You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan
setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan
Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-
pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan,
ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara
Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan
membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke
dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep
asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik
dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1Malaysia
menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-
identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau
kelebihan yang patut dibanggakan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan
rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain
seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati
sebagai rakyat dalam satu negara.

1
2.0 ISU-ISU YANG MENYENTUH ASPEK EKONOMI, POLITIK, DAN KEPELBAGAIAN
AGAMA MEMERLUKAN PELBAGAI PIHAK DALAM MEWUJUDKAN KEAMANAN
DAN KEHARMONIAN MASYARAKAT BERBILANG ETNIK DI MALAYSIA.
BINCANGKAN.

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang meletakkan perpaduan dan
keharmonian antara kaum sebagai salah satu misi utama kerajaan.Oleh itu, isu perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan suatu topik yang sentiasa dibincangkan secara
terperinci oleh kerajaan Malaysia.Perpaduan boleh disamakan dengan perkataan
penggabungan yang membawa maksud “menjadi satu atau persatuan” (“Erti dan
Kepentingan Perpaduan Negara,” 2012).Melalu definisi ini, perpaduan nyata merupakan
suatu nilai murni yang wajib dipupuk dalam jiwa setiap rakyat Malaysia demi menjanjikan
keamanan dalam Negara yang berbilang kaum ini.

Pihak kerajaan bertanggungjawab dalam menjaga keharmonian Negara dengan


wujudnya Sekolah Berwawasan. Sekolah Wawasan adalah satu lagi usaha kerajaan dalam
memangkin perpaduan yang harmoni bagi rakyat Malaysia. Penubuhan Sekolah Wawasan
dilaksanakan dengan meletakkan tiga atau dua sekolah rendah yang berbeza aliran seperti
SK, SJKC atau SJKC dalam satu kawasan dan mengekalkan bahasa pengantar bagi tiap-
tiap aliran tetapi pada masa yang sama berkongsi infrastruktur seperti perpustakaan, kantin
dan padang sekolah (Norwati binti Abdul Manaf, 2013). Inisiatif kerajaan untuk menubuhkan
Sekolah Wawasan nyata adalah usaha yang baik bagi mengukuhkan perpaduan. Menurut
Norwati binti Abdul Manaf (2013), antara objektif utama sekolah wawasan ditubuhkan ialah
untuk menanamkan sifat integrasi antara kaum walaupun berbeza aliran,bangsa dan
agama; Membina negara yang mempunyai perpaduan tinggi melalui ketinggian toleransi
rakyatnya; Serta menggalakkan komunikasi yang positif dari semua kaum melaui
perkongsian pelbagai infrastruktur sekolah yang disediakan.

Sekolah wawasan merupakan antara cadangan kerajaan yang bertujuan untuk


menyatukan pelbagai kaum di Malaysia dalam satu suasana yang harmoni. Bagi menanam
sifat integrasi antara kaum, setiap budaya dan agama kaun tersebut dihormati dengan
mengekalkan identiti kaum masing-masing di sekolah tersebut tetapi pada masa yang sama,
tetap menjalankan beberapa aktiviti sekolah secara bekerjasama. Warga sekolah juga diajar
bertoleransi dengan mengamalkan konsep berkongsi fasiliti sekolah untuk kegunaan dalam
pembelajaran dan aktiviti-aktiviti sekolah.Langkah-langkah sebegini nyata dapat
mengeratkan lagi kesefahaman di antara kaum-kaum di Malaysia sekiranya setiap kaum itu
memahami tujuan, konsep dan kebaikan sekolah wawasan

2
Selain itu, program belia juga dapat meningkatkan keharmonian dan keamanan
Negara. Menurut Dasar Pembangunan Belia Negara, matlamat utama program yang
melibatkan belia ialah untuk mewujudkan belia yang berkebolehan dalam pelbagai bidang
termasuk dari aspek rohani dan jasmani serta mempunyai semangat sukarelawan dan
patriotik yang tinggi. Secara khususnya, antara objektif utama ialah untuk memupuk gaya
hidup sihat; Membangunkan sifat keusahawanan dan kemahiran; Serta meningkatkan
jaringan antarabangsa (“Dasar Pembangunan Belia Negara”, 2013). Tiga objektif yang telah
disebutkan menjadi asas kepada pembangunan nilai-nilai murni dalam diri belia yang
membawa kepada perpaduan serta keharmonian negara. Belia yang mengamalkan gaya
hidup sihat menjadi aset kepada negara kerana gaya hidup sihat merangkumi pelbagai
aspek seperti kesihatan fizikal dan mental yang menyeluruh.

Dengan penglibatan belia dalam pelbagai aktiviti sihat seperti sukan, mereka tidak
akan terjebak dalam kegiatan negatif yang boleh merosakkan perpaduan negara seperti
gangsterisme, vandalisme dan aktiviti-aktiviti lain. Selain itu, matlamat kerajaan untuk
mendidik belia agar mempunyai semangat keusahawanan dan kemahiran dapat dibuktikan
melalui penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara yang terletak di beberapa negeri di
Malaysia di mana pelbagai kemahiran boleh dipelajari di sini seperti kemahiran
menyediakan makanan, menjahit, kecantikan , fotografi, kejuruteraan dan berbagai-bagai
lagi kursus yang ditawarkan (“Senarai Portal Rasmi IKBN”, 2013). Tambahan pula,
penglibatan belia di peringkat antarabangsa digalakan dengan mengadakan program seperti
program-program pertukaran pelajar antara negara-negara asing dan pertandingan yang
melibatkan negara- 3 negara luar.Usaha-usaha yang dilakukan kerajaan bagi meningkatkan
nilai belia kepada negara juga secara lansung menyumbang kepada kesejahteraan dan
keharmonian negara Malaysia.

Guru juga berperanan dalam menjaga keharmonian Negara yang pelbagai etnik.
Sebagai contoh melalui mata pelajaran sivik dan kewarganegaraan. Prinsip belajar untuk
hidup bersama merupakan asas dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam
masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Melalui prinsip ini, guru berperanan dalam
menerapkan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik ke dalam diri setiap murid
untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga
dan masyarakat. Murid boleh menyemai nilai integrity yang turut ditekankan dalam konsep
1Malaysia ke dalam diri setiap murid. Hal ini kerana dalam usaha membangunkan negara,
Malaysia.

3
Dalam kokurikulum juga guru berperanan menggalakkan murid-murid berinteraksi
dengan luas tanpa mengira kaum melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Di sini,
murid-murid akan belajar erti bekerjasama dan mengamalkan sikap tolong-menolong antara
satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Dalam masa yang sama, mereka akan
cuba untuk menerima kekuatan dan kelemahan rakan-rakan sekumpulan mereka demi
mempertahankan kumpulan masing-masing. Pada waktu inilah, guru perlu berusaha untuk
mewujudkan suasana di mana murid-murid perlu menghargai siapa jua rakan sekumpulan
mereka tanpa memikirkan sentimen perkauman.

Selain itu, guru berperanan menggalakkan murid-murid berinteraksi dengan luas


tanpa mengira kaum melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dianjurkan seperti
perkhemahan dan pertandingan kawad kaki serta program RIMUP. Di sini, murid-murid akan
belajar erti bekerjasama dan mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain
tanpa mengira kaum dan agama. Dalam masa yang sama, mereka akan cuba untuk
menerima kekuatan dan kelemahan rakan-rakan sekumpulan mereka demi
mempertahankan kumpulan masing-masing. Hal ini bertepatan dengan konsep gagasan
1Malaysia, di mana nilai penerimaan dapat dibentuk secara telus. Pada waktu inilah, saya
sebagai guru perlu berusaha untuk mewujudkan suasana di mana murid-murid perlu
menghargai siapa jua rakan sekumpulan mereka tanpa memikirkan sentimen perkauman..

Sebagai kesimpulannya, di samping peranan guru melalui bidang kurikulum, para


guru juga berperanan dalam menggerakkan kokurikulum bagi menggalakkan perpaduan
dan pemupukan nilai-nilai murni serta aspirasi yang seiring dengan konsep 1Malaysia yang
ditekankan oleh Perdana Menteri kita.

Di samping itu, peranan pihak sekolah juga merupakan penjamin masyarakat


berbilang kaum yang tinggal di negara kita agar hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
Pihak sekolah mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan
melibatkan komuniti pelbagai kaum. Seterusnya, pihak sekolah juga haruslah menggalakkan
pemakaian pakaian tradisi kaum masing-masing semasa sambuatan-sambutan seperti
sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan dan sebagainya supaya masyarakat berbilang
kaum di negara kita akan dapat merasai harmoni dan makmur hidup dalam masyarakat
majmuk di negara Malaysia. Sebagai contoh, bagi kaum Melayu mereka hendaklah
memakai baju Melayu dan baju kurung manakala kaum Cina memakai cheongsam dan
memakai sari bagi kaum India . Sikap ini berjaya menyemaikan semangat perpaduan dalam
diri pelajar seterus akan terus bercambah dengan subur apabila mereka memasuki alam
dewasa. Sesungguhnya, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mengekalkan

4
keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia, bak kata
peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.

Amalan masyarakat itu juga salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian
antara kalangan masyarakat berbilang kaum di malaysia. Amalan masyarakat yang baik
dapat mengamankan masyarakat majmuk di Malaysia. Keamanan masyarakat ini dapat
dikekalkan dengan penglibatan pelbagai kaum dan setiap aktiviti yang diadakan dalam
sesebuah komuniti. Sebagai contoh, pengamalan tradisi sukan komuniti tahunan dengan
penglibatan dari setiap golongan kaum yang berlainan disertai dengan pengamalan sikap-
sikap terpuji dalam tradisi yang dilakukan. Seandainya amalan tradisi dalam sesebuah
masyarakat dengan penglibatan pelbagai kaum tidak diamalkan, sudah pastilah
keharmonian masyarakat tidak dapat dikekalkan. Pendek kata, amalan tradisi masyarakat
dengan penglibatan masyarakat majmuk dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran
hidup bermasyarakat dalam komuniti pelbagai kaum, seperti yang diperjelas dalam
peribahasa ke lurah sama dituruni, ke gunung sama didaki.

Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap tolak ansur dan saling sayang
menyayangi antara satu sama lain. Setiap rakyat haruslah sentiasa mengamalkan 17 nilai
murni dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya pengamal sikap murni-sikap
murni dalam diri masyarakat di Malaysia, hidup setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum
akan sentiasa aman dan harmoni. Sebagai contohnya, rumah kita mengadakan rumah
terbuka sempena sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, tidak seharusnya kita
menghalang jiran kita walaupun mereka bukanlah seagama dengan kita dari mengunjungi
kita dan bersama-sama meraikannya bersama kita. Seandainya setiap rakyat mengamalkan
sikap bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain, sudah pasti
keharmonian masyarakat berbilang kaum akan dapat dikekalkan, kerana tegap rumah
kerana sasaknya, teguh negara kerana keutuhan bangsanya. Tegasnya, sikap individu
memainkan peranan yang paling penting untuk mengekalkan keharmonian dan
kemakmuran masyarakat berbilang kaum di Malaysia hari ini.

Kesimpulanya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengekalkan keamanan


dan keharmonian antara masyrakat berbilang kaum di negara kita. Dalam konteks
ini,masyarakat haruslah berganding bahu dan bertolak ansur di samping pengamalan
amalan tradisi serta kerjasama antara sekolah,media massa dan kerajaan bagi
mengekalkan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu, sempena
menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54 dan bulan pembentukan Malaysia, marilah kita sama-
sama bertekad untuk menjadi lebih patriotik,berikrar untuk memberi sumbangan penuh

5
bererti kepada masyarakat, lebih bersatu padu dan mahu berkorban kepada negara kerana
sesungguhnya “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi


memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang
digariskan dalam prinsip Rukun Negara.Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat
perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara
kaum.Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah
mengutamakan kepentingan negara.Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka
adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia
adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan
daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini
diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus
kepada satu matlamat iaitu untuk negara.

6
3.0 RUJUKAN

Awing Sariyan (2011) , Trend penulisan kritis semasa : analisis isu-isu utama bangsa

dan Negara. Kesturi (1-2).

Mansor Mohd Nor, Abdul Rahman Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee(2010)

Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur .Prentice Hall Malaysia.

Norwati binti Abdul Manaf, (2013). Sejarah pembinaan Negara Bangsa: Siri Khas

Sastera dan Sains Sosial. Kuala Lumpur : Penerbit UM

You might also like