You are on page 1of 1

UNIT 10 : Menambah hingga lima nilai wang melibatkan Ringgit dan Sen

Cara atau kaedah yang digunakan untuk menambah nilai wang adalah sama dengan kaedah yang
digunakan dalam menambah nombor perpuluhan.

Untuk menambah nilai wang, titik perpuluhan adalah disusun / diletak dalam satu barisan tegak lurus,
dan penambahan adalah dilakukan dari kanan ke kiri.

Seterusnya, lakukan penambahan seperti biasa, dan gunakan kaedah yang sama bagi penambahan nilai
wang yang berulang.

Jika nilai wang diberi adalah dalam unit sen, TUKARKAN nilai sen kepada RM supaya pengiraan dapat
dilakukan dengan mudah. Misalnya nilai 80 sen jika ditukar kepada RM adalah RM0.80.

Contoh

Cari jumlah nilai RM5 437.56 dan RM84 529.30.

Penyelesaian:

RM5 437.56 + RM84 529.30 = RM89 966.86

Jawapan: RM89 966.86