Isi Kandungan 1.0 Pengenalan Dialek Daerah dan Sosial 1.1 1.2 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.

0 Dialek Daerah Dialek Sosial

Matlamat dan Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu di Malaysia Fonetik dan Fonologi Dalam Bahasa Melayu Baku Simbol Fonetik Dalam Bahasa Melayu Transkripsi Bahan Rakaman Transkripsi Dialek Kelantan Transkripsi Bahasa Baku Refleksi Kendiri Lampiran Bibliografi

1.0

Pengenalan Dialek Daerah dan Sosial

Dialek merupakan variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah komuniti bahasa. Dialek memiliki bentuk yang tertentu, serta dituturkan dalam sesuatu kawasan yang tertentu atau dalam suatu kumpulan penutur yang tertentu. Keadaannya seakan berbeza daripada bentuk bahasa yang standart dari segi sebutan, perbendaharaan kata dan tatabahasa. Walaupunbegitu, perbezaan itu tidak besar sehingga ia boleh dianggap sebagai suatu bahasa. Dialek terbahagi kepada dua bahagian, iaitu dialek daerah dan dialek sosial. Halliday(1968) telah menjelaskan bahawa jenis bahasa berdasarkan dua aspek, iaitu aspek penggunaandan pengguna. Pendekatan yang dilakukan dengan menekankan penggunaan, lebih dikenali dengan sifat sosial manakala pendekatan yang mementingkan pengguna dikatakan berdasarkan daerah tertentu. Melalui pendekatan yang dilakukan ini, Halliday telah menghasilkan dua bahagian atau jenis bahasa, iaitu dialek bagi pendekatan daerah dan laras atau dialek sosial bagi pendekatan yang memiliki sifat sosial. Rajah 1 di bawh akan menjelaskan kenyataan ini:

Pengguna (dialek *berdasarkan daerah*)

Penggunaan (laras/dialek sosial*berdasarkan fakta sosial*)

Bahasa

Rajah 1

Selaan yang dikatakan membawa maksud ciri-ciri fotografi seperti prairan. Bagi faktor politik pula ia telah membahagi-bahagikan negara ini kepada unit-unit politik kepada yang lebih kecil sehingga terjadinya negeri Terengganu. Pahang. Manakala melalui faktor persekitaran pergaulan pula. Terdapat juga pada tempat-tempat tertentu yang memiliki kawasan selaan yang ditempati oleh bahasa-bahasa orang asli dan ini kebanyakkannya terdapat dala kwasan pedalaman. persekitaran pergaulan. Faktor keadaan geografi dapat didefinisikan sebagai sesuatu selaan yang mengganggu suatu dialek. mungkin seseorang itu memiliki asas yang berbeza dengan dialek pertuturan di persekitaran geografinya kerana ia ditentukan oleh faktor pergaulan sahaja. Johor. dan Melaka. Bagi kawasan Semenanjung Malaysia merupakan kawasan bahasa Melayu yang pada amnya memperlihatkan kawasan-kawasan dialek Mleayu yang saling berkatan antara satu sama lain. Kelantan. Kedah. Perlis. pendekatan dialek-dialek ini biasanya memiliki lebih banyak persamaannya daripada yang terletak berjauhan. Contohnya. Dalam satu daerah yang luas. dan faktor politik. Pulau Pinang.1 Dialek Daerah Perbezan dapat dilihat melalui satu dialek dengan dialek yang lain. Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya pertumbuhan dialek-dialek tempatan. gunung dan sebagainya. . Dapat dilihat juga perbezaan yang besar sehingga sukar bagi penutur untuk memahami sesuatu dialek yang dituturkan antara satu sama lain. terutamanya bagi dialek Kelantan dan Johor.1. Negeri Sembilan. bukit. dapat dilihat apabila seseorang itu menuturkan dialek Kelantan dan bukan dialek Kedah yang menjadi dialek asas penutur itu disebabkan oleh persekitaran kekeluargaan dan pergaulannya. Perbezaan dialek ini berlaku adalah disebabkan oleh faktor-faktor yang wujud iaitu keadaan geografi. Selangor.

Malah. gangguan. Terdapat beberapa aspek yang mempengaruhi pemilihan dan penggunaan sesuatu dilek sosial iaitu hubungan sosial dan peribadi.0 Matlamat dan Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu di Malaysia 2. taraf pendidikan. Variasivariasi yang dipilih dalam laras bahasa digunakan di dalam situasi-situasi tertentu dalam kehidupan seharian. iaitu variasi bahasa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa berkenaan. latar belakang keluarga dan tempat tinggal.dan sikap penutur.1 Latar Belakang Bahasa Melayu baku merupakan bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya iaitu betul tatabahasnya. Maklumat yang termuat dalam Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu ini berdasarkan kepada dokumen-dokumen pedoman sebutan baku bahasa Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.2 Dialek Sosial Dialek sosial juga disebut sebagai ³register´ atau ³laras bahasa´. 1. khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut : . penggunaan katanya.Kewujudan dialek-dialek tempatan di kawasan Semenanjung Malaysia sebenarnya merupakan kepelbagaian daripada bahasa Melayu. cara penyampaian. dalam satu-satu dialek tempatan. kedudukan sosial. Kesemua kelainan yang berlaku ini disebiut dialek tetapi penuturnya masih dapat memahami pertuturan yang berlaku antara satu sama lain. sebutannya dan bahasanya. betul ejaannya. 2. aspek-aspek linguistik. iaitu kelainan dari segi pengucapan yang disebabkan oleh perbezaan individu dan kelainan stilistik. Hal ini berlaku kerana terdapat perbezaan konteks. betul istilahnya. bahan yang diperkatakan. sebenarnya ia memiliki ideolak.

1998. Pindaan dan Peluasan 1995). iaitu yang telah termaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 ( Disemak 1978. iii. Untuk memantapkan struktur dalaman dan sistem bahasa Melayu. . Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku di kalangan semua pengguna bahasa Melayu. 1994. dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebagsaan.´ 2. Secara khususnya. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. sistem ejaan dan kosa kata. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. iii.i. ia adalah bertujuan untuk mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaa dialek setempat dalam pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah. Terdapat beberapa objektif yang dicatatkan sebagai tujuan-tujuan Lembaga Pengelola DBP mengenai perkara ini iaitu ³ untuk membakukan ejaan dan sebutan. 1991. Matlamat pembakuan sebutan dalam bahasa Melayu adalah untuk tujuan penyeragaman. ii. Secara khususnya. Dewan Bahasa Dan Pustaka. ii. Dewan Bahasa Dan Pustaka.2 Matlamat Pembakuan Sebutan Bahasa Melayu. ia bertujuan : i. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Untuk mewujudkan satu kepelbagaian sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi rasmi. iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa. laras bahasa. Perancangan mengenai pembakuan sebutan bahasa Melayu menjadi salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. iv.

Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar-pakar bahasa sekitar tahun 1987. Kementerian Pendidikan Malaysia. iii. Beberapa kegiatan yang diperturunkan adalah : i. Siri bengkel sebutan baku 1987 antara Persatuan Linguistik Malaysia dan DBP. Beberapa bengkel diadakan sehingga akhir tahun 1987. Ia dilaksanakan berdasarkan arahan ³ Pekeliling Ikhtisas Bil. Oleh itu. ii. pelaksanaan mengenai sebutan baku bahasa Melayu di seluruh negara memerlukan masa yang lama. PLM. Kegiatan kajian mengenai sistem fonologi dialek dan bahasa Melayu yang diadakan sejak tahun 1980-an lagi. II/ 1988: Pelaksanaan Sebutan Baku Ejaan Rumi Bahasa Malaysia di Sekolah-sekolah´ yang bertarikh pada 2 April 1988 yang dikeluarkan oleh Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah. Selain itu. Penggunaan sebutan baku di sector pendidikan di Malaysia telah dilaksanakan pada dua penggal tahun 1988. iv.2. Punca utama ialah kebiasaan sebutan lama yang sukar hendak diubah kepada sistem baharu. Perumusan mengenai pedoman sebutan baku bahasa Melayu dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum. . Kementerian Pendidikan Malaysia serta pakar-pakar bahasa. perancangan dalam pembakuannya di Malaysia dilaksanakan selepas memantapkan aspek-aspek bahasa yang lain.3 Masalah Sebutan Kekangan sebutan disifatkan sebagai kekangan yang merumitkan. Mengadakan penyelidikan melalui beberapa seminar dan bengkel sejak awal Rancangan Malaysia Keempat 1981.

serta fungsinya dalam ayat. . Sebutan Kata : Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata. sama ada kata dasar atau kata terbitan. setiap huruf dalam ejaan Rumi hendaklah dilafazkan dengan jelas menurt nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya. Intonansi : Ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendahnya sewaktu berbicara.2. ii. temu duga ucapan dalam upacara rasmi dan wawancara. Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan oleh [pegawai pensyarah. iv. iaitu penyukuan kata dan sebutan menurut pelambangan huruf. pelajar dan guru. perbahasan. seperti mesyuarat rasmi. Ucapan pada khalayak ramai seperti pidato. ii. dan hendaklah berdasarkan bentuk ayat atau kalimat dan jenis dalam bahasa Melayu serta keprihatinan keadaan yang berkenaan. Sebagai garis panduan umum tentang sebutan baku bahasa Melayu . Sebutan Huruf : Pada asasnya. iii. Segala urusan yang ditakrifkan sebagai rasmi termasuklah: i. ceramah. perhatian perlu diberikan kepada ciri-ciri sebutan yang berikut : i.4 Sebutan Baku Merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu 1996: 46 telah mentakrifkan sebutan baku sebagai sebutan yang digunakan dalam situasi rasmi. kuliah dan pengumuman. ulasan. 2. iii. Komunikasi rasmi dan perbincangan di sector awam. Siaran melalui media elektronik seperti pembacaan berita.5 Dasar Sebutan Baku Penetapan dasar umum sebutan baku bagi kata bahasa Melayu perlulah berdasarkan ejaan. dan pengacaraan sesuatu majlis.

Bunyi yang dikeluarkan dalam bentuk ujaran itu berlaku secara berterusan iaitu berentetan. antara aspek yang mendapat perhatian utama ialah konsep bunyi. Bunyi bahasa telah disusun mengikut sistem dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis penggunaan sistem ini.1 Konsep Bunyi Melalui bidang fonologi. Menggunakan alat-alat ujaran. Tetapi. Bidang fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia serta memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. bersin.2 Sistem Bunyi Bahasa Melayu Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan. batuk dan berdehem hanya bunyi semata-mata dan tidak dikenali sebagai bunyi bahasa. bunyi-bunyi tersebut dianggap terpisah menjadi unit-unit kecil yang dikenali sebagai bunyi penggalan atau fon. [a]. dan [w]. Contohnya. sistem tulisan dan suku kata. manusia cuba untuk menghasilkan bunyi yang bermakna. Bunyi-bunyi yang dihasilkan untuk tujuan pertuturan dikenali sebagai bunyi bahasa. bagi tujuan kajian. fonetik pendengaran dan fonetik artikulasi. 3. pengetahuan seseorang yang pengguna bahasa perlulah mempunyai lazimnya mendalam tentangnya. Kajian bunyi . Pengkajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang iaitu fonetik akustik. 3.0 Fonetik dan Fonologi Dalam Bahasa Melayu Baku Fonologi telah didefinisikan sebagai satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bunyi bahasa tersebut. Melalui keadaan udara yang terkeluar dari paru-paru menerusi alat-alat ujaran telah menghasilkan bunyi-bunyi. manusia menghasilkan bunyi. Pembahagian dalam bidang fonologi terbahagi kepada dua cabang iaitu fonemik dan fonetik. contohnya bunyi [p]. Dalam pertuturan.3.

19. iaitu fonetik dan fonologi. 16. dalam sesuatu 1. 2. 4. 14. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi bahasa. 13. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.terbahagi kepada dua bidang. 20. 9. Tengah lidah Belakang lidah Akar lidah Epiglotis Pita suara Rongga tekak Rongga Hidung Rongga mulut Rahang Tenggorok . 3. Bibir atas Bibir bawah Gigi atas Gigi bawah Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Hujung lidah Hadapan lidah 11. 8.3 Alat Pertuturan dan Bunyinya. 10. 3. 15. 17. 12. 5. 7. 18. 6.

tengah dan belakang. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bahagian hadapan lidah. hadapan lidah. tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal. iaitu bunyi vokal hadapan. iaitu hujung lidah. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. tengah lidah.4 FUNGSI ALAT PERTUTURAN Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa.3. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. . Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. dan belakang lidah. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Lidah terbahagi kepada empat bahagian.

.Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan. rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup. Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian.

Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah. keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut: .5 JENIS-JENIS BUNYI Bunyi Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan.3.

Terbahagi kepada empat bahagian fon vokal hadapan.3.6 PENGHASILAN BUNYI VOKAL 3. vokal depan separuh luas [ ] vokal depan sempit [i] .1 Vokal Depan vokal depan luas [a] vokal depan separuh sempit [e] Vokal depan ialah bunyi vokal yang mana lidah ditempatkan di hadapan sekali dalam mulut tanpa mengahsilkan penjerutan yang akan menghasilkan konsonan.6.

Vokal Belakang terbahagi kepada empat bahagian.3. Vokal Belakang Sempit [u] Vokal Belakang Separuh Sempit [o] .2 Vokal Belakang Vokal Belakang Luas [ ] Vokal Belakang Separuh Luas [ ] Vokal belakang ialah sejenis bunyi vokal yang mana lidah ditempatkan di belakang sekali dalam mulut tanpa menghasilkan penjerutan yang akan menghasilkan konsonan.6.

Contoh: tauke. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i). landai. bendi. Contoh: anak. anting. gesek. gerek Vokal Depan Luas ( a) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini. sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. titik. siapa. depan lidah diturunkan serendahrendahnya. halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. dan (e). Contoh: bilik. Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras. tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i).Vokal Depan Sempit (i) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini. takat . Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Bibir berada dalam keadaan terhampat. ipar. Udara dari paruparu melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan. jari. elok Vokal Depan Separuh Luas Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). cari Vokal Depan Separuh Sempit (e) Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan. pandai. Contoh: kole. tauge. gelek.

polo. manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. tetapi tidak menutup ruang aliran udara. undang. kenduri. gerai . toko.Vokal Belakang Sempit (u) Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas. Vokal Tengah Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. solo. ulang Vokal Separuh Sempit ( o ) Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. udang. empat. Contoh: ubat. Keadaan bibir pula dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: enam. ulat. Contoh: obor. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit. orang Vokal Belakang Separuh Luas Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan.

oi au .7 DIFTONG ai Diftong adalah vokal ganda.3. Diftong bermaksud rentetan 2 vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas dan mempunyai sati kemuncak kelantangan.

(au): c. Terdapat 3 jenis diftong. silau. sungai. gulai. surau. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. landai lampau. salai. (oi): sampai. cuai. adoi. (ai): b. a. . dodoi. sepoi.Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. pukau amboi. boikot. garau. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal.

0 Lambang Bunyi Vokal Lambang Bunyi Huruf Contoh [a] a saya [e] e [E] leher beg [e] e segera [i] i gigi [o] o [O] tolong kos [u] u guru [~] ~ bunyi sengau .4.

5.0 Lambang Bunyi Konsonan Lambang Bunyi [p] [b] [t] [d] [k] [ ] [ ] [q] Huruf p b t d k Contoh lapan bab tatap dada kaki layak nikmat kadi .

6.0 Transkripsi Bahan Rakaman .

7.0 Transkripsi Dialek Kelantan .

0 Transkripsi Bahasa Baku Mengikut setengah kajian. Dari sini permainan makyong dipelajari oleh orang Kelantan dan terus berkembang di negeri itu. apabila berlaku peperangan di Sumatera. Pinang itu telah dicari oleh pengasuh yang didapati di dalam lautan . salah seorang raja yang tewas akan melarikan diri. Asal Usul Dewa Muda Dewa Muda telah dilahirkan setelah isteri Raja Jawa iaitu Tuan Puteri Selindung Bulan memakan pinang yang diidamkan olehnya.8. Setiap kali raja hendak bermesyuarat terlebih dahulu dipersembahkan permainan makyong ini. makyong ini berasal dari Sumatera dan amat popular sebagai permainan di dalam istana dan diasaskan oleh orang Batak. Oleh kerana itulah dalam hikayat makyong selalu disebut µMaharaja Batak¶ dan sebagainya yang ada kaitan dengan nama-nama kaum di Sumatera. Rombongan itu telah mendarat di Terengganu iaitu di padang Raja. Sejarah Makyong memang panjang tetapi wajarlah disebut di sini. Permainan makyong adalah permainan istana. sebab itulah tempat itu dipanggil Padang Raja. Dalam rombongan itu ada pemain makyong dan pasukannya.

Di tempat inilah Dewa Muda telah disudi oleh Tuan Puteri Rakna Mas yang mengakibatkan Dewa Muda telah terkena jeratnya sendiri yang dipasang semasa memburu kijang. ayahandanya berlembut hati juga untuk memberikannya wau itu. beliau telah mendapat satu alamat mimpi di mana di dalam mimpinya ia berjumpa dengan seorang tua yang menyuruh beliau mengikutnya ke suatu tempat yang tertentu. maka ia akan mendapat bahaya. Dewa Muda sekali lagi disudi oleh Tuan Putera Rakna Mas semasa Dewa Muda hendak meminum air di kolam mengakibatkan Dewa Muda terpaksa mengikut semua kata-kata yang ditulis oleh Tuan Puteri Rakna Mas di atas kelopak bunga. Tuan Puteri Rakna Maslah yang merawat Dewa Muda dan apabila sembuh mereka berdua pun berkahwin. Semasa sakit. Kalau Dewa Muda tidak mahu mengikutnya. Di situ Dewa Muda telah mendirikan sebuah istana yang dinamakan Istana Kedil yang hanya didiami oleh Dewa Muda dan seorang pengasuhnya. Oleh sebab itu Dewa Muda telah tersesat di dalam hutan. . Akhirnya dengan pujukan dari Dewa Muda. Dewa Muda ingin membunuh diri apabila ayahandanya tidak mahu memberikannya wau kerana wau itu dapat melepaskan niat Dewa Muda.Cerita Dewa Muda Sesudah Dewa Muda dewasa.yang mana buah pinang ini hanya sebelahsahaja. Dewa Muda mengikut alamat di dalam mimpinya walaupun ia telah di larang oleh ayahandanya. Lalu pergilah Dewa Muda kepada Tuan Puteri Rakna Mas untuk menunaikan hajatnya.

Kebetulan saya berasal daripada negeri Terengganu.0 Refleksi Kendiri Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. tetapi saya sempat untuk berubah fikiran untuk melakukan kajian mengenai dialek Kelantan. Pada pertama kali mendapat tugasan. Hanya beberapa perkataan dalam dialek Kelantan sahaja yang tidak saya fahami. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru pembimbing yang banyak membantu serta memberikan pandangan kepada saya mengenai tugasan yang perlu disempurnakan. saya bercadang untuk melakukan kajian mengenai dialek Kedah. terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke atas hadrat Ilahi kerana dengan kurniaNya saya dapat menyempurnakan tugasan BMM 3108 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Terima tak terhingga kepada Puan Siti Aminah Bt Mamat kerana sudi untuk meluangkan sedikit masa berkongsi pengalaman dan dan menyumbangkan sedikit tenaga dan masa untuk melakukan rakaman cerita lisan mengenai Mak Yong serta sejarahnya. sedikit sebanyak saya dapat memahami dialek yang telah dipertuturkan oleh pencerita. . Negeri-negeri Pantai Timur lebih terkenal dengan cerita rakyat yang menarik serta unik.9.

Selain itu juga. Selain itu. . akhirnya proses pemilihan individu berjalan dengan lancar. saya turut menghadapi sedikit masalah kekangan masa kerana tugasan subjek lain serta penglibatan dalam aktiviti institut. Penemuan bahan-bahan rujukan dalam majalah Jurnal Dewan Bahasa dan beberapa rujukan yang lain sedikit sebnyak membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini.Akhir sekali. terima kasih.Dalam tugasan yang diterima ini. Tugasan ini. adalah berkaitan dengan analisis mengenai matlamat serta pelaksanaan mengenai sebutan baku bahasa Melayu selian menyediakan folio serta menganalisis dua dialek bahasa Melayu yang berbeza dari aspek fonetik dan fonologi dialek serta melakukan satu rakaman secara audio-visual cerita prosa klasik masyarakat Melayu lama dan melakukan analisis bahan rakaman yang telah diperolehi serta melakukan proses transkripsi. Hanya terdapat sedikit kelemahan yang dapat saya kesan sepanjang melakukan tugasan ini. Tugasan yang dilakukan pada mulanya kelihaan agak sukar kerana ketiadaan individu untuk ditemuramah. Tugasan yang dilakukan ini sebenarnya menguji pengetahuan serta ilmu yang saya perolehi sebelum ini supaya dapat diaplikasikan ke dalam kehidupan masyarakat serta memperkenalkan kepada generasi baru mengenai variasi dialek yang diperolehi oleh kita. Masalah pemilihan individu berlaku dalam masa seminggu selepas penerimaan tugasan. kerjasama pencerita kepada tugasan ini serta sikap tidak kedekut ilmunya melancarkan lagi tugasan yang saya terima. terdapat beberapa kelemahan dan juga kekuatan yang telah dikesan. diucapkan sekali lagi kepada kepada beberapa pihak yang banyak membantu saya dalam menjayakan tugasan ini. Kekuatan dalam tugasan yang diterima ini adalah kemudahan dalam memperolehi bahan-bahan rujukan di perpustakaan. Kemudahan makalah yang diperolehi lebih banyak tertumpu kepada cara bagaimana untuk mentranskripsi dialek Kelantan dan juga makalah yang menyentuh bahagian Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu Baku. Sekian.

............. .0 Lampiran ..Disedikan oleh............. (Siti Fazeera Najmie Binti Mohd Faezul) PISMP Unit G3 Semester 4........... 10....

0 Bibliografi .11.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful