You are on page 1of 6

Format Cadangan Penyelidikan

Kerja Kursus Sejarah

Kertas 4

Tajuk:

Sejarah Penubuhan dan Peranan Jabatan Imegesen Di Daerah Tawau,Sabah


Pada Tahun 1963 Hingga Tahun 2014.

Pengenalan

Pada awal sebelum Perang Dunia Kedua, Jabatan Imigresen melaksanakan


tugas-tugas kawalan dan pemeriksaan imigresen. Tugas ini melibatkan
pemeriksaan fizikal dan dokumen perjalanan di pintu-pintu masuk. Pengurusan
Imigresen ditadbir oleh seorang pegawai kanan Malaysian Civil Service dengan
gelaran jawatan 'Immigration Officer, Stearits Settlement and Federated Malay
States'. Seorang Timbalan Pegawai Imigresen iaitu seorang pegawai polis secara
pinjaman ditempatkan di Pulau Pinang, yang merupakan pintu masuk ke
Malaya. Pintu-pintu masuk lain ialah Changloon, Padang Besar, Kroh dan Port
Swettenham. Pusat Pentadbirannya terletak di Singapura.

Selepas Perang Dunia Kedua, Jabatan Imigresen dikenali sebagai "Refugees


and Displaced Persons Bureau" yang berpusat di Kuala Lumpur dan diketuai
oleh seorang pegawai British Military Administration. Tugas utamanya adalah
membawa balik orang-orang yang terkandas di luar Negara akibat Perang Dunia
Kedua. Undang-undang Imigresen yang pertama ialah "Passenger Restriction
Ordinance 1922" yang berkuatkuasa mulai 21 Julai 1922 iaitu bagi
melaksanakan kawalan kemasukan ke Negara ini. Pada tahun 1930 "The Aliens
Immigration Restrictions Ordinance" telah digubal untuk mengawal ketibaan
dan kawalan ke atas buruh-buruh khususnya daripada China di mana sistem
kuota digunakan. Kajian semula telah dibuat untuk tujuan langkah kawalan
yang lebih ketat dengan penggubalan "The Aliens Ordinance 1932" yang
berkuatkuasa mulai 1 April 1933. Perjanjian penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu dan pengisytiharan darurat pada tahun 1948 telah membawa kepada
penggubalan undang-undang Imigresen dan paspot yang lebih sempurna.
Selepas kemerdekaan, The Immigration Ordinance 1959, The Immigration
Regulations 1959 dan The Passport Ordinance 1960 telah digubal bagi
menggantikan The Immigration Ordinance 1952, The Passport Ordinance 1949
dan The Passport Regulations 1949. Undang-undang ini memperuntukkan lebih
kuasa untuk mengawal kemasukan orang asing dan pelawat ke Persekutuan
Tanah Melayu. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 memperluaskan
keperluan imigresen ke Sabah dan Sarawak. The Immigration (Transitional
Provisions) Act 1963 digubal bagi memelihara kepentingan negeri-negeri
tersebut. Selain daripada melaksanakan kawalan kemasukan bukan
warganegara, pihak imigresen di Sabah dan Sarawak juga mengawal kemasukan
warganegara dari semenanjung.

Pada 1 Disember 1971, pentadbiran Imigresen Negeri-negeri Tanah Melayu


telah disatukan di bawah Ibu Pejabat Imigresen Malaysia. Undang-undang
mengenai imigresen yang berkuatkuasa pada masa itu telah disemak semula dan
disatukan pada tahun 1974 bagi memasukkan peruntukan-peruntukan khusus
untuk Sabah dan Sarawak. The Immigration Act 1959/63 (Act No. 155) dan The
Passport Act 1966 (Act No. 150) diperluaskan pemakaiannya ke seluruh negara.
Akta ini telah dikemaskini dan dipinda dari masa ke semasa selaras dengan
perkembangan semasa. Gelaran Pengawal Imigresen telah ditukar kepada Ketua
Pengarah Imigresen pada tahun 1969.

Objektif

1.Mengkaji dengan lebih mendalam mengenai sejarah awal penubuhan jabatan


imigresen di daerah Tawau ,sabah pada tahun 1963 hingga tahun 2014.

2.Menyelidik dengan lebih lanjut tentang peranan serta tugas-tugas yang


dilakukan seperti mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

3.Mengetahui tentang aktiviti dan sumbangan dalam menjalankan tugas seperti


mengawal kemasukan PATI, pengeluaran visa dan permit di daerah Tawau
,Sabah.
Permasalahan Kajian

1. Mengkaji bilakah berlakunya penubuhan jabatan imigresen di daerah Tawau?

2. Menerangkan apakah yang terkandung dalam struktur organisasi jabatan


imegresen dan pernannya di daerah tawau?

3.Meneliti apakah peranan dan sumbangan jabatan imegresen dalam mengawal


kemasukan pati dari tahun 1963 hingga 2014.

Skop kajian

Skop kajian yang hendak dilaksanakan adalah terletak di daerah tawau sabah.
Penubuhan ini bermula sekitar tahun 1963 hingga 2014.kajian ini lebih
menjurus kepada sejarah penubuhan dan peranan yang dilakukan oleh jabatan
imigresen di daerah Tawau.

Sorotan kajian lepas

Di antara sorotan kajian lepas adalah melalui carian laman web .Laman web ini
menceritakan tentang implikasi negative kemasukan PATI melalui jalan darat
mahupun jalan laut melalui laman web
http://sayangsabah.com/2014/12/pengurusan-imegresen-terhadap-kemasukan-
PATI. Laman web ini adalah dimiliki oleh FizahYosof/SayangSabah/2014
Sayang Sabah Ltd.

Laman web yang seterusnya menceritakan tentang isi kandungan, peranan dan
sejarah jabatan imegresen dalam mengawal kemasukan pati di tawau
http://www.imi.gov.my/index.php/ms/profil-jabatan
Kaedah Kajian

Di antara kaedah kajian yang telah saya lakukan adalah melalui pemerhatian
dan penyelidikan secara khusus berkaitan sejarah penubuhan jabatan imigresen
serta fungsi jabatan tersebut.

Pembahagian struktur Esei

Pengenalan

Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satua gensi di bawah Kementerian


Dalam Negeri.Ia menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia,
Penduduk Tetapdan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia. Berikut adalah
fungsi Jabatan Mengeluarkan Pasport atau Dokumen Perjalanan kepada
warganegara dan penduduk tetap Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada
warganegara asing yang memasuki Malaysia, Mengawal selia pergerakan
keluar/masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan,Menguatkuasa Akta
Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966
dan juga member perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada
pelanggan Jabatan

Isi

Pada 1 Disember 1971, pentadbiran Imigresen Negeri-negeri Tanah Melayu


telah disatukan di bawah Ibu Pejabat Imigresen Malaysia. Undang-undang
mengenai imigresen yang berkuatkuasa pada masa itu telah disemak semula dan
disatukan pada tahun 1974 bagi memasukkan peruntukan-peruntukan khusus
untuk Sabah dan Sarawak. The Immigration Act 1959/63 (Act No. 155) dan The
Passport Act 1966 (Act No. 150) diperluaskan pemakaiannya ke seluruh negara.
Akta ini telah dikemaskini dan dipinda dari masa ke semasa selaras dengan
perkembangan semasa. Gelaran Pengawal Imigresen telah ditukar kepada Ketua
Pengarah Imigresen pada tahun 1969.
Prosidur Kelulusan Permit Masuk.Permit Masuk merupakan suatu Permit dalam
bentuk dokumen yang membenarkan seseorang warga asing yang bukan
bertaraf warganegara Malaysia untuk masuk dan berada di Malaysia.
Permohonan Permit Masuk adalah terbuka kepada mana-mana orang yang
bukan bertaraf warganegara Malaysia (warganegara asing) yang ingin berada
dan menetap di Negara ini. Terdapat Syarat-Syarat dan kemudahan Kepada
Pemegang Permit Masuk ini.

Langkah seterusnya yang dijalankan bagi menangani kemasukan PATI adalah


menguatkuasa undang-undang. Pihak berkuasa mengenakan menghukum dan
mendenda firma-firma yang mengupah pekerja asing tanpa izin seperti
menghukum penjara atau mendendakan wang ringgit serta mengantungkan
lessen perniagaan. Selain itu, para pendatang asing tanpa izin yang ditahan tidak
boleh menghukumkan sebarang tindakan atas undang-undang sebaliknya harus
menghantar baliknya dan menaraikan nama hitam mereka yang ditangkap
supaya tidak boleh memasuki negara kita lagi.
Penutup

Jabatan imegresen di Daerah Tawau mempunyai sejarah penubuhan tersendiri.


Mereka juga mempunyai peranan yang penting dalam pembangunan
negara.Melakukan kerja yang telus dan sistematik membolehkan jabatan
imegresen ini mengatasi segala hal-hal yang berkaitan dan terus berkhidmat
sehingga hari ini.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, Jabatan Imegresen di Daerah Tawau mempunyai


struktur organisasi yang mantap dan teratur.Struktur organisasi seperti inilah
yang membolehkan pihak Imegresen menjalankan tugas mereka dengan
perkhidmatan berkualiti dan berintegriti. Selaraslah dengan misi mereka iaitu
Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan selaras dengan pembangunan
ekonomi dan keselamatan negara dengan penuh integriti.