You are on page 1of 2

Soalan Temu Bual

Responden 1: Cikgu Chea Ley Hua

Mengajar Bahasa Cina dan Sains

1. Bagaimana guru menguruskan kelas yang mempunyai murid pelbagai


kaum?
Oleh kerana setiap murid mempunyai budaya yang tersendiri dan berbeza-
beza, jadi guru perlu memahami kepelbagaian yang diwujudkan di kalangan
murid. Guru haruslah bersikap adil semasa di kelas, tidak bersikap bias
terhadap murid.

2. Apa yang perlu diperhatikan apabila mendapat murid yang pelbagai kaum
di kelas?
Tidak menyentuh isu-isu sensitif bagi mana-mana etnik kerana setiap etnik
mempunyai keistimewaannya sendiri. Kita perlu menghormati budaya murid
dan jangan mengejek atau mempertingkai kepercayaan murid. Jika kita belajar
topik yang berkaitan dengan budaya seperti Tahun Baru Cina, saya akan
berkongsi dengan murid tentang pengetahuan yang saya tahu dan menanya
murid berkongsi tentang bagaimana mereka menyambut perayaan dengan
rakan lain. Tetapi ingat, mengelakkan isu-isu sensitif etnik-etnik yang lain.

3. Adakah guru memupuk nilai murni semasa mengajar murid? Apakah


kepentingan memupuk nilai murni di dalam kelas?
Ada, kerana nilai murni amat penting dalam kehidupan kita. Jadi semasa
mengajar, saya akan menerapkan nilai murni dalam pengajaran.
Kepentingannya ialah murid dapat mengamalkan dalam kehidupan seharian
dan mereka akan menjadi insan yang baik pada masa hadapan.

4. Bagaimanakah cikgu memupuk perpaduan di kalangan murid semasa


pengajaran?
Saya akan bagi murid menjalankan aktiviti berkumpulan dan memastikan satu
kumpulan mempunyai murid yang berlainan etnik. Dengan berinteraksi dalam
kumpulan, murid dapat belajar tentang berkomunikasi dengan baik dan melalui
cara ini, hubungan murid dapat dieratkan.
5. Adakah guru memberi layanan yang sama kepada semua murid dalam
pengajaran?
Ya, kerana semua murid merupakan satu individu, kita tidak seharusnya
melayani mereka sebagai kelompok mengikut kaum atau jantina. Semua orang
mempunyai hak untuk belajar dan saya memastikan kandungan pengajaran
adalah sama kepada semua murid.

6. Adakah guru menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan


pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid?
Ya, sebagai contoh, saya mengajar Bahasa Cina, sesetengah murid Melayu
dan India tidak dapat menguasai subjek ini dengan baik jadi saya memberi
latihan yang lebih mudah kepada mereka. Asalnya mereka dapat menyiapkan
tugasan mereka, jangan memberi latihan yang terlalu susah kerana mereka
akan berasa bosan dan tidak berminat dalam belajar Bahasa Cina.