You are on page 1of 6

LAPORAN KEM LENCANA KEAHLIAN, LENCANA KEPANDAIAN DAN LENCANA

KEMAJUAN KERIS GANGSA PENGAKAP SEKOLAH PERINGKAT SEKOLAH.

Hari pertama (18.08.2016)

Pada pukul 1.30 petang, sebanyak 44 orang ahli Pengakap Kanak-kanak Tahun 4
dan Tahun 5 SJKC Foon Yew 2 telah berkumpul di Dewan SJKC Foon Yew 2 untuk
mendaftarkan diri ke Kem Lencana Keahlian, Lencana Kepandaian dan Lencana Kemajuan
Keris Gangsa Pengakap Sekolah Peringkat Sekolah. Kemudian pada pukul 2.00 petang
Pemimpin Pengakap Sekolah Foon Yew 2, Cik Teo Kwee Kiao telah memberi taklimat kepada
semua peserta kem.

Rajah 1 : Pemimpin Pengakap Sekolah memberi taklimat kepada peserta kem.

Seterusnya, murid-murid menjalani aktiviti “Ice-Breaking” dengan bimbingan


Penolong Pemimpin Khou Jerome dan Heng Kang Chuan. Murid-murid telah menjalankan
permainan secara berkumpulan bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Rajah 2 : Ahli pengakap menjalankan permainan ikut patrol masing-masing.


Rajah 3 : Ahli-ahli pengakap patrol Hijau menjalani aktiviti “Ice-Breaking”

Pada 2.45 petang, semua ahli pengakap telah bergerak ke padang SJKC Foon Yew
2. Penolong pemimpin Khou Jerome dan Heng Kang Chuan telah memberi taklimat kepada
ahli pengakap tentang cara yang betul untuk mendirikan khemah dan menunjukkan
demonstrasi untuk mendirikan khemah. Kemudian, ahli pengakap mendirikan khemah
mengikut sekawan dengan bimbingan fasilitator masing-masing. Seterusnya, murid-murid
menghiaskan khemah dengan kreativiti masing-masing. Pada 3.30 petang, Pn. Lai Bee Eng
telah menjalankan pemeriksaan dan pemarkahan khemah. Semua ahli pengakap bersedia di
depan khemah dan bersiap sedia untuk pemeriksaan khemah. Ketua patrol
bertanggungjawab untuk mengiringi Pn. Lai semasa pelaksaanaan pemeriksaan khemah.

Rajah 4 : Ahli pengakap mendirikan khemah ikut sekawan.


Rajah 5 : Ahli pengakap menghasikan khemah ikut sekawan.

Rajah 6 : Pn. Lai menjalankan penilaian khemah

Rajah 7 : Ketua patrol mengiringi Pn. Lai semasa pelaksanaan penilaian khemah.

Setelah penilainan khemah, ahli pengakap bergerak ke Dewan dengan fasilitator


masing. Penolong pemimpin Khou Jerome memberi taklimat yang ringkas tentang aktiviti
berstesen Lencana Keahlian. Terdapat lima yang berbeza iaitu Persetiaan dan Undang-
undang Pengakap, Lambang pengakap dunia dan Pengakap Malaysia, Laung Agung &
Rukun Negara, Sejarah Pergerakan Pengakap serta Tabik, Hormat, Isyarat Hormat, Cogan
Kata Pengakap dan Cerita Hutan. Ahli pengakap akan pergi stesen secara bergilir-gilir. Setiap
stesen ada seorang penolong pemimpin pengakap yang bertugas. Penolong pemimpin
tersebut akan menyampai ilmu pengetahuan yang berkenaan kepada ahli pengakap. Ahli
pengakap menjalankan aktiviti berstesen dengan bimbingan fasilitator.

Rajah 8 : Stesen Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.

Rajah 9 : Stesen Lambang pengakap dunia dan Pengakap Malaysia


Rajah 10 : Stesen Laung Agung & Rukun Negara, Sejarah Pergerakan Pengakap

Rajah 11 : Stesen Tabik, Hormat, Isyarat Hormat, Cogan Kata Pengakap dan Cerita Hutan.

Rajah 12 : Stesen Sejarah Pergerakan Pengakap


Setelah aktviti berstesen Lencana Keahlian, ahli pengakap telah menikmati makan
malam di kantin. Seterusnya, mereka diberi sejam untuk menguruskan diri dan mengemaskan
bilik. Fasilitator telah membimbing ahli pengakap untuk mengemaskan bilik.

Rajah 13 : Murid mengemaskan bilik.

Pada 8.00 malam, penolong pemimpin Khou Jerome telah memberi taklimat ringkas
tentang Malam Kebudayaan yang akan dilaksanakan pada hari kedua. Kemudian, patrol-
patrol membuat persediaan persembahan malam kebudayaan dalam sekawan masing-
masing di bawab bimbingan fasilitator.

Rajah 14 : Membincang tentang persembahan malam kebudayaan.

Pada 9.00 malam, fasilitator telah menjalani ulang kaji Lencana Keahlian selama
sejam bersama ahli pengakap agar mereka dapat lulus pada ujian Lencana Keahlian yang
akan dijalankan pada hari kedua. Seterusnya, ahli pengakap telah diberikan taklimat yang
ringkas dan padat tentang aktiviti pemeriksaan pagi dan aktiviti hari seterusnya. Kemudian,
ahli pengakap bergerak ke pusat aktiviti untuk menikmati makanan ringan sebelum tidur.
Akhirnya, mereka bergerak ke kelas 5 K dan 5 B untuk menguruskan diri dan tidur.

You might also like