TOPIK 2

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

TOPIK 2
PENGENALAN

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

Abad ke-21 akan penuh dengan cabaran dan masalah yang berlainan berbanding dengan cabaran dan masalah abad ke-20 ini. Sungguhpun kita tidak dapat meramalkan segala cabaran yang akan timbul apabila kanak-kanak ini membesar kelak, kita boleh membantu kanak-kanak dengan menyediakan mereka menghadapi cabaran dan masalah masa depan dengan yakin dan selamat. Antara masalah dan isu kesihatan yang perlu didedahkan kepada kanak-kanak ialah masalah yang berkaitan dengan pemakanan, keselamatan, kebersihan, kepenggunaan, sikap terhadap kesihatan dan amalan tertentu. Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Pertumbuhan individu, perkembangan kognitif dan perkembangan afektif adalah merupakan komponen yang merupakan tiga tunjang pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani. Ketiga-tiga tunjang ini sentiasa memenuhi matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menyatakan kepentingan Pendidikan Jasmani; menghuraikan Proses-proses yang berlaku secara berperingkat iaitu proses pertumbuhan dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas; dan membina hubungan antara ketiga-tiga domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

OUM

15

16 OUM . Membentuk sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma -norma masyarakat. mental dan emosi individu. 5.1 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani bertujuan membina atau membentuk masyarakat menjadi cergas melalui aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. 3. Matlamat aktiviti fizikal dalam Pendidikan Jasmani adalah untuk membina masyarakat yang berupaya: 1. Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal.KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 PETA MINDA 2. 2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran. Menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan. 4. Penetapan matlamat yang realistik adalah penting bagi mempastikan ia tercapai dan mudah dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan umur. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan dapat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa. sosial. Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

Kanak-kanak perlu juga belajar mengenai alam sekeliling supaya mereka dapat hidup dengan yakin. Kanak-kanak perlu diberi peluang yang sama untuk belajar dan mendapat pengalaman yang akan membantu mereka menjadi insan yang seimbang dan rakyat yang sejahtera. OUM 17 . Keberkesanan di dalam pembangunan fizikal dan pembangunan motor akan dapat merangsang pembangunan kognitif serta pembangunan sosial. Kesihatan yang dimaksudkan merangkumi bukan sahaja kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan mental. emosi dan afektif. emosi dan sosial. Mereka memerlukan peluang bagi meluahkan perasaan dan ekspresi kreatif mereka secara fizikal. program yang di rancang haruslah di lihat dapat memberi manaafat sepenuhnya kepada mereka. Oleh itu bagi membina program Pendidikan Jasmani yang akan menjadi amalan sepanjang hayat. Antara tugasan perkembangan ini ialah belajar berdikari dan hidup bersama. Menjaga kesihatan pula bukan naluri semulajadi kanak-kanak.TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka. cara bergerak dengan betul dan selamat perlu diajar dari awal lagi kerana amalan bergerak yang tidak betul dan kurang selamat sukar diubah atau dibetulkan apabila remaja kelak. Walau bagaimanapun. Masa inilah mereka paling berminat dalam alam sekeliling mereka dan keupayaan tubuh badan bergerak menerokai alam sekeliling. Kanak-kanak di sekolah rendah aktif dan bertenaga. Semua pengalaman pergerakan kanak-kanak membawa kepada peningkatan keupayaan kinestetik mereka. Hal ini harus berlaku tanpa mengambil kira keadaan geografi atau status sosioekonomi murid. Mereka sentiasa menerokai alam sekeliling bagi memenuhi naluri ingin tahu. Kegiatan aktiviti yang terancang mampu membentuk kanak-kanak yang sihat dan seimbang dari segi mental dan fizikal. gembira dan selamat. 2.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Bergerak merupakan naluri semulajadi setiap kanak-kanak.1. Tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri perlu dipupuk dari kecil lagi. Banyak cabaran pertumbuhan dan perkembangan perlu dihadapi oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai tugasan perkembangan tanpa masalah. Mereka ingin tahu terutama tentang fungsi tubuh badan sendiri dan julat pergerakan yang boleh dilakukan oleh tubuh badan. Perancang perlu merancang dan mengambilkira aspek perbezaan umur dalam merancang aktiviti. tetapi aspek ini perlu dipelajari dan ditunjuk ajar. dan Warga Emas. Dalam modul ini penulis telah membahagikan aspek umur kepada tiga kumpulan iaitu: • • • Kanak-kanak. Kanak-kanak perlu diajar memelihara dan meningkatkan kesihatan diri. Remaja dan dewasa.

Keberkesanan organ-organ dalaman badan bekerja dengan efisien akan membolehkan remaja atau dewasa bekerja dengan selesa dan lebih bersemangat serta bermotivasi untuk bekerja. menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Whitehead dan Corbin. Dengan kata lain kecergasan fizikal akan merangsang keupayaan remaja dan dewasa untuk berfungsi secara berkesan bagi menghadapi cabaran dalam aktiviti fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif.2 Remaja dan Dewasa Pendidikan Jasmani adalah bersifat menyeluruh kerana ia menyediakan elemen-elemen yang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat. kemajuan besar dan kerjasama berpasukan. Zaman remaja dan dewasa juga merupakan zaman membina dan meningkatkan kejaya. Kecergasan fizikal yang sempurna membolehkan golongan remaja dan dewasa mengatasi kesukaran ketika menyempurnakan tugasan-tugasan yang diberikan. 18 OUM .Kepuasan yang dicapai oleh kanak-kanak di dalam sukan adalah berbentuk keseronokan. pertandingan. Zaman remaja dan dewasa merupakan fasa pembentukan dan pertumbuhan fizikal yang sempurna.aktiviti sukan yang didedahkan kepada mereka. nasionalisma dan keagamaan.KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 Keadaan fizikal yang mantap dan sihat berupaya melahirkan kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang segak dan cergas. Penampilan tersebut berupaya menyakin dan memotivasikan mereka dalam menghadapi cabaran peringkat awal remaja (pembentukan diri). Seseorang individu akan menjadi aktif. Sukan merupakan suatu medium yang menekankan aspek-aspek mental dan fizikal. kecergasan. ketahanan mental. Dalam aktiviti sukan kanak-kanak akan berusaha mencapai objektif. mempunyai prestasi yang baik dan sihat jika sistem organik tubuh badan dibangunkan dan berfungsi dengan baik. keadaan ini akan mewujudkan kepuasan yang maksimum di dalam penglibatan mereka. Otot-otot yang sihat mampu menjadikan kanak-kanak berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang dewasa.1. kemenangan. disiplin. rehat. Aktiviti-aktiviti sukan selain daripada menyediakan pendedahan kepada aspek-aspek lokomotor asas juga mempunyai elemen-elemen seperti pembentukan sahsiah. berkenaan sosial. penguasaan tugas. 2. Di samping itu kecergasan fizikal membekalkan lebihan tenaga kepada golongan remaja dan dewasa ketika bekerja atau kecemasan. Keadaan ini akan membuatkan mereka lebih bermotivasi di dalam melakukan aktiviti secara bersendirian serta menghadapi situasi yang lebih mencabar. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan. Kecergasan fizikal yang optima tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan. Pendedahan kepada aktiviti-aktiviti sukan mampu menyediakan kanak-kanak untuk menguasai pergerakkan-pergerakkan asas melalui aktiviti. Ketika remaja dan dewasa kecergasan merupakan elemen yang perlu dititikberatkan kerana aktiviti ini boleh membantu pertumbuhan fizikal yang sempurna. 1991 menggariskan enam sasaran kanak-kanak dalam aktiviti fizikal iaitu mempamerkan kebolehan.

fizikal dan rohani. pembangunan kognitif serta pembangunan sosial. komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor diberi penumpuan dalam aktiviti fizikal. 2. OUM 19 . sosial. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan. Peningkatan umur melibatkan perubahan sistem biologi. Pelbagai kebaikan diperolehi melalui Pendidikan Jasmani dan ia boleh dikesan melalui objektif Pendidikan Jasmani. Kecergasan ini membolehkan warga emas memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.3 Warga Emas Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental. Warga emas mengalami perubahan gaya hidup disetopikkan oleh peningkatan umur.1. Komponen-komponen lakuan motor ialah: • • • • • • Kelajuan Ketangkasan Kuasa Imbangan Masa reaksi Koordinasi Matapelajaran Pendidikan Jasmani diperingkat remaja mementingkan bidang perkembangan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal. Nilai-nilai yang diperolehi hasil dari aktiviti-aktiviti yang diterapkan akan berupaya membina insan yang seimbang. Kecergasan keseluruhan merangkumi: • • • • • Kecergasan Fizikal Kecergasan Mental Kecergasan Sosial Kecergasan Emosi Kecergasan Rohani Pengetahuan berasaskan Pendidikan Jasmani merupakan suatu elemen yang penting dalam membentuk insan yang seimbang dari segi mental. emosi. psikologi. fizikal dan emosi. pembangunan fizikal. mental dan emosi. Pergerakan fizikal yang dititik beratkan melalui matapelajaran Pendidikan Jasmani akan memberi sumbangan yang penting kepada seseorang individu secara menyeluruh. emosi dan afektif. Antaranya. sosial. Perubahanperubahan tersebut akan mendedahkan warga emas kepada penyakit-penyakit kerana faktor-faktor umur dan perubahan fisiologikal badan.TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Bagi membolehkan golongan remaja dan dewasa terlibat secara cekap dan berkesan dalam aktiviti sukan terutamanya aspek pembangunan fizikal. kepercayaan dan sosial. pembangunan motor.

Pada asalnya pemikiran kritis dicipta untuk mengelakkan kesilapan. jelas dan bernas. kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. kita akan dapat membuat pertimbangan yang lebih bijak dan berkesan untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. kejelasan dan keupayaan untuk menggunakan maklumat dengan berkesan. Dengan ini. Oleh itu HOKA perlu diberi penekanan dalam bilik darjah supaya kreativiti murid dapat dikembangkan ke tahap yang sewajarnya.KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 Sistem fisiologi menjadi semakin kurang efektif apabila meningkatnya umur. Dalam sub topik perkembangan kognitif ini akan membincangkan aspek: (i) (ii) (iii) Kemahiran berfikir Konstruktivisme Kepelbagaian kecerdasan 2. (BPG 1995) Pemikiran kreatif merupakan satu daripada jenis proses berfikir.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF Pembangunan kognitif dalam aktiviti Pendidikan Jasmani melibatkan pengumpulan pengetahuan. Perkataan Kritis berasal daripada bahasa Yunani ‘Kritikos’ yang bermakna mampu menilai.2. Pendapat ini berdasarkan kepada fakta bahawa seseorang individu akan menjadi aktif.1 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir secara kritis merupakan satu daripada komponen utama kemahiran berfikir. 2. Pemikiran tersebut lebih menekankan kepada hemisfera otak kanan (HOKA) berbanding hemisfera otak kiri (HOKI). Ini dapat menghindarkan kesilapan diulang dan membolehkan kesilapan dibetulkan. mempunyai prestasi yang lebih baik dan lebih sihat jika sistem organik tubuh badan dapat berfungsi dengan baik. Latihan 2. Penekanan kepada aktiviti-aktiviti fizikal penting bagi mengekalkan atau mempastikan sistem fisiologikal berfungsi dengan konsisten. Pembangunan fizikal melibatkan aktiviti pembangunan fizikal dalam individu bertujuan membangunkan pelbagai sistem organ dalam tubuh badan individu. Namun demikian otak kanan kurang diberikan perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.1 Nyatakan matlamat membina masyarakat dalam menjalankan aktiviti fizikal bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani. keupayaan berfikir serta menginterpretasikan pengetahuan. Kemahiran ini memberi tumpuan kepada kebolehan menilai kemunasabahan sesuatu idea iaitu menimbang secara menyeluruh kebaikan dan keburukan dengan memberi alasan dan hujah yang sah. Sementara kreatif ialah kecekapan dan keupayaan membangunkan minda untuk 20 OUM . (BPG 1995) Daripada definisi di atas. dapatlah dibuat kesimpulan bahawa berfikir secara kritis dapat membantu meningkatkan kefahaman.

ciri. Membuat Urutan Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti. berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. asli. Dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti Pendidikan Jasmani pelajar perlu diberi peluang untuk berfikir secara kritis dengan cara: (a) Menciri Mengenalpasti kriteria serta unsur satu konsep atau objek sebagai contohnya sifat. OUM 21 . Menyusun Mengikut Keutamaan Menyusun objek mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan. abstrak atau gugusan. kualiti serta unsur satu peristiwa atau objek. Mengesan Pengaruh Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak atau menentang sesuatu. ciri-ciri atau sifat. luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud. Membanding dan Membeza Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifat. Membuat Kesimpulan Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian berdasarkan kepada satu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. ciri dan kualiti. Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada satu kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Menganalisis Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Pengguna juga diberi peluang berfikir secara kreatif dengan cara: (a) (b) (c) Menjana Idea Menjana idea secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Menghubung Kaitkan Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan. Membuat Inferens Membuat kesimpulan awal sama ada benar atau tidak. Mengumpul dan Mengkelas Mengumpul dan mengkelas objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat.TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI meneroka berbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru. kuantiti.

(e) (f) (g) (h) (i) (j) Di antara tujuan Kemahiran Berfikir secara Breatif dan Britis digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah untuk membolehkan pelajar: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif semasa membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. 22 OUM . Membuat Hipotesis Membuat penyataan umum menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 (d) Meramalkan Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Mensintesiskan Menggabungkan idea. Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat serta membina keyakinan diri untuk memberi hujah. Menganalogi Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep serta mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah. bercelaru. konsep. Membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti. keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran. item atau perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. lukisan dan artifak. Mengaplikasikan pengetahuan. kabur dan sempit. maujud dan mempunyai ciri-ciri yang serupa Mereka Cipta Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud. unsur. Membuat Gambaran Mental Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea. esei. serta berani memberi pandangan dan kritik. Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dalam perkembangan intelek mereka. Mengitlak Membuat penyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu. pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah. Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir terburu-buru. Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif.

Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada secara langsung akan membantu murid membina pengetahuannya sendiri. pengurusan kecergasan dan banyak lagi dalam Pendidikan Jasmani. Pembelajaran berlaku apabila pengetahuan telah berubah dalam satu cara yang membolehkan kita menterjemahkan pengalaman dengan cara lebih sempurna.2 Konstruktivisme Konstruktif adalah satu cara pembelajaran di mana murid membina sendiri pengetahuannya atau konsep secara aktif.2. Sebaliknya pelajar sendiri menentukan matlamat pembelajaran mereka.3 Kepelbagaian Kecerdasan Teori Kepelbagaian Kecerdasan mula diperkenalkan oleh Dr. Abstrak fakta. Gardner. Duffy dan Jonassen (1991) mencadangkan individu mesti bekerja dengan masalah dalam situasi sebenar untuk membentuk pembelajaran bermakna. keupayaan dan bakat semulajadi yang wujud dalam diri seseorang. Setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecergasan tetapi mempunyai kekuatan yang OUM 23 . Kemahiran Berfikir secara Britis dan Kreatif bertujuan untuk membolehkan murid memahami. Menurut Dr. Proses pembelajaran bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pengetahuan untuk berfikir dan menyelesaikan masalah yang sebenarnya. 2. Pembinaan pengetahuan merupakan satu proses pemikiran tentang pengalaman dan menterjemahkannya. Oleh kerana masalah selalunya datang daripada banyak aspek seperti simulasi permainan. Dalam proses ini. Howard Gardner (1983) menerusi bukunya yang bertajuk Frames of Mind. Langkah-langkah berikut di cadangkan dalam mengaplikasikan teori konstruktivisme: (i) (ii) (iii) Penglibatan aktif pembelajaran mengikut urutan pengalaman pembelajaran. murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan baru Perspektif konstruktivis menggambarkan pembelajaran merupakan satu perubahan bermakna yang dibina daripada pengalaman. 2. kompleks atau dimurnikan. Teori konstruktivisme mentakrifkan pengetahuan sebagai subjektif di mana pelajar tidak belajar mengikut matlamat dan kemahiran yang ditetapkan guru. menilai serta berupaya mengaplikasikan semua maklumat yang diterima di dalam pelbagai situasi.2. Melakukan refleksi terhadap pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Idea beliau ke atas tingkah laku pembelajaran manusia telah mencetuskan satu revolusi bagi kecerdasan (Checkly 1997). Oleh kerana setiap individu mempunyai set pengalaman yang tersendiri untuk dihalusi maka setiap individu akan membina kefahamannya yang tersendiri. Untuk mengaplikasikan teori konstruktivisme.TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Penekanan kepada kemahiran ini adalah untuk membolehkan kanak-kanak membuat tafsiran yang tepat terhadap sesuatu permasalahan yang mereka hadapi. pengasingan data atau struktur memainkan peranan penting dari proses refleksi bagi tujuan membina skema tindakan dan skema operasi baru. terdapat lapan kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan.

Dalam membina pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang berlandaskan kepelbagaian kecerdasan guru perlu merancang aktiviti yang dapat menarik minat pelajar berdasarkan jenis kecerdasan. Satu ketika dahulu. menjadikan pelajar yang mempunyai kecerdasan yang lain akan merasa bosan untuk belajar. Keupayaan untuk memanipulasikan nombor atau memahami perhubungan setopik dan akibat sesuatu sistem. Setiap kecergasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung antara satu sama lain. imej. Keupayaan untuk memahami dan berkomunikasi antara satu sama lain. Sasaran matlamat yang bersesuaian dengan keupayaan adalah penting bagi mempastikan ia tercapai dan mudah dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan umur. Muzik/Lirik Semulajadi Linguistik Ruang Pendidikan Jasmani adalah bertujuan untuk membantu membentuk masyarakat menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Kebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung dengan satu persekitaran terdekat. Jenis Kecerdasan Kinestatik Interpersonal Intrapersonal Logik/Matematik Strategi Kebolehan untuk menggunakan satu badan atau anggota untuk menyelesaikan masalah dan mencipta sesuatu. Keupayaan untuk menggunakan bahasa secara lisan dan bertulis secara berkesan. Guru perlu mempelbagaikan sumber dan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi memenuhi ke semua kecergasan. Keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gambar. Keupayaan untuk membezakan antara benda-benda hidup dan berhubung dengan persekitaran semulajadinya. Keadaan ini. logikal atau matematikal dan ada ketikanya visual atau spatial. bentuk dan corak.KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 berlainan dalam bahagian tertentu. membezakan antara bunyi-bunyian dan mencipta muzik. mendengar dan mengenali corak. Keupayaan untuk berfikir dalam istilah muzik. (Armstrong 1994). Jadual di bawah menunjukkan jenis kecerdasan dan cadangan rekabentuk. 24 OUM . guru-guru hanya bergantung kepada sumber-sumber di dalam bilik darjah yang hanya merangsang verbal atau linguistik.

Penerapan OUM 25 .3 Pembinaan Nilai Untuk membina insan sempurna dan insan kamil yang menekankan kepada jasmani.3. apresiasi dan nilai. Sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani merupakan medium utama untuk mencapai matlamat sosial.2 Berikan contoh situasi penggunaan juga Kemahiran Berfikir secara Kreatif. Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran positif dalam menangani sebarang situasi. 2.TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Latihan 2. Pendidikan Jasmani boleh memberi peluang kepada individu untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti dan membangunkan kemahiran-kemahiran asas bagi mencapai kejayaan. 2. memiliki sikap positif terhadap kecergasan. Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Jasmani mampu menjadi tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti melakukan kerja berkumpulan. Situasi ini jika difahami dan diperjelaskan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. emosi dan intelektual.3. Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional.2 Kemahiran Bersosial Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan social seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan masyarakat. aspek nilai murni haruslah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan sewaktu aktiviti fizikal. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani berupaya membantu pembangunan sosial individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. emosi. kepentingan menjaga kesihatan. emosi. Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain. rohani dan intelek. 2. yang boleh diperolehi melalui permainan berpasukan. mengiktiraf sumbangan. 2.3. penggunaan masa lapang yang berguna. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani.3 PERKEMBANGAN AFEKTIF Pembangunan afektif melibatkan sikap.1 Kawalan Emosi Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas berupaya membantu mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan perasaan. penerapan nilai-nilai murni perlulah dilakukan dalam semua kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Kejayaan yang diperolehi dalam permainan fizikal menyetopikkan individu lebih berkeyakinan dan berpuas hati dengan pencapaian dan menghargai diri mereka.

mempunyai displin kendiri. bangsa dan negara. kesyukuran. Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Latihan yang mengandungi permainan dan kemahiran perlu menggunakan kaedah mencabar dengan ini nilai berdikari dan keyakinan diri boleh diterapkan. Penggunaan alatan dan arahan mestilah tidak bertentangan dengan aspirasi dan nilai agama. mencapai kecemerlangan dan bertugas dengan penuh dedikasi. kefahaman. Pengajar mestilah menunjukkan sifat-sifat seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Menepati masa Bersopan santun Peka terhadap masalah pelajar Sentiasa berobjektif Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran Memberi peluang kepada pelajar untuk berbincangan (vii) Sentiasa memberi dorongan kepada pelajar dalam apa situasi sekalipun (viii) Bersedia menerima temujanji dengan pelajar (ix) Sabar Contoh penerapan nilai murni dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ialah: (i) (ii) (iii) (iv) Pengajaran dan berkumpulan. membentuk sikap positif kepada agama. semangat cintakan nilai. keyakinan. budaya serta norma masyarakat Malaysia.KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 nilai-nilai murni perlulah bersifat sarwajagat selaras dengan tuntutan agama. budaya dan norma masyarakat Malaysia. pembelajaran digunakan dalam aktiviti berpasangan dan Tema yang digunakan menggambarkan nilai-nilai murni. Antara aspek yang terdapat dalam nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran. nilai murni yang biasa diterapkan adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Berdikari Bekerjasama Menepati masa Sabar Bersyukur Cintakan Negara (vii) Bersikap positif Sebagai pengajar. menghormati kebaikan dan membenci keburukan. 26 OUM . nilai yang baik harus ditunjukkan sama ada bersemuka atau tanpa bersemuka dengan pelajar.

Latihan 2.TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI (v) Penggunaan bahasa dan ayat dalam arahan melambangkan masyarakat Malaysia yang bersopan.3 Berikan contoh situasi penerapan nilai murni dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. Aktiviti Pendidikan Jasmani di lihat dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik kepada peserta. kepercayaan. bentuk badan. Pembentukan Sahsiah Menurut Kamus Dewan sahsiah membawa maksud keperibadian. perkembangan kognitif dan perkembangan afektif. minat. OUM 27 . Dalam sub topik pertumbuhan dan perkembangan fizikal. merasa tingkahlaku dan hubungannya dengan sekitaran. Sahsiah merangkumi perangai. perbincangan berkisar kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak. dewasa dan warga emas. cita-cita dan nilai. postur gerakan badan dan menentukan penyesuaian yang unik terhadap sekitaran. sikap. RUMUSAN Topik ini membincangkan kepentingan Pendidikan Jasmani dan dibahagikan kepada tiga sub topik iaitu pertumbuhan dan perkembangan fizikal. kecergasan. sentimen. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dirancang dengan teliti akan merangsang pembentukan personaliti yang baik. intelek. Nilai-nilai yang sentiasa ditanam dalam aktiviti pendidikan luar dapat membantu merangsangkan pembentukan sahsiah. perangai. Kagan J dan Segal J (1988) mendefinisikan sahsiah sebagai personaliti seorang individu yang merangkumi proses berfikir. Topik ini turut membincangkan keupayaan Pendidikan Jasmani dalam membentuk perkembangan kognitif yang baik serta perkembangan afektif. interaksi. Keupayaan pelajar berinteraksi dengan rakan sebaya akan membenarkan pelajar juga menyumbangkan kemantapan sahsiah. Sahsiah merujuk kepada pembentukan peribadi seseorang individu secara keseluruhan. remaja. Menurut Eysenck mentakrifkan sahsiah sebagai cara individu mengorganisasi watak.

2. 4. 3. Nyatakan langkah-langkah yang di cadangkan dalam mengaplikasikan teori konstruktisme. 4. Nyatakan. 5. Whitehead dan Corbin. Nyatakan kategori Kecergasan keseluruhan dalam Pendidikan Jasmani? Nyatakan tujuan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Dalam pengajaran Pendidikan Jasmani.KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 GLOSSARI Kecergasan Fizikal – Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. UJIAN 2 1. 5. Nyatakan caranya. Berikan definisikan gaya pembelajaran Konstruktisme? Nyatakan tiga aspek pembangunan afektif? 2. Terangkan maksud kecergasan keseluruhan? Nyatakan komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor. 1991 menggariskan enam sasaran anak-kanak dalam aktiviti fizikal menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Nyatakan mengapa perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting. 28 OUM . 3. Pendidikan Jasmani – UJIAN 1 1. Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih bagi mencapai keputusan yang dikehendaki. pengguna perlu diberi peluang untuk berfikir secara kritis. Nyatakan nilai murni yang biasa diterapkan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful