You are on page 1of 6

SYAIR

• Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Ia berasal


dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara
bersama-sama dengan kedatangan Islam.

• Syair telah diubahsuaikan mengikut kesesuaian


Bahasa Melayu Klasik ketika itu.

• Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa


syair merupakan puisi Melayu lama yang telah
sedia wujud tetapi namanya telah ditukar.
• Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi
kegemaran masyarakat Melayu lama.

• Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus.

• Syair dianggapa milik bersama oleh masyarakat Melayu


lama.

• Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih


bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah
menyimpang daripada bentuk syair Arab.
• Ciri-ciri syair :
• Terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi
sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2
atau 3 rangkap).
• syair tidak mempunyai pembayang maksud
(berbeza dengan pantun).
• Setiap baris dalam syair mempunyai makna yang
berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah
syair biasanya menceritakan suatu kisah.
• Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah
sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam
satu baris.
• Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair
sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan.
• Contoh Syair
Syair Ken Tambuhan

Lalulah berjalan Ken Tambuhan


diiringkah penglipur dengan tadahan
lemah lembut berjalan pelahan-lahan
lakunya manis memberi kasihan

Tunduk menangis segala puteri


Masing-masing berkata sama sendiri
Jahatnya perangai permaisuri
Lakunya seperti jin dan peri