You are on page 1of 12

1.

0 Pengenalan
Bahasa Melayu telah melalui banyak fasa perkembangan yang bermula dengan
zaman Bahasa Melayu kuno yang kemudiannya berkembang ke zaman Bahasa
Melayu klasik dan terus berkembang hingga ke zaman Bahasa Melayu moden.
Peranan dan fungsi Bahasa Melayu Kuno yang semakin berkembang khususnya
semasa zaman pemerintahan kerajaan Srivijaya, telah mendorong kepada
perkembangan Bahasa Melayu ke peringkat seterusnya yang dikenali sebagai Bahasa
Melayu Klasik. Zaman ini berlaku dalam 5 abad yang bermula dari abad ke-13
hingga abad ke-18. Pada akhir abad ke-12 dan awal abad ke-13, aktiviti perdagangan
daripada pedangan Arab semakin berkembang pesat dan semakin meluas di kawasan
Nusantara. Ini termasuklah aktiviti perdagangan di Kepulauan Melayu yang mana
aktiviti perdagangan di Kepulauan Melayu semakin berkembang pesat.

Walau bagaimanapun, kedatangan pedagang Arab tidak hanya untuk tujuan
perdagangan semata-mata. Sebaliknya, aktiviti penyebaran agama Islam juga turut
berkembang pesat dan semakin menampakkan kepentingan Bahasa Melayu sebagai
bahasa yang digunakan untuk menyebarkan dakwah Islamiah di kalangan masyarakat
di Kepulauan Melayu khususnya di Tanah Melayu. keadaan ini seterusnya
mendorong kepada perkembangan Bahasa Melayu yang mana turut menerima
pengaruh daripada bahasa Arab dalam proses pembentukan perkataan dan
perbendaharaan kata Bahasa Melayu. Dalam pada itu, sistem tulisan Bahasa Melayu
juga turut mengalami perubahan daripada tulisan Palawa kepada penggunaan tulisan
Jawi sebagai bentuk tulisan utama dalam penyebaran Islam oleh pedagang Arab.
Untuk melihat kepada perkembangan Bahasa Melayu pada zaman ini yang mana
menerima pengaruh daripada bahawa Arab dalam proses pembentukan perkataan dan
perbendaharaan kata Bahasa Melayu, terdapat beberapa bukti yang boleh dijadikan
sebagai sumber rujukan.

Menerusi perbincangan dan penulisan akademik ini, analisis akan dijalankan ke atas
sejarah perkembangan Bahasa Melayu dan meneliti kesignifikanan Bahasa Melayu
moden dan Bahasa Melayu klasik. Perbincangan akan difokuskan kepada beberapa
aspek yang berkaitan.

1
2.0 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu wujud sejak zaman Bahasa Melayu
Proto yang berkembang sejak tahun 2500 sebelum masihi. Bahasa Melayu ini
berkembang melalui beberapa zaman dan era sepert zaman Bahasa Melayu Neutro,
Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan juga Bahasa Melayu Moden.
Setiap era perkembangan Bahasa Melayu ini mempunyai pengaruh daripada pelbagai
aspek dalam proses pembentukan perkataan dan ayat Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Klasik adalah suatu era Bahasa Melayu yang wujud di antara abad
ke-13 hingga abad ke-18. Pada era ini, Bahasa Melayu banyak menerima pengaruh
daripada bahasa Sanskrit dan juga Bahasa Arab ekoran dariapda aktiviti pedangan
yang giat berlaku pada era ini. Dalam pada itu, terdapat juga beberapa bukti yang
menunjukkan kewujudan Bahasa Melayu di sekitar abad ini seperti batu bersurat
yang ditemui di Pagar Ruyung, Minangkabau pada tahun 1356, batu bersurat yang
ditemui di Minye Tujuh, Acheh pada tahun 1380 dan juga batu bersurat yang ditemui
di Kuala Berang, Terengganu pada tahun 1303-1387. Kesemua tiga batu bersurat
yang ditemui ini memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama dalam aktiviti dakwah dan aktiviti pentadbiran negara.

Dalam pada itu, Bahasa Melayu Moden pula adalah suatu era Bahasa Melayu yang
berkembang setelah abab ke-18 hingga abad ke-20. Pada zaman ini, Bahasa Melayu
pula banyak menerima pengaruh daripada bahasa Barat khususnya Bahasa Inggeris
ekoran daripada aktiviti penjajahan yang luas berlaku dalam abad ini. Contohnya
seperti British, Portugis dan sebagainya yang giat memperluaskan empayar jajahan
mereka ke kawasan Kepulauan Melayu. Keadaan ini menyebabkan aktiviti
perdagangan turut menyumbang kepada proses pembentukan Bahasa Melayu yang
mana banyak menerima pengaruh daripada bahasa asing khususnya Bahasa Inggeris.

Bermula dari abad ke-18 juga, Bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang
sangat luas menerusi yang dikenali sebagai Bahasa Melayu moden. Setelah
berakhirnya abad ke-18 dan bermulanya abad ke-19, maka usaha untuk memodenkan
Bahasa Melayu semakin berkembang pesat dan semakin kuat diperjuangkan oleh
pejuang-pejuang Bahasa Melayu. salah seorang daripada penuang Bahasa Melayu
ialah Munsyi Abdullah atau Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau telah

2
dianugerahkan oleh pihak Inggeris sebagai ‘Tokoh Penulisan Moden’ selepas
menterjemahkan kitab Bible Matius ke Bahasa Melayu dan membantu memudahkan
pergerakan mubaligh-mubaligh Kristian di Bandar Hilir dan Singapura. Padahal pada
zamannya terdapat ramai tokoh-tokoh penulisan besar yang junior dan senior di alam
Melayu pada zaman itu yang menghasilkan banyak kitab-kitab yang bernilai tinggi
seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Daud Pattani, Raja Haji, Abdul Samad Palambangi
dan lain-lain.

Daripada penerangan di atas, dapat dilihat bahawa Bahasa Melayu telah melalyu fasa
atau era perkembangan yang berlainan. Begitu juga dengan Bahasa Melayu Klasik
dan Bahasa Melayu Moden yang mana berkembang dalam abad yang berlainan.
Keadaan ini turut menyebabkan kedua-dua era perkembangan Bahasa Melayu ini
mempunyai ciri yang berlainan khususnya dalam aspek morfologi dan juga sintaksis.
Walau bagaimanapun, Bahasa Melayu moden pada masa kini adalah kesinambungan
daripada Bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu moden tidak akan wujud sekiranya
ketiadaan Bahasa Melayu klasik. Namun begitu, proses perkembangan Bahasa
Melayu moden telah dirancang dengan lebih baik agar proses pembentukan
perbendaharaan kata dan istilah dapat digunakan dalam konteks komunikasi semasa.

Justeru, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah badan di Malaysia yang
bertanggung jawab memastikan proses pembentukan istilah Bahasa Melayu moden
dapat dikembangkan dan diselarikan dengan istilah Bahasa Melayu yang digunakan
di rantau Nusantara khususnya dalam kalangan pengguna Bahasa Melayu di Brunei,
Singapura dan Indonesia. Dalam konteks Malaysia, proses pengistilahan
dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang telah berperanan penting
sejak tahun 1957 menerusi pengenalan buku yang bertajuk Istilah Jawatan dan
Jabatan dan telah dibukukan pada tahun 1960. Dalam proses membentuk istilah juga,
terdapat beberapa teori yang seharusnya digunakan oleh pihak DBP untuk
memastikan istilah yang dibentuk dapat digunakan dengan meluas oleh pengguna
bahasa. Contohnya seperti menggunakan Teori Umum Peristilahan (TUP) yang mana
menjelaskan tentang beberapa prosedur dan prinsip yang perlu diutamakan dalam
membentuk suatu istilah. Teori yang dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster
jugaturut menjelaskan beberapa ciri dan faktor yang perlu diutamakan dalam proses
membentuk suatu istilah.

3
Selain itu, Gumperz (1908) juga telah memperkenalkan model dari segi tiga teori
peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi
oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat
perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek. Menurut Abdullah
Hassan (1986:192) bentuk prototaip peristilahan ialah bentuk yang dijadikan acuan
atau dasar dalam pembentukan istilah.

Dalam pada itu, proses membentuk istilah juga perlu dilakukan dengan beberapa
langkah seperti mana yang dinyatakan di bawah:-
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menyatakan tujuan yang akan
digunakan untuk melakukan proses perkembangan pengistilahan Bahasa
Melayu. Daripada objektif tersebut, maka DBP akan membuat peringkat
seterusnya agar istilah Bahasa Melayu yang dibentuk adalah istilah yang dapat
digunakan untuk suatu konteks komunikasi.
Setelah meneliti keperluan untuk membentuk istilah baru, proses
seterusnya ialah mencari istilah yang sesuai yang boleh digunakan untuk
menggambarkan situasi yang dinytakan. Pada peringkat ini, DBP akan
mengenal pasti beberapa perbendaharaan atau istilah yang sesuai dengan
menghasilkan perbendaharaan kata Bahasa Melayu yang asli. Sekiranya tidak
dapat diperolehi, proses peminjaman daripada bahasa asing akan dilakukan.
Proses peminjaman bahasa asing ini adalah untuk memastikan agar istilah yang
dibentuk adalah suatu istilah yang dapat difahami maksud dan maknanya
dengan lebih baik.
Setelah istilah telah dikenal pasti, proses seterusnya ialah proses penilaian
ke atas istilah tersebut. Penilaian akan dilakukan ke atas beberapa perkara
seperti definisi istilah, cara sebutan, bilangan suku kata dan sebagainya.
Penilaian ini akan dikaji dengan terperinci sebelum proses penerbitan istilah
dilakukan. Pada peringkat ini juga, penilaian yang dijalankan juga perlu
mendapat persetujuan daripada ahli panel yang bertanggung jawab dalam
proses pembentukan istilah tersebut. Dalam masa yang sama, ianya adalah
untuk memastikan agar setiap istilah yang dibentuk adalah istilah yang mudah
difahami dan dapat digunakan dengan meluas dalam proses pertuturan harian.
Proses terakhir ialah proses penerbitan istilah. Setelah diluluskan oleh
jawatan kuasa yang bertanggung jawab membentuk istilah tersebut, maka

4
proses penerbitan istilah perlu dilakukan. Contohnya seperti menggunakan
media cetak dan media elektronik untuk menerangkan kepada masyarakat
berkenaan dengan makna dan cara menggunakan istilah tersebut. Perkara ini
perlu dilakukan agar masyarakat dapat menggunakan istilah tersebut dengan
betul.

Menerusi peranan DBP seperti ini, maka Bahasa Melayu akan dapat dikembangkan
dan dapat digunakan dalam pelbagai bidang.

3.0 Kesignifikanan Bahasa Melayu Klasik Terhadap Bahasa Melayu Moden
Seperti mana yang telah dijelaskan di atas, Bahasa Melayu moden adalah bahasa
yang lahir dan berkembang daripada Bahasa Melayu klasik. Dalam erti kata lain,
Bahasa Melayu moden mempunyai hubungan langsung atau kesignifikanan dengan
Bahasa Melayu klasik. Perkara ini dapat dilihat menerusi beberapa perkataan atau
kosa kata dalam Bahasa Melayu moden yang dibentuk daripada Bahasa Melayu
klasik. Antaranya ialah:-

Jenis Kata Pangkal Ayat
Salah satu aspek yang dapat dilihat di antara Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa
Melayu Moden adalah jenis kata pangkal ayat yang wujud dalam kedua-dua era
bahasa ini. Kata pangkal ayat adalah perkataan atau rangkai kata yang
digunakan di awal ayat untuk mewujudkan kesinambungan dengan ayat
sebelumnya. Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan kata pangkal ayat
yang dipengaruhi oleh Bahasa Arab sahaja. Sebaliknya, kata pangkal ayat yang
digunakan dalam Bahasa Melayu Moden pula banyak dipengaruhi oleh bahasa
Inggeris dan bahasa Sanskrit. Oleh itu, berikut dinyatakan jenis kata pengkal
ayat yang digunakan dalam Bahasa Melayu Klasik:-

Jenis Kata Contoh Ayat
Pangkal Ayat

Maka Maka pada suatu hari, ia pun menyuruh orang membaca doa
kunut dan sedekah kepada fakir dan miskin.

5
Maka baginda pun terlalu amat sukacita dan menamai
anaknya yang tua Syah Peri dan anaknya yang muda Indera
Bangsawan.

Adapun Adapun yang tua keluarnya dengan panah dan yang muda
dengan pedang.
Adapun Raja Kabir itu takluk kepada Buraksa dan akan
menyerahkan putrinya.

Hatta Hatta berapa lamanya Puteri Kemala Sari pun sakit mata,
terlalu sangat.
Hatta datanglah kesembilan orang anak raja meminta susu
kambing yang disangkanya susu harimau beranak muda itu.

Tersebutlah Tersebutlah perkataan seorang raja yang bernama Indera
Bungsu dari Negeri Kobat Syahrial.
Tersebutlah pula perkataan Syah Peri yang sudah bercerai
dengan saudaranya Indera Bangsawan.

Jadual 1 : Contoh Kata Pangkal Ayat Yang Digunakan Dalam Hikayat Indera
Bangsawan

Berdasarkan kepada maklumat yang dapat dilihat dalam jadual 1 di atas, dapat
dilihat bahawa terdapat empat jenis kata pangkal ayat yang digunakan dilihat
sebagai suatu perkataan tambahan yang tidak memperlihatkan kesinambungan
ayat dengan ayat sebelumnya. Contohnya seperti kata pangkal ayat Maka yang
mana yang dilihat sebagai perkataan tambahan dalam dua ayat yang dinyatakan
dalam jadual tersebut. begitu juga dengan kata pengkal ayat Hatta yang mana
turut dilihat sebagai perkataan tambahan yang tidak mempunyai fungsi khusus
dalam ayat yang dibina. Perkataan seperti ini juga dilihat masih digunakan
dalam Bahasa Melayu moden khususnya perkataan Maka, Hatta dan beberapa
kata pangkal ayat yang lain.

Tujuan Penggunaan Kosa Kata Pun dan Lah
Aspek kedua yang dapat dilihat di antara Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa
Melayu Moden adalah penggunaan kosa kata pun dan juga kosa kata lah.
Dalam Bahasa Melayu Moden, penggunaan kosa kata ini digunakan bersama
dengan perkataan khusus. Contohnya seperti kosa kata pun yang mana

6
digunakan bersama dengan kata pangkal ayat seperti meskipun, walaupun dan
sebagainya. Sementara itu, kosa kata lah dalam Bahasa Melayu Moden pula
digunakan bersama dengan kata pemeri seperti ialah dan adalah. Ini bermakna
bahawa penggunaan kosa kata pun dan lah ini digunakan bersama dengan
perkataan yang lebih khusus.

Namun begitu, penggunaan kosa kata pun dan kosa kata lah ini adalah sangat
meluas dan tidak mempunyai tujuan yang khususnya. Perkara ini juga dapat
dilihat dalam Hikayat Indera Bangsawan yang mana penggunaan dua jenis kosa
kata ini yang sangat meluaskan seperti mana contoh yang dinyatakan dalam
jadual di bawah:-

Jenis Kata Contoh Ayat
Pangkal Ayat

Pun Maka pada suatu hari, ia pun menyuruh orang membaca doa
kunut dan sedekah kepada fakir dan miskin.
Jikalau baginda pun mencari muslihat; ia menceritakan
kepada kedua anaknya.
Maka datang pada suatu hari, hujan pun turunlah dengan
angin ribut, taufan, kelam kabut, gelap gulita dan tiada
kelihatan barang suatu pun.
Maka Puteri Ratna Sari pun keluarlah dari gendang itu.

Lah Tuan Puteri Sitti Kendi pun hamillah.
Itulah sebabnya ia ditaruh orangtuanya dalam gendang itu
dengan suatu cembul.
Diceritakannya juga bahwa Syah Peri lah yang akan
membunuh garuda itu.
Tabib berkata itulah susu harimau yang sebenarnya.

Jadual 2 : Contoh Kosa Kata Yang Digunakan Dalam Hikayat Indera
Bangsawan

Dalam contoh ayat yang mengandungi kosa kata pun dan kosa kata lah seperti
mana yang dapat dilihat dalam jadual 2, dapat dilihat bahawa empat ayat
tersebut menggunakan kedua-dua kosa kata ini pada pelbagai tempat seperti

7
kosa kata pun digunakan pada perkataan kata ganti nama, kosa kata lah yang
digunakan pada kata kerja ‘hamil’ dan sebagainya. Ini bermakna bahawa
penggunaan kosa kata pun dan kosa kata lah tidak digunakan untuk tujuan yang
khusus seperti mana penggunaan kedua-dua jenis kosa kata ini dalam Bahasa
Melayu Moden.

Bentuk Kata Ganti Nama
Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden juga memperlihatkan
kesinambungan dan kesignifikanan dari aspek penggunaan kata ganti nama.
Dalam Bahasa Melayu Moden, kata ganti nama yang kerap digunakan dalam
membina ayat adalah seperti aku, saya, engkau, kamu, mereka dan sebagainya.
Namun begitu, kata ganti nama yang digunakan dalam Bahasa Melayu adalah
berbeza. Contohnya seperti kosa kata ia yang digunakan untuk menggantikan
diri kedua. Perkara ini dapat dilihat dalam dalam karya-karya sastera klasik
seperti mana yang dinyatakan di bawah:-

Jenis Kata Contoh Ayat
Pangkal Ayat

Ia Jikalau baginda pun mencari muslihat; ia menceritakan
kepada kedua anaknya bahwa ia bermimpi bertemu dengan
seorang pemuda.
Maka ia pun menyerahkan dirinya kepada Allah
Subhanahuwata’ala.
Itulah sebabnya ia ditaruh orangtuanya dalam gendang itu.
Ia masuk ia sebuah gua yang ada di padang itu dan bertemu
dengan seorang raksasa.

Jadual 3 : Contoh Kata Ganti Nama Diri Ia Yang Digunakan Dalam Hikayat
Indera Bangsawan

Dalam contoh kata ganti nama diri yang digunakan dalam sastera klasik seperti
mana yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa penggunaan kosa kata ia
adalah sangat meluas untuk menggantikan diri manusia atau kata ganti nama
diri kedua. Namun begitu, kosa kata ia dalam Bahasa Melayu Moden
digunakan untuk menggantikan suatu peristiwa, keadaan atau situasi dan tidak

8
boleh digunakan untuk menggantikan diri manusia. Walaupun berbeza dari
aspek fungsi penggunaan kata ganti nama diri ini, namun ianya telah
disesuaikan dengan penggunaan Bahasa Melayu moden agar lebih relevan dan
sesuai digunakan pada masa kini.

Bentuk Kata Ganda
Bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan kata ganda berbanding
dengan kata majmuk yang lain. Ini dapat dilihat dengan sangat meluas dalam
banyak karya sastera klasik seperti mana yang dapat dilihat di bawah:-
a) Tuan Puteri Sitti Kendi pun hamillah dan bersalin dua orang putra laki-laki
(lelaki)
b) Tidak tahu siapa yang patut dirayakan dalam negeri karena anaknya kedua
orang itu sama-sama gagah (kedua-dua).
c) Tiba-tiba ia dengar orang yang melarangnya memukul gendang itu (tiba-
tiba)
d) Garuda itu dibunuhnya. Maka Syah Peri pun duduklah berkasih-kasihan
dengan Puteri Ratna Sari.

Dalam empat ayat yang dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawa terdapat
banyak kata ganda yang digunakan dalam sastera klasik. Dalam konteks Bahasa
Melayu Moden, kata ganda yang digunakan dalam Bahasa Melayu klasik
menggunakan kata dasar yang digandakan dengan mutlak. Namun begitu,
keadaan ini berbeza dengan Bahasa Melayu Klasik di mana perkataan yang
digandakan melalui perubahan seperti perkataan lelaki yang telah diubah
bentuknya daripada perkataan laki-laki dalam Bahasa Melayu Klasik. Ini
bermakna bahawa kata ganda tersebut telah disesuaikan dan mengalami
transformasi perkataan untuk memastikan perkataan tersebut dapat digunakan
dengan lebih berkesan.

Daripada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa
aspek yang memperlihatkan kesinambungan dan kesignifikanan antara Bahasa
Melayu moden dan Bahasa Melayu klasik. Ini juga adalah disebabkan oleh kedua-
dua zaman perkembangan Bahasa Melayu tersebut yang mempunyai tempoh masa
yang dekat.

9
4.0 Penutup
Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden adalah bentuk bahasa yang
mempunyai beberapa nilai perbezaan dalam aspek morfologi dan sintaksis seperti
mana yang telah dibincangkan dalam penulisan tugasan ini. Namun begitu, perbezaan
yang berlaku adalah disebabkan oleh tempoh kewujudan atau perkembangan Bahasa
Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Dalam pada itu, pengaruh bahasa Arab
dalam Bahasa Melayu Klasik dan pengaruh bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu
Moden turut menjadi antara faktor yang menyebabkan wujud di antara perbezaan
morfologi dan sintaksis di antara kedua-dua era Bahasa Melayu ini. Dalam pada itu,
perbezaan juga dapat dilihat dalam aspek penggunaan tanda baca di mana Bahasa
Melayu Klasik banyak menggunakan tanda baca koma (,). Hal ini adalah disebabkan
oleh proses pembentukan ayat yang mana banyak terdiri daripada ayat majmuk yang
mengandungi tiga ayat tunggal atau lebih. Dengan demikian, maka ayat yang dibina
banyak menggunakan tanda baca koma. Dalam pada itu, tanda baca seru (!) dan tanda
baca tanda soal (?) adalah antara jenis tanda baca yang banyak digunakan dalam
Bahasa Melayu Klasik.

Bahasa Melayu moden pada masa kini telah berkembang dengan baik menerusi
pelbagai usaha DBP untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Namun begitu, proses
memartabatkan bahasa melayu ini bukanlah di pikul oleh satu pihak sahaja tetapi
tanggungjawab ini harus di pikul bersama. Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa
mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra
dan keperibadian kita sebagai satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Sebaliknya, jika
kita mendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah `jati diri asing’. Lantas,
akan terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa Malaysia. Memang tidak
dinafikan telah banyak kempen-kempen yang telah dibuat dan dijanakan oleh
kerajaan, akan tetapi adakah setiap pelaksaaan kempen itu berjaya ataupan sekadar
melepaskan batuk ditanga. Agensi-agensi dan badan-badan berkanun kerajaan juga
haruslah memainkan peranan dengan sewajarnya sepertimana yang telah
dipertanggung jawabkan kepada mereka oleh mereka dan juga rakyat dan bukannya
membuat kerja ala kadar sahaja.Ini semua hendaklah dilakukan dengan sepenuh jiwa
dan cinta dan kasihnya kepada bahasa melayu. Ataupun jika kita sanggup dan

10
tergamak untuk mentalkinkan bahasa Melayu dibuminya oleh anak melayu itu sendiri
dan bahasa melayu akan dikafankan oleh anak bangsanya sendiri. Pengalaman negara
menghantar wakil negara dalam misi Soyuz negara Rusia sepatutnya membuka mata
kita bahawa negara yang kita tumpangi itu kemajuan sains dan teknologinya itu
dalam bidang sains angkasa menggunakan bahasa Rusia dalam hampir kesemua
urusannya sehinggakan angkasawan kita terpaksa mempelajari bahasa itu beberapa
bulan untuk memungkinkannya menyertai misi angkasawan tersebut. Mungkin
pihak-pihak berwajib perlu membuka semula atau kembali dokumen yang mungkin
akan menjadi kusan atau antik yang kita percaya masih belum berubah di mana di
dalam Akta Pendidikan 1996 yang jelas sama sekali menegaskan bahawa bahasa
kebangsaan (Bahasa Melayu) ialah bahasa pengantar utama di dalam sistem
pendidikan negara. Atau mungkin kita sudah lupa atau cuba melupakan atau sengaja
buat-buat lupa.

Jumlah : 2,952 Patah Perkataan

11
Rujukan
Abdullah Hassan, (1993). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Fajar Bakti, Kuala
Lumpur

Abdullah Hasssan dan Ainon Mohd, (1994). Tatabahasa Dinamika, Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

Sujud et. al, (1997). Pengajian Melayu 1: Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd, Kuala Lumpur

Asmah Haji Omar,(1993). Nahu Melayu Mutakhir. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Asmah Haji Omar, (2005). Bahasa Melayu Saintifik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Asmah Haji Omar, (1992). Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur

Ismail Dahaman, (2000). Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur

Ismail Dahaman, (2006). Bahasa Kita, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain, (1992). Pembinaan Bahasa Melayu : Perancangan
Bahasa Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Ramli Hj Salleh, (1995). Sintaksis Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur

Sulaiman Masri, (1995). Penulisan dalam Bahasa Melayu Baku, edisi kedua, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

12