You are on page 1of 9

Jawatankuasa Penaja Persatuan Kembara

SJK (C) Choong Hwa,


Taman Gurun Jaya,
08300 Gurun,
Kedah Darul Aman.

___________________________________________________________________
Ruj Tuan:
Ruj kami : SJK(C)CH/PKR/06/2017 (01)
Tarikh : 26 Jun 2017

Guru Besar,
SJK (C) Choong Hwa,
Taman Gurun Jaya,
08300 Gurun,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN KEMBARA SJK (C) Choong Hwa


Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya Tan Su Tien berdasarkan Peraturan
(4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U. (A) 196, yang berkaitan dengan
Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan
Persatuan Kembara SJK (C) Choong Hwa, Gurun, Kedah mulai 27 Jun 2017.

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukan maklumat-maklumat berikut:


2.1 Draf Perlembagaan (LAMPIRAN 1)
2.2 Draf Aktiviti Asas (LAMPIRAN 2)
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa (LAMPIRAN 3)

3. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan
diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

(TAN SU TIEN)
Guru Penasihat
Jawatankuasa Penaja Persatuan Kembara,
SJK (C) Chong Hwa,
Gurun, Kedah.
LAMPIRAN 1
DRAF PERLEMBAGAAN
Fasal 1: Nama
Persatuan ini dikenali dengan nama Persatuan Kembara atau ringkasnya disebut
sebagai PKR di dalam Perlembagaan ini.

Fasal 2: Alamat dan Tempat Urusan


2.1 Alamat berdaftar Persatuan Kembara ialah di Institusi SJK (C) Choong Hwa,
Taman Gurun Jaya, 08300 Gurun, Kedah.
2.2 Alamat berdaftar ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk
Persatuan terlebih dahulu.

Fasal 3: Definisi
3.1 KEMBARA bermakna merujuk kepada aktiviti yang mempunyai cabaran fizikal
seperti mendaki gunung, terjun udara atau menyertai sukan lasak.
3.2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang wajib diadakan
oleh kelab ini iaitu sekali setahun.
3.3 JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik.
3.4 PEJABAT bermakna alamat urusan Persatuan seperti yang ditetapkan dalam
fasal 2 perlembagaan ini.
3.5 PRESIDEN KELAB bermakna ketua atau pengerusi bagi Jawatankuasa yang
dibentuk melalui Mesyuarat Agung Tahunan persatuan.
3.6 AHLI PERSATUAN bermakna ahli seperti yang disebutkan dalam fasal 6
perlembagaan ini.

Fasal 4: Objektif dan Matlamat


4.1 Mengadakan aktiviti ke arah mendekatkan ahli-ahli dalam bidang penerokaan
alam semula jadi.
4.2 Memberi peluang kepada ahli-ahli mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang
penerokaan dan pengembaraan, disiplin diri, keyakinan dan sebagainya.
4.3 Menjalankan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi dan lain-lain aktiviti yang boleh
memberi manfaat kepada ahli.
4.4 Menanam dan menyemarakkan semangat dan keinginan mengembara di
kalangan generasi muda.
Fasal 5 : Keahlian
5.1 Terdiri daripada murid-murid Tahun 3 hingga 6 SJK (C) Choong Hwa;
a. Bersetuju mematuhi syarat-syarat keahlian serta perlembagaan persatuan ini;
b. Bertanggungjawab menjaga dan menaikkan nama persatuan dengan
i. Mengambil bahagian di dalam semua mesyuarat agung Persatuan.
ii. Mengundi dalam semua perkara di dalam mesyuarat Persatuan.
iii. Memegang sebarang jawatan yang ditetapkan dalam mesyuarat agung dan
mesyuarat Jawatankuasa.
iv. Menyertai dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang diadakan.

Fasal 6: Yuran Keahlian


6.1 Bayaran masuk keahlian tidak perlu dibayar.
6.2 Yuran-yuran khas daripada ahli-ahli untuk aktiviti-aktiviti yang tertentu boleh
dijalankan dengan persetujuan mesyuarat jawatankuasa.

Fasal 7: Pemberhentian Dan Permecatan


7.1 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang persatuan atau
bertindak dengan cara yang boleh mencemarkan nama baik persatuan boleh
dipecat atau digantung keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang
difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa.
7.2 Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu
hendaklah diberitahu sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan
secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan
membela diri.

Fasal 8 : Tindakan Disiplin


8.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
i. Amaran lisan
ii. Amaran bertulis
iii. Gantung keahlian
iv. Pecat keahlian
8.2 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian.
8.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan penasihat
adalah muktamad.

Fasal 9 : Kehadiran/Penyertaan
9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh
persatuan sepanjang semester ini.
9.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan
hak-hak keahlian persatuan.

Fasal 10 : Penasihat
10.1 Jawatankuasa Induk Persatuan boleh juga melantik orang-orang yang layak
menjadi penasihat bagi Persatuan ini, sekiranya perlu.
10.2 Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah Gerko di IPG Kampus Sultan
Abdul Halim.
10.3 Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau
membatalkan sesuatu aktiviti bagi pihak Persatuan apabila difikirkan perlu.

Fasal 11 : Ahli Jawatankuasa


11.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
11.2 Pemilihan AJK secara undian.
11.3 AJK Persatuan hendaklah terdiri:
i. Seorang Pengerusi
ii. Seorang Naib pengerusi
iii. Seorang Setiausaha
iv. Seorang Bendahari
v. Ajk-Ajk jawatankuasa kecil

FASAL 12: Kewajipan-Kewajipan Jawatankuasa


12.1 Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.
12.2 Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa
ketiadaanya.
12.3 Setiausaha bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan
meyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku
kewangan. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat
catatan mesyuarat.
12.4 Bendahari adalah bertangungjawab berkenaan semua hal kewangan
persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
perkara kewangan dan bertangungjawab di atas ketepatannya.
12.5 Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam
menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 13: Kewangan


13.1 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM2000.00
pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan
ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah
di atas nama persatuan.
13.2 Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira persatuan
hendaklah ditandatangan bersama oleh Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha
maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai
pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang
persatuan.
13.3 Perbelanjaan yang lebih daripada RM10000.00 bagi sesuatu masa tidak boleh
dibayar dengan tidak diluluskan dahulu oleh Jawatankuasa. Perbelanjaan yang
kurang daripada RM10000.00 bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh
Pengerusi bersama Bendahari atau Setiausaha.

FASAL 14: Pindaan Perlembagaan


14.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
14.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli jawatankuasa atau
penasihat secara bertulis.
14.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh penasihat dan ahli jawatankuasa
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
14.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
ketua Kokurikulum.
FASAL 15: Pembubaran
15.1 Pembubaran ini boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada
2/3 ahli yang hadir yang berhak mengundi di Mesyuarat Agung Perwakilan atau
dalam suatu mesyuarat khas yang diadakan untuk tujuan tersebut.
15.2 Sekiranya pembubaran Persatuan ini berlaku seperti di atas, cara
menyelesaikan perkara-perkara berkaitan hutang dan baki wang yang tinggal
terpulanglah kepada Mesyuarat Agung Perwakilan untuk menentukan.
LAMPIRAN 2
DRAF AKTIVITI ASAS

1. Ekspedisi kembara ke Taman Negara Pahang


2. Ekspedisi kembara ke Pulau Tioman
3. Zoombie – Run
4. Program Kayak
5. Program Flying Fox
6. Mendaki Gunung Jerai, Gurun
7. Aktiviti bungee jump
8. Kursus Pembacaan Kompas
9. Kembara Lasak Pulau Langkawi
LAMPIRAN 3
SENARAI JAWATANKUASA

Guru Penasihat : Tan Su Tien

Pengerusi : Ong Chia Ying

Naib Pengerusi : Vung Ja Yee

Setiausaha : Tie In Ling

Naib Setiausaha : Ong Lih Harn

Bendahari : Leong Mung Ting

Naib Bendahari : Wong Sue Sue

AHLI JAWATANKUASA LAIN :

AJK Pengangkutan : Joanne Sim Sing Rui

AJK Program : Jong Suk Joo

AJK Makanan : Chin Yee Mei

AJK Penginapan : Lee Sin Nee

AJK Dokumentasi : Tan Xiao Xuan

AJK Fotografi : Teh Yi Cheng

AJK Peralatan : Woon Qin Huan