You are on page 1of 4

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, ALHAMDULILAH HIRABBI AALAMIN ASSOLATUASOLAMUALA ASRAFI

AMBIAIWALMURSALIN WAALAALIHI WASAHBIHIAJMAIN.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Dihormat

TUAN HAJI SHAMSULKAMAL BIN RAHMAN ( KETUA UNIT PPDA JPNS)

TUAN JAMAL ABD NASIR BIN KAMAL (PENYELIA PPDA)

TUAN HAJI IBRAHIM BIN ___________________ YDP PIBG SMK DUSAJ

Yang Berusaha TN NORAZMAN BIN MOHD AMIN, Pengetua SMK DATO’ UNDANG SYED ALI AL-JUFRI.

Yang Berusaha EN RAHMAN BIN MOHAMMAD, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, PN MAZNI BINTI
MOHAMAD ISA, Guru Pen. Kanan Kokurikulum, Ketua-Ketua Bidang, guru-guru, para pengawas sekolah,
serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Sekali lagi, dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berhimpun
dalam MAJLIS PELANCARAN BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH & JENAYAH SERTA PROGRAM
MENTOR MENTEE BAGI TAHUN 2016 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ UNDANG SYED ALI AL-
JUFRI INI.

Program ini dirangka khusus untuk mencegahnya penularan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar,
mencegah berlakunya jenayah di sekolah dan memantapkan tahap kesedaran betapa pentngnya
kesihatan diri di kalangan warga sekolah dan membimbing pelajar dalam membuat keputusan

Para hadirin sekalian,

SUDILAH TUAN JALAN BERLAPAN,


JALAN BERLAPAN DI MALAM KELAM,
SUDILAH TUAN BERI UCAPAN,
KATA ALUAN PEMANIS KALAM.
Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Berusaha Tn NORAZMAN BIN MOHD AMIN, Pengetua SMK DATO’ UNDANG SYED ALI AL-JUFRI untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan …

(ucapan aluan Pengetua)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Kini, tbalah masa yang ditunggu-tunggu, majlis mempersilakan

Tn Haji Ibrahim YDP PIBG SMKDUSAJ untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan MAJLIS
PELANCARAN BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH & JENAYAH SERTA PROGRAM MENTOR
MENTEE BAGI TAHUN 2016 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ UNDANG SYED ALI AL-JUFRI INI.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan …

(ucapan perasmian)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang dihormat Tn Hj Ibrahim atas ucapan dan
perasmian MAJLIS PELANCARAN BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH & JENAYAH SERTA
PROGRAM MENTOR MENTEE BAGI TAHUN 2016 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ UNDANG
SYED ALI AL-JUFRI INI.

Hadirin, hadirat yang dimuliakan ...

Majlis diteruskan dengan program mentor mentee. Semua guru telah diberi tanggungjawab untuk
menerima dan membimbing setap kelas dan dijadikan sebagai anak angkat masing-masing.. Untuk itu,
majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha Tn Norazman bin Mohd Amin bagi mengiringi Yang
Dihormat YDP PIBG Tn Hj Ibrahim

bagi menyempurnakannya.

Dengan segala hormatnya dipersilakan …


(IKUT SENARAI DALAM BUKU PROGRAM)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Ibrahim kerana sudi menyempurnakan majlis
penyerahan watkah mentor mentee itu tadi.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En Rahman bin Mohamad, Guru Pen.
Kanan Hal-Ehwal Murid untuk mengiringi Yang Berusaha Tn Norazman bin Mohd Amin, Pengetua SMK
Dato’ Undang Syed Ali Al-Jufri, untuk menyampaikan cenderamata kepada perasmi.

Dengan segala hormatnya dipersilakan………..

Seterusnya, majlis dengan berbesar hat mempersilakan Yang Dihormat Tn Hj Ibrahim YDP PIBG
SMKDUSAJ untuk menerima cenderamata.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan…………

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar
tadi…..

Demikianlah tadi berakhirnya MAJLIS PELANCARAN BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH &
JENAYAH SERTA PROGRAM MENTOR MENTEE BAGI TAHUN 2016 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
DATO’ UNDANG SYED ALI AL-JUFRI INI. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin kerana
sudi hadir ke majlis pada pagi ini.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Norazman bin Mohd Amin, Pengetua SMK Dato’
Undang Syed Ali Al-Jufri, mengiringi tetamu jemputan untuk menikmat jamuan ringan yang disediakan
di kantn sekolah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan …

Melat kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon jat,


Sampai sudah ke penghujung acara,

Tahun depan kita bersua lagi.

Assalamualaikum WRT dan salam sejahtera…