You are on page 1of 4

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI RAHMAT
JOHOR BAHRU
MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN HOKI
LELAKI/PEREMPUAN 12 DAN 18 TAHUN MSSD JOHOR BAHRU BIL. 1/(2017)

Tarikh : 08 Mac 2018 (Khamis)
Masa : 2.00 petang – 4.25 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Persada Perdana SMK Sri Rahmat
Pengerusi : Pn. Chua Guat Leng (Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Sri
Rahmat)
Kehadiran (Bilangan) : 35 orang (lihat lampiran)
Turut Hadir : En. Yazid bin Zawawi (Pengetua SMK Sri Rahmat)
En. Mohd. Shah Reza bin Abd. Razak (PT Hoki MSSDJB)
Hayrol Shahrizad bin Moh Sharif (SU Sukan SMK Sri Rahmat)

1 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran
guru-guru ke mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Hoki L/P 12 dan L/P 18 MSSDJB
kali pertama.

1.2 Pengerusi memaklumkan akan mempengerusikan mesyuarat pada hari ini selaku tuan
rumah Kejohanan Hoki MSSD 2018 L/P12 dan SMK Seri Rahmat selaku tuan rumah
Kejohanan Hoki MSSD 2018 L/P18 serta memohon semua guru memberikan kerjasama
kepada kepada pihak tuan rumah.

1.3 Pengerusi meminta apa yang diputuskan semasa mesyuarat ini adalah dipersetujui
bersama oleh semua wakil yang datang untuk mengelakkan sebarang masalah berbangkit
sebelum menyerahkan kepada Pegawai Teknik, En. Mohd. Shah Reza bin Abd. Razak
untuk meneruskan agenda mesyuarat.
Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Tiada

Tindakan: -

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada

Tindakan: -

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4 FOKUS MESYUARAT
4.1 Penetapan Tarikh Kejohanan Hoki MSSDJB 2018
4.1.1 Tarikh bagi peringkat sekolah rendah Bawah 12 tahun ialah pada 2 hingga 3
April 2018 manakala peringkat sekolah menengah Bawah 18 tahun pada 4
hingga 5 April 2018.

Tindakan: Makluman

4.2 Tempat Perlawanan Kejohanan Hoki MSSDJB 2018
4.2.2 Perlawanan akan bertempat di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru.

Tindakan: Makluman

4.3 Penyertaan Sekolah
4.3.1 Penyertaan adalah terbuka dimana setiap sekolah boleh menghantar seberapa
banyak pasukan yang dimiliki. Oleh itu bayaran untuk penyertaan juga adalah
mengikut bilangan pasukan yang dihantar. RM180 telah ditetapkan untuk satu
pasukan dan sekiranya ada sekolah yang menghantar 2 pasukan maka bayaran
penyertaan adalah RM360.

4.3.2 Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar sebanyak 15 pemain sahaja kerana
hadiah hanya ada 15 medal sahaja untuk setiap kedudukan.

Tindakan: Makluman

4.4 Masa Perlawanan
4.4.1 Pegawai teknik memaklumkan tempoh masa perlawanan Bawah 12 tahun
adalah 7:1:7 minit dan Bawah 18 tahun adalah 10:1:10 minit.

4.4.2 Jadual perlawanan akan dikeluarkan dalam masa seminggu sebelum
perlawanan.

4.4.3 Penetapan Jadual
Lelaki Bawah 18 = 3 Kumpulan ( X Y )
Perempuan Bawah 18 = 3 kumpulan ( X Y )

4.4.4 Undian kumpulan lelaki bawah 18 tahun.

A B C
EC (A) BBU A TEKNIK JB (A)
TEKNIK JB (B) SRI PERLING (B) ST. JOSEPH
SRI RAHMAT SAB SRI PERLING (A)
BUKIT INDAH EC (B) BBU B

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Undian kumpulan perempuan bawah 18 tahun.

A B C
STF (A) BBU (A) SIGS
BBU (B) STF (B) SETA
SAB TEKNIK JB MAJIDI 2
SRI RAHMAT

Tindakan: Makluman, Pengelola

4.5 Peraturan Permainan Hoki
4.5.1 Peraturan permainan adalah tertakluk kepada peraturan MSSJ yang sedang
berkuatkuasa.

4.5.2 Format pertandingan adalah 9 sebelah.

4.5.3 En.Junaidi telah memberikan penerangan tentang perubahan peraturan hoki
yang terkini terutamanya berkaitan “5 meters rules” dan “dangerous play”.

4.6 Jurulatih Luar
4.6.1 Jurulatih luar / Ibubapa tidak dibenarkan memasuki padang permainan dan
tidak dibenarkan meletakkan nama di dalam borang R01 dan M01.

Tindakan: Makluman

4.7 Bayaran Yuran
4.7.1 Bayaran sebanyak RM 180.00 bagi setiap penyertaan.

4.7.2 Bayaran dibuat atas nama (PENGETUA SMK SRI RAHMAT) sebelum 28
Mac 2018 untuk sekolah menengah

4.7.3 Bayaran dibuat atas nama (GURU BESAR SK PENGKALAN RINTING)
sebelum 26 Mac 2018 untuk sekolah rendah

Tindakan: Makluman

4.8 Hal-hal Lain
4.8.1 Pasukan yang menarik diri pada saat akhir akan tetap dikenakan bayaran penalti
iaitu sebanyak RM180.

4.8.2 Pegawai Teknik memaklumkan jika dilantik sebagai panel pemilihan pemain,
perlu akur dan terima tawaran tersebut serta dapat menjalankan tugas dengan
jujur iaitu mengenalpasti bakat pemain dan tidak pilih kasih semasa memilih
peserta untuk mewakili MSSDJB ke MSSJ.

4.8.3 Pemilihan Pegawai MSSDJB Hoki 2018
Ketua Jurulatih : Dipilih oleh PPDJB & Pengerusi Teknik

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Penolong Jurulatih : Pasukan Johan
Pengurus : Pasukan Naib Johan
Chaperone : Pasukan Tempat Ke – 3

4.8.4 Borang R01/M01 dan R02/M02 perlu dihantar sebelum atau pada 26 Mac
2018 (untuk sekolah rendah) 28 Mac 2018 (untuk sekolah menengah)
bersama-sama dengan bayaran. Nama peserta & no jersi juga perlu dihantar
dalam bentuk soft copy ke alamat email ryan_boolala@yahoo.com (untuk
sekolah rendah) manakala email emyroll79@gmail.com atau
emyroll@smksrirahmatjb.com (untuk sekolah menengah)

4.8.5 Pengerusi memaklumkan sekiranya masih ada pasukan yang ingin menyertai
pertandingan tetapi tidak hadir pada hari ini, maka atas persetujuan mesyuarat
sekolah berkenaan perlu akur jika dimasukkan di dalam mana-mana kumpulan
yang bertanding.

4.8.6 Penggunaan pemain import juga adalah tidak dibenarkan.

Tindakan: Makluman, Semua Guru Penasihat

4.9 PENUTUP
a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyurat.
b) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.25 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

.......................................................... ................................................................
(HAYROL SHAHRIZAD B. MOH SHARIF) (PN. CHUA GUAT LENG)
Setiausaha Sukan GPK Kokurikulum
SMK Sri Rahmat SMK Sri Rahmat
Johor Bahru. Johor Bahru.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00