You are on page 1of 3

ANALISIS KOMPOSISI JENAMA MAGGI

MAGGI KARI
Maggi merupakan sub-syarikat atau produk yang dikeluarkan oleh syarikat
makanan terbesar di Malaysia iaitu Nestlé (Malaysia) Berhad. Nestlé
(Malaysia) Berhad banyak mengeluarkan produk-produk makanan yang
sangat disukai ramai. Perniagaan Makanan syarikat Nestlé terus mengekalkan
pertumbuhan yang kukuh dipacu oleh kategori utamanya iaitu mi, stok,
perasa dan sos, disokong oleh pelaburan dalam penglibatan pengguna dan
renovasi. Antara yang menjadi pilihan ialah Maggi atau mi segera.
Dikeluarkan dengan pelbagai pilihan perasa seperti kari, ayam, tomyam dan
banyak lagi perasa yang sangat sedap. Maggi Kari adalah salah satu pilihan
utama para pengguna apabila mereka berbelanja kerana Maggi kari mereka
berpendapat Maggi Kari adalah merupakan mi segera yang sedap dan kaw.

Menurut Annual Report syarikat Nestlé, Mi MAGGI berupaya untuk melindungi


kedudukannya dengan segmen cawan yang terus berkembang, dan kami
terus melabur secara agresif dalam kategori MAGGI Flavour World. Hal ini
menunjukkan bahawa Maggi adalah merupakan salah satu produk makanan
mi segera yang menjadi pilihan para pengguna. Daripada pengeluaran variasi
perasa mi segera maggi, kita dapat lihat bagaimana peningkatan kualiti dan
pilihan mi maggi ini dilakukan oleh syarikat Maggi untuk memastikan produk
mereka sentiasa berada di pasaran.

Peningkatan pencapaian syarikat Maggi juga dibuktikan lagi dengan adanya


Kempen ‘Me and My Maggi’ yang disokong oleh pelancaran pembungkusan
baru berserta cadangan resipi mi, menggalakkan penyediaan mi MAGGI yang
lazat dan seimbang dengan telur, daging dan sayur-sayuran. Pengguna turut
digalakkan untuk berkongsi resipi unik mereka menerusi kempen digital.
Satu lagi acara utama bagi kempen mi adalah pengenalan MAGGI Mi Goreng
Kari Ori – gabungan menarik MAGGI perasa Kari yang digemari ramai dalam
bentuk mi kering – manakala rangkaian MAGGI Mi Goreng telah dilancarkan
dalam bentuk cawan. Inisiatif ini telah meningkatkan kesetiaan pengguna
kepada MAGGI, yang membolehkan jenama tersebut kekal sebagai peneraju
pasaran.

Teknik pemasaran yang menyeluruh juga menunjukkan bahawa Maggi adalah


merupakan peneraju dalam pengeluaran mi segera. Maggi banyak
menggunakan media-media elektronik untuk mempromosikan produk mereka
iaitu melalui iklan di televisyen, iklan di radio, media sosial seperti facebook,
laman sesawang dan pelbagai lagi medium lain. Pemasaran produk Maggi
bukan sahaja di kawasan bandar, malah di luar bandar. Daripada sudut
inovasi
Maggi telah melancarkan Mi Atta MAGGI, mi segera yang diperbuat daripada
gandum penuh dan lebih rendah lemak. Maggi turut memperkenalkan sos
memasak pelbagaiguna MAGGI Kreatif, yang sangat versatil dan juga
meneruskan perladangan cili kontrak untuk menghasilkan cili terbaik dan
paling segar untuk Sos Kulinari kami, serta memastikan kemampanan usaha-
usaha mereka bersama peladang tempatan.

Perniagaan Makanan syarikat Nestlé (Malaysia) Berhad terutamanya Maggi


terus mengekalkan pertumbuhan kukuh disokong oleh kategori utamanya
yang dipacu oleh pelaburan dalam penglibatan pengguna dan renovasi. Ini
menunjukkan bahawa Maggi adalah merupakan peneraju pasaran dalam
pengeluaran produk mi segera.
RUJUKAN
http://www.nestle.com.my/asset-library/documents/pdf/about
%20us/2010_corpreport_bm.pdf

https://www.nestle.com.my/asset-library/documents/pdf/about
%20us/nestle_annual_report_2012_bm.pdf

You might also like