You are on page 1of 1

(SEKOLAH AMANAH MALAYSIA)

Ruj.Kami : SK Kjl. 01/07/001Jld.3( )


Tarikh : 28 September 2017

Pegawai,
Klinik Kesihatan Kijal, Kemaman,
Jalan Pantai,
24100 Kijal, Kemaman.

Tuan / Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM KESIHATAN- PASCA UPSR

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sekolah Kebangsaan Kijal ingin menjemput pihak tuan untuk memberikan ceramah
berkaitan Pendedahan Awal Remaja, sempena Program Pasca UPSR seperti butiran berikut:

Tarikh : 12 Oktober 2017 (Khamis)


Tempat : Dewan SK Kijal
Masa : 10.30 pagi – 1.30 tengah hari
Sasaran : Semua murid tahun 6

3. Sehubungan dengan itu, kami dengan rendah hati menjemput pihak tuan untuk
menyampaikan ceramah tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Nik Roslina bt Nik
saud, no. telefon 019-23222327. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“Memperkasakan Transformasi Pendidikan”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………..
(LAZIFAH BINTI MOHD AZIZ)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kijal
Kemaman.

SK KIJAL MEMAJU PENGAJARAN YANG INOVATIF DEMI KEJAYAAN MURID-MURID