You are on page 1of 2

TUGASAN 2: ULASAN KRITIS

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian bertulis yang dimeterai antara Raja Muda
Abdullah dan Gabenor Negeri-negeri Selat , Sir Andrew Clarke. Perjanjian ini dibuat di atas
kapal HMS Pluto pada 20 Januari 1874. Pada awal tahun 1870-an, negeri Perak berada
dalam keadaan huru-hara akibat konflik antara Raja Abdullah dan Ngah Ibrahim di samping
berlakunya pertelingkahan antara dua pihak kongsi gelap iaitu Ghee Hin dan Hai San
kerana merebut kawasan lombong. Kemelut yang berlaku ini menjejaskan ekonomi di
Negeri Perak dan para pelabur mula risau akan menerima tempias daripada masalah itu.
Mereka mula mendesak British untuk menyelesaikan konflik itu dan melindungi pelaburan
mereka itu. British seolah-olah langkah kanan apabila Raja Abdullah mengirimkan surat ke
Singapura bagi meminta bantuan British menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku di
Perak pada ketika itu. Sir Andrew Clarke yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat
diarahkan untuk mengadakan siasatan dan membuat laporan bagi memastikan kepentingan
mereka di Negeri Perak terjamin. Hasil daripada siasatan dan laporan inilah yang
membolehkan Perjanjian Pangkor 1874 ini dimeterai.

Perjanjian Pangkor jika dilihat pada awalnya sememangnya menguntungkan Raja


Abdullah kerana melalui perjanjian ini, beliau secara rasminya telah dilantik sebagai Sultan
Perak. Namun perjanjian ini sebenarnya merupakan satu helah yang digunakan oleh pihak
British sebagai satu titik permulaan untuk campurtangan mereka dalam sistem
pemerintahan Negeri Perak. Jika dilihat berdasarkan syarat-syarat perjanjian,
kebanyakannya lebih menguntungkan pihak British. Pertama, jika dilihat daripada syarat
yang keenam iaitu Sultan mestilah menyediakan kediaman kepada Residen dan Residen
akan menasihati sultan dalam semua persoalan dan perkara kecuali yang berkaitan dengan
agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Hal ini bermaksud, dalam semua perkara atau
keputusan yang hendak dibuat mestilah berpandukan kepada nasihat Residen. Residen dan
penolong-penolongnya akan menguruskan hal ehwal kewangan negeri dan juga undang-
undang dalam segala aspek. Semua pentadbiran negeri dan pungutan cukai pula
dilaksanakan atas nama sultan seperti yang termaktub dalam syarat yang kelima. Dalam erti
kata lain, Residenlah yang berkuasa untuk mengeluarkan arahan namun dibayangi dengan
kuasa Sultan pada ketika itu kerana penduduk Tanah Melayu sememangnya akur dan tidak
derhaka kepada Sultan. Sultan seolah-olah boneka yang digunakan oleh British bagi
menguasai tampuk pemerintahan Negeri Perak secara diam dan perlahan.

Melalui perjanjian ini juga, British berjaya mengukuhkan lagi peluang ekonomi
mereka di Negeri Perak ini melalui perjanjian ini kerana segala hasil yang diperoleh oleh
Negeri Perak mestilah diberikan kepada Residen dahulu dan kemudiannya barulah untuk
hal-hal lain seperti peruntukan diraja untuk Sultan, Bendahara, Menteri dan Pegawai
kerajaan. Ini bermaksud Residen mestilah didahulukan. Selain itu, perkara yang lebih
menguntungkan British daripada termeterainya perjanjian ini adalah kuasa untuk memungut
cukai. Berdasarkan syarat perjanjian yang kesepuluh iaitu pemungutan dan pengawalan
segala hasil dan pentadbiran am negeri dikawal selia di bawah nasihat Residen. Secara
tidak langsung, syarat yang dipersetujui ini memberikan kelebihan untuk British
mengukuhkan ekonomi mereka di Negeri Perak di samping memonopoli sumber ekonomi
negeri ini secara diam dan perlahan. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan J.W.W Birch,
Residen Perak yang pertama iaitu apabila beliau mahukan segala urusan mengutip cukai
dilakukan oleh pegawai kerajaan negeri atau pegawai Eropah. Malah beliau turut melarang
cukai dalam negeri ini dipungut oleh Sultan dan pembesar-pembesar di Perak seperti yang
dijalankan sebelum ini. Sesiapa yang melanggar perintah ini akan dihukum. Daripada
perkara ini juga dapat dinilai bahawa pihak British sudah mula berkuasa untuk menentukan
undang-undang mengikut kehendak sendiri. Di samping itu, melalui perjanjian ini Residen
mendapat hak untuk menguasai lombong-lombong dan mengambil alih jentera dengan
alasan untuk memulihkan kekacauan yang berlaku pada ketika itu. Bagi peristiwa ini, British
seolah-olah menjadi orang tengah kepada pemimpin Cina yang berkepentingan di Larut
bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Penguasaan Residen ke atas lombong-lombong
dan jentera ini sudah pasti akan memberikan faedah yang besar kepada ekonomi British.

Kesimpulannya, jika dilihat secara umum dengan mata kasar sememangnya


Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 ini memberikan faedah
kepada Negeri Perak kerana dengan termeterainya perjanjian ini, keamanan di Negeri Perak
makin terjamin, kekacauan yang berlaku di Larut dapat diamankan dan sengketa politik di
Negeri Perak ini dapat diselesaikan. Namun, hakikat sebenarnya perjanjian ini adalah
merupakan wadah ataupun cara British untuk mengambil alih sistem politik, sosial dan
ekonomi Negeri Perak secara diam dan perlahan. Malah perkara yang sama turut dilakukan
oleh pihak British terhadap negeri-negeri lain di Tanah Melayu ini. Melalui perjanjian ini,
dapat dilihat British kononnya datang untuk menyelesaikan masalah namun jika diteliti
dengan lebih baik, mereka bertindak sedemikian bukanlah kerana memikirkan nasib atau
kebajikan rakyat Negeri Perak tetapi hanyalah memikirkan kepentingan ekonomi mereka
sendiri. Mereka berminat untuk menghulurkan bantuan kerana sememangnya Perak kaya
dengan hasil bumi yang banyak khususnya bijih timah. Sekiranya Perak tidak mempunyai
kekayaan hasil bumi seperti ini, sudah tentu dari awal lagi British tidak akan memberikan
pertolongan terhadap negeri Perak.