You are on page 1of 7

Dayak

Dayak mempunyai dua kelompok yang besar iaitu


Dayak Laut, Iban dan Dayak Darat, Bidayuh. Dalam
bahagian Dayak ini, dayak darat, Bidayuh dipilih
untuk menjalankan tugasan ini. Kaum Bidayuh adalah
masyarakat yang mendiami kawasan barat daya
Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan
di barat Kalimantan. Mereka kebanyakannya
beragama Kristian. Pada zaman dahulu suku kaum
Bidayuh tinggal di rumah panjang. Di Sarawak
terdapat 28 etnik, dengan etnik terbesar ialah Iban,
sebanyak 30 peratus, diikuti Cina 24 peratus, Melayu
23 peratus, Bidayuh 8 peratus, Melanau 6 peratus dan
Orang Ulu 5 peratus.

.
Seni Muzik

Kaum Dayak Bidayuh juga memiliki beberapa alat


muzik tradisional yang istimewa. Antaranya,

1. Beduk

Beduk ialah sejenis gendang yang panjang. Arannya


diperbuat daripada batang kayu yang dibuang isi
tengahnya. Pada hujungnya dipasang kulit kerbau
atau kulit lembu.

2. Gendang
Ukuran gendang lebih besar daripada rebana, dan
belulangnya daripada kulit kerbau dan lembu sahaja.
Ia selalu dimainkan untuk melahirkan muzik bass
dalam acara bermukun.

3. Silatong

Silatong adalah sejenis alat muzik yang diperbuat


daripada buluh.

4. Hadrah

Hadrah adalah sejenis alat muzik yang menyerupai


kompang. Namun ianya mempunyai 3 kerincing yang
diletakkan pada setiap hadrah.
Tarian

1. Tolak Bala – biasanya ditarikan sebelum musim


menuai bagi mendoakan Tuhan agar tuaian tahun
ini banyak dan ahli keluarga jauhi daripada
malang

2. Langgi Julang – ditarikan semasa ketua kampung


atau penghulu dipilih.

3. Rajang Beuh – ditarikan selepas musim menuai


atau semasa menyambut tetamu.
Pada zaman dahulu suku kaum Bidayuh tinggal di
rumah panjang. Lazimnya penempatan rumah
panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan
pendalaman dan tanah tinggi. Ini adalah bagi tujuan
keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.
Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh
bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat
Iban di Sarawak. Atap rumah panjang kaum Bidayuh
diperbuat daripada atap rumbia atau sagu, manakala
dindingnya pula daripada buluh. Pelantar atau lantai
rumah panjang pula diperbuat daripada papan atau
buluh manakala tiangnya pula diperbuat daripada
kayu belian.

You might also like