You are on page 1of 2

Huraikan proses penubuhan persatuan tersebut mengikut tatacara dan kaedah

standard penubuhan persatuan.

Saya telah memilih untuk menubuhkan Kelab Astronomi di Sekolah Jenis


Kebangsaan Cina Pei Hwa.

Sebelum menubuhkan satu kelab atau persatuan, terdapat beberapa langkah


perlu dilaksanakan. Langkah yang pertama bagi penubuhan Kelab Astronomi ialah
mewujudkan jawatankuasa penaja. Jawatankuasa Penaja ini terdiri dari pengerusi,
naib pengerusi, setiausaha, bendahari dan juga ahli-ahli biasa. Seterusnya, AJK
Penaja mengadakan mesyuarat sesama sendiri untuk membincangkan perkara-
perkara berkaitan dengan penubuhan kelab dan juga menyediakan surat-menyurat
bagi menubuhkan Persatuan Astronomi.

Selepas mesyuarat penaja diadakan, surat permohonan penubuhan dari


Jawatankuasa Penaja Kelab Astronomi telah dihantar kepada pengetua melalui Guru
Penasihat. Draf perlembagaan, draf aktiviti asas dan juga senarai nama jawatankuasa
penaja telah dilampirkan bersama dengan surat permohonan penubuhan Kelab
Astronomi. Selepas ini, surat kelulusan penubuhan Kelab Astronomi dari pengetua
telah diberi kepada Jawatankuasa Penaja Kelab Astronomi melalui Guru Penasihat.

Selepas mendapat surat kelulusan penubuhan Kelab Astronomi, satu


mesyuarat telah diadakan pada 17 November 2017 jam 8.00 pagi bertempat di Bilik
Mesyuarat SJK(C) Pei Hwa. Mesyuarat telah memutus dan mengesahkan dengan
sebulat suara Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai Aktiviti
Utama, dan Senarai Ahli Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas masing-
masing. Selepas itu, surat permohonan pengesahan penubuhan dan pendaftaran
Kelab Astronomi dari Setiausaha Kelab Astronomi akan dihantar melalui Guru
Penasihat kepada pengetua. Dalam surat permohonan pengesahan penubuhan dan
pendaftaran Kelab Astronomi ini akan dilampirkan bersama-sama Perlembagaan
Kelab Astronomi, Senarai Ahli Jawatankuasa dan juga Senarai Aktiviti Utama Kelab
Astronomi.

Apabila surat permohonan pengesahan penubuhan dan pendaftaran Kelab


Astronomi telah diluluskan oleh pengetua, maka Kelab Astronomi dapat bergerak
sebagai sebuah persatuan yang sah di dalam sekolah.

Selepas Kelab Astronomi sah ditubuhkan, maka surat pelantikan guru


penasihat akan dikeluarkan oleh pengetua secara rasmi. Saya telah dilantik sebagai
Guru Penasihat Kelab Astronomi dan dalam surat tersebut dilampirkan dengan
senarai tanggungjawab Guru Penasihat. Saya telah menulis surat penerimaan
perlantikan sebagai Guru Penasihat Kelab Astronomi.

Selepas selesai langkah di atas, pengetua telah memberikan Surat Penurunan


Kuasa kepada Ahli Jawatankuasa Kelab Astronomi. Senarai tanggungjawab ahli
jawatankuasa turut disertakan sebagai satu panduan kepada ahli dalam
melaksanakan tugas mereka masing-masing.

Makalah Kelab Astronomi menjadi salah satu kelab yang sah di sekolah dan
Kelab Astronomi dapat mula beraktiviti.