You are on page 1of 8

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSK(D) PADANG TERAP

PENDANG KALI KE-23 2006

Tarikh: 5,7 dan 8 Mac 2007

Jam : 8.00 pagi Hingga 5.00 ptg.

Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Puteh Dalam

Upacara Perasmian Pembukaan.

Ketibaan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah.

Mengumumkan Ketibaan Yang Berusaha Encik Mansor bin Lat

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman

Aluan Pengacara Majlis.

Assalamualaikum.

Salam sejahtera.

Yang Berusaha Encik mansor bin Lat.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman.

Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Zukhori bin Saad

Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap Pendang

Tuan Haji Zahrawi Haji Dogol

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Putreh Dalam

Pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap

Pendang,

1
Para Pengetua Guru-guru besar,

Jemputan Khas,

Ahli Jawatankuasa Kejohanan,

Pegawai-pegawai kejohanan,

Saudara-saudari Peserta Kejohanan,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

Selamat datang,selamat mengambil bahagian serta selamat

bertugas di Arena Kejohanan Olahraga MSSK(D) Padang Terap

Pendang Kali ke- 23 2007. Majlis mengalu-alukan kehadiran

Yang Berusaha Encik Mansor bin Lat Timbalan Pengarah

Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman Negeri Kedah Darul Aman.

untuk merasmikan pembukaan kejohanan sebentar lagi.

Sesungguhnya kesudian Yang Berusaha Tuan bersama di

kejohanan ini bakal merangsang daya juang peserta untuk

mengungguli pencapaian dan seterusnya mewakili Daerah

Padang Terap Pendang ke kejohanan peringkat negeri.

2
Perarakan Lintas Hormat Kejohanan.

Upacara perasmian pembukaan kejohanan pada petang ini

dimulakan dengan perarakan lintas hormat kontinjen.

Que : Bila kontinjen bergerak separuh laluan

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha

Encik Mansor Lat Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah

Darul Aman diringi oleh Yang Berusaha Tuan haji Ahmad

Zukhori bin Saad Pegawai Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman

untuk membalas tabik hormat Kontinjen.

Majlis mempersilakan.

Maklumat kontinjen perarakan

Perarakan lintas hormat kontinjen kejohanan dipimpin oleh Saudara

Abdul Rahim b. Che Lah dari PKBM Sekolah Menengah Kebangsaan

Pendang.

Rujuk Lampiran.

3
Selepas Kontinjen terakhir selesai melakukan lintas
hormat.

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima

kasih kepada Yang Berusaha Encik Mansor Lat Timbalan Pengarah

Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman.

Selepas Semua kontinjen berkumpul di hadapan

Ucapan Alu-aluan Pegawai Pelajaran Daerah PTP.

Berikutnya majlis menjemput Yang Berusaha Tuan haji

Ahmad Zukhori Haji Saad Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap

Pendang untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis

Mempersilakan

Selesai Ucapan PPD.

Demikian tadi ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tuan haji

Ahmad Zukhori Haji Saad Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap

Pendang.

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih

4
Ucapan Perasmian.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Encik Mansor

bin Lat Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman

mengisytiharkan perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga MSSK

(D) Padang Terap Pendang Kali ke-23 2007. Majlis mempersilakan.

Selesai.
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih

Perarakan masuk bendera kejohanan.

Seterusnya perarakan masuk bendera kejohanan oleh

anggota Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Sekolah Menengah

Kebangsaan Pendang di ketuai oleh Saudara Mohd. Fikri b. Baharom

Bila Pembawa Bendera Sampai di tiang.

Seterusnya upacara menaikan bendera kejohanan.

Selesai

Demikian tadi upacara perarakan serta menaikkan bendera

kejohanan oleh Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Sekolah

Menengah Kebangsaan Pendang. Majlis merakamkan ucapan terima

kasih.

5
Lafaz ikrar.

Majlis diteruskan dengan upacara melafaz ikrar kejohanan yang

akan diketuai oleh Saudara Mohd. Khairul Azwan b. Ahmad dari

Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang.

Selesai ikrar.

Demikian tadi Lafaz ikrar kejohanan . Majlis merakamkan ucapan

terima kasih.

Timbalan Pengarah diperkenalkan kepada Ketua


Kontinjen.

Akhirnya majlis menjemput Yang Berusaha Encik Mansor bin Lat

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman diiringi

oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Zukhori Saad Pegawai

Pelajaran Daerah Padang Terap Pendang ke arena untuk

diperkenalkan kepada pengurus kontinjen serta atlit kejohanan Majlis

mempersilakan.

Kembali ke Pentas.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Mansor b. Lat

Timbalan Pengarah Pelajaran Kedah atas kesudian untuk

6
dipekenalkan kepada Pengurus dan atlit yang mengambil bahagian.

Cenderamata.

Bagi menterjemahkan ucapan penghrgaan dan terima kasih majlis

mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Zukhori b. Saad

Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap pendang untuk

menyampaikan cenderamata kepada Yang Berusaha Encik Mansor

bin Lat Timbalan Pengarah Pelajaran Kedah.

Selesai

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih

penutup.

Upacara Perasmian pembukaan kejohanan kini dipenghujung. Majlis

merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang

Berusaha Encik Mansor b. Lat Timbalan Pengarah Pelajaran Kedah

atas kesudian menyempurnakan upacara Perasmian Pembukaan

Kejohanan sebentar tadi. Syabas dan tahniah kepada seluruh warga

kerja kepada atlit selamat berjuang. Sesungguhnya komitmen yang

tinggi akan menjana Padang Terap Terus ke puncak.

7
Perarakan keluar Kontinjen dari arena perasmian

kejohanan

Sekarang kontinjen akan bergerak keluar dari arena upacara

perasmian pembukaan kejohanan.