Ujian Pengamatan Objektif ujian pengamatanMenerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid

dalam: 1.Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. 2.Menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan sertahubungan antara satu objek dengan objek yang lain. 3.Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat. 4.Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas. 5.Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan-Sequencing. 6.Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Komponen Ujian Pengamatan 1-Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

2-Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

Panduan melaksanakan ujian pengamatan: 1.Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas. 3.Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan.3-Diskriminasi saiz ( Discrimination of size) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek. 10-Menyalin ( Visual Copying) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat. bentuk. 7-Mazing Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah. 5. 4. huruf dan sebagainya.corak. warna. 4-Diskriminasi kedudukan (Position in space) Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek.Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian. 8-Turutan ( Sequencing) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti -aktiviti bersiri 9-Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure ± Ground) Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak. Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri. 5-Koordinasi Motor ±mata ±tangan. . 2. jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan. nombor. nombor. kanan dan sebagainya. huruf dan sebagainya. 6-Pertalian jarak (Spatial Relationship) Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz . bentuk. corak. warna.

Pengamatan pendengaran 3.PRABACAAN . aktiviti pramembaca boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf. latihan menajamkandaya ingatan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatanpendengaran. kemahiran pengamatan peglihatan. suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahirantersebut. Menurut Ismail Zakaria. murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong merekamempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. kesediaanmembaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal ataubacaan asas.PRABACAAN Prabacaan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :1. aktviti koordinasi psikomotor. makna istilah tahapprabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Dengan kata lain. Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut. iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua. Chong (1992) pula. tahap prabacaanmerupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. dan latihan bahasa pertuturan. murid didedahkan kepada aktiviti aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran . Salmah Othman dan Elly. Pada tahap ini. Guru hendaklah menjalankan aktiviti melukis garisan-garisan tertentu yang . Pengamatan penglihatan 2. Pada peringkat awalnya.Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenalabjad hingga membaca ayat. konsep kesediaan membaca bukansahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan. tetapi juga merangkumi setiapkemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. Pada tahap ini. Pergerakan tangan dan mata Prabacaan merupakan kesediaanmurid untuk membaca.

ertinya ada hubungan yang rapatdi antara simbol/huruf dan bunyinya.mudah dan berkesan. kaedahmengajar Bahasa Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau 2). bukan sebagai bahasa kedua (misalnyabahasa Inggeris). Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapat membaca bahan-bahan bacaan yang µsenang¶ pada akhir Darjah 1 persekolahan mereka.menyerupaihuruf. dan menggubal cara yang lebih sesuai. Tentu banyak sebabnya perkara µtidak bolehmembaca¶ ini berlaku. Garisan-garisan ini hendaklah dimulakan dengan garisan lurus atau bentukbentuk yangseimbas dengan huruf yang diperkenalkan kepada murid. jika pengajaran membacadibuat secara sistematik dengan mengambil kira hal-hal berikut: a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah µalphabetic¶ dan fonemik . Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat awal. Tetapi bagi mencari penyelesaian. Di akhir tahun-tahun 1970-an. b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain .dengan bahasa Inggeris misalnya). terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). (Ini berbeza sekali dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yangamat rumit itu). elok dikaji semula antara lain. Ertinyamereka belajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. Jika kita meniru kaedah mengajar . c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu) yang melangkahmasuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasa Melayu dan mempunyai perbendaharaankata bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu.

Seni Perusahaan. Kaedah Mengajar Murid-murid Membaca di PeringkatAwal Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca.Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting. mesej moral. Ini terutamanya akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana bahan-bahan bacaan di rumah sangatkekurangan. Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti. ini kerana jika murid-murid tidakmempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di rumah. Pertanian.dan sebagainya. beragam dan mencukupi untuk murid-muridmembaca. dan ibu bapa.membaca bahasa Inggeris (sebagai bahasakedua) untuk mengajar mambaca bahasa Melayu sudah tentu i ni akan membawa kepayahan dan kelambatan untuk murid-murid kita belajar membaca bahasa kita. guru-guru. . menulis dan mengira . µkaedah eklektik¶ dan sebagainya. mata pelajaran Teknikal. Perdagangan. kerana di dalamsistem pelajaran formal. Ilmu Alam. Kesusasteraan.dari segimatlamat supaya semua murid dapat membaca. µkaedah pandang dan sebut¶. Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guruguru kita ± µkaedah abjad¶ . Muzik.pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Sejarah. µkaedah fonik¶. dan daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknyamasalah ini masih agak serius Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca (termasuk menulis dan mengira) diberiperhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran. kejayaannya . Agama serta pengetahuan dan kemahiran lain. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai µilmu pengetahuan¶. atau tidak dapat membaca dengancekap. Agak munasabah kenyataan bahawa murid-murid akan menambah kecekapanmembaca dengan terus diberi kemudahan untuk mereka membaca.bergantung besar atas faktoradanya bahan-bahan dan buku-buku yang sesuai. ketiga-tiga kemahiran itu menjadi alat yang asas untuk kanakkanakmempelajari Ilmu Sains. sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. Hanya sejak beberapa tahun kebelakanganini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain. Sivik.

kecekapan dalam menguasai 3M amat diperlukan. . maka sistem persekolahan itu dianggap gagal. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita memberikankecekapan membaca. di sekolah-sekolah dasar kita. dan jika ramai yang tidak mendapatkemahiran tersebut. Barangkali bagi 90% daripada kanak-kanak dalam negara kita. mencipta. asas-asas yang kukuh perlu dibina secara progresif dari awal. Dalam konteks dunia hari ini. lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari-hari. dan harus dikaji semula sertadipulihkan. Taraf pencapaian minimum inilah yang harus dapat dicapai oleh 90% daripada murid-muridsekolah apabila mereka sampai ke Tingkatan 3. Taraf minimum yang harus dianggapsebagai functionally literate di Malaysia hari ini harus didasarkan pada keupayaan seseorang itumembaca dan memahami tulisan di dalam suratkhabar. Jika ini belum dicapai.Kemahiran 3M adalah alat asas untuk seseorang meneroka ilmu. hanya sekadar untuk meninjau beberapa kaedah mengajar di peringkat awal :(beberapa definisi dan andaian asas) a) Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkat permulaan membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid Darjah 1. mula mengenal huruf hanyaapabila mereka menjejakkan kaki di bangku sekolah. Kebanyakan kita juga mula belajar membacaapabila kita bersekolah. definisi had minimum dalam kemahiranmembaca setakat mengenal huruf sudah tidak memadai lagi. menulis dan mengira kepada anak-anak. b) Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah normal dari segi keupayaan atau kebolehan mereka belajar. Maksudnya. apa pun sebab-sebab yang mungkin diberikan. Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yang besar di dalam sistempelajaran kita. dan membuatkomunikasi. Hal ini sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai biasa bahawa diantara tugas utama guru-guru di sekolah dasar ialah mengajar kanak- kanak supaya dapat membacadan menulis. Untuk mencapai taraf kemahiran ini. dan menulis surat surat urusan hariansendiri. tugas guru belum dikirasempurna.

atau lebih untuk mengetahuinama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat . Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan. KAEDAH PENGAJARAN YANG BIASA DIBUAT Kaedah abjad Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf yangdigunakan dalam tulisan Melayu. Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak panjangsebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas.c.c) Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan (walaupun mungkin dalambentuk dialek). Memulakan pengajaran membacadengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf.Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskanhafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. sebenarnya menegaskan sesuatuyang boleh membosankan murid-murid.b. menguasai perbendaharaan kata yang mencukupi akibat daripada lahir di dalamkeluarga Melayu. Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal: a. atau bercampur-gaul dengan orang-orang Melayu. ³ka ki´ dan sebagainya.o. Murid-murid diajar menghafal namanama huruf inimengikut aturannya a. Kaedah µPandang dan Sebut¶ (look and say) .u.b.i.e. Selepas itu dibinasuku-suku kata ³ba tu´. Dengan kata lain mereka belajarmembaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. Kemudian barulah diberi latihan membaca ayat-ayat yang pendek.c«hingga z. dan diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan. kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagailiriknya. a.«z.

Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah. Bahkan ramai yang menghafal daripada mengenal perkataan yang perkataan-perkataan. Mereka harus mengenal beberapa puluh lambang perkataan sebelum bolehmembaca ayat-ayat. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal nama setiaphuruf itu . meja. pokok. Pada ketika dahulu (bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidik sekarang pun) kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli -ahli pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris. sebab didapati ramai muridbiasa (terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca.Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajarmurid-murid membaca. Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba mengenal keseluruhan lambang-lambang itu untukmendapat membaca. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkangambar dan perkataan. sejak beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula. bahasa Inggerisialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan fonemik yang sempurna. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. dan murid-murid ini sukar mengenal perkataan- . Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya.Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah SeluruhPerkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahankelemahan yangterdapat pada Kaedah Abjad.Tetapi. Kemahiran murid-murid mengenal perkataan-perkataan tidak dapat menjelma perkataan-perkataan berdasarkan gambar dengancepat. Kecelaruan ini menyebabkan ahli-ahli pendidik bahasa menganggapkaedah Pandang dan Sebut itu lebih sesuai dan bermakna untuk mengajar permulaan membaca. rumah. dan sebagainya. budak. dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya. Di sebalik menggunakan kaedah ini untuk mengajar. Misalnya batu.perkataan pensel. bercelaru dari segisymbol-sound relationship. sekolah. pensel dan sebagainya.

maka kaedah fonik ini sesuai sekali digunakan untuk mengajarpermulaan membaca perkataan-perkataan Melayu. µda . Ertinya lambing hurufterus dikaitkan dengan bunyinya. Seterusnyamurid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini. Misalnya. Kaedah ini akan menyusahkandan melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran membaca bahasa Melayu. diajar µbunyi-bunyi huruf. Nyata sekali. suku katapula dibina. µbatu . µs µss . µba . oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik. idea. (iaitu adahubungan yang agak teratur di antara µhuruf dan µbunyinya ). dan sebagainya. µkata . µlu . Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satu huruf boleh dikatakanmelambang satu µbunyi lebih fonemik daripada misalnya sistem ejaan bahasa Inggeris) maka agaktidak begitu munasabah bagi Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaanmembaca bahasa Melayu. Jadi. Misalnya µa dibunyikan µaa« . Sekurang-kurangnya . dan sebagainya (satu morfem) dengan satu perkataan. Kaedah Fonik Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antarasimbol (huruf) dan µbunyi (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka dapatmembaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. µt µu µuu« . Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf.yang melambangkan sesuatu benda. µka . Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan µdada . Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasabahasa yangmemakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi logografik) seperti sistem ejaan bahasa Cina. baru-baru ini timbul semula hujah-hujah dan kajian-kajian yang membuktikan bahawakaedah fonik mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada kaedah Pandang dan Sebut untukmengajar permulaan membaca bahasa Inggaris. µlalu . µmi sebagainya. terutama mengajar murid-murid Melayu. µz µtah . µzz« . µtu . Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dan dengan bunyinya. dan oleh sebab suku kata kebanyakanperkataan Melayu agak jelas. dan sebagainya.µbaru .

b) Suku kata perkataan-perkataan Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasabahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya). dantatabahasanya di suatu pihak. struktur suku-katanya. Kaedah Eklektik Kaedah ini adalah kaedah Campuran campuran kaedah-kaedah mengikut kesesuaianmurid. Bagi bahasa Melayu. tetapi Kaedah itu haruslah sistematik KAEDAHGABUNGAN Y ANG DICADANGKAN Kaedah gabungan untuk mengajar membaca bahasa Melayu kepada murid-murid peringkat awal (prabacaan) yang dicadangkan di sini berasaskan hal-hal berikut: a) Sistem ejaanbahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik ± ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf danbunyinya. kesan yang didapati apabilaseseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini. dan keadaan pembelajaran murid-murid Melayu di pihak lain. yangmengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa Melayu. Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. kerana asas gabungan itukurang diperhatikan. Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar µeklektik tetapi sistematik. . c) Ciri-ciri yang baik daripada µkaedah fonik dan µkaedah pandang dan sebut boleh digabungkan. Ada yang menggunakanpenujuan sintetik. ada penujuan analitik dan ada pula penujuan sintetik-analitik. agak banyak yang mengajarkurang sistematik. situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan. Jadi kerap kali Kaedah ini menjadi akedah cacamurba. Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yangkurang bermakna pada permulaannya. ialah seolah-olah mereka memikirkan Kaedah ini adalahyang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara Kaedah ini diterapkan.Maksudnya kita harus menciptakan Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasaMelayu sebagai bahasa pertama. Dan biasanya masa yang agak panjang diambil untuk merekamengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan danayat-ayat yang bermakna.kaedah ini adalah lebihmunasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandangdan Sebut.

c« sampai z secara tertib biasa.b. terdapat beberapa contoh: a) Mulakan dengan perkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a o u dengan menggunakan kad imbasan (flash card). b) Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan. pada peringkat awal. tiga pelajaran sajamereka akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat. c) Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata: da di du ka ki ku sa si su Seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna. Kitatidak perlu menunggu murid-murid mengetahui semua nama huruf. dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataanyang bermakna. bunyi huruf dan suku katasebelum mereka disuruh membaca perkataan-perkataan atau ayat. selang-seli. Kaedah gabungan ini mencadangkan biar murid-murid diperkenalkan kepada bunyi beberapahuruf vokal dan konsonan. Dengan cara begini dalam dua. Kaedah yang dicadangkan ini menegaskan yang kita boleh menggabungkan terus µkaedahfonik dan µkaedah pandang dan sebut dalam satu pelajaran membaca. Untuk menjelaskan kaedah ini secara konkrit. dan buat latih-tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas. Malahan kita tidak begitu perlumemperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a. kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latihan muridmurid membacanya: baba bubu dada kuku d) Perkenalkan gabungan lain: a ku aku a da ada i ni ini i tu itu . Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali.d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai perbendaharaan bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca. dan merasa bangga yang merekaboleh membaca serta faham akan yang dibaca. dalam satu dua pelajaran. misalnya: d k m dengan menggunakan kad imbasan. misalnya: ba ba baba bu bu bubu da da dada ku ku kuku Ulangkan ini beberapa kali.

Secara luas. perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya. k danmembaca suku kata. e. µbaju¶.sejam sehari. Kesediaan Membaca Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran darisegi mental.buku bukuba ba bababuka buka ba j u baju Seluruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas: aku adabuku aku bukabaju inibuku aku itu b aju aku Kemudian gantikanµaku¶ denganµb ab a¶ dan ulang membacanya. o : b. dan µkuku¶ dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula: bukudi a buku baba bukuaku/ku Gantikanµbuku¶ dgn µbaju¶. ibu ibu budi budi uda uda budi ibu budi ibuku budi uda di a dia ka ki kaki kaki dia kaki ibu kaki kuda Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta: ibu buku baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda buku uda Begitulah beberapa contoh kaedah gabungan yang boleh diajar di dalam tiga. e) Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a. kesediaan membaca melibatkan . empat hari. emosi dan fizikal. i. d.

dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi -bunyi. merangkak dan berdiri terlebih . emosidan mental. Sebagaicontoh. iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktivitibacaan. sama ada di peringkat mendirikan asas. Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudutkeupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan. konsep kesediaan membaca ini samalah dengankeadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan. ibubapa dan guru. kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi mintanya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan.sebarang aktivitisebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan. Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. mereka perlu meniarap. kanak-kanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir. dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengarbacaan. usaha untuk mengajarkan kemahiranmembaca bukan sahaja sia-sia. emosi dan mentalnya untuk menerimapengajaran bacaan asas. Secara khusus. Dari segi mental.´ Beliau berpendapat. kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal. malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak. membelek-belek bahan bacaan.mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi. Dari segi umur. Selain faktor fizikal. keupayaan matanyamengecam bentuk. khususnya yang berupa cerita. factor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. melihatbahan bacaan. ³Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih dahulu. sentiasa melihatorang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebihcepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat peluangyang sama. Menurutnya. ada kanak-kanak bersedia membaca seawall umur empat tahun dan ada pulakanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. kemampuan kanak-kanak dapat dilihat darisegi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. Dari segi emosi.

tahap prabacaanmerupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Aktiviti Murid: Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru.Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelazimanmembaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah :Untuk mencapai tujuan ini. aktiviti-aktiviti yangterdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) dapat dimanfaatkan oleh para guru. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatanpendengaran. Peringkat bacaan meliputi kemahiranmengenal abjad hingga membaca ayat.berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca . latihanmenajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan.berjalan ( mahir membacaperingkat rendah) . kemahiran pengamatan penglihatan.Tiga kategori aktiviti disediakan. makna istilah tahapprabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Aktiviti ini dilaksanakan secara . Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti aktiviti yang mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. aktiviti koordinasi psikomotor. lain-lain. iaitu pengamatan penglihatan. Meniarap (aktiviti kesediaan membaca) merangkak ( aktiviti mendirikan kemahiran asasmembaca) .Salmah Othman dan Elly Chong (1992) pula. AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN . Bahan: Pelbagai gambar kereta. Dengan kata lain. berlari ( mahir membaca peringkat tinggi) AktivitiKesediaan Membaca Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua. baju. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapatdianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiranmembaca. Menurut Ismail Zakaria. pengamatan pendengaran. danpergerakan tangan dan mata.Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1 Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis.dahulu. iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. warna dan saiz. Cuma bentuknya berbeza. Berdasarkan pandanganSyed Abu Bakar ini dapat kitarumusan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-peringkat bacaan seperti yangdi bawah.

Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup. 4. Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir. angin kencang. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup 2. . dan ombak. Murid menyatakan sama ada bunyi benda it u sama atau tidak. paku. angin menderu. Murid menyanyi lagu ³Mari Bergembira´ dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri. air menitik. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. hujan lebat. hujan lebat. batang kayu. benda yang tidak boleh dimakan. dan alat tulis-menulis. petir. benda bukan hidup. dan ombak. tin.individu. Bahan: Paku. 3. AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN .Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1 Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin. tempurung. benda yang boleh dimakan. petir. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. tempurung.Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas. Aktiviti Guru/Murid: 1. Aktiviti Guru/Murid: .Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2 Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu. Bahan: Gambar benda hidup. air menitik. batang kayu. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan denganbunyi-bunyi yang diperdengarkan. 2. anginmenderu. pakaian. alat tulis-menulis dan lain-lain. 4. 3. Murid menyebut ³benda hidup´ atau ³benda bukan hidup´ sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. meja dan batu. kelas dan kumpulan. pakaian. angin kencang. meja. batu. .

Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 Membentuk benda daripada plastisin. dan bubur kertas. tanah liat. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera . 3. dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. 3. tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu. Teknik memegang cawandipelbagaikan. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. 2. . Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. manik. Bahan: Lembaran kerja.1. 3.Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2 Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. benda maujud (dulang berpasir. 2. kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus. Bahan: Plastisin. Aktiviti Guru/Murid: 1. bol a. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya. model pokok. AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN D AN M ATA . air). Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan. cawan. Aktiviti Murid: 1. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka. model tiang bendera. 2.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful