You are on page 1of 12

1.

0 PENGENALAN
Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu
perkara yang rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang
linguisitk. Bagaimana manusia memperoleh bahasa merupakan satu isu yang amat
mengagumkan dan sukar dibuktikan. Pelbagai teori dari bidang disiplin yang berbeza
telah dikemukakan oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana proses ini
berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Memang diakui bahawa sama ada disedari
ataupun tidak, sistem-sistem linguistik dikuasai dengan pantas oleh individu kanak-
kanak walaupun umumnya tiada pengajaran formal. ‘…learning a first language is
something every child does successfully, in a matter of a few years and without the
need for formal lessons.’ (Language Acquisition: On-line). Sungguhpun rangsangan
bahasa yang diterima oleh kanak-kanak tidak teratur dan terhad, namun mereka
berupaya memahami sistem-sistem linguistik bahasa pertama sebelum menjangkau
usia lima tahun. Fenomena yang kelihatan menakjubkan ini telah berlaku dan terus
berlaku dalam kalangan semua masyarakat dan budaya pada setiap masa.

Terdapat pelbagai teori yang boleh digunakan yang juga mempunyai
perkaitan dengan pemerolehan bahasa. Contohnya seperti teori behaviorisme yang
menyatakan bahawa proses pemerolehan bahasa seseorang berlaku menerusi elemen
rangsangan dan tindak balas. Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran
yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-
ahli behaviorisme, proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah
dipelajari. Kedua-duanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta
tingkahlaku tertentu yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui
interaksi dengan persekitaran.

Teori behaviorisme juga menyatakan bahawa dua faktor utama yang sering
dikaitkan dengan pemerolehan bahasa ialah faktor nurture dan faktor nature. Namun
para pengkaji bahasa dan linguistik tidak menolak kepentingan tentang pengaruh
faktor-faktor seperti biologi dan persekitaran. Kajian-kajian telah dijalankan untuk
melihat sama ada manusia memang sudah dilengkapi dengan alat biologi untuk
kebolehan berbahasa seperti yang didakwa oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan
Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa ialah hasil daripada kebolehan kognisi
umum dan interaksi manusia dengan persekitarannya. Menerusi pelaksanaan tugasan

1
ini, analisis akan dilakukan ke atas proses pemerolehan bahasa yang berpandukan
kepada teori behaviorisme.

2.0 PEMEROLEHAN BAHASA BERDASARKAN TEORI BEHAVIORISME
Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia.
Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa
kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua bertumpu kepada perkembangan
bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-line). Perkembangan bahasa kanak-
kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak berkenaan. Namun
terdapat juga pandangan lain yang mengatakan bahawa terdapat dua proses yang
terlibat dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak iaitu pemerolehan
bahasa dan pembelajaran bahasa.

Dalam pada itu, perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak boleh
berlaku dalam pelbagai cara dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Teori Behaviouris
atau mekanis mislanya menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran
bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F. Skinner
(1938). Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa
atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan
dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut
perkataan yang diajar itu (Abd. Aziz Talib, 2000). Ganjaran yang diberi adalah untuk
mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh
kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti pandai,
senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang
kanak-kanak bercakap.

Namun begitu, proses pemerolehan bahasa seseorang berlaku menerusi
elemen-elemen rangsangan yang wujud dalam proses pembelajaran bahasa
seseorang. Di dalam kelas misalnya, proses pembelajaran bahasa dalam kalangan
pelajar berlaku menerusi rangsangan yang diwujudkan oleh guru ke atas para pelajar
yang dididik menerusi pelbagai aktiviti seperti perbincangan, soal jawab,
pembentangan dan seumpamanya. Kesemua elemen rangsangan dilihat sebagai salah
satu cara yang akan dapat menggalakkan pelajar untuk berinterasi dalam aktiviti

2
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan yang juga membantu kepada proses
perkembangan bahasa pelajar berkenaan.

Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat
nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia
termasuklah kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat umum
inilah digunakan untuk menguasai segala-galanya termasuklah bahasa. Bagi
Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language
Acquisition Device (LAD) yang fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan
oleh Lenneberg yang dikenali sebagai ‘Innate Prospensity for Language’. LAD
dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara semula jadi dan dengan alat nurani
ini akan membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan
mudah dan cepat. Namun begitu, proses pembelajaran bahasa terhadap kanak-kanak
itu hanya akan berjalan dengan lancar sekiranya ibu bapa merangsang anak-anak
berkenaan untuk mempelajari bahasa yang diajarkan oleh ibu bapanya.

Begitu juga dengan proses pembelajaran dan pemerolehan bahasa di sekolah
di mana rangsangan yang wujud dalam persekitaran pembelajaran pelajar akan
mendorong pelajar untuk berbahasa dan menggunakan bahasa yang dipelajari. Dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal di dalam kelas juga, rangsangan
boleh wujud daripada pelbagai faktor seperti faktor persekitaran, faktor aktiviti
pengajaran guru dan juga faktor bahan pengajaran yang digunakan oleh guru.
Contohnya seperti penggunaan bahan pengajaran yang bercirikan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK). Kajian dari Universiti John Hopkins
menunjukkan murid berminat dalam kelas yang menggunakan komputer secara
efektif dan jarang ponteng kelas, malah mereka sudi memperuntukkan lebih masa
untuk belajar menggunakan komputer. Di samping itu, murid juga lebih bersosial,
lebih berdikari dan saling bekerjasama dalam menyelesaikan masalah serta sudi
berkongsi informasi dan pengetahuan (Azman, 2000). Hasil kajian Fuchs & Alider
(1993) menunjukkan pengajaran berbantukan komputer memanfaatkan murid. Murid
akan menjadi lebih aktif, lebih menumpukan perhatian kepada tugasan dan
kemahiran menyelesaikan masalah semakin meningkat. Secara tidak langsung, ianya
akan lebih mendorong pelajar untuk lebih fokus terhadap aktiviti pembelajaran
bahasa yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas.

3
Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat pelbagai elemen
rangsangan yang mampu menghasilkan tindak balas. Ianya juga akan dapat
memastikan proses pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak atau pelajar
akan dapat berlaku dengan baik. Perkara ini juga sangat ditekankan dalam teori
behaviorisme yang menyatakan bahawa proses pemerolehan bahasa berlaku menerusi
elemen-elemen rangsangan yang akan menghasilkan gerak balas. Dengan demikian,
maka proses perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak atau pelajar akan
dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Bagi meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar, maka terdapat
pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghasilkan rangsangan seperti mana
yang ditekankan dalam teori behaviorisme. Contohnya adalah seperti mana yang
ditunjukkan dalam rancangan pengajaran di bawah:-

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 5

Masa : 60 Minit

Topik : Ayat Majmuk

Standard Kandungan : 1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang
sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan
tepat secara bertatasusila
1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang
sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara
bertatasusila

Standard : 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang
Pembelajaran tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber secara bertatasusila
1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang
sesuatu perkara daripada pelbagai sumber
dengan tepat dan jelas secara bertatasusila.
1.7.1 Berbincang dan mengemukakan pandangan
tentang sesuatu perkara daripada pelbagai

4
sumber secara bertatasusila

Objektif Pengajaran : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan
dapat:-
a) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
dalam membina ayat majmuk
b) Meningkatkan kemahiran menulis ayat majmuk
c) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
dengan bertatasusila
d) Meningkatkan penyertaan dalam aktiviti
pengajaran tatbahasa Bahasa Melayu

Alat Bantu Mengajar : Majalah Akademik, Akhbar dan Bahan Bacaan Lain

Kaedah Pengajaran : Syarahan, Perbincangan, Penyiasatan dan Penyelesaian
Masalah

EMK : Kraetiviti dan Inovatif

Nilai : Kerjasama, Toleransi dan Bersungguh-Sungguh

Aktiviti / Standard Kandungan Standard Pembelajaran Catatan
Masa

Set - Berbicara untuk - Guru menerangkan - ABM :
Induksi mendapatkan kepada murid tentang Keratan
(5 Minit) maklumat yang tepat topik pengajaran yang Majalah
tentang sesuatu akan dijalankan Akademik
perkara daripada - Guru membacakan - Kaedah :
pelbagai sumber
satu teks dan memberikan Syarahan
secara bertatasusila
beberapa contoh ayat
- Nilai :
majmuk
Kerjasama,
- Guru menganalisis Toleransi dan
ayat majmuk yang Bersungguh-
dinyatakan Sungguh
- Guru mengemukakan
soalan sama ada murid
memahami atau tidak

Aktiviti 1 - Berbicara untuk - Guru membentuk - ABM :
(5 Minit) mendapatkan murid dalam kumpulan Bahan Bacaan
maklumat yang tepat kecil (3 orang dalam - Kaedah :
tentang sesuatu setiap kumpulan)

5
perkara daripada - Guru memberikan Perbincangan
pelbagai sumber bahan bacaan kepada - Nilai :
secara bertatasusila kumpulan murid untuk Kerjasama,
menganalisis ayat majmuk Toleransi dan
yang terdapat dalam bahan Bersungguh-
bacaan tersebut Sungguh
- Murid mengadakan
perbincangan awal tentang
bahan bacaan yang
diberikan oleh guru

Aktiviti 2 - Berbicara untuk - Murid menjalankan - ABM :
(25 Minit) menyampaikan aktiviti perbincangan Bahan Bacaan
maklumat tentang dalam kumpulan untuk - Kaedah :
sesuatu perkara mengenal pasti ayat
Perbincangan
daripada pelbagai majmuk
dan
sumber dengan tepat - Murid mengenal pasti Penyiasatan
dan jelas secara
jenis ayat majmuk yang
bertatasusila. - Nilai :
terdapat pada bahan
Kerjasama,
- Berbincang dan bacaan yang dibincangkan
Toleransi dan
mengemukakan
- Murid menerokan, Bersungguh-
pandangan tentang
membuat analisis dan Sungguh
sesuatu perkara
penelitian terhadap ciri-
daripada pelbagai
ciri ayat majmuk yang
sumber secara
berjaya dikenal pasti
bertatasusila
- Murid bertukar-tukar
pandangan terhadap
aktiviti perbincangan dan
penyiasatan yang
dijalankan
- Guru menjadi
pemerhati dan
pembimbing kepada
kumpulan murid yang
memerlukan bantuan

Aktiviti 3 - Berbincang dan - Murid - ABM :
(20 Minit) mengemukakan membentangkan hasil Bahan Bacaan
pandangan tentang perbincangan mereka
- Kaedah :
sesuatu perkara
- Murid lain Perbincangan
daripada pelbagai
(pendengar) memberikan dan
sumber secara
reaksi terhadap ayat Penyelesaian
bertatasusila
majmuk yang Masalah
dibentangkan oleh - Nilai :
kumpulan pembentang
Kerjasama,
- Guru dan murid Toleransi dan
bersoal jawab untuk Bersungguh-

6
mendapatkan penyelesaian Sungguh
yang tepat bagi setiap ayat
majmuk yang
dibentangkan oleh setiap
kumpulan
- Guru menilai
kesemua ayat majmuk
yang telah dinyatakan oleh
murid dalam kumpulan
perbincangan mereka

Penutup - Pengetahuan - Guru membuat - Kaedah :
(5 Minit) dan penguasaan kesimpulan terhadap Syarahan
murid terhadap aktiviti pengajaran
- Nilai :
konsep ayat majmuk tatabahasa yang telah
Kerjasama,
telah dapat dijalankan
Toleransi dan
ditingkatkan
- Guru mengemukakan Bersungguh-
soalan kepada murid yang Sungguh
masih tidak memahami
topik pengajaran yang
telah dibincangkan

4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI BEHAVIORISME
Berdasarkan kepada aplikasi teori behaviorisme yang ditunjukkan dalam
rancangan pengajaran, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa kelebihan aplikasi
teori behaviorisme ini terhadap pelajar. Antaranya adalah seperti mana yang
dijelaskan di bawah:-

 Meningkatkan Keberkesanan Aktiviti Pengajaran Guru
Salah satu kelebihan atau kekuatan dalam mengaplikasikan teori behaviorisme
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam kelas ialah untuk
meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran guru. Kejayaan guru dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan dapat ditingkatkan.
Ini kerana, aplikasi teori behaviorisme dengan menggunakan teknologi seperti
komputer dan internet akan dapat merangsang pelajar serta meningkatkan minat
dan perhatian pelajar terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

7
dilaksanakan oleh guru. Secara tidak langsung, guru akan dapat meningkatkan
penyertaan pelajar dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan di dalam kelas. Ini juga akan membantu guru mencapai objektif
pengajaran dengan lebih berkesan. Daalm masa yang sama, pennggunaan bahan
pengajaran seperti ini akan dapat membantu beliau menyampaikan kandungan
pengajaran dengan lebih berkesan. Pelajar juga akan lebih mudah untuk
memahami aktiviti pengajaran yang disampaikan oleh beliau.

 Kepelbagaian Media Pengajaran Guru
Aplikasi teori behaviorisme juga akan sentiasa mendorong guru untuk
menggunakan pelbagai bahan dan media pengajaran yang juga akan menjadi
salah astusatu faktor dalam merangsang pelajar. Penggunaan buku teks sebagai
medium pengajaran akan dapat dikurangkan dan seterusnya akan dapat
membantu guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menyeronokkan. Ini kerana, aplikasi teori behaviorisme dengan
menggunakan pelbagai jenis bahan bacaan akan membolehkan pelajar
berinteraktif dengan bahan pengajaran ini. Secara tidak langsung, kemahiran
sosial dan komunikasi pelajar akan dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.
Dalam masa yang sama, penggunaan pelbagai jenis bahan bacaan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, beliau menyatakan bahawa beliau dapat
mempelbagaikan media pengajaran yang juga akan meningkatkan minat dan
keseronokan pelajar dalam mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Ini juga turut membantu beliau mencapai objektif pengajaran
dengan lebih berkesan.

 Meningkatkan Pencapaian Pelajar
Aplikasi teori behaviorisme dengan menggunakan bahan pengajaran yang
sesuai juga akan sentiasa merangsang dan meningkatkan penglibatan pelajar
dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa yang dilaksanakan.
Penglibatan pelajar yang bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berpotensi untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
Dalam pada itu, guru juga akan lebih mudah untuk mengenal pasti pelajar yang
lemah dalam pelajaran mereka dan seterusnya membantu pelajar tersebut untuk
meningkatkan pencapaian akademik mereka. Secara tidak langsung, penyertaan

8
pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut membantu
menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. Ini juga turut
membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik pengajaran yang
disampaikan oleh guru.
Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dilihat bahawa
aplikasi teori behaviorisme memberikan banyak manfaat dan kelebihan kepada guru
dan pelajar khususnya dalam meningkatkan penguasaan bahasa pelajar. Usaha untuk
memastikan pemerolehan bahasa pelajar dapat dilakukan dengan berkesan
memerlukan pelbagai elemen rangsangan dalam aktiviti pemerolehan bahasa di
dalam kelas. Begitu juga dengan persekitaran pemerolehan bahasa pelajar yang mana
perlu merangsang pelajar.

Walau bagaimanapun, guru juga perlu menggunakan bahan pengajaran yang
sesuai dalam aktiviti pengajaran agar dapat merangsang pelajar. Contohnya seperti
penggunaan komputer. Kajian Faridah (2001) telah membuktikan bahawa komputer
mempercepat proses pembelajaran dan berpotensi untuk meningkatkan prestasi
pencapaian akademik murid-murid khas. Kajian yang dijalankan oleh Phua,
Ramasamy & Ang (1998) juga telah membuktikan wujudnya perbezaan pencapaian
markah di antara murid yang diajar 68 dengan kaedah pengajaran berbantukan
komputer dengan kaedah pembelajaran tradisional. Ee Ah Meng (1998), dari segi
konsepnya, program pemulihan khas ialah sebagai suatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk membantu murid-murid dalam kelas biasa yang mengalami
kesukaran dalam pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas 3M.

Menurut Thorndike, Weics dan Danis (1968), dalam Hashim (2000), minat
secara keseluruhan dapat dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah motivasi.
Sementara Kauchak dan Enggan (1989), berpendapat pengajaran yang berkesan
memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang luas terhadap mata pelajaran serta
mempunyai kefahaman terhadap aspek pembelajaran murid. Pengajaran yang
berkualiti adalah hasil daripada mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan pada suatu disiplin ilmu tersebut.

Walaupun aplikasi teori behaviorisme dalam aktiviti pemerolehan bahasa
dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa pelajar, namun aplikasi teori

9
behaviorisme ini turut mempunyai beberapa kekurangan dan kelemahan. Antaranya
adalah seperti mana yang berikut:-

 Kemahiran Guru
Aplikasi teori behaviorisme ini sangat menuntut kemahiran guru untuk
merangsang pelajar. Sekiranya guru tidak mempunyai kemahiran yang
memuaskan dalam merangsang pelajar, maka aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bahasa yang dilaksanakan tidak akan memberikan impak
berkesan kepada pelajar. Dalam masa yang sama, gerak belas yang diharapkan
terhasil daripada pelajar juga tidak akan dapat dicapai dengan memuaskan.

 Tindak Balas Pelajar
Setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh guru sangat memerlukan penglibatan
pelajar. Sekiranya pelajar tidak dapat memberikan reaksi yang memuaskan
terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di
dalam kelas, maka proses pemerolehan bahasa dalam kalangan pelajar juga
tidak akan dapat mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. Dalam
erti kata lain, aplikasi teori behaviorisme ini hanya akan sia-sia dan tidak akan
dapat menghasilkan gerak balas daripada pelajar. Oleh yang demikian, adalah
penting untuk setiap guru memastikan perhatian dan fokus pelajar dapat
sentiasa ditingkatkan agar dapat meningkatkan keberkesanan proses
pemerolehan bahasa dalam kalangan pelajar.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa kelemahan
aplikasi teori behaviorisme dalam aktiviti pemerolehan bahasa. Walau bagaimanapun,
kelemahan tersebut dapat diatasi sekiranya guru mampu merangsang pelajar untuk
mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti pemerolehan bahasa yang
dilaksanakan di dalam kelas.

5.0 KESIMPULAN
Kajian-kajian terkini oleh Bates, Snow dan Tomasello telah mengemukakan
hipotesis bahawa pembelajaran bahasa adalah hasil daripada kebolehan kognisi
umum manusia dan interaksinya dengan masyarakat sekitarnya. Salah satu alat

10
terkini yang digunakan untuk mengkaji pemerolehan bahasa ialah CHILDES (Child
Language Data Exchange System) oleh Brian MacWhinney dan Catherine Snow
(Language Acquisition: On-line). Mengikut Bowen (Language ages and stages: On-
line) pembelajaran bahasa bermula sejak bayi dilahirkan. Bayi-bayi yang baru lahir
sudah mula mengecam bunyi-bunyi yang terdapat di sekitarnya. Mengikut Brookes
(dlm. Abdullah Yusoff dan Che Rabiah Mohamed, 1995:456), kelahiran atau
pemerolehan bahasa dalam bentuk yang paling sederhana bagi setiap bayi bermula
pada waktu bayi itu berumur lebih kurang18 bulan dan mencapai bentuk yang hampir
sempurna ketika berumur lebih kurang empat tahun.

Bagi Mangantar Simanjuntak (1982) pula, pemerolehan bahasa bermaksud
penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku
dalam kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun. Hal ini tidak
bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa tetapi kadarnya tidak sehebat
kanak-kanak. Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa
tanpa disedari atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara
formal untuk mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang
dituturkan oleh ahli masyarakat di sekitarnya. Beliau seterusnya menegaskan bahawa
kajian tentang pemerolehan bahasa sangat penting terutamanya dalam bidang
pengajaran bahasa. Pengetahuan yang cukup tentang proses dan hakikat pemerolehan
bahasa boleh membantu bahkan menentukan kejayaan dalam bidang pengajaran
bahasa.

Di peringkat sekolah pula, proses pemerolehan bahasa dalam kalangan pelajar
boleh dilakukan menerusi pelbagai elemen rangsangan yang mampu menghasilkan
gerak balas positif dalam kalangan pelajar. Contohnya seperti penggunaan bahan
pengajaran bercirikan TMK, jenis aktiviti yang dilaksanakan adn sebagainya. Dengan
menekankan perkara seperti ini, maka proses pemerolehan bahasa dalam kalangan
pelajar akan dapat dilakukan dengan lebih memuaskan.

11
JUMLAH PERKATAAN : 2,733 PATAH

RUJUKAN
Abdullah Hassan, (1993). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Fajar Bakti, Kuala
Lumpur

Ab. Rahman Ab. Rashid dan Hajah Wan Som Mamat, (1995). Bahasa Melayu : Bahasa
Dalam Komunikasi dan Proses Komunikasi, Longman, Selangor

Asmah Haji Omar, (2005). Bahasa Melayu Saintifik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Asmah Haji Omar, (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur

Awang Sariyan, (2000). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu Di Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ismail Dahaman, (2006). Bahasa Kita, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain, (1992). Pembinaan Bahasa Melayu : Perancangan
Bahasa Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

12