You are on page 1of 12

SULIT

MODUL AGRESIF MENJANA PENCAPAIAN UNGGUL


MAJLIS GURU CEMERLANG (BAHASA MELAYU)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

UJIAN PERCUBAAN PERTAMA – UPSR 2014


BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011
Julai
50 minit Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang
disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawaban yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.


Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK) UPSR 2014 2 Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas ALUSS

011 © 2014 Hak Cipta Haji Md. Ramli Haji Sabran (HMRS/GC-DGA38/KPM) [Lihat
sebelah
SULIT

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

Soalan 1 hingga 20
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Tengku Ismail Putra sanggup bermusafir untuk meluaskan pengalaman apabila baginda
turun daripada ________ kerajaannya dalam jangka masa tertentu.
A istana
B takhta
C mahligai
D singgahsana

2 “Bagaimanakah keadaan adik ________ yang sakit itu, Sarah? Saya harap ________ cepat
sembuh,” kata Cikgu Asri.
A kamu ... dia
B kami ... kalian
C kamu ... beliau
D mereka ... beliau

3 Puan Nurhidayah ________ berbual dengan jirannya sehingga tidak sedar anak kecilnya
menangis dalam buaian.
A hebat
B petah
C lancar
D rancak

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Kami diminta oleh guru Pendidikan Jasmani ________ tangan semasa latihan senaman itu.
A mengangkat

Modul ALUSS UPSR Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan : Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas Kuantiti
Disediakan Oleh Anggota Jawatankuasa Penggubal Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK), PPD Hilir Perak – Tahun 2014
Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK) UPSR 2014 3 Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas ALUSS

B menjulurkan
C mendepakan
D menghulurkan

5 Suasana di tapak Pesta Laut Lumut 2013 itu ________ dengan kehadiran para pengunjung
yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
A sesat
B sesak
C sendat
D semak

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Wajah pengantin perempuan itu kelihatan sungguh ________ sekali setelah disolek oleh
mak andam yang berpengalaman.
A ayu
B hebat
C anggun
D tampan

7 ________ minggu lalu, Encik Redzuan membawa keluarganya bercuti ________ Pulau
Langkawi selama empat hari tiga malam.
A Di ... dari
B Pada ... di
C Sejak ... ke
D Dari ... hingga

8 Ibu memerah tuala dan pakaian yang basah itu ________ menyidainya di ampaian sebelum
pergi ke pasar.
A lalu
B kerana
C sambil
D malahan

9 ________ perang mulut antara Muhammad Aiman dan Ahmad Firdaus, hubungan mereka
semakin dingin dan bertambah renggang.
A Sambil

Modul ALUSS UPSR Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan : Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas Kuantiti
Disediakan Oleh Anggota Jawatankuasa Penggubal Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK), PPD Hilir Perak – Tahun 2014
Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK) UPSR 2014 4 Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas ALUSS

B Semenjak
C Sekiranya
D Sementara

10 Kita ________ berhati-hati semasa berada di jalan raya ________ mengelakkan perkara
yang tidak diingini berlaku.
A perlu ... untuk
B dapat ... supaya
C boleh ... semoga
D harus ... nescaya

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Cik Haleda berasa cemas apabila menyedari ada seorang pemuda sedang ________ dalam
keadaan yang mencurigakan.
A menjejaki
B menyaingi
C mengekori
D mengiringi

12 Encik Malek dinasihati oleh ketuanya supaya tidak ________ antara urusan pejabat dengan
masalah peribadinya.
A menyatupadukan
B mengemaskinikan
C mencampuradukkan
D menggabungjalinkan

13 Sebelum majlis bermula, keadaan di luar dewan agak ________ dengan paluan kompang
sebagai persediaan menyambut tetamu kehormat.
A huru-hara
B kucar-kacir
C kacau-bilau
D hiruk-pikuk

14 Abang ________ membuka jendela apabila dia terdengar namanya dipanggil berulang kali.
A terikut-ikut
B tergesa-gesa

Modul ALUSS UPSR Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan : Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas Kuantiti
Disediakan Oleh Anggota Jawatankuasa Penggubal Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK), PPD Hilir Perak – Tahun 2014
Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK) UPSR 2014 5 Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas ALUSS

C terbawa-bawa
D terpinga-pinga

15 “Jangan percaya ________ cakap orang yang lidah bercabang itu,” kata Sarimah kepada
adik bongsunya.
A awal-awal
B bulat-bulat
C cepat-cepat
D benar-benar

16 Kejayaan anak ketua kampung dalam Pertandingan Pidato Diraja Peringkat Kebangsaan
menjadi ________ penduduk kampung.
A buah mulut
B berat mulut
C perang mulut
D banyak mulut

17 Ibu berpesan kepada ayah supaya membelikannya dua ________ lengkuas dan se ________
serai di pasar tani.
A kaki ... ikat
B biji ... batang
C butir ... bentuk
D batang ... helai

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.

18 Ibu kanak-kanak itu berasa risau apabila anaknya ________ kerana mengalami demam
panas yang berlarutan.
A seragam
B beragam
C meragam
D meragamkan

Modul ALUSS UPSR Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan : Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas Kuantiti
Disediakan Oleh Anggota Jawatankuasa Penggubal Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK), PPD Hilir Perak – Tahun 2014
Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK) UPSR 2014 6 Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas ALUSS

19 Penduduk taman perumahan tersebut membantah cadangan pembinaan loji kumbahan najis
di kawasan yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.
Pilih perkataan seerti bagi membantah.
A menentang
B menghalau
C menyerang
D memberontak

20 Amalan merokok sebenarnya telah menyumbang pelbagai masalah kesihatan serta membawa mudarat
kepada kesihatan penduduk Malaysia.
Pilih perkataan berlawan bagi mudarat.
A sihat
B tenat
C rimas
D cergas

Soalan 21 dan 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

21 I Pertanyaan wartawan hiburan itu sulit untuk dijawab.


II Opah Leha menyimpan barang kemasnya di tempat sulit.
III Abdul Rahman sulit wang selepas dia diberhentikan kerja.
IV Maklumat sulit itu tidak boleh dihebohkan kepada orang ramai.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

22 I Orang atas haruslah kita hormati kerana jawatan yang disandangnya.


II Negara kita mendapat tempat atas dalam Sukan Komanwel baru-baru ini.
III Ahmad Murad meletakkan jawatan pengurus bank itu bukan atas kemahuannya.
IV Atas kesedaran yang tinggi, dia berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

Modul ALUSS UPSR Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan : Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas Kuantiti
Disediakan Oleh Anggota Jawatankuasa Penggubal Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK), PPD Hilir Perak – Tahun 2014
Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK) UPSR 2014 7 Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas ALUSS

23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


Sejak bilakah pameran buku itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC),
Kuala Lumpur?
A Pameran buku itu hanya diadakan semalam.
B Ya, sejak semalam pameran itu berlangsung.
C Mulai minggu lepas pameran buku itu diadakan.
D Pameran buku itu telah berlangsung di Kuala Lumpur.

24 Pilih soalan yang sesuai bagi jawapan di bawah.


Penjenayah itu melakukan rompakan kedai emas ketika para pekerja baru memulakan
perniagaan pada hari tersebut.
A Berapakah jumlah rompakan di kedai emas itu?
B Apakah penjenayah itu berjaya melakukan rompakan?
C Bilakah penjenayah itu melakukan rompakan di kedai emas?
D Mengapakah penjenayah merompak pada waktu kedai emas dibuka?

Soalan 25 dan 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 “Ayah, inilah hadiah tempat pertama, pertandingan menulis cerpen yang saya menangi,”
kata Salween kapada ayahnya.
A Salween menunjukkan pemenang hadiah tempat pertama dalam pertandingan cerpen
kepada ayahnya.
B Salween menunjukkan kepada ayahnya hadiah pemenang tempat pertama cerpen bagi
pertandingan itu.
C Salween yang menunjukkan kepada ayahnya hadiah tempat pertama pertandingan
menulis cerpen itu.
D Salween menunjukkan hadiah tempat pertama yang dimenanginya dalam pertandingan
menulis cerpen kepada ayahnya.

26 Puan Nor Azimah membatalkan rancangannya ke Pulau Pinang kerana ibunya dimasukkan
ke hospital.
A Oleh sebab Puan Nor Azimah merancang ke Pulau Pinang, ibunya telah dimasukkan
ke hospital.
B Ibu membatalkan rancangannya masuk ke hospital kerana Puan Nor Azimah ingin ke
Pulau Pinang.
C Puan Nor Azimah ke Pulau Pinang kerana ibunya telah membatalkan rancang untuk
masuk ke hospital.
D Disebabkan ibunya dimasukkan ke hospital, Puan Nor Azimah telah membatalkan

Modul ALUSS UPSR Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan : Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas Kuantiti
Disediakan Oleh Anggota Jawatankuasa Penggubal Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK), PPD Hilir Perak – Tahun 2014
Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK) UPSR 2014 8 Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas ALUSS

rancangan untuk ke Pulau Pinang.

Soalan 27 dan 28
Pilih ayat yang betul.

25 A Di dalam kotak itu ada sepasang kasut sukan.


B Di antara sikap yang positif adalah jujur dan rajin.
C Pelbagai isu dibincangkan di dalam mesyuarat itu.
D Di atas permintaan ramai, program itu dilanjutkan.

28 I Oleh kerana cedera parah, dia dimasukkan ke hospital.


II Sumbangan orang ramai itu demi untuk membantu mangsa banjir.
III Rumah kembar dua tingkat ini kami duduki sejak dua tahun yang lalu.
IV Emak sedang menggulai kepala ikan merah untuk hidangan makan tengah hari.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Soalan 29 dan 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29 Setiap pekerjaan hendaklah dilakukan sehingga selesai. Janganlah ________ sahaja.


A tua-tua keladi
B tidur-tidur ayam
C malu-malu kucing
D hangat-hangat tahi ayam

30 Pergaduhan itu tidak mungkin berlaku jika David tidak membalas kata-kata kesat yang
diungkapkan oleh Lim kerana ________.
A cubit paha kanan paha kiri terasa juga.
B bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
C siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya.
D berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Modul ALUSS UPSR Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan : Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas Kuantiti
Disediakan Oleh Anggota Jawatankuasa Penggubal Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK), PPD Hilir Perak – Tahun 2014
Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK) UPSR 2014 9 Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas ALUSS

Soalan 31 hingga 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kebersihan merupakan faktor utama dalam kehidupan. Timbalan Perdana Menteri kita sering
mengingatkan rakyat terutama warga kota agar sentiasa mementingkan kebersihan alam sekitar
dan kediaman mereka.
Pembuangan sampah sarap yang tidak teratur mencemarkan pemandangan dan boleh
menjatuhkan nama baik negara dalam kalangan pelancong.
Namun, sikap kita bagai pahat dengan penukul. Kita tidak seharusnya berpeluk tubuh
dan meletakkan tanggungjawab ini kepada pihak kerajaan sahaja. Sesetengah ahli masyarakat
sanggup hidup dikelilingi timbunan sampah sarap.
Selain mengeluarkan bau busuk yang mencemarkan udara, kawasan itu akan menjadi
tempat pembiakan tikus dan lalat. Sementara itu, tayar-tayar buruk dan tin-tin kosong yang
dibuang sesuka hati bukan sahaja mencemarkan mata memandang malahan menjadi tempat
pembiakan nyamuk aedes. Kita sering terbaca laporan kes demam denggi yang meningkat dari
semasa ke semasa hingga ada yang mengakibatkan kematian.
Banjir kilat sering terjadi terutama di Bandaraya Kuala Lumpur. Keadaan ini disebabkan
sistem saliran tidak berfungsi dengan baik. Ini berpunca daripada sikap manusia yang suka
membuang sampah sarap dan sisa-sisa makanan ke dalam longkang. Penggunaan air tercemar
pula menyebabkan banyak orang mendapat cirit-birit dan sakit kulit. Sikap tidak
bertanggungjawab ini jelas menyusahkan kita.
Oleh itu, rakyat perlulah sedar akan kepentingan kebersihan dan tidak memikirkan diri
sendiri sahaja. Sesungguhnya, kebersihan itu tanggungjawab bersama.

31 Kita perlu menjaga alam sekitar supaya


A pelancong asing datang.
B udara tidak berkurangan.
C negara kita menjadi aman.
D kehidupan kita sentiasa sihat.

32 Punca kes demam denggi meningkat kerana


A air yang tercemar digunakan.
B tayar-tayar buruk dibuang sesuka hati.
C sistem saliran tidak berfungsi dengan baik.
D sampah sarap bertaburan di kawasan kediaman.

Modul ALUSS UPSR Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan : Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas Kuantiti
Disediakan Oleh Anggota Jawatankuasa Penggubal Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK), PPD Hilir Perak – Tahun 2014
Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK) UPSR 2014 10 Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas ALUSS

33 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.


A Banyak penyakit terjadi disebabkan air bertakung
B Kerajaan prihatin tentang keselesaan hidup rakyat
C Saliran air tidak baik akan menyebabkan banjir kilat
D Pencemaran alam sekitar boleh menjatuhkan imej negara

34 Apakah yang menarik minat pelancong melawat ke negara kita?


A Persekitaran yang bersih dan indah.
B Kesihatan menjadi keutamaan rakyat.
C Keselesaan dan kemudahan di bandar.
D Kebersihan dipentingkan oleh pemerintah.

35 Frasa bagai pahat dengan penukul dalam petikan bermaksud


A orang yang mengikut arahan.
B orang yang selalu bekerjasama.
C orang yang selalu berkelahi apabila bertemu.
D orang yang hanya bekerja apabila diperintah.

Modul ALUSS UPSR Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan : Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas Kuantiti
Disediakan Oleh Anggota Jawatankuasa Penggubal Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK), PPD Hilir Perak – Tahun 2014
Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK) UPSR 2014 11 Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas ALUSS

Soalan 36 hingga 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang
tahun, ini disebabkan negara kita terletak dalam kawasan Khatulistiwa. Iklim negara Malaysia
yang stabil sepanjang tahun membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman buah-buahan
tropika. Buah-buahan tropika ini pula boleh dikelaskan kepada dua kategori, iaitu buah-buahan
bermusim dan buah-buahan tidak bermusim. Sebahagian daripada buah-buahan tropika ini
ditanam secara komersial bagi menambahkan hasil pendapatan negara. Sebahagiannya pula
ditanam untuk keperluan penduduk tempatan yang dikenali sebagai buah-buahan tempatan.
Berikut adalah buah-buahan tempatan yang biasa dan banyak ditanam di Malaysia.
Buah durian yang juga dikenali sebagai raja buah-buahan sangat popular kerana buah ini
dapat dimakan segar sebaik sahaja jatuh dari pokoknya. Isinya yang lemak-lemak manis sangat
digemari oleh masyarakat Malaysia. Buah durian dapat dijadikan tempoyak, lempuk dan perasa
dalam makanan seperti aiskrim. Bagi mereka yang mengidap penyakit kencing manis dan darah
tinggi, pengambilan buah durian secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.
Jambu batu atau nama saintifiknya psidium guajava ditanam secara komersil bermula
pada pertengahan tahun 1980. Jambu batu ditanam secara komersil di Perak, Johor, Selangor dan
Pahang. Jambu batu dapat dimakan segar atau sebagai pencuci mulut. Jambu batu juga boleh
diproses untuk dijadikan jus, puri, dan jem.
Kawasan utama tanaman mangga atau mempelam ialah di Perak, Perlis dan Kedah. Walau
bagaimana pun, mangga juga ditanam secara kecil-kecilan di negeri-negeri lain. Mangga
mendapat permintaan yang tinggi di pasaran kerana rasanya yang enak, manis serta harum.
Mangga sangat popular sebagai hidangan pencuci mulut dalam kalangan rakyat Malaysia.
Rambutan pula ditanam dengan meluas di negeri Perak, Pahang, Kedah, dan Kelantan.
Buah rambutan dapat dimakan segar, dijadikan jeruk dan jem. Kini, buah rambutan dapat
dijadikan makanan ringan untuk dinikmati pada bila-bila masa. Perkara ini terbukti melalui
penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang telah dijalankan oleh pihak Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK) Sik, Kedah Darul Aman, dalam menghasilkan snek rambutan melalui kaedah
goreng secara vakum menggunakan isi buah rambutan tersebut.
Manggis pula banyak ditanam di negeri Johor, Kelantan, Perak, dan Selangor. Buah
manggis terkenal kerana rasanya yang manis, sedap dan enak dimakan segar. Buah manggis
mempunyai kulit yang tebal, isinya berwarna putih. Kulit manggis mempunyai pewarna dan
getah pada kulit manggis sukar hilang sekiranya terkena pada pakaian.

36 Bahan apakah yang sesuai dimasukkan ke dalam gulai ikan patin?

Modul ALUSS UPSR Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan : Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas Kuantiti
Disediakan Oleh Anggota Jawatankuasa Penggubal Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK), PPD Hilir Perak – Tahun 2014
Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK) UPSR 2014 12 Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas ALUSS

A Jus
B Puri
C Lempuk
D Tempoyak

37 Buah apakah jika diambil berlebihan boleh memudaratkan pesakit darah tinggi?
A Betik
B Durian
C Mangga
D Manggis

38 Buah-buahan tropika yang bermusim dan yang tidak bermusim banyak ditanam di negeri
A Perlis.
B Perak.
C Kedah.
D Pahang.

39 Semua pernyataan yang berikut tidak benar tentang petikan, kecuali


A lempuk ialah perasa durian yang dimasukkan ke dalam aiskrim.
B buah manggis mempunyai kulit yang berwarna putih serta isinya tebal.
C jambu batu boleh diproses untuk dijadikan jus, puri, dan jem yang lazat.
D para petani di Malaysia mengusahakan tanaman buah-buahan tropika sahaja.

40 Rangkai kata hidangan pencuci mulut dalam petikan bermaksud


A minuman atau penganan yang dimakan bersama-sama nasi.
B makanan yang ringkas serta dapat disediakan dengan cepat.
C alat atau benda yang digunakan untuk mencuci bahagian mulut.
D benda manis seperti buah-buahan yang dimakan selepas makan nasi.

KERTAS SOALAN TAMAT

Modul ALUSS UPSR Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan : Kertas Pemahaman (BM011) – Ujian Khas Kuantiti
Disediakan Oleh Anggota Jawatankuasa Penggubal Modul ALUSS Bahasa Melayu (SK), PPD Hilir Perak – Tahun 2014