You are on page 1of 1

Soalan Temu Bual

Selamat Sejahtera. Berikut ialah rakaman temu bual dengan Dr.Mohamad Ashraf Bin
Ibrahim mengenai isu kepelbagaian kelompok dan sosiobudaya yang terdapat di Malaysia
dan implikasi kepelbagaiaan kelompok sosiobudaya terhadap pencapaiaan Transfromasi
Nasional 2050 (TN50). Rakaman ini dijalankan di Jabatan Sains Sosial pada 6 Februari
2018 pukul 3 petang. Temu bual ini dikendalikan oleh Dhayaalhan Kumaran dengan dibantu
oleh Yogeswaran Thangaraju. Dengan segala hormatnya kita mulakan temu bual ini.

Soalan 1: Selamat ______ Dr.

Soalan 2: Baiklah Dr kita teruskan kepada temu bual kita. Boleh Dr terangkan sejarah latar
belakang kehidupan dan pengalaman anda berkhidmat sebagai pendidik?

Soalan 3: Sepertimana kita tahu Malaysia terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa yang
terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India sebagai kelompok terbesar. Boleh Dr
terangkan bagaimana pelbagai kelompok masyarakat dapat wujud di negara kita?

Soalan 4: Baiklah Dr. Umum ketahui bahawa negara kita telah mengecapi 60 tahun
kemerdekaan. Pada pendapat Dr bagaimanakah masyarakat majmuk ini dapat hidup secara
aman dan harmoni selama ini?

Soalan 5: Baiklah Dr. Pelbagai kaum di negara kita telah membentuk sosiobudaya yang
berbeza seperti cara hidup dan adat istiadat. Boleh Dr terangkan tentang kepelbagaiaan
sosiobudaya yang wujud di negara kita.

Soalan 6: Walaupun negara kita masih aman, kepelbagaiaan kelompok dan sosiobudaya
yang wujud di negara kita ini telah menyebabkan beberapa isu kerap muncul. Isu-isu ini
walapun tidak membawa kesan yang buruk seperti Peristiwa 13 Mei tetapi masih memberi
kesan kepada integrasi kaum di negara kita. Boleh Dr terangkan tentang isu-isu yang timbul
kesan daripada kepelbagaiaan kelompok dan sosiobudaya di negara kita?

Soalan 7: Pada pendapat Dr bagaimanakah isu-isu yang timbul ini dapat diatasi secara
berhemah bagi menjamin perpaduan dalam rakyat Malaysia?

Soalan 8: Baiklah Dr. Pada 19 Januari 2017 Perdana Menteri telah melancarkan
Tranformasi Nasional 50 (TN50) sebagai satu inisiatif ke arah pembangunan negara setelah
tamatnya Wawasan 2020. Boleh Dr terangkan serba sedikit tentang inisiatif Tranformasi
Nasional 50 kepada kami?

Soalan 9: Pada pandangan Dr apakah implikasi yang timbul dalam pencapaiaan


Transformasi Nasional akibat daripada kepelbagaiaan kelompok sosiobudaya?

Soalan 10: Baiklah Dr. Sebelum kita menamatkan temubual kita pada hari ini apakah
saranan dan harapan Dr terhadap kepelbagaiaan kelompok dan sosiobudaya bagi
menjamin kesejahteraan negara kita.

Soalan 11: Sekian sahaja temubual kita pada hari ini Dr. Kami mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Dr kerana sudi meluangkan masa.

***TAMAT***