You are on page 1of 4

1.

0 Etika Keguruan

Menurut kamus dewan edisi keempat (2010), etika adalah bermaksud sistem dasar akhlak,
adat atau tingkah laku dan kesusilaan. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik
dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah, dengan tujuan memberi garis panduan
kepada ahli-ahli berkenaan (Sang, 2010). Setiap perlakuan yang dilakukan dalam masyarakat
mestilah mempunyai etika-etika yang telah ditetapkan dan dipersetujui. Guru adalah salah
satu kelompok yang mengamalkan kemahiran profesional. Kemahiran professional adalah
orang yang telah mempunyai sijil bertauliah daripada latihan ikhtisas yang diiktiraf (Sang,
2010). Etika perguruan adalah satu konsep yang bermaksud guru adalah bertanggungjawab
kepada masyarakat, negara, pelajar, rakan sejawat dan juga ibu bapa. Pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan satu garis panduan kepada para guru iaitu
‘Tatasusila Profesion Keguruan’ bagi membolehkan para guru menjaga imej profesionnya.

Antara aspek yang terkandung dalam etika perguruan ialah profesionalisme, integriti,
kejujuran, intelektual, neutraliti, akauntabiliti, berpakaian, berbahasa, pengurusan masa dan
ketetapan waktu dan membuat keputusan. Guru-guru di Malaysia juga mempunyai standard
yang perlu dipatuhi. Standard ini mempunyai tiga konsep utama yang menjadi teras kepada
semua guru di Malaysia.

Konsep yang pertama ialah konsep diri, ia merujuk kepada pegangan nilai diri guru
yang boleh memberi sumbangan kepada profesion keguruan. Contohnya, kepercayaan
kepada tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, berkasih sayang, sabar berbudi bahasa, adil,
bertimbang rasa, daya tahan, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela
dan efisien.

Konsep yang kedua ialah konsep profesion. Ia merujuk pegangan nilai yang patut diamalkan
secara telus oleh guru dalam kerjayanya. Antara nilai yang ditekankan seperti kecintaan
kepada profesion , berketerampilan, kerja berpasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

Di dalam konsep sosial pula, guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana
modal insan dalam masyarakat. Contohnya nilai yang patut guru amalkan ialah keharmonian,
kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

Sebagai seorang guru, matlamat utama falsafah pendidikan Kebangsaan (FPK) perlu
disempurnakan. Bagi meyempurnakan hasrat FPK ini, guru memikul tanggungjawab yang
berat untuk mencurahkan ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah murid. Untuk menjadi
seorang guru yang profesional, seseorang guru itu haruslah menekankan tiga aspek penting
dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah. Seorang guru tidak
boleh mementingkan diri sendiri apabila melibatkan diri dalam profesion keguruan. Seorang
guru bukan sahaja mahir dalam mengajar semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP),
1
tetapi guru juga perlu mempunyai sikap dan tingkah laku serta disiplin diri yang tinggi untuk
dicontohi oleh para pelajar.

Integriti merupakan antara aspek yang terdapat dalam etika guru. Ia membawa
maksud kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan. Sifat integriti perlu disemai
dalam diri guru kerana ia penting bagi menjamin keikhlasan seorang guru semasa
mencurahkan bakti, ketelusan beliau dan menjalankan tugas serta amanah dan berpegang
teguh kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi oleh sesuatu keinginan yang terlarang dan
boleh dipercayai apabila diberi amanah.

Profesion keguruan juga menitik beratkan ciri menepati masa. Menepati masa juga
dicirikan sebagai perbuatan yang merangkumi menepati janji,mengurus masa dan
menggunakan masa dengan sebaik mungkin sepenuhnya. Selain itu, peraturan pakaian guru
di sekolah telah termaktub dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1985 dan Pekeliling
Perkhidmatan Bil 2 Tahun 1985.Sebagai seorang penjawat awam guru mestilah mengikuti
tatacara pemakaian yang sopan dan sesuai ketika di sekolah.

2.0 Tindakan

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh cikgu Zulkifli untuk mengatasi masalah guru-guru
di sekolah beliau yang kurang menghayati etika keguruan, beliau memerlukan sokongan dan
bekerjasama dengan semua pihak di sekolah tersebut.

Sebagai seorang guru disiplin, beliau perlu memberitahu kepada Guru Besar tentang
permasalahan ini sebagai langkah awal. Guru Besar akan mengambil tindakan dengan
memanggil guru-guru penyelaras tahun, guru-guru penolong kanan (GPK) dan juga kaunselor
untut turut bekerjasama bagi membasmi dan membantu para guru di sekolah menghayati
etika keguruan dengan sebaik mungkin.

Langkah pertama yang dapat dilakukan ialah pantau kehadiran para guru di sekolah.
Dengan bantuan Guru Besar dan juga pengawal keselamaatn sekolah, setiap rekod
kehadiran guru perlulah dicatat dan sebarang kelewatan perlu diambil tindakan sama ada
diberi peringatan dan amaran seterusnya tindakan yang lebih tegas. Guru Besar hendaklah
selalu memantau kad perakam waktu, menyelia proses pengajaran dan pembelajarannya di
dalam kelas.

Bagi masalah,datang lewat dan lambat masuk ke kelas,tindakan yang boleh di ambil
ialah, Guru Besar boleh mengadakan Anugerah Kehadiran Guru dan Staff Terbaik setiap
bulan. Anugerah seperti ini,sedikit sebanyak memberi motivasi kepada guru-guru untuk
datang awal ke sekolah.Tindakan yang boleh diambil berkaitan dengan masalah kelewatan
2
masuk ke kelas boleh dicadangkan supaya ketua atau penolong kelas berperanan untuk
mencari dan memanggilnya masuk ke kelas mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Bagi mengelak daripada ketidak hadiran waktu kokurikulum Guru Besar dan GPK
Kokurikulum hendaklah memberi jawatan penting di dalam aktiviti yang di jalankan seperti
jurulatih aktiviti sukan atau kelab sekolah, meminta para guru menjadi penyelaras kepada
sesuatu aktiviti dan diberi penghargaan setelah selesai tugas dijalankan dengan baik dan
jaya. Penghargaan ini boleh berbentuk sijil penghargaan atau kata-kata pujian di dalam
mesyuarat.hal ini juga menimbulkan keseronokan kepada guru apabila program atau aktiviti
yang diselaras olehnya berjaya dan mendapat anugerah. Ini menimbulkan semangat kepada
guru tersebut untuk terus berusaha dan bersungguh-sungguh apabila dia merasakan usaha
yang dilakukan membuah hasil serta dihargai dan dipercayai oleh pihak pentadbir.

Rakan sekerja juga salah satu cara bagaimana untuk membantu para guru
menghayati etika keguruan. Sebagai seorang pekerja, mereka lebih selesa berbincang
bersama rakan sekerja berbanding pegawai atasan mereka. Perasan dan emosi negatif, jika
dipendamkan tanpa dapat disalurkan secara positif akan membuat pegawai mengalami
kemurungan dan kecelaruan fikiran. cikgu Zulkifli boleh menjalankan kerjasama dengan guru
kaunselor untuk mengadakan program bagi membantu guru-guru ini. Pihak kaunselor boleh
membantu guru-guru ini untuk berkongsi sebarang masalah yang dihadapi oleh mereka.
Tindakan seperti itu bukan boleh menyelesaikan masalah guru tersebut, tetapi sekurang nya
guru tersebut telah mempunyai rakan sekerja untuk berkongsi masalahnya. Dengan
perkongsiaan, sekurang-kurang dapat melegakan emosi pegawai tersebut, guru boleh celik
akal, memikirkan penyelesaiaan masalah yang dihadapi.

Selain daripada itu,rakan sejawat boleh selalu bertanya khabar dan boleh ingat
mengingati antara satu sama lain. Realiti, seseorang individu amat memerlukan perhatian
dan kasih sayang.Melalui perhatian dan kasih sayang akan mewujudkan sifat yakin pada diri
dan lebih bersemangat untuk memajukan diri.
Begitu juga dengan masalah pemakaian pakainnya yang agak keterlaluan.Tindakan
yang boeh diambil adalah berpandukan etika perguruan. Cikgu Zulkifli boleh megadakan satu
program yang mendedahkan kepada para guru di sekolah beliau itu dengan cara pemakain
yang betul semasa bertugas.

3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, permasalah guru-guru di sekolah yang kurang menghayati etika peguruan


perlu ditangani dengan berkssan bagi menjamin kestabilan dan disiplin para pelajar. Para
pelajar akan menjadikan para guru sebagai contoh kerana bagi mereka guru-guru adalah
penjaga kedua mereka selepas ibu bapa di rumah.
3
Rujukan

BUHARI, S. N. (2016, August 31). kamigurumalay. Retrieved from


http://kamigurumalay.blogspot.my/2012_08_01_archive.html

fauzi. (2016, September 2). http://mialihsanseitabuk.blogspot.my. Retrieved from


http://mialihsanseitabuk.blogspot.my/2013/03/langkah-menghadapi-guru-tidak-
disiplin.html

http://www.beritasemasa.com. (2016, Ogos 31). Retrieved from


http://www.beritasemasa.com.my/guru-bermasalah-di-sekolah

Sang, M. S. (2010). Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.