You are on page 1of 16

PENGGUNAAN PICTURE BOOK DALAM

PENGUASAAN BAHASA CINA MURID


PRASEKOLAH
BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Membaca merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Kebolehan untuk mengenal perkataan menjadikan kanak-kanak lebih yakin, aktif dan

bertenaga. Kemahairan membaca pada petingkat awal penting supaya kanak-kanak boleh

menjadi pembelajar sepanjang hayat kelak. Kanak-kanak adalah golongan yang paling

cepat mempelajari bahasa. Keupayaan mereka menambah perbendaharaan kata semakin

bertambah setiap hari kerana mereka sentiasa bertanya dan ingin belajar. Apabila

mencapai umur 5 tahun, dianggarkan 10,000 perbendaharaan kata telah terbentuk dalam

diri mereka.Oleh yang demikian, kemahiran membaca pada peringkat awal dapat

mempercepatkan proses penguasaan sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak.

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan asas kepada pembina sesuatu bangsa.

Prasekolah merupakan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah formal.

Ia merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia yang disediakan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membolehkan kanak-kanak yang berumur empat

hingga enam tahun mendapat pendedahan awal sebelum memasuki alam persekolahan

formal. Matlamat pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak

dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap

positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.


Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) menyediakan peluang

kepada murid berumur 4-6 tahun untuk mencapai objektif dari segi intelek, jasmani,

emosi, rohani, dan sosial. Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi

memenuhi keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaraan samada diuruskan oleh

Kementeria Pendidikan mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut

sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dilaksanakan pada

tahun 2010 telah disemak semula bagi memastikan kualiti kurikulum yang dilaksanakan

di prasekolah setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum berasaskan standard

yang diterjemahkan dalam KSPK 2017 yang dihasiklan di bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan

Standard Pentaksiran.. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

mempunyai enam tunjang iaitu, Tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;

Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri.

Tunjang Komunikasai terdiri daripada Balasa Melayu, Bahsa Inggeris, Bahasa

Cina dan Bahsa Tamil. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Tunjang Komunikasi.

Kemahiran bahasa dapat diorganisasikan dalam empat kemahiran iaitu kemahiran

mendengar; kemahiran bertutur; kemahiran membaca; dan kemahiran menulis. Keempat-


empat kemahiran ini adalah penting bagi memperkembangkan komunikasi lisan dan asas

literasi murid untuk pembelajaran mereka seterusnya.

Bahasa Cina merupakan Bahasa Ibunda masyarakat Cina. Ia memainkan peranan

penting dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan merupakan bahasa pengantar

yang digunakan oleh semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia. Oleh itu, kanak-kanak perlu asas Bahasa Cina yang dikuasai oleh

kanak-kanak perlu mencapai tahap tertentu sebelum mereka memasuki alam

persekolahan formal di sekolah rendah nanti.

Standard kandungan dalam KSPK ini akan melengkapkan kanak-kanak dengan

kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Selain itu, ia membantu kanak-kanak membina pengetahuan dan pengalaman baru, dan

membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa Cina dengan betul untuk menyatakan

perasaan, berkongsi pengalaman hidup dan berkomunikasi dengan sopan. Kanak-kanak

dibimbing melalui aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan seperti permainan,

nyanyian, lukisan, kuiz dan bercerita untuk meningkatkan minat kanak-kanak dalam

mempelajari bahasa Cina dan menguatkan penguasaan bahasa mereka. Beberapa huraian

dalam standard kandungan KSPK membaca adalah mengenal perkataan berdasarkan

gambar; mengenal perkataan; mengenal kosa kata baharu melalui bahan pengajaran; dan

membaca ayat mudah.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan(KSPK) telah dibentuk berteraskan

kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penekanan diberi kepada bahasa merentas

semua tunjang kerana penguasaan bahasa amat penting dalam proses pembelajaran.

Penguasaan kemahiran bahasa diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur,


membaca dan menulis. Kecekapan berbahasa akan membantu murid berfikir, memahami

sesuatu konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara

berkesan.

Kesediaan dan kebolehan membaca kanak-kanak amatlah penting untuk

memastikan kanak-kanak prasekolah ini tidak tercicir dalam pembelajaran. Ini

disebabkan semua mata pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina diajar dalam Bahasa

Cina kecuali mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh yang demikian,

guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan mengenai pendidikan awal kanak-kanak,

memahami perkembangan setiap tahap kanak-kanak untuk menggunakan pendekatan dan

strategi pengajaran yang efektif untuk menarik minat dan membantu kanak-kanak

membaca.

Picture book ,绘本(hui ben) dalam Bahasa Cina atau diolah kepada Bahasa

Melayu membawa maksud buku cerita yang mempunyai gambar atau illustrasi. Menurut

Fang Shu Chen dalam bukunya hui ben yue du shi dai, picture book telah digunapakai

sebagai bahan bacaan yang terbaik untuk pendidikan awal kanan-kanak dengan

mencatatkan 70% penggunaannya di kalangan kanak-kanak negara-negara barat.

Picture book bermula pada sekitar tahun 1700-an di Eropah. Pada masa tersebut

kanak-kanak dilihat sebagai satu golongan yang mempunyai keperluannya yang

tersendiri. Syarikat penerbitan mula menerbitkan buku-buku cerita dongeng dan

mendapat sambutan yang memberangsangkan. Sejak itu, penerbitan buku cerita atau

sastera kanak-kanak mula mendapat populariti pada abad kelapan belas dan kesembilan

belas. Pada tahun 1744, John Newberry telah menerbitkan buku Little Pretty Pocket-
Book yang diterbitkan sebagai buku yang pertama yang bertujuan untuk menyemai

keseronakan membaca kanak-kanak. Industri kertas dan percetakan mula berkembang

dengan pesat dan kos percetakan yang semakin menjimatkan menjadikan idustri buku

kanak-kanak berkembang dengan pesatnya pada tahun 1800-an. Picture book mula

mendapat sambutan di Amreika pada tahun 1930-an, Jepun pada 1950-an dan pada 1960-

an di Taiwan. Pada tahun 1990, sejumlah besar buku bergambar diperkenalkan di Taiwan,

menjadikan buku cerita bergambar satu trend untuk warga pendidik dan ibu bapa untuk

membaca bersama anak-anak. Menurut satistik dari sebuah kedai buku atas talian, pada

tahun 2010, kedai tersebut telah mencatakan jualan sebanyak 6.5 Billion RMB, yang satu

perempat daripada hasil jualan itu merupakan hasil jualan buku cerita bergambar.

Kini, Picture Book bukan sahaja terbatas kepada kanak-kanak, malah ia jugu

sesuai untuk orang dewasa. Picture book dapat membawa suatu cerita ke tahap yang lebih

mendalam, membolehkan pembaca mengaitkan cerita dengan hikmah kehidupan untuk

direnungkan. Guru atau waris yang memilih picture book yang sesuai untuk anak-anak

bukan sahaja akan membatu dalam perkembangan literasi, malah ia juga membantu

membentuk rohani dan sosio emosi kanak-kanak.

1.3 Pernyataan Masalah

Murid mengalami masalah tidak mengnal perkataan bahasa cina dan kosakata

mereka terhad. Ini mengakibatkan murid keciciran apabila memasauki tahun 1 yang

memerlukan mereka mempunyai kebolehan untuk membaca. Zainiah Mohamed Isa, dari

Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan

Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam ulasan jurnalnya yang


bertajuk “Kelancaran Membaca Kanak-Kanak Prasekolah” menerangkan kebolehan dan

kelancaran merupakan kemahiran yang penting diperoleh kerana ia merupakan

persediaan kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan diri semasa pada tahun Satu nanti.

Kanak-kanak yang mempunyai asas pembacaan seta boleh membaca ayat-ayat mudah

dengan lancar dan menguasai perbendaharaan kata asas sebelum memasuki Tahun Satu

berada dalam kedudukan yang lebih selesa dan meyakinkan jika dibandingkan dengan

kanak-kanak yang tidak menguasainya .

Kammaruddin (1990) menyatakan bahawa kelemahan murid dalam membaca dan

memahami teks yang dibaca sememangnya menjadi masalah yang besar kepada murid-

murid tersebut. Kelemahan-kelemahan itu boleh menimbulkan pelbagai kesukaran

kepada mereka untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya. Masih terdapat

rungutan dalam kalangan guru arus perdana( guru sekolah rendah) yang mempersoalkan

murid tidak boleh membaca dan memahami teks dengan berkesan.

Murid-murid akan menghadapi masalah pembelajaran apabila sampai ke Tahun

Satu kerana mereka akan menggunakan bahasa cina dalam semua mata pelajaran kecuali

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Murid-murid yang mempunyai tahap penguasaan

bahasa cina yang lemah akan menghadapi kesukaran untuk membaca dan memahami teks

dan seterusnya tercicir. Murid akan hilang minat untuk belajar. Salah satu sebab murid

tidak dapat menguasai kemahiran mengenal perkataan adalah faktor persekitaran dan

pendidikan. Sebagai contoh, persekitaran di rumah dan sekolah yang tidak

menitikberatkan budaya membaca, penggunaan bahan pengajaran yang kurang berkesan

dan tidak dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar.

Menyedari masalah ini, dengan menggunakan pendekatan yang menyeronokkan dan

membina persekitaran membaca dapat membolehkan kanak-kanak menumpukan pengenalan


kosa kata cara yang santai melalui aktiviti-aktiviti bercerita . Aktiviti post bacaan yang

menyeronokkan menarik minat membaca buku kanak-kanak dan secara tidak langsung

memperluaskan penguasaan kosa kata dan kemahiran mengenal perkataan.

Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan harapan dengan menggunakkan picture

book, tahap penguasaan kosa kata dan kemahiran mengenal perkataan kanak-kanak

prasekolah dapat ditingkatkan.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan buku cerita

bergambar(picture book) dalam pengajaran dan pembelajaran terhadap perkembangan

literasi Bahasa Cina murid prasekolah. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengenal

pasti keberkesanan penggunaan picture book dalam aspek mengecam dan menyebut

perkataan Bahasa Cina murid prasekolah.

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan picture book dalam perkembangan

pengenalan kosakata baharu di kalangan murid prasekolah.

2. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan picture book dalam aspek mengecam

dan menyebut perkataan Bahasa Cina murid prasekolah.

1.6 Persoalan Kajian

Secara khususnya, soalan kajian yang dibentuk bagi kajian ini adalah seperti berikut.
a) Sejauh manakah keberkesanan picture book membantu dalam pengenalan

kosakata baharu oleh murid prasekolah.

b) Adakah penggunaan picture book dalam PdP memberi kesan kepada murid

prasekolah dalam aspek mengecam dan menyebut perkataan Bahasa Cina.

1.7 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian meliputi secara keseluruhan pemboleh ubah utama kajian yang

melibatkan kesesuaian pengajaran guru prasekolah mengaplikasikan picture book dalam

perkembangan pengenalan kosakata baharu di kalangan murid prasekolah. Berdasarkan

objektif dan Soalan Kajian 1 (SK1) dan Soalan Kajian 2 (SK2) yang dibentuk, berikut

dibincangkan kerangka konsep kajian ini. Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep yang

mengandungi pemboleh ubah yang dikaji.

Guru Prasekolah

SK 1

Pengenalan Kosa Kata


Baharu

SK2
Pelaksanaan
Pengajaran
Dengan
Picture book

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian


1.8 Definisi Operasional

Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan definisi seperti

berikut:

1.8.1 Pendidikan Prasekolah

Pendidikan prasekolah merupakan satu program yang menyediakan pengalaman

pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4 sehingga 6 tahun sebelum kanak-

kanak ini memasuki alam persekolahan formal iaitu Tahun Satu. Pendidikan prasekolah

menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan mematuhi peraturan-

peraturan pendidikan prasekolah 1996 seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24,

Akta Pendidikan 1996. Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi

murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk

sikap positif di kalangan kanak-kanak. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman

awal yang penting dalam dunia pendidikan. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran

yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan

kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif untuk pembelajaran yang seterusnya.

Kandungan yang dipelajari di peringkat prasekolah pada asasnya merupakan pengetahuan

dan kemahiran asas yang diperlukan murid sebagai persediaan untuk mengikuti

pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak.(Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan, 2016). Dalam kajian ini Prasekolah merujuk kepada Prasekolah SJKC

Serdang.
1.8.2 Buku Cerita Bergambar(picture book)

Menurut Elizabeth Kennedy dalam artikelnya What is a picture book pada 10 Februari

2017, buku cerita bergambar atau lebih dikenali sebagai 绘本 dalam Bahasa cina, picture

book dalam Bahasa Inggeris adalah sebuah buku cerita yang mempunyai banyak illustrasi

yang sesuai untuk bacaan kanak-kanak. Kebanyakan picture book mengandungi 32 muka

surat. Secara amnya, pembaca masih boleh mengetahui jalan cerita berdasarkan

illustrasinya jika tanpa membaca perkataan dan ayat. Picture book berbeza dari buku

cerita berilustrasi (illustrated book) di mana buku cerita berilustrasi memerlukan

sokongan perkataan dan ayat untuk membantu pembaca memahami seluruh jalan cerita.

Teks dan ilustrasi saling bergantungan antara satu sama lain untuk membuat sesebuah

buku cerita bergambar menarik. Terdapat 5 kategori utama untuk buku cerita bergambar

iaitu, buku mainan yang diperbuat daripada bahan seperti kain, plastik lembut dan span

yang sesuai untuk bayi berinteraksi dengan buku (toy books/ board books), buku kanak-

kanak yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak mengenal huruf, nombor, warna,

bentuk dan lain-lain (toddler concept books), buku cerita untuk pembaca awal (early

pictures books) yang mempunyai perkataan dan ayat ringkas serta ilustrasi yang sesuai

dengan cerita. Buku cerita jenis ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur di antara 4-6

tahun di mana pembaca mempunyai kebolehan awal membaca dan boleh membaca

dengan bimbingan yang minimum., buku cerita mudah(easy readers books) adalah buku

cerita yang mempunyai bilangan perkataan yang lebih banyak, mempunyai dialog dan

ayat mudah. Akhirnya, buku bab atau buku transisi (easy chapter/transition books) yang

mempunyai kosa kata yang lebih tinggi dan ayat yang lebih kompleks. Namun, buku

cerita jenis ini mempunyai ilustrasi yang sedikit berbanding dengan jenis buku cerita
bergambar yang lain. Buku cerita ini adalah lanjutan untuk pembaca lanjutan. Pada

dasarnya, buku jenis ini mempunyai bab, dan menyajikan cerita, bahasa dan struktur ayat

yang sederhana. Dalam kajian ini, buku cerita bergambar merujuk kepada early picture

books dan easy readers books.

1.8.3 Tahap Pembaca Awal

Clau(1991) menyatakan bahawa pembaca awal mula mempelajari bagaimana perkataan

berfungsi. Walker(2003) menganggap kanak-kanak pada peringkat pembaca awal ini

memfokuskan kepada ‘textual literacy’ iaitu kemahiran fonemik dan fonetik. Menurut

Fang Shu Zhen dalam bukunya 绘本阅读时代 (hui ben yue du shi dai),tahap dan

kebolehan kanak-kanak membaca boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu 0-2

tahun mempelajari kosa kata melalui interaksi dengan ibu bapa, 2-3 tahun, menamakan

objek sambil menunjuk, 3-6 tahun bahan bacaan berkaitan sastera kanak-kanak,

matematik dan sains, 6-10 tahun, kanak-kanak telah mengenali kosa kata dan perkataan

yang banyak dan memasuki tahap learn to read, belajar untuk membaca. Menurutnya,

pembelajaran bahasa kanak-kanak adalah mempelajari bagaimana untuk membaca.

Membaca seharusnya membawa keseronokan dan apabila kanak-kanak seronok membaca,

dia akan mendapat ilmu pengetahuan yang lebih dan ini mencapai tahap membaca untuk

mendapat pengetahuan read to learn. Dalam kajian ini, pembaca awal merujuk kepada

kanak-kanak prasekolah yang berumur 5-6 tahun.


1.8.4 Perkataan

Perkataan (Kamus Pelajar Edisi Kedua) merujuk kepada kumpulan kata atau apa-apa

yang dikatakan/diucapkan orang iaitu “字” dalam Bahasa Cina.

1.8.5 Kosa kata

Kosa kata (Kamus Dewan Edisi Keempat), merujuk kepada keseluruhan kata dalam

sesuatu bahasa, perbendaharaan kata iaitu “词汇” dalam Bahasa Cina.

1.8.6 Guru Prasekolah

Guru merujuk kepada suatu pekerjaan yang menyampaikan ilmu dan maklumat secara

khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang

berkualiti dan terlatih. Seorang guru perlu mempunyai kemahiran, kebijaksanaan dan

kemampuan untuk menjalankan tugas dengan penuh disiplin, komitmen dan secara penuh

berintegriti. Guru prasekolah merupakan pendidik dan pembimbing yang mendidik

kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Guru prasekolah bertanggungjawab untuk

memberikan rangsangan kepada pembelajaran kanak-kanak sama ada secara langsung

atau tidak. Dalam kajian ini, guru prasekolah ialah guru yang mengajar kanak-kanak 5

dan 6 tahun di prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.


1.9 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan picture book

oleh guru prasekolah dalam PdP terhadap perkembangan pengenalan kosakata baharu di

kalangan murid prasekolah. Kajian ini turut bertujuan untuk menguji kebolehan murid

prasekolah mengecam dan menyebut perkataan Bahasa Cina melalui penggunaan picture

book oleh guru dalam PdP. Kajian ini memberi manfaat kepada guru prasekolah untuk

mengetahui samada picture book sesuai digunakan dalam PdP sebagai satu kaedah untuk

membantu murid prasekolah dalam aspek mengecam dan menyebut perkataan Bahasa

Cina.

Diharapkan dapatan kajian ini dapat memenuhi keperluan pelbagai pihak seperti

Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah, guru, ibu bapa dan murid. Penyelidikan ini

juga diharapkan dapat memberikan idea dan pedagogi baru kepada guru untuk mengajar

kanak-kanak mengenal perkataan. Pihak sekolah kepentingan menggunakan buku cerita

bergambar dalam Pdp. Ibu bapa mengetahui cara-cara untuk mengoptimumkan

penggunaan buku cerita bergambar untuk anak-anak di rumah untuk mingkatkan daya

imaginasi kanak-kanak dan keupayaan pembelajaran, membangunkan kecerdasan emosi

dan IQ. mendapat manafaat dari penggunaan buku cerita bergambar bukan sahaja dari

segi mengenal perkataan dan membaca ayat, malah dari segi sosiol emosi.
1.10 Batasan Kajian

1.10.1 Lokasi kajian

Kajian ini hanya dijalankan di Prasekolah SJKC Serdang. Pengkaji memilih

lokasi tersebut kerana pengkaji ingin mengkaji ia berdekatan dengan tempat tinggal

pengkaji. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan ke seluruh Malaysia.

1.10.2 Sampel Kajian

Tumpuan responden kanak-kanak dalam kajian ini ialah 6 orang kanak-kanak

berusia 5+ tahun. Justeru itu, kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua

kanak-kanak yang berusia 5+ tahun di negara ini.

1.10.3 Masa

Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kajian ini adad 6 bulan. Masa ini

adalah agak singkat untuk pengkaji menbuat kajian secara lebih trperinci. Kajian ini

boleh dijadikan asas kepada skala kajian yang lebih besar.

1.10.4 Bahan

Bahan yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah 4 buah buku cerita

bergambar yang dipilih mengikut kesesuaian umur kanak-kanak prasekolah. Bahan

kajian ini boleh dijadikan asas kepada skala kajian yang lebih besar.
1.11 Rumusan

Bab ini telah membincangkan komponen penting kajian ini termasuk perkara-

perkara asas berkaitan hala tuju kajian ini. Dalam bahagian persoalan kajian, pengkaji

telah menetapkan matlamat yang hendak dicapai di akhir kajian nanti. Dalam bab ini

juga, pengkaji telah menjelaskan tujuan kajian ini dibuat dan juga isu batasan yang

dihadapi ketika menjalankan kajian ini. Akhir sekali, beberapa istilah dan konsep penting

telah diterangkan lagi dalam kajian ini. Bab yang seterusnya membincangkan sorotan

kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan topik kajian ini.