You are on page 1of 2

Soalan Temu Bual

Responden 3: Cikgu Siti Sabrina binti Mohd Yusof

Mengajar Bahasa Inggeris

1. Bagaimana guru menguruskan kelas yang mempunyai murid pelbagai


kaum?
Guru sentiasa prihatin terhadap masalah murid. Jika mendapati murid tersebut
mempunyai masalah atau kesusahan, guru perlu berjumpa dengan murid bagi
mengetahui apa masalah yang dihadapi oleh murid. Selain itu, sentiasa
menghormati budaya murid. Ini kerana guru perlu menjadi role model dahulu
maka murid akan mengikut tindakan guru maka suasana kelas akan menjadi
harmoni.

2. Apa yang perlu diperhatikan apabila mendapat murid yang pelbagai kaum
di kelas?
Jangan menyentuh isu-isu sensitif bagi mana-mana etnik. Jika berlaku isu in,
guru harus mengendali dengan segera.

3. Adakah guru memupuk nilai murni semasa mengajar murid? Apakah


kepentingan memupuk nilai murni di dalam kelas?
Ya, kerana terdapat tiga bangsa di kelas saya, jadi nilai murni seperti
kerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati amat penting bagi
mengekalkan hubungan harmoni di dalam kelas. Apabila terdapat murid yang
lemah dalam pembelajaran, saya akan memastikan murid yang pandai
membantu murid yang lemah. Selain itu, saya juga sentiasa mengingati murid
perlu mengamalkan nilai murni di dalam dan di luar kelas. Ini perlu menjadi
satu tabiat kepada mereka.

4. Bagaimanakah cikgu memupuk perpaduan di kalangan murid semasa


pengajaran?
Mengadakan aktiviti berkumpulan yang mempunyai pelbagai kaum dalam satu
kumpulan. Aktiviti seperti role play boleh dijalankan kerana dapat menarik
minat murid dan juga melibatkan semua murid dalam aktiviti, secara tidak
langsung perpaduan dapat dipupuk di kalangan murid melalui interaksi antara
satu sama lain.
5. Adakah guru menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid?
Ya, kepada murid yang pandai saya akan bagi soalan yang lebih susah, yang
sederhana memberi tugasan yang sesuai dengan tahap mereka dan bagi
murid yang lemah saya akan membimbing mereka dalam menyiapkan tugasan
atau bagi murid menonton video dan menjawab soalan.

6. Semasa mengajar Bahasa Inggeris, adakah guru memastikan murid


berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris? Mengapa?
Ya, saya akan memastikan semua murid menggunakan Bahasa Inggeris untuk
berkomunikasi kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang dapat
difahami oleh pelbagai kaum jadi saya tidak memberi peluang kepada murid
untuk menggunakan bahasa ibunda mereka di kelas. Ini kerana murid
mempunyai peluang yang sama untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran dan ini adil kepada semua murid.