You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN AU KERAMAT,

JALAN 5/56 AU 3,
54200 KUALA LUMPUR
Tel : 03-41079639 Faks : 03-41073702
Email : la.wba0053@btpnkl.edu.my

Ruj. Kami : SKAUK 800-2/5/18(21)


Tarikh : 8 FEB 2018

Guru Besar,
Sekolah-sekolah Agama
Negeri Selangor dan WP Kuala Lumpur.

Tuan

MEMOHON PELEPASAN MURID UNTUK MENGIKUTI LATIHAN SUKAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Kejohanan Catur MSSWPKL peringkat Zon Keramat akan diadakan
pada bulan April

3. Sehubungan dengan itu, beberapa orang murid akan mengikuti latihan catur yang telah
diaturkan oleh pihak sekolah.

4. Oleh yang demikian, besar harapan saya agar pihak tuan dapat memberi kebenaran untuk
memberi pelepasan kepada murid yang terlibat bagi membolehkan mereka menyertai latihan tersebut.
Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama murid dan jadual latihan untuk rujukan tuan.

5. Kerjasama daripada pihak tuan dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang ini amatlah
diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………
(NORZAN BT HAJI DIN)
Guru Besar,
SK AU Keramat,
Kuala Lumpur.