b) Construct a frequency distribution table for the pulse rates of males and females,
separately. Take 10 as a class width for both distributions and 50 as a lower limit of
the first class for the males; 60 as a lower limit of the first class for the females.
(6)

c) To represent the data for each gender, prepare the following:


i. histogram
ii. frequency polygon
(12)
[Total: 20 marks]

Pertimbangkan ukuran kadar nadi (dalam denyutan seminit) yang diperolehi daripada
sampel rawak daripada 40 lelaki dan satu lagi sampel rawak daripada 40 perempuan seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
a) Nyatakan sama ada data di atas adalah diskret atau selanjar.
b) Bina jadual taburan kekerapan bagi kadar denyutan nadi lelaki dan perempuan, secara
berasingan. Ambil 10 sebagai lebar kelas untuk kedua-dua taburan dan 50 sebagai had
bawah kelas pertama bagi lelaki; 60 sebagai had bawah kelas pertama bagi
perempuan.
c) Untuk mewakilkan data bagi setiap jantina, sediakan yang berikut:
i. histogram
ii. poligon kekerapan

QUESTION 2 Marks

The following data shows the weight (in kilogram) of 12 randomly selected bags of rice which are
supposed to have a weight of 5 kilograms each.
5.01 4.98 5.02 5.00 4.99 5.00
4.97 5.02 5.00 5.01 5.01 5.00
a) Calculate the following:
i. mean
ii. mode
iii. median
iv. variance
v. standard deviation
(17)
b) State the type of distribution using location relationship.
(3)
[Total: 20 marks]
Data berikut menunjukkan berat (dalam kilogram ) bagi 12 kampit beras yang dipilih secara rawak
dengan berat sepatutnya ialah 5kg bagi setiap satu kampit.
5.01 4.98 5.02 5.00 4.99 5.00
4.97 5.02 5.00 5.01 5.01 5.00
a) Kirakan yang berikut:
i. min
ii. mod
iii. median
iv. varians
v. sisihan piawai
b) Nyatakan jenis taburan menggunakan hubungan lokasi.

QUESTION 3 Marks

a) A recent survey asked 100 people if they thought that women in the armed forces
should be permitted to participate in combat. The results were shown in Table 2.
Table 2 / Jadual 2
Gender/ Yes/ No/ Total/
Jantina Ya Tidak Jumlah
Male/ 32 18 50
Lelaki
Female/ 8 42 50
Perempuan
Total/ 40 60 100
Jumlah

Find the following probabilities.


i. The respondent answered yes, given that the respondent was a female.
ii. The respondent was a male, given that the respondent answered no.
(10)
b) An urn contains five red balls and four blue balls. If two balls are drawn without
replacement, find the probability that
i. both balls are blue
ii. the first ball is red ball
(10)
[Total: 20 marks]

a) Satu kaji selidik baru-baru ini ke atas 100 orang responden jika mereka berpendapat
bahawa anggota wanita dalam angkatan tentera harus dibenarkan untuk mengambil
bahagian dalam pertempuran. Keputusan ditunjukkan dalam Jadual 2.
Cari kebarangkalian berikut:
i. Responden menjawab ya, diberi bahawa responden adalah perempuan.
ii. Responden adalah lelaki, diberi bahawa responden tidak menjawab.

b) Sebuah bekas mengandungi lima bola merah dan empat bola biru. Jika dua biji bola diambil
tanpa dikembalikan, cari kebarangkalian bahawa
i. kedua-dua bola adalah biru
ii. bola pertama ialah bola merah
[TOTAL MARKS / JUMLAH MARKAH: 60]

MUKA SURAT TAMAT / END OF PAGE